Wedding - The Guestbook

Love & Kisses ✿ sha
Ikutkan hati memang malas sesangat nak nyambung cerita kawin nih. Bercerita oke tapi nak menulis tu, mak aihhh... memang kena ada mood yang sangat tinggi lah.
*haha bunyik cam tak ikhlas lansung*

Tapi sebab ramai yang dah bertanya and selagi aku tak tulis, benda tu akan terus-menerus menyesakkan fikiran, jadi, telah kuatkan semangat juger untuk menulis. Kalo tak harus sampai aku beranak nanti citer kawin ni tak abih. hiks.

So, this is the guestbook yang sangat ditunggu-tunggu itu.



Hasil titik peluh sendiri okeh!
fuh~ series, bila benda tu dah siap, perasaan macam, akhirnye... T_T

To tell u the truth, nak buat benda ni memang kena ada kecekalan betul. Kerajinan melampau. Kalau korang ingat lagi entry-entry aku sebelum ni berkenaan guestbook, haih... this thing ngan TQ tag tu memang buat aku sakit jiwa.

Whatever it is, kalau hati ko memang cekal nak buat jugak, of cos benda tu akan jadik. And barang dia tak mahal mana pun compare kalau beli guestbook yang dah siap. And duration nak siapkan benda tu pun tak lama mana. Kejap jek. Cuma kena cakap kat hati, "MESTI SIAPKAN JUGAK!" so akan siap la dia...

Tapi kalau nak beli yg readymade pun memang ada yang murahan cuma tak lawa la. And ada garis-garis pulak kat dalam, so guest tak boleh nak menulis sesedap rasa.

For the cover I use some kind of cardboard and sponge. Benda tu nak kena potong straight, cantik-cantik, sebab kalau senget sikit dah tak lawa.

And balut the thing with kain yang aku pilih sendiri.

Tapi, nak pilih kain tu pun, mak aihhhh!

Actually aku suka pattern polka dot or strip tapi tak jumpa kain yg sesuai. Maklum la last minute. Kalau aku carik dari dulu of cos akan jumpa yg menepati citarasa... <-- ayat biase dengar

Then warna kain kena la sesuai dengan tema majlis.
Since tema nikah aku adalah gold and reception kaler pink belacan, maka warna ni la yang aku pilih...

*sebenarnya mcm tak ikut tema pun tapi bantai je la sbb sume dah last minute kan...

And gigih la pulak aku nak ukur elok2 untuk tebuk lubang nak masukkan besi kat tepi tu.

Beli kat Harris.
*ai suker Harris sbb beli brg sume dpt diskaun ;p

And after the wedding, pages yang kosong tu aku tampal dengan wedding cards yang diorang bagi sekali dengan hadiah. Totally tak membazir and dapat simpan balik kad-kad kecik tu.



On the 1st page I wrote a few love notes and on every page kat dalam tu aku letak nama kami and some romantic words.



I use Adobe Photoshop to design everything.
Memang sedih jugak tengok design last minute ni sebab aku rasa memang boleh buat lebih cantik lagi tapi nak buat camne kan. Salah sendiri jugak sape suruh buat lambat-lambat.

ye, siap sehari sebelum kenduri okeh!

'aaa nyampah kat diri sendiri T_T



And for the decoration on the guestbook table, I put some white flowers in a glass vase and I use this frame which was bought from Harris JJ Tebrau.

Murahan je okeh.
That frame is less than RM40.00 and pasu bunga tu memang dah sedia ada. Bunga putih adalah gift from Noni, my pak andam yang comel ittew and the red daisies memang dah beli dari dulu utk deco bilik aku.



Gambar-gambar dalam frame telah dicuci 2 hari sebelum majlis.
Nak dijadikan cerita, boleh pulak kedai gambar yang aku suka kat simpang traffic light tu tutup pastu dia cakap next week baru boleh amik gambar. Time tu perasaan adalah sangat down... Pastu ke hulu ke hilir la aku carik kedai gambar yang boleh siap cepat. Itu yang family aku bising, sehari before majlis masih melilau drive sendiri carik barang ha.

Padan muka.

Gile tak hingat aku nih padahal dari dulu dah tau nak kawin bila.

And aku letak colored pencil dalam glass for the guest to write in the book. Tapi itu adalah sangat bahaya jugak especiallynyer kalau kenduri kamu ramai kanak-kanak. Harus diorang conteng-conteng buku kamu nanti.

