dia yang dirindu.

Love & Kisses ✿ sha 7 comments
Tadi aku park kat tempat pertama kami terserempak dulu.
Sedehla tapi rasa nak sengih2 bila teringat kisah lalu.



lorong itu, tempat pertama ketemu Hubby di sini.
...


Masa tu memang aku tau dia bekerja di sini.
Tapi tak kenal pun.
Sebabnya, we have more than 1500 staff here.
And semua pakai jeket/overall kuning pulak tu.
And kalau campur subcon, vendor, client mau dekat 3, 4 ribu jugak.

Walaupun aku dah bekerja di sini hampir 4 tahun, tapi bukan semua pun aku kenal.
Pastu dahla tak kenal, takkan nak sibuk2 bertegur sapa pulak kan.
Aku ni pun bukan jenis yang overperamah sangat.
If org tegur then baru la bole borak2.
Kalau org tak tegur, takkan nak sibuk2 pulak kan.
Bukannya nyombong tapi ntah ye.
I love to talk.
Kalau yg kenal aku, tau la kot.

So the first few months tu kami memang tak pernah bercakap.
Takat tengok je la sesama sendiri.
Lagipun aku kan tengah dgn somebody else time tu.

Cumanya, tiap kali datang ke opis, park kereta, aku suka tunggu dia datang and lepas nampak muka baru la masuk ke opis. and aku perasan, if dia datang dulu, he will wait for me to pass by, cenyum2 kat tingkap, and pastu baru la dia masuk ke opis. Aku selalu park kat area pokok2 kat belakang tu. And dia pulak park kat depan2 dkt ngan simpang tu sbb dia terer side parking. Aku tak terer. Sebab jalan tu memang slalu penuh ngan kete and lori treler. Sebab tu kete aku selalu kena park jauh nun kat belakang.

ye, sebab aku tak terer T_T

and if tempat parking kat jalan tu penuh, I'll park kat tempat lain pastu terus gi cafe sebab aku tau dia mesti gi brekfes kat situ dulu baru masuk kerja.

Dulu aku jarang brekfes.
Tapi aku pegi jugak ke cafe tapau air sirap bandung.
Sebab air tu je yang aku suka kat cafe ni.
yela, takkan gi cafe tak beli apa2 kan.
kang opismate tanya pulak.
haha.
macam ntah hapa2 je kan.

and bila first time dia call extension aku kat opis adalah gile terkejut.
so, something is really in the air between us ^_^

Pastu bila dah kawin ni and bila sama2 bercerita tentang kisah lalu, memang betul la apa yang kitorang dok pikir selama ni. Walaupun tak kenal tapi apsal ntah sibuk2 nak tunggu sesama sendiri dalam keta tapi takde nak bertegur sapa pun.
gila kelakar.

and oh my, I miss yu hubby.
...

Tadikan waktu jalan kaki ke kereta, tiba2 datang rasa rindu.
I miss to have somebody to talk to.
maksud aku, bercakap secara mengada-ngada.
eh maksud aku, somebody yang aku boleh cerita secara beremosi.
apa-apalah.

yela walaupun tiap hari Hubby telefon pun tapi perasaannya tetap tak sama.
nak komplen itu ini, nak bercerita banyak2, nak marah2 tentang semua.
bukanla nak suruh dia pujuk ke hapa cuma mau dia ada di situ dengarkan semua, tadahkan telinga. macam selalu, waktu dulu2.

kesian betul.

walaupun Hubby adalah suka membebel plus suka bercerita yang panjang lebar tapi tak kesahla.
I promise I will listen.
As long as he's here, apa2 pun tak kesah.
*owh janji2 manis nampaknyeh*

Tiap kali balik rumah, bukak pintu pagar pun akan datang rasa sebak sebab semuanya kena buat sendiri. Lebih-lebih lagi time hari hujan. Macam sangat sakit atilah. Rasa macam nak tunggu je hujan tu teduh or pegi kat memana dulu sementara hujan reda. Tapi bila pikir2 balik, in the end, aku jugak yang kena bukak pintu gate tu.
macam hampeh je kan.
saiko la pompuan ni bukak pintu pagar pun nak berkira.
T_T

Tapi time2 gini la selalu teringat, kalau Hubby ada ni mesti dia dah bukakkan pintu and pagar. macam dulu.
macam selalu.
dia yang buat semuanya.
owhh sedeh sedeh...

