and the Date again...

Love & Kisses ✿ sha 12 comments


Dulu-dulu kan, plan kami adalah mau kawin di bulan 12.
12/12/2009 to be exact.

Sadly, my Atuk tak bagi coz he said, tak elok adik-beradik kawin tahun yg sama. My sis's wedding is on 6/6/2009, and I was engaged on the same date.

Sekarang aku fikir, alhamdulillah... memang ada hikmahnya kami tak buat bln 12 tu. Agaknya kalau betul'lah jadi tarikh tu mesti aku dah kelam-kabut yang dasat sekarang ni kan.

Furthermore, my boss akan mengerjakan Haji for nearly 2 mths and continue outstation di Qatar selama 3 bulan. I'm gonna be in-charge for the whole 5 months so tak mungkin la dapat bercuti panjang untuk kawin nanti dengan tons and tons of work menanti di opis.

Then, our 2nd plan is to get married on 1st January 2009.
01/01/2010.
'kan tarikh yang sangat cantik tu... dan tahun yang berlainan juger...

Tapi, my Abah pulak tak bagi.
He said, tak elok kawin bulan Muharram.
so... oke.
Walaupun agak terkilan tapi nak buat macam mana, kan.
I am an obedient child T_T

And then, 14th February 2010.
As per my previous entry, maybe it has to be changed again due to bulan Safar.
Actually aku bukan nak sangat pun tarikh Valentine's Day tu.
'gile mahal oke bunga

Any date, whichever, whatever, is fine with me.
Cuma aku risau my dear hubby tak ingat tarikh anniversary kami nanti.
That's why I have to choose the easiest date to be remembered for the next hundred years.

'betul tak?

Tapi kan selama ni aku dah paksa dia ingat semua tarikh penting kami.
So rasanya tak timbul masalah la kalau aku nak pilih tarikh apa pun kan...

So I think 20/02/2010 pun oke jugek kan?
'kan kan?

But my sis is going to give birth on 14/03/2010.
Memang tengah nunggu hari la time tu so boleh ke dia nak fly jauh-jauh dari Miri ke sini nanti?

haih haih.

Change of date!

Love & Kisses ✿ sha 7 comments
Minggu lepas, kami balik kampung.
Sebab cuti Awal Ramadhan, kan.
Aku di Ptn dan dia di BP.
Dari TR pukul 8 mlm and sampai di JB around 9.30 pm.
Packing2 barang and dekat pukul 12 la baru sampai di Ptn.
My parents dah tertido so dia terus la balik ke BP.
Pukul 4 pg my mum kejut sahur.
Dia cakap, "laa mak ingatkan ZZ tidur sini sebab tu mak masak banyak nih.."

"tak la, dia dah janji dengan his mom nak sahur kat sana."

"mak dia tau ke dia nak balik arini?"

"tau..."

"oh, patutlah."


------

ye, sebabnya ZZ memang selalu tidur rumah tiap kali ngantar aku balik ke sini.
The next day baru dia balik rumah dia.
Tapi kali ini dia terus balik ke BP sebab nak sahur dengan his family.
Agaknya sebab ini kali terakhir bersahur dengan family sebagai orang bujang kot ^-^

haish mak aku nih.
Belum jadi menantu lagi dah berebut nak sahur umah mana.
Anak dia ni balik takde special apa-apa pon.
Kot kalau bakal menantu dia tu balik fuh~ mengalahkan anak sendiri oke.

jeles nih.

My hubby memang dah biasa pun dengan my family.
A few months back, sejak aku kenalkan dia dengan my family, memang apa-apa event dalam family aku pun mesti dia ada sama.
Macam waktu mau ngecat-ngecat rumah baru kami beberapa bulan lalu.
And waktu ngantar my sis untuk Majlis Bertandang di Ipoh 2 months ago.
Dan juga waktu my brother's engagement kat Kuala Selangor last few weeks.
Semuanya dia ikut.
Siap tidur rumah lagi ha beberapa hari.

oh ye.
Maybe, our wedding date has to be changed again.
From 14th February to 20th February.
My dad doesn't really agree with the 14th.
Sebabnya tarikh itu masih di bulan Safar.

'what is wrong with Safar anyway?

haihhh!

but it is still a maybe.
just maybe T_T

------

I was driving back from Johor Specialist when he texted me.

"cyg, hubby cintakan cyg.
hubby syukur dpt isteri mcm cyg...
terlalu byk sebenarnya yg hubby nak ckp tentang untungnya dapat isteri mcm cyg tapi biarlah hubby seorang je yg tau."


Thank you dear.
Walaupun aku tgh sakit-sakit tu tapi rasa sangat gembira bila si dia hargai apa yang kita dah buat.

Luv yuh hubby!

The Sickness

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
hectic Saturday.
I was down with diarrhea and he was warded due to knee problem.
Bole plak tu kena serentak.

The last thing I ate was the KFC Macaroni & Cheese.
'adakah itu penyebab cirit-birit nehh?

Si dia masuk wad 3 hari straight oke.
Sabtu-Ahad-Isnin.
Tak pernah duduk wad jadi dia sangat jakun cam aku.



The day before, dia dah cakap nak pegi specialist tu.
Tapi dia tak cakap pulak nak pegi pukul berapa.
Saturday, consultant clinic opens until 12.
His appointment is at 11 so bajet-bajet pukul 10 la baru dia datang sini kan.
tup tup tengok, pukul 9 dah terpacak depan rumah.
Aku dengan sakit perut yang dasat, dengan tak mandinya lagi, kelam-kabut la bersiap.

