ye, begitulah.

Love & Kisses ✿ sha 17 comments
Kelmarin pukul 6 ptg, si dia ngantar my MIL balik ke BP from his grandma's house kat Perling nuu. Aku tak ikut sebab balik kerja lambat. And sebab besoknya nak keje lagi so macam tak larat nak ulang-alik gitu.

And he'll be back tomorrow sebab nanti sampai BP sure dah malam, and mesti sangat penat, kan.

Pastu sebab takde orang kat rumah, aku pun telah jadi sangat rileks berehat-rehat nonton tv dan bergolek-golek sendiri. Tak masak apapun. Tanak nasik je 1.5 pot.

1 pot pun cukup sbenarnya sebab aku tak lapo.
Nambah 0.5 lagi sebab in case la kan.

ye, in case.

Sebab dia kan balik besok, so ingatkan tak payah la nak masak2.

no, don't be mistaken.

I love to cook oke.
Cuma perasaan malas + menat mengatasi segalanya ;p

So, nyambung la golek-golek sampai tertidur...
.
.
.

Pukul 1 pg terjaga sebab rasa macam ada orang bukak pintu.

Aku macam, eh?...

laa... kata balik besok?

Rupanya tak sampai hati nak biarkan bini dia ni sesorang kat rumah.

hehe.

Tup tup, cyg masak apa arini? hubby lapo la...
<-- sambil bukak tudung saji. Aku yang tengah mamai macam, aa?

laa... tak makan kat umah mak ke tadi?

Jawapan --> 'kan hubby dah ada isteri skarang so mesti la nak makan wife hubby masak ni. ingatkan masak tadi...

takpe la cyg sambung la tidur, nanti hubby carik apa2 kat luar.


Aku macam, aaa?

ye la... orang masak la ni...


Gigih la aku mangunkan diri lalu ke dapur rendam udang, masak sayur kacang panjang goreng ngan udang goreng butter.

Isteri mithali sungguh.

Dah tentu2 la balik umah mak dia, sanggup tak makan tuu sebab nak makan bini sendiri masak.

oo suami aku, suami aku...


'bila ntah nak nyambung cerita kenduri aritu.

Suamiku oh suamiku~

Love & Kisses ✿ sha 12 comments
Hidup selepas berkahwin adalah sangat best.
Tapi sangat menat juger.

ooo, jangan fikirkan yang itu.

Walaupun yang itu pun menat juger tapi ini adalah menat kerana pagi-pagi buta suda ke tempat kerja.

Pukul 6 sampai rumah, tiba-tiba, "cyg nak masak apa ye arini?"

waduh, waduh... suamiku.

Tukar baju, makai apron, gigih la aku menanak nasik, merendam ikan, menumbuk sambal, memasak apa yang patut.

Makan, tengok bola tv, ngemas yang itu ini, and lastly, terlepek kepenatan atas katil.

ye, walopon Astro ada banyak siaran tapi 95% adalah terpaksa menonton bola bersama si dia.

Walopon ada tv satu lagi tapi adalah sangat tak best menonton sorang diri or mengadap PC sendiri or membuat apa-apa pun sendiri jadi memaksa diri mengadap encik bola juger T_T

Tapi sangat bestlah bila si dia nambah nasik 2 kali.
Especially when I cook Ikan Masak Sambal Jawa macam tadi.

Ingatkan 4 ekor ikan cukuplah untuk kami berdua.
takde maknanya...
Aku dapat rasa sekor je.
oke, next time kena masak 6 ekor la ni.

Aku ingat dalam sebulan dua memang dasat gemuk la dia ni kang.

...

Yes, life after marriage is good.
But very tiring indeed.

Rasa luluh tulang-temulang aku semuanya.

Sekian komplen untuk hari ini.

Kad tak cukup!

Love & Kisses ✿ sha 10 comments
yep.
My wedding card tak cukup.

T_T
...

Initially my plan was not to invite so many people.
And we want the solemnization and reception to be on the same day. Partly because of the budget but the main reason is that we don't want my family, especially mum and Abah terover penat macam time my sis's wedding aritu.

Her wedding is so overspent and over of everything sbb the caterer tak pandai budget, so, banyak jugak la makanan terbuang. During her time, we invited around 1000 people and we want the caterer to prepare for 2000 people but in the end, they overdo everything and the food was made for 2800 people. Sangat membazir di situ, kan.