And dulu tiap kali balik kerja, if dia park kete seberang jalan, dia tetap akan suruh aku tunggu dulu and he will come over and pimpin tangan untuk melintas walopun sbenarnya jalan tu cuma sekangkang kera. Sangat sweet walaupun aku sebenarnya agak segan ngan para2 opismate.

And sangat rindu nak jadi co-pilot balik walaupun selalu telah tunjuk jalan yang salah kat Hubby.

penatla drive sendiri nih.
penat nak pergi memana pun sendiri.
kalau bizi, nak balik malam2 pun susah.
nak kena pikirkan anak lagi.
and aktiviti bersoping-sopingan bersama cik baby terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

kadang2 je la kalau teringin sangat nak minum Starbuck or nak gi Harris tu angkut jugakla budak kecit ni ngan tulang 4 kerat.
nak masuk dlm ringsling dia tak berapa suka sebab macam terperap dalam tu kot.
hobi baru si Danish ni kan menerajang.
sume benda pun dia nak terajang.
sambil2 dia menerajang tu kang abih tercampak kuar terus dari ringsling tu kang.
terus jadi tragedi pulak.
tragedi omak yang gedik nak bersoping bersama anak yg tercampak keluar dari ringsling.

pastu nak angkut2 stroller tu macam leceh je.
dah la sekarang ni musim hujan.
sementara nak bukak2 stroller, baju aku pun dah basah lencun dengan air hujan ye.
pastu kalau balik malam2 dengan budak kecit ni macam sangat saspen je.
sebab rumah aku kan ala2 kat lereng bukit ngan pinggir hutan.
memang best sebab sunyi, sejuk, aman dan damai.
cumanya bila tinggal berdua ni memang aura takut tu cam terlebih pulak.
so kesimpulannya, tiap ari balik keje adalah terus balik ke rumah ye.
berdua-duaan la kami anak beranak gaduh sesama sendiri kat umah tu.
haha.

i miss yu hubby T_T

Emir Danish @ 3 months

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
As at today suda 3 bulan 3 minggu 4 hari pun usianya.
Emir Danish, si putera yang cerdik.

And the video below was taken on 12/5/2011 when he was 3 mths and 1 week++ old.


Baru nak belajar meniarap dengan betul.
And tup2 besoknya @ 3 mths 1 week and 5 dys old, dah selamat meniarap pun.

sangat comel hokey.
ai sebagai omak mestila cakap anak sendiri comel kan.
tapi memang kelakarlah tengok dia berusaha gigih nak meniarap tu ^_^

And tadi petang pergi ke Hospital Penawar for his 3 mths jab.
Actually dah nak masuk 4 bln pun ni.
Lewat sikit sebab aritu ingatkan Hubby balik minggu ni so bole pegi dengan dia skali.
tup2 kepulangan terpaksa dipostpone pulak...
So omaknya terpaksa angkut Danish secara solo gi hospital.

Time nurse bagi Rotavirus tu dia bole terover suka pulak.
Budak lain punyala susah nak makan ubat dia bole nyonyot syringe tu sampai bunyi cup cup cup ha.

gila kelakar.

Pastu bila dah abih terus menjerit marah.
Nurse ngan dokter siap gelak tengok.
terlebih suka ye.
Tapi time nak jab tu of cos la melalak kan dak kecit nih.
Tapi kejap je la.
Bila mommy dukung dia diam la balik.
Dokter bagi bekal ubat demam tapi aku tak bagi Danish makan pun.
Macam takut je nak bagi benda2 aneh kat budak tecik nih.
Nantila if demam betul2 baru bagi dia makan ubat tu kot.

After the checkup we went to McD.
Tapau mekciken yang promo buy 1 free 1 tu.
Takdela sedap mana pun tapi sebab benda free so belila jugak.

Pastu singgah kedai dobi amik comforter baru la balik rumah.
Tak pegi manapun.
Emir dah ngamuk2 nak tido so jangan harapla aku nak berwindow shopping bagai.
Kalau dulu jangan harapla aku nak balik awal gini.
telah berubah menjadik emak2 nampaknya nih T_T
Takpela nanti Hubby balik kehidupan akan menjadi normal balik ye.