Fortunately time my kenduri all the budak kecik sangat behave. Diorang dok cakap, "nanti pengantin marah, nanti pengantin marah", so takde sape pun budak kecik yang berani conteng my guestbook kecuali dengan izin.

hehe.



Tapi aku boleh terlupa pulak nak letak pen kat atas meja. Dah tengahari dalam pukul 3 tu baru teringat. So everyone telah menulis secara berwarna-warni menggunakan colored pencil. Tapi sangat cantek ye, and much better than if u use 1-colored pen. Itu adalah lebih dull.

Last but not least, di bawah ini adalah contoh orang yang sign dalam my guestbook. Model adalah my sis yang tengah preknen 8 bln... *rajin pulak la diorang nak beratur tunggu giliran kat belakang tu. haha.



Kesimpulannya, aku rasa memang berbaloi sangat-sangat aku buat guestbook ni sebab kat situ boleh tau sape kekawan yang datang tapi tak sempat jumpa. Kekadang kita tgh sibuk atas pelamin or maybe tgh sibuk amik gambar so ada tetamu yg terlepas pandang tapi sempat tulis dalam guestbook, so memang terharulah.

Kenangan okeh.

Tapi sila pastikan orang yang korang suruh jadi penyambut tetamu tu tak dok mengadap si tetamu time diorang tgh nak mereka-reka ayat nak tulis dalam guestbook tu. Kalau tak, confirm takde idea nak tulis apa. And agak malu juger bila orang dok tengok kita tulis yg merepek2 tu.

So, the best way is, suruh someone jaga tempat tu so that dia boleh ajak tetamu menulis tapi pastikan time tetamu nak menulis, sila dok tempat lain.

'ini adalah pengalaman sendiri time nak nulis guestbook kat kenduri orang lain.

Sekian.

So, ada sesapa nak order? hehe.

'yey utang telah berbayar pd sume2 yg dok tanya pasal guestbook nih especially kat Rina ^_^

Gigih tak gigih la aku balik keje tadi terus bukak PC edit-edit gambo untuk tatapan korang. Gambo dari photographer blom siap.

20 comments:

NahWaL said...

lawa la nok@ soke! simple je, frame tu aku soka. takyah sosah2 beli stand bagai kan.

Nurulhuda|Adlie said...

jadi jugak binding itu.. =)

fikaryna said...

kiut n kreatif!ryna pun maser sari sblm mjlis..ke hulu ke hilir..haha..pantin lasak..bebel org tua..nak wat camane..ada perkara yg terpaksa kita kuar dari umah kan..( nampak x ada gen degil..huhu..)

harzharun said...

fasha...jeles ok..jeles...aku x sempat wat guessbook!!!...bnda ni nmpk cam plg mudah..tp ditangguh2...terus x sempat!!!!!!huhuhuhu...btw, i tag u..come to my blog..

ally said...

ala..xtau ada guestbook..dtg tp x wish ape2..hehe..

cikTari said...

menarik.. menarik.. boleh try buat gak nanti..

PurPLe LaDy AiFA said...

tq so much for the sharing! betul u ckp, kalau beli yg dh siap, mahal pulak. i dh beli jugak bahan2 nak buat, tp x start2 lagi. =(

Rina said...

thanks fasha.. hehehe.. jasa mu amat ku hargai.. byk ilmu yg kt dapat dr blog awk ni.. byk sgt nak pk smpai benda kecik2 tu jadi lupa..

Xora said...

hebat dan dasyat ok!!! sangat bagi inspirasi!!!cantik dan sangat praktikal!!! (motif nak pakai tanda seruan tu menunjukkan keterujaan melampau saya. sekian)

Zahra Ashiqin said...

fasha...cantek ur guestbook...

~ thalhazlin ~ said...

la. awak buat sendiri ke fasha? serious ingat tempah. dengan tulisan ur name every page. kertas pulak ala-ala vintage. sangat kreatif & ekslusif gitu.

ElyaElmo said...

orang yang jaga questbookni dekatdlm dewan kee luar dewan yehh dear??
i selalu gi wedding mmber..mcm takde jee orang suruh kiterang tulis2 dekat dlm guest book ni..hu3

Anonymous said...

nice one.

copp!! nak tnye, kalu bt kat not-so-big-dewan, where is the best place to put the guestbook eh?

i really hv no idea tp nak jgk letak guestbook ni. for the same reason as urs, leh tau kwn2 yg dtg tp xsempat jmp ke kn..

a lil help?

mwah!

