of Interview Kahwin~

Love & Kisses ✿ sha

Ini adalah kesah interview kahwin.
hiks. dah bole nikah nih ^-^

Seriously walopon aku buat selamba tapi saspen jugak nak ke interview tu oke. Sebabnya, my sis yang pegi time bulan 6 aritu telah disoal dengan agak susah. The imam asked her about perceraian, takliq, fasakh semua tu. Lepas dia pegi, my mum punye la semangat bagi kat aku buku-buku agama nyuruh aku baca.

Tapi tak baca pun sebab pada aku, benda-benda tu adalah asas ajaran Islam. Kalau bacaan solat, munakahat, tauhid semua tu tatau macam mana nak hidup jadi orang Islam ni, kan.

So, I just ignore the books until the morning yang nak pegi tu. Bangun tidur kelam-kabut la carik buku panduan yang diorang bagi time kursus kawin aritu.

Cadangnya mau pegi pukul 9. My sis aritu pegi pukul 7 pg pun dah ramai orang.

Tengah kumpul form semua, tiba-tiba, eh~ mana I/C saksi ni mak?

My mum dah kelam-kabut dah.
She said, time Angah dulu tak payah I/C saksi pun.
Pastu aku cakap la, kat dalam form tu ada mintak la mak.
Semua nak kena ada salinan 3 keping.

Dia dah sibuk call my Abah kat opis.
Abah pun dah bising kenapa dah last minute baru aku cek sebab saksi2 tu semua takde sekarang ni. Then I called my sis sebab nak confirm. She said, time dia aritu takyah pun bagi I/C saksi. Benda tu cuma bagi time nak jumpa kadi je nanti.

Walopon kat instruction tu dah terang-terang tulis kena ada copy I/C saksi tapi aku ingat nak gamble je la pegi sana. Lagipun memang dah siap-siap amik cuti, kan.

Hubby punya form memang dah complete sebab dia dah hantar ke BP aritu untuk dapatkan Surat Kebenaran Nikah Luar Kawasan. I/C saksi pihak lelaki pun dah siap-siap semuanya. Yang pihak perempuan je yang pending lagi nih.

Tengah sibuk-sibuk tu, my Abah call.
He said, tunggu kejap, abah dah dapat I/C saksi ni, jap lagi abah sampai.

fuh~ veri the lega.

Lepas dia hantar tu, aku cek balik kot ada benda lain yang tertinggal.

aaaa rupanya I/C Abah pun takde!
macam mana nak kawin kalau takde I/C wali nih...

Hubby dah senyap jek kat tepi sambil buat muka --> I told u so.
hiks.

Sebabnya, malam tadi dia dah ingatkan aku suruh cek balik semua takut ada yang miss.

ye btul, memang ada pon yang miss T_T

My mum pegi selongkar satu rumah carik my Abah punya I/C copy.

Tak jumpa.
She said, amik je la kat abah pastu fotostat.

haish. harus mengamuk orang tua tu kang.

Tup-tup, eh ada pun ha.
Dalam pukul 10.30 tu siap laju-laju, pegi fotostat semua yang ada, then terus pegi Pejabat Agama nuu.

I wore a plain baju kurung, tudung lepas bawah and selipar.
And he wore a plain t-shirt with jeans.
Dia takmo pakai songkok pun.
Aku cakap pakai je la. Kalau takmo pakai, lain kali takmo ikut cakap dia.

Siap ugut lagi ha sebab actually dia dah interview kat BP aritu so yang ni dia cuma neman aku je la sebab tu dia takmo dress properly. Dia gelak2 jek pastu pakai jugak songkok tu.

Then, sampai kat sana dalam pukul 11 tu takde orang lansung.
Ingatkan ramai sebab dengar citer orang lain macam semua kena tunggu berjam-jam.

Bukak pintu, terus bagi form pada clerk kat situ and isi form interview. Dalam form tu dah siap tulis soalan yang dia akan tanya.

Aku macam, eh~ senangnya.

Then, terus dia panggil jumpa imam.
Aku nak pegi sorang tapi hubby sibuk la pulak nak ikut.
Geram btul.

Then, mengadap pak imam, he starts asking question.

Mula-mula dia suruh beristighfar.
Then mengucap 2 kalimah syahadah.

Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah...

Since I'm uzur, tak kena soal bacaan al-Quran pun.
Mula-mula tu dia suruh aku baca al-Fatihah.
Pastu kensel la.

Then baca doa Qunut.
After that, niat mandi wajib...

Pastu dia tanya tentang Rukun Nikah.
1) Calon suami
2) Calon isteri
3) Wali
4) Dua orang saksi yang adil
5) Lafaz ijab dan qabul


And the last question is about tanggungjawab isteri.

Alhamdulillah... semuanya selesai...
Tak sampai 15 minit kat pejabat agama tu pun.
Siap terserempak and berborak lagi dengan tok imam yang akan nikahkan kami nanti.

Memang aku bersyukur sangat-sangat sebab jalan kami dipermudahkan...

Hubby cakap, rezeki orang lain-lain kan.
Rezeki kami time nak dapat surat kebenaran nikah ni senang.

Macam kawan-kawan aku yang lain, ada yang sampai sana, kena tunggu giliran berjam-jam. Ada yang dah sampai, tiba-tiba itu ini tak complete, terpaksa balik semula. Ada yang kena datang sorang-sorang macam my sis sebab husband dia orang Ipoh tak kena interview.

Syukur ya Allah...

Close together or far apart,
you're forever in my heart...


Luv yuh hubby ^-^

7 comments:

Haliza said...

alhamdulillah awk dipermudahkn walaupun pagi² tu agak kelam kabut sikit. hehe..

Fuchsia said...

HALIZA :
haa mmg kelam kabut masa tu. mana nak baca buku lagi, nak siapnya lagi, nak carik brg lagi. haish.

btw, awk dah gi test hiv sume tu ke?

Haliza said...

hehe.. takpe, da selamat pon interview kn.

HIV test da buat minggu lepas. borang pon da lengkap. cume lom potostet ic ayah ngan sy punye je.

borang awk tulis jawi eh?

Fuchsia said...

aah tulis jawi, tapi my mum yang tuliskan sbb tulisan dia cantek ;p huish ape jadik sampai majuk takmo update blog ni dear

k|ree said...

alhamdulillah..selesai sume...dear, nak tanya u punya wedding 31hb jan kan...yang lelaki bila ye...?if tak dapat pergi belah u, ingat nak pergi belah lelaki...bole ke..?

AmyMizzunderstood said...

memang diorang akan tanya ke?hehe tak penah tau pun..coz my sis dulu tak de plak..hehe

Fuchsia said...

KIREE :
haah my wedding 31/1 ni. yg lelaki maybe buat kecil-kecilan je sesama family. eh it's ok la dear... awk dok jauh tu kalo x dapat dtg pun sy faham kiree ^-^

AMYMIZZUNDERSTOOD :
kan jhr ni tu la antara perkara wajib buat kalo nak dpt surat kebenaran kawin tu amy. kat negeri lain senang je kan takde nak interview2 ni

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review