Sebenarnya banyak yang mau dicerita di sini tapi seperti biasa alasan adalah bizi.
Cuma nak komen sikit pasal sterilizer.


I bought this Tommee Tippie sterilizer during sale last year.
jangan harapla aku nak beli barang mahal time tak sale.
haha.

Time tu Emir belum lahir lagi pun.
And I'm glad that I've bought this.
Walaupun agak besar tapi memang sangat bestlah.
Sebabnya, senang gila nak guna and boleh muat 4 storage bottle + 2 corong breastpump dalam satu masa.
Dahla dia bagi free 1 botol ngemuk kecik + 2 botol ngemuk besar + 1 thong + 1 brush.
Jimat duit aku kan.


And aku ni dah la bergerak secara solo so byk benda kena buat sendiri so pagi2 tu of cos la kekurangan masa nak sterilize banyak2 kali.
Kalau nak pegi opis tu selalunya memang aku bawak 4 or 5 storage bottle je so memang cukup2 la muat untuk sterilize 1 round.
Dah siap sterilize tu letak dalam air mesh bag, terus angkut gi opis.
Kompem kering and jimat masa.

And aku tatau brand lain macam mana tapi yg aku guna ni dia ada indicator C, E, S, H, 3, 2, 1 & 0. If 0 tu maksudnya ko dah kena sterilize balik la.

Ada sekali tu aku bukak time dia tgh kat C.
C tu kan maksudnya cooling so aku ingatkan dah agak2 sejuk la.
sekali, gile panas nak melecur kulit hokey.
patutnya kena tunggu sampai kuar no. 3 tapi dah tak menyabar camtu la.

oklah, nyambung lain kali sebab nak tido.
bye!

Emir Danish & Tragedi

Love & Kisses ✿ sha 1 comments

'nampak tak?

ye, itu adalah kaki Emir Danish.
tuan punya kaki tgh sibuk nenen so mommy dapat tangkap gambar kaki je la sebagai bukti 1st time Emir ke Johnny's JJ Tebrau.

and that's the day before Hubby went to offshore.
25/3/2011 kalau tak silap.

so, setelah ada si kecik ni jangan harapla dapat bercandlelight dinner bagai ye.
harus la sorang makan, sorang lagi ke hulu ke hilir mendodoi si anak.
dah la anak aku ni spesis suka menjerit menerajang.
harus terbalik kuah steamboat atas meja tu kalau dok memangku dia time makan.
terus jadi Emir perisa tomyam.

and takmo diletak dlm stroller yang tak bergerak pulak tu.
harus terkeluar anak tekak dia menjerit.
sebab tak nampak pemandangan gaknya.

So sementara aku bersteamboat, encik Hubby bawak la Emir jalan2 kat luar tu.
Pastu time turn Hubby makan, aku nenenkan si kecik ni.
Maka dapatla amik gambar seperti di atas.

oh, and telah berlaku tragedi time nak balik tu ye.
Keluar dari JJ, jalan2 ke kereta, start enjin, and tup tup, 'eh nape tanak hidup?

pukul 10.30 malam pulak tu.
dan la ngan mengangkut budak kecik ni ha.
sudahhhhh.

takkan nak tow kereta ngan aku ngan si kecik ni mengiringi.
dah la flight hubby besoknya tu.
so kalau hantar ke bengkel pun, takkan besoknya aku yang kena nguruskan semuanya kan?
gile saspen.

so Hubby called his fren, Jay, and ingat nak try guna jumper dulu.
Hopefully battery problem la so that aku takyah nak risau2 kemudian hari time Hubby takde kang.

About half an hour later, Jay pun sampai...
Try guna jumper tapi tanak hidup jugak.

adoi ai. nape la time2 gini dia buat hal pulak...
Tapi elok la time gini daripada time Hubby dah pegi kang baru dia buat hal lagi la naya aku kan.

so diorang saspek benda lain yang problem.
so tinggal la kete kat situ and Jay hantar kitorang balik...

Masuk dalam kete Jay, aku punya la nak gelak sakan.
kau tau lagu apa dia dengar?
keroncong hokeyyyy!
muka rock kapak tapi dengar lagu keroncong.
sangat tak sesuwaiii!!
mana la hubby aku dapat bespren yang sehati sejiwa ngan dia nihh?
wahahahahaha.
tak cukup tanah aku gelak.
tapi dalam hati je la.
sepanjang jalan balik ke PG tu aku dok tersengih yg dasat padahalnya tak pikir pulak kete yang rosak tinggal kat JJ tuh.
haha.