And her wedding was held for 2 days - Majlis Pernikahan, Malam Berinai and Majlis Persandingan. And walaupun dalam kad tulis 11 am - 6 pm, dari pukul 10 pg till 7 mlm masih ada jugak orang dtg. And my Abah sampai demam-demam 3, 4 hari tu sebab penat sangat.

So untuk kali ini, after some discussion with my parents, telah setuju untuk buat 800 kpg kad sajer. So, the guest would be around 1400+- la kan.

I gave 650 pcs to my parents and the balance of it was to be distributed among my frens and Hubby's.

Then, 2 weeks before the wedding, Abah call to inform yang kad tak cukup. So, aku dengan gigih telah memprint sendiri and potong-potong ikut saiz kad yang asal.

Ingatkan dah ok la kan.

Suddenly, a few days later, dia cakap tak cukup lagi...

aduiii..

Memang la tak cukup.
Untuk diri sendiri pun tak cukup apatah lagi untuk kawan-kawan mak and Abah.

Rasa menyesal pun ada sebab tak buat kad banyak-banyak sebab tak kesahlah orang nak datang ke tak asalkan kita dah jemput, kan. Lagipun, harga kad tu bukan mahal mana pun. Takat nak tambah 2, 3 ratus boleh je.

Sebab office aku ni ada 1500 orang.
And time nak distribute kad tu baru terfikir, kalau orang ni aku jemput, orang tu aku tak jemput, kan rasa macam tak sedap jugak, kan.

Nanti dah elok-elok dia selalu senyum kat aku time jumpa, ni dah jadi serba-salah pulak kan.

haih~ susah sebenarnya mau explain tapi nanti waktu korang nak distribute kad baru rasa.

In the end, kawan-kawan aku pun ramai yang tak dapat kad and aku terpaksa jemput guna email and sms je dengan harapan diorang tak kecik hati.

alhamdulillah... itupun ramai yang sudi datang.
Tak terjangka.
More than 2000 people came.
Sampai mak aku tak sempat tukar baju lepas Majlis Nikah pagi tu.
yes, that's another story.

Walaupun dalam kad tulis jamuan dari pukul 12.00 hingga 4.00 pm tapi tetamu start datang pukul 10 lebih. And the last tetamu left at 5.45 pm.

Sangat terharu oke.

Especially yang datang dari jauh macam Ann, Aida and Watie. my bff from uni years...

'gile best dapat jumpa korang!

And also to fellow bloggers yang datang especially Thalha and Nad.

'seriously excited taw ^-^

And all my officemate, yang selalu jumpa cuma tegur-tegur macam tu pun ramai jugak yang sudi datang dari jauh. And my workplace is about 90 km from my hometown taw!

Memang terharu.

Fortunately makanan cukup-cukup and ada lebih untuk sedara-mara bawak balik. Even tetamu nak tambah makan pun boleh sebab the caterer is so efficient and dia sangat pandai budget untuk makanan.

Takpelah, memang tujuan untuk jamu orang kan, so tak kesahlah kalau terlebih pun makanan dia.

And we're totally satisfied with his service sebab semua orang puji makanan sedap, air pun sedap.

Gambar takde lagi.
Kalau nak tengok pun di blog Thalha and Ann je lah ye ;p

Sekian.


oo rupanye aku lupa nak citer pasal majlis nikah ngan sanding.

'next entry plis.

The Bridesmaid~

Love & Kisses ✿ sha 8 comments


Yes, that's my pengapit.
my last minute pengapit.
Horror oke last minute baru dapat pengapit nih.

Ceritanya begini.
Encik Hubby memang dah ada pengapit lelaki.
Months ago dia dah book bestfren dia nih.
And I said, camtu, suruh girlfren dia je la jadi my bridesmaid sebab senang. Nanti kalau dia jadi pengapit laki, his gf nak dok mana pulak kan.

So, both of them agreed; the Hubby and the pengapit lelaki.
And I thought, the gf would agree too.

And that was monthsss ago.

I kept reminding him to check wif the gf whether she had the color that I want. And I specifically told him that I want a plain colored pink/purple dress. Kalau takde, I can buy her one. And Hubby said the typical word --> oke, oke.

hiks.

