Set Bersalin NR (Nona Roguy) atau Amway (Tropical Herbs)

Love & Kisses ✿ sha

Ramai pembaca blog ni yg menghantar sms and email bertanyakan tentang kebaikan dan keburukan both set.

Nona Roguy (NR) and Amway (Tropical Herbs).

And today, I will share some of the differences, based on my own experience, kawan-kawan dan customer yg menggunakan kedua-dua produk ini.

Actually kedua-duanya memang best, kedua-duanya sangat ramai pengguna tapi maybe ada orang yg serasi dengan produk Amway and vice-versa.



1) Jumlah barangan

NR set consists of 6 items (1 kg) :
  • Pil Phytonatal (90 biji)
  • Krim Herbanika Barut (60g)
  • Herbanika Lulur (100g)
  • Minyak Herbanika (130ml)
  • Uncang Cuci Herbanika (10 packet)
  • Akar Herbanika (10 packet)

Amway set consists of 10 items + 1 FREE bengkung (3 kg) :
  • Teh Herba
  • Kapsul Lepas Bersalin 1
  • Kapsul Lepas Bersalin 2
  • Herba Pembersih Wanita
  • Herba Mandian
  • Minyak Urut Herba
  • Minyak Bayi
  • Campuran Peramping Perut
  • Campuran Penghangat Badan
  • Campuran Penenang

2) Harga
  • Set bersalin NR berharga RM365 dan Amway RM359. Tapi kami menjual set NR dengan harga RM250 sahaja & set Amway dengan harga RNM3xx, both FREE DELIVERY + FREE GIFT.

3) Set NR mengandungi Pil Phytonatal yang memudahkan proses pembuangan air besar. Sangat elok untuk ibu-ibu dalam pantang kerana jika sembelit selepas bersalin adalah masalah paling besar dan sangat menakutkan.

4) Minyak Bayi :
  • Set Amway mengandungi baby oil (60 ml) yang sangat elok untuk mengelakkan bayi daripada kembung perut. Baunya sangat sedap tanpa campuran bahan kimia dan terbukti halal. 100% natural. Jika dibeli berasingan harganya RM29.70 sahaja. 
  • Set NR tidak mengandungi minyak bayi tetapi terdapat produk NR yg boleh digunakan sebagai minyak bayi iaitu Minyak Berubat Herba (120 ml). Harga kami RM27 sahaja (normal price = RM33). Minyak ini mempunyai pelbagai khasiat lain dan boleh digunakan seisi keluarga. Sekiranya bayi diurut selalu menggunakan minyak ini boleh membantu menguatkan kaki bayi, mengelakkan kembung dan melancarkan peredaran darah. 

5) Bengkung :
  • Bengkung diberikan percuma untuk setiap pembelian set Amway.
  • Set NR tidak mempunyai bengkung tetapi boleh dibeli berasingan dengan harga RM55 (normal price = RM60)

6) Minyak Herbanika yang terdapat dalam set NR sangat mendapat sambutan ramai. Diperbuat daripada 100% herba terpilih. Sangat melega dan menyegarkan tubuh yang sakit selepas bersalin. Tapi kadang-kadang ada yang alergi dengan bahan-bahan yg terkandung dalam minyak ini. Depends pada masing-masing ya.

7) Produk NR adalah ketegori herba jadi baunya pun mmg bau herba. Ada orang yg suka dan tak kisah tapi ramai juga yg prefer set Amway kerana baunya yg lebih enak. Kedua2 kapsul utk dimakan dlm set Amway juga berasaskan herba.

8) Kedua-dua set boleh digunakan oleh ibu-ibu yang bersalin melalui kaedah cesarean. Pil Phytonatal boleh dimakan seawal seminggu selepas pembedahan, air akar Herbanika selepas 3, 4 minggu, manakala set Amway seawal sebulan selepas pembedahan.

Kesimpulannya, kedua-dua produk ini memang baik dan bagus mengikut keserasian pemakai. Jika ditanya, of course pilihan saya adalah produk Nona Roguy untuk berpantang dan baby oil Amway untuk bayi saya. Akhirnya kembali kepada diri sendiri, tepuk dada tanya selera :)

--------------------------

Order & Enquiries :
Email : charmsandcolors@yahoo.com
FB : charmsandcolors
SMS/WhatsApp : 019 6555700 (Fasha)
Website : charmsandcolors.blogspot.com
Shaklee ID : 888941



4 comments:

cik chinta said...

me pon da amik keputusan nk pki nr. sbb bc u pye testi jd krus cm anak dara smula. ha8

ally said...

me love produk amway..suke sgt ngan pilis dia..hihi..n ofcourse baby oil tu..bau mcm kat spa..eceh..ape pon produk post natal ni, yg penting,sesuai ngan diri, konsisten, jaga pemakanan n senam..baru bole langsing..hihi..ni experience sendiri ni..will stick ngan produk amway..n bole beli nfna fasha nt..jauh lebih murah dr beli 2 thn lepas..

ijan said...

Sy penin nk try set ape plak tuk no 4 ni. NR dh try, tanamera dh, spa n ma pun dh. Sume cm ok je ngan bdn sy n bby.
Sy setuju myk bby amway mmg bgs tuk bby. I like... hehehehe.
Rs cm nk try amway tp tu lah confuse...

Anonymous said...

me also love NR dari anak kedua lagi n baby oil amway.....mmg keluar segala angin n lawas sungguh selama pantang...good shaRING..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review