Fuchsia said...

NAHWAL :
tu ler. ai pun memula ingat nak beli stand pastu letak sign guestbook tu. tetiba jumpa frame ni baru terpikir, kalo beli stand kang pasni bukan nak guna lagi. better beli frame so bole guna sampai bila2


NURULHUDA :
ala nurul.. time buat tu mmg 50/50 je jadi tak jadi. mcm try and error je. kalo tebuk lubang tu x lawo mmg ingat plan nak beli je apa2 buku wat backup ;p


FIKARYNA :
yezza of cos! degil kuar gak sebab kalo suruh org tolong takut benda tu tak jadi mcm yg kita nak, kan


HARZHARUN :
siannya...
eleh kalo ikutkan sy punya guestbook tu pun memang tak sempatnye nak buat. tapi kuatkan hati jugak semangat nak buat. hehe


ALLY :
ala... time tu letak kat tepi pintu umah. ally pun tak tegur sy masa tu kan. kalo tak bole kenal2 ^_^ tapi rasenye time tu kita belum knal kat blog lagi ni kan?


CIKTARI :
haa mesti try. tak susah pun. tapi kalo rasa susah, kena buat gak sbb kalo bukan time wedding, time bila lagi kita nak buat, kan ^_^


PURPLE LADY AIFA :
weuweuweu... sile la buat awal2... nanti nyesal cam saye tak dapat nak buat secantik yng kita nak


RINA :
ahaks. tu la motif buat blog nih. nak share pasal my wedding pastu nak buat kenangan time tua2 nanti. bila baca balik sure rasa nak gelak2.

*psstt nanti post pasal ur guestbook plak eh ^_^


XORA :
haha. harus la dasyat nih. nampak macam keje mudah je tapi nak kena teliti gak. especially time nak ukur2 nak tebuk lubang tu ngan time nak balut cover ngan kain. haih.


ZAHRA ASHIQIN :
hehe thanks zahra. nanti awk buat gak eh


THALHAZLIN :
haaa nampak ur name!
thanks dear sbb dtg and sbb sempat nulis dalam benda tu.. jadi kenangan okeh member blog dtg wedding. hehe


ELYAELMO & ANONYMOUS :
better letak kat pintu masuk dewan jgn letak kat dalam sbb org x nampak. and better letak someone kat situ utk suruh tetamu tulis. kalo tak nanti orang takut pulak nak pandai2 tulis dlm buku tu. kadang2 silap pengantin jugak tak fikir benda remeh-temeh camni. kadang2 ada yg letak kat bilik pengantin tapi mana la org perasan nak tulis sebab selalunya org masuk bilik pengantin takat jenguk2 camtu je mana nak dok lama sgt kan. so takut nanti org x perasan pulak nak tulis dlm guestbook.

'oke, nanti sy elaborate dalam next entry ^_^

Nad Nazira said...

alllllaaaaaa..takde bukti nad datang kenduri fasha.


takpela, husband jadik saksi.


Hehe.

BabyShop said...

Shops at BEST price for baby clothings and accessories with us!! Grab the cute toy sock at only RM6/pair from BabyShop.

AiniQMY said...

buat sendiri ke?? Pandainyerrrrr~!!
sgt cantik!

Anonymous said...

nk tanye..u tahu tak kat maner nk beli guestbook yg blank page...

♥ Fuchsia ♥ said...

NAD NAZIRA :
tu la nad dtg lambat.. dah la x sempat bagi kekwn punya doorgift, guestbook x sempat tulis, gambo pun x sempat ambik skali. sedeh oke. kot tak bole letak gambo kenangan bersama bloggers. hihi


AINIQMY :
haha thanks aini. paksa jugak diri buat, kalo tak, kompem nyesal kalo x sempat buat aritu ;p


ANONYMOUS :
alamak, sorry dear.. i pun tatau kat mana nak beli yg blank page tu. kat jb ni mostly memang yang ada garis2 tu. tak lawa. kalau blank page org senang sikit nak menulis2

farah said...

santek r guestbook ngn frame tu.
tade la plak frame gitu kt KB ni..
ingt nk letak dlm bilik pengantin nt..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review