Suddenly, a few weeks before the wedding, Hubby said, cyg.. camne ni... gf dia tanak jadi pengapit la...

I was like, whaaat?!$@#

oke, backup plan.

I asked one of my officemate but unfortunately, she's not available during the weekend. Sebab nak bridesmaid yang still single kan so, I asked one of my cousin.

And, she said yes.

So, ok.
Settled.

But suddenly, 2 days before the wedding, she said she's truly sorry that she can't be there for my wedding due to some urgent paperwork.

And again, I was like, haaa??

And I asked Boy (my bro) if I can pinjam his fiancee to be my bridesmaid.

He said, alamak tak boleh la Along... Faz datang wif her family and diorang nak balik awal kot.

oke.

Tapi aku pujuk-pujuk juger la.

Actually we, (me and my sis) think the main reason is that dia tak bagi his fiancee to be the bridesmaid if the pengapit laki is not him.

haha.

Tapi sebab dah nazak ni, aku pujuk la jugak kan.
Lagipun everyone in the family is wearing pink-purple so of course Faz will wear one.

And akhirnya, he said ok tapi tak janji la takut Faz tanak.

At the same time, I asked one of my cousin to be the pengapit. Dia pun cakap ok tapi takde baju pink pulak.

So gamble je la.
Actually I don't care much about the pengapit since I think it is not a very important subject in my wedding.

Tapi sebenarnya memang penting jugak cuma malas nak pikir benda remeh-temeh ni.

So, the morning before my solemnization ceremony, Faz datang.

Dia cakap, "Along! Boy cakap kite kena jadi bridesmaid ke?? alaa Boy baru bagitau pagi ni tau."

"eh laa kan Along dah suruh dia tanya Faz semalam. Dia tak bagitau eh?"

"haa... Boy ni memang!"


haha.
btw, thanks Faz.

Kerana itu, aku ada pengapit cantek berbaju pink sama tema dengan pengantin ^_^

Tentang baju~

Love & Kisses ✿ sha 6 comments

eh oo ye dah 6 hari rupanya.
Cepat betul la masa berlalu.
Rasa macam baru je semalam aku dok kelam-kabut siapkan benda-benda yang last minute tu. Tup tup ni, dah 6 hari aku kawin rupanya.

Blog pun tak berupdate.
Gambar pun tak berusik.
Maklum la bizi.

Ngemas rumah sebab majlis satu hal.
Ni my family nak pindah rumah baru satu hal.
Dengan kami yang pengantin ni pun nak ngemas rumah baru kat PG tu lagi, dengan sibuk nak shoot outdoor, dengan nak pulang barang-barang/baju kat 3 bridal tu lagi.

So, telah bizi yang melampau.

Tapi akhirnya setel dah semua.
alhamdulillah...

aa nape 3 bridal?
di 3 daerah yang berlainan pulak tu.

Mumtaz Bridal Gallery @ Pontian, Johor.
Exclusive Bridal Collection @ Angsana, Johor Bahru.
D' Kraton Bridal @ Rengit, Batu Pahat.

oh~ ceritanya agak complicated.
Salah satu sebabnya, this ex-bridezilla telah dihantui oleh baju-baju dan kecantekkan pakej mereka <-- ayat tak hingat ;p
...

Initially memang mau ngambil semua dari satu bridal sajer, that is Mumtaz Bridal Gallery.

They're the one organizing my sis's wedding last June and did the makeup during my engagement.

Tapi, sebab dah kemaruk nak baju kaler pink belacan, kami pun survey la dari satu bridal ke bridal lain untuk puaskan hati.

Jalan-jalan kat Angsana, belek itu ini, tiba-tiba, eh~ nape baju tu sangat lawa?

Bukan kaler pink pun.
Kaler gold hitam.
'remember this entry?

On the spot telah membook before mentry.
And automatic nak tukar kaler tema kawin jadi gold-hitam.

Bila dah try, mak aihhh gemoknya aku!
Beratnya baju ni!
Panjangnya kain dia!
Sape nak heret baju labuh-labuh camni??


Time jalan-jalan jumpa tetamu kang abih sume sampah-sarap aku angkut sekali. wahaha.