Sampai sana dalam pukul 10 dah ramai pun patient yang tengah nunggu.
Belek-belek sana-sini, nampak plak nama Dr Diong.
Sebab aku dah memang sakit perut so cadangnya mau jumpa dokter tu sekali.
Try call opis kot Liza ada so bole prepare GL tapi dah memang hari cuti so mana ada signatory pun. Takkan aku nak sign my own GL pulak, kan.

Maleh nak guna duit sendiri so tak jadik pun jumpa dokter.
Duduk-duduk je la nunggu En Hubby to finish his checkup.

Pastu pegi ke Admission to register for ward.
Then wait for his MRI scan.
Gile lama.
Aku dah macam nak pitam pun ader.
Sampai kat wad, aku baring atas katil siap bungkus ngan selimut, dia plak dok kat kerusi. Pastu nurse yang datang jadi konpius sape sebenarnya yang sakit nih.

Nak buat cemana kan. Aku memang dah tak larat lansung.
Aku duduk kejap atas kerusi tu pun rase dah nak tergolek.
Kerusi yang tak best.
Kesiannye kat orang yang kena jaga husben dia kat hospital lama-lama ni kan.

Memang gile bocan oke duduk spital nih.
Lenguh badan.
Nak buat apa pun tatau.
Nak borak pun takleh kuat-kuat sangat.
Penyudahnya, dia baca paper, aku baring diam-diam.
He told me to go back first, tapi sebab kesian kat Encik Hubby so neman dia sampai petang.

Actually takyah neman pun takpe sebab kan diorang bagi tv sorang satu.
Sampai besok pagi ko takmo tido pun takde orang nak marah.

Pukul 6 ptg tu nak balik umah kena drive sendiri sebab Hubby kan kena dok wad.

Gile menggigil tangan aku.
Sendi semua sakit.
Nasib baik selamat dah sampai umah.
Dari pukul 9 pagi sampai 9 malam baru aku balik umah.
Serupa macam orang tak sakit ha.
Tapi sempat jugak la singgah Tesco Seri Alam beli makanan.

Pastu, the next day, pagi-pagi buta Encik Hubby dah call nanye bila nak datang.

hiks.
tu la dia.
Dah sibuk-sibuk kaki selalu kena tendang, terseliuh, lutut beralih sana-sini pun tetap nak main bola juger.
Ngan futsal semua tu.
Then, bila dah sakit-sakit begini kan diri sendiri jugak yang susah.
Tambahan pulak kan lebih pening dengar aku membebel nanti.
haih.

Then, kami mintak kebenaran keluar hospital for the whole day and the doctor told us to come back the next day for final checkup.

Sakit-sakit begitupun sempat lagi pegi PC Fair kat Persada Johor sebab nunang dia ni dah merengek-rengek dari semalam nak pegi sana.
At first memang dia tak bagi sebab tengah musim H1N1 ni kan. Tapi sebab aku dah pujuk-pujuk cakap nak singgah kejap jek so nak tanak terpaksa la dia ngikutkan, kan.

Last-last nengok ha sape yang shopping sakan.
3 hours duduk situ oke.
He even bought a new external hardisk tau!
And a new card reader.
Pastu siap nak beli MP3 player lagi haa.
And he bought me a cute notebook desk.

yippie!

I'm sooo hepi!
Luv yuh hubby ^-^

-----

No update on our wedding preparation this time.
Sangat bizilah dengan benda lain di kiri dan kanan.
So, next time maybe?

of Bunga Telur and Theme Color

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
5 months and less than 4 weeks to go...

whoaaa! HOW TIME FLIES!
sangat cepat oke.
and I've done almost nothing!
nada.
zero.


uh~ not really zero tapi macam takde apa yang nampak pun.

Surah Yassin tu pun tak survey lagi.
Actually I've already got the printing company's details back at my hometown.
Tapi tiap kali balik pun lupa nak amik.
Next week mau balik kampung mesti ingat nih.
haish haish.

And oh ya. I've got my bunga telur!

'haa warna tema pun tak tetap lagi tapi dah beli bunga telur sesedap rase aku ye.

Sebab kan dari dulu kat kepala otak aku memang ada warna ni jek so nampaknya telah kompem warna tema adalah combination of this...



and this.



Dusty-pinky-maroony.
yep. FINALLY.
plus the silvery-grey dress for outdoor shoot.

'apsal tema macam time adik aku aritu je nih?
*sigh*


-----

Last few weeks waktu nak ke Majlis Pertunangan adik lelaki aku, kami telah singgah di Nilai 3.
Stayed there for 4 hours.
Macam agak mahal and tak banyak warna ala-ala merah-maroon-samar yang menepati citarasa.
So ingatkan lain kali nak carik kat Ayer Hitam sajer sebab dulu my sis beli kat situ lagi banyak yang best.

Tiba-tiba time nak balik tu nampak satu kedai ni.
Aku sajer ajak my mum jenguk kejap sebab dah alang-alang kan.
tup tup, fuhh~ banyak pulak la kaler merah samar yang best.
And there're a few that I like most.
The first one is around RM5.00 per piece.
And another two is RM12.00 per piece.
Tapi macam over budget la pulak.
Then pusing-pusing satu kedai tu nampak satu design yang mata aku tengok sangat vouge. Akhirnya telah terkedek-kedek membeli.

I asked my mum how many do we need.
Pada pendapat aku, 100 pieces cukup la kan.
Untuk letak kat bunga pahar je pun.
Satu kiri satu kanan.
But she said, baik beli 200.
Mana tau kot dibuatnya tak cukup kan susah.
Dah la design bunga telur aku tu lain macam sikit.
Takde jual kat Johor ni kot.
Kang kalau tak cukup, tak pasal-pasal jadi warna-warni pulak bunga pahar aku kang.
So, takpelah.
Kalau lebih pun boleh bagi orang, kan.

yey! finally one thing accomplished.
gue suker!
*wink wink*

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review