Aku pun jiwa klasik jugak tapi takde la sampai tahap nak dengar lagu keroncong ni wei.
Seriesly ni second time aku jumpa laki muka ganas yang suka lagu keroncong.
1st is my hubby and 2nd is Jay.
how on earth that they met each other la kan.
gile kelakar.

And then, besok paginya patut Hubby bertolak ke KB tapi tukar flight petang sebab nak nguruskan kereta dulu.

And ingatkan starter problem ke hapa tapi rupanya memang btul battery problem.
Sebabnya sejak beli dulu mati2 ingatkan kete ni guna bateri kering so telah mengabaikan je selama ni. Rupanya bateri basah ha.

sangat2 bersyukur benda ni jadik time Hubby still kat sini.
dah la aku ni kuat berjalan.
dibuatnya benda ni jadik time aku tgh bersoping ngan Danish tak ke naya.
harus aku call tok Abah yg duduk 90 km away utk dtg membantu.
hehe.

Tentang susu.

Love & Kisses ✿ sha 10 comments
Dah sebulan pun balik bekerja kat opis ni tapi arini baru sempat bercerita.
First day ninggalkan si tecik nanish kat rumah pengasuh adalah agak saspen.
Takut dia nangih tak berenti or mengamuk or tanak minum susu guna bottle.
dan yang paling takut adalah kalau something bad happen.
Maklumla, dengan segala cerita yang tak berapa best lately ni tentang pegasuh kanak-kanak kan.

So time lunch tengahari tu kelam kabut la aku ke rumah babysitter (BS) sebab nak tengok Danish. Sempat jugak la nyusukan dia sekali.

ai rindu hokey.
Maklumla selama bercuti ni dok ngadap muka dia 24 hrs kan.
And nasib baik EBM yang aku bekalkan dlm 13 oz tu cukup.
Hari first je la cukup 13 oz tu.
Hari kedua dan ketiga tak cukup pun.
Tengahari tu aku call the BS and she said susu tak cukup so dia tanya boleh tak kalau dia bagi formula.

Aku memang ada bekalkan susu formula jugak kat BS tu.
yela... in case kalau EBM tak cukup takkan nak biar anak aku kebuluran sampai ptg kan.
Sib baik aku dah pam kat opis so time lunch tu aku anto la EBM gi rumah dia.
nasib baik dekat.
2 km je from my office.

Tapi memang pun susu yang aku bekalkan pagi2 tu tak cukup.
Sebabnya, aku start pam 4 days before aku masuk keje.
Sehari pam sekali je and dapat la sikit...
Time pantang jangan harapla dapat simpan stok susu.
kan aku ada cakap si Emir ni kejenya ngempeng je ngan mommy.
So, dapat la 4 botol 3 oz...

Time pantang dulu, paling banyak pun dapat 2 oz je tiap kali pam.
tak mungkin la dapat lebih dari tu.
Time tu aku memang dah saspen dah.
rasa memang aku kena campur dengan formula gak sebab tak dapat pam susu banyak.
so, masa first time pam kat opis memang aku agak2 dapat dlm 2 oz gak la.
tup tup, dapat 5 oz sekali pam hokey!
terkejut ai.
And the second day dapat 9 oz!!
owhhh sangat gembira!
baru paham perasaan orang yang terover excited bila stok EBM dia banyak.

and alhamdulillah, berkat pam dengan konsisten 3 kali sehari = 17 oz++, anak aku dapat maintain menyusu badan sampai sekarang...

Tapi seriesly penat okeh.
Time first week masuk keje tu aku bangun kul 5.30 pg sebab takut lambat nak gi kerja. Start second week onwards baru bangun pukul 6 sebab dah dapat bajet masa.
And malam, dekat pukul 1 pg baru aku tido sebab nunggu nanish tidur baru aku boleh buat keje lain.