Rasa nak kensel je tapi dah bayar deposit pulak.

So, oke. Mari kita guna buat outdoor shoot nanti.
Hubby nak pakai blazer dia tu je.

Tapi akhirnya telah membook overcoat utk lelaki juger.

So, jalan-jalan lagi untuk carik baju sanding...

And one day, aku ikut Hubby balik BP.
Tengah borak-borak tu, his family asked me nape tak amik baju kat D' Kraton Bridal tu sebab the owner is their good fren and Hubby's brother adalah part timer di situ.

Aku macam, what?? ade ke baju lawa kat ceruk Rengit tuu? adeh.

Tapi untuk menjaga hati, kami pun ngambil keputusan survey-survey la juger di sana...

Tup tup, ada pulak baju yang aku berkenan.
Siap ada ekor yang panjang lagi ha.
Typical me adalah sangat suka dengan baju berekor panjang sebab nampak sangat vouge lah. Tapi susah nak jumpa baju macam tu sebab ekor panjang kan susah nak jaga. Tapi nape ntah kat situ banyak pulak la yang pattern macam tu. And the owner jahit baju sendiri taw.

Walaupun dada dia agak seksi tapi dengan tak berpikir panjang, terus membooking. Bila pakai time sanding aritu, haihhh cam nyesal pulak sebab terlampau seksi and aku terpaksa pakai inner jugak.

Then, kat situ ada pulak satu baju jawa kaler gold yang sangat menarik hati.

'remember the tragedy about my baju nikah?

So telah ngambil keputusan utk ngambil baju tu for my solemnization ceremony...

And walaupun dari dulu dah tau nak kawin bila, akhirnya beberapa hari before majlis baru jumpa baju yang aku suka.

Sekian.


'tatau nape buruk sangat aku buat bunga ni siap nampak selotep2 sume tu T_T

oh by the way, we're going for pre-honeymoon tomorrow!
'remember the gift voucher that I get from my company? ya, that's the one.

And next week we're going to Terengganu!
wif my family.

And end of this month, we're going to Taman Negara Rompin.
Masuk hutan gitu.
also wif my family.

And middle of next month we're going to Miri.
ye, wif my family juger.

When people asking me about honeymoon, ntah aku pun tatau nak cakap apa sebab yang betul-betul, maybe we're going to Langkawi/Kuching tapi tatau bila.

Tapi sebenarnya, gi memana pun adalah honeymoon asalkan dapat berdua.

'bole gitu?
;p

We're Married!!

Love & Kisses ✿ sha 22 comments


Alhamdulillah... tanggal 31 January lalu kami telah selamat diijabkabulkan. Tak sempat pun mau bercerita panjang di sini kerana terlalu banyak kerja menanti di luar. Gambar kat atas tu pun curik dari FB my official photographer.

Tadek gambar dari kamera sendiri sebab dia hilangkan diri time kenduri. Tadi baru jumpa. Sangat cipan kan.

Thalha already made an entry about my wedding day. So, kalau korang nak tau serba-sedikit tentang cerita majlis kami, silalah lawat blog dia ya ^-^

'sangat terharu okeh. hihi.

By the way, my family is moving in to our new house by this week. Jadinya, harus la ngangkut beribu-ribu barang dari umah lama ni.

Exhausted oke.
totally, extremely exhausted.

oh ye, motif sebenar adalah nak bercerita tentang majlis kahwin.

alhamdulillah... the wedding is beautiful.
It has been as beautiful as what I wish for it to be.
Noni, my pak andam is the best ever!
My photographer is superb!
The food is excellent!

And everything is according to plan except for a few things like kompang and DJ time merenjis and my mum's baju.

Takpe, dah selamat pun.

sangat hepi!!
*wink wink*

Sangat comel my hubby.

He keeps grumbling about the inai yang makin hilang kat jari sebab his sister tak pandai pakaikan inai. Pastu tgh shoot outdoor semalam bape kali ntah nyuruh aku pakaikan inai balik kat jari dia.

ahaks.
bole gitu?

...

Besok-besok or malam nanti kalau sempat aku nyambung cerita ya. Pengantin ineh mau nyambung ngumpulkan barang-barang yang mau diangkut ke rumah baru.

Sekian.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review