And when I said seriesly penat it is memang betul2 penat hokeh.
Aku pikirkan anak besok takde susu je yang buat semangat nak mengepam tu ada.
Kalau ikutkan memang takde tenaga la ko dah sehari suntuk keje kat opis, nguruskan anak, ke hulu ke hilir lagi, ngan keje yang berlambak kat rumah. Nak basuh botol, nak sterelize lagi. ngan laki aku yang takde kat sini. Ada one day tu aku basuh pinggan sambil dukung si Danish sebab time tu dah maghrib, dia plak takmo diletak, so buat kerja sambil menggendong dia la. wuhuhu... seriesly memang sangat bangga la ngan diri sendiri.

and thanks to botol Tommee Tippie yang comel itu juger anak aku tak ngalami nipple confusion sbb bentuknya yg ala-ala breast gitu.

'eh snanye nak cerita pasal hari-hari pertama balik ke opis tapi tercerita pasal EBM plak.
so terpaksa tukar tajuk jadi 'Tentang susu' ye.

Last but not least, ini adalah gambo latest budak tecik bam2 yang kencingkan mommy pagi tadi time nak gi opis.
Sib baik tak kena baju.
Tapinya abih basah lencun tilam aku.
bertuahnye Emir ^_^



muka tak bersalah.
haha.

the hectic life.

Love & Kisses ✿ sha 9 comments
I'm so menat hokey.
menat!
bizi melampau.
ngan life yang veri d hectic.
di opis juga di rumah.

And I've just finished handling another DI case last week.
sangat menci la kalau ada cases yang macam nih.
It will take days and days to settle and mengerah segala tenaga yang ada.
Macam aritu, we stay up for almost 14 hrs in the DI sitting (Domestic Inquiry) or what we called as 'mahkamah syarikat'. Dari breakfes, lunch, minum petang membawak ke dinner pun dalam meeting room tu you! Sampai rumah of cos dah lewat malam and berasa sangat sedeh sebab aku kena balik sendiri sebab Hubby still kat offshore.

Tu belum campur the pre and post DI thing.
Memang super penat and kering kontang dah otak aku nih.
'oo kau ingat sonang yo nak mencarik kesalahan orang nih?

and tomorrow I have a counseling session for a misconduct case.
Kot kalo aku ni sedia minat benda2 gini memang dari dulu dah aku amik law tuh.
Tak payah nak sesusah belajar Physics, Add Math bagai.
Baik aku bergoyang pinggul kaki kat kelas sastera time form 4, form 5 dulu.
Tapi malangnya aku memang tak pernah and tak teringin pun nak minat.
Tapi camne ntah bole terlibat jugak dengan benda2 gini.

And it won't matter much la kalau aku ni still single mingle lagi kan.
Masalahnya, aku ni omak beranak satu yang hidup sendiri utk beberapa bulan nih.
Sangat takut kalau the babysitter takmo menjaga cik baby if aku terpaksa berovertime sampai lewat2 mlm gitu kan tanpa di warning terlebih dahulu.

And I'm officially closed for any orders until June 2011 ye.
Mungkin akan tutup kaunter lebih lama lagi tapi bergantung pada keadaan la.
Tak mungkin la dapat buat guestbook dengan keadaan berkejar-kejaran macam ni.
harus aku tercicir si Emir kat tengah jalan kang.
kang bila laki aku balik tanye anak dia mana, bole tak jawab, 'eh lupe plak letak mana yeh.
omak yang sangat bizi ngan kehidupan duniawi.

and my baby is entering his 3-months stage today.
time dia jab 2 bulan aritu pun tak sempat la mau cerita di sini.
he's getting more and more adorable everyday.
kalau dia nangih pun aku akan biar je dulu sebab sangat best dengar bunyi ngek-ngek-nging-ding-ding-muka-cebik2 dia tuh.
omak dia sempat bergelak sakan sebelum operasi pujuk-memujuk berlaku.

haha.

tapi memang la.
macam sangat tak puas menggomol-gomol-cium2-pipi-bam2 tiap hari and tetiba ni dah membesar dengan jayanya pulak...
owhh memang sangat cepat ye masa berlalu.
...

dearie Emir, plis grow up slowly.
Mommy mau nikmati saat2 terindah membesarkan kamu nih..


and encik baby got this from his beloved auntie!
I've been meaning to buy this thing for ages tapi asik takde stok je kat Littlewhiz tu and tup2 bila my sis datang sini last week, she brought along this thing.
ooo sib baik la mommy tak beli dulu kan Emir.

thanks nyah ^_^

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review