ye, begitulah.

Love & Kisses ✿ sha 17 comments
Kelmarin pukul 6 ptg, si dia ngantar my MIL balik ke BP from his grandma's house kat Perling nuu. Aku tak ikut sebab balik kerja lambat. And sebab besoknya nak keje lagi so macam tak larat nak ulang-alik gitu.

And he'll be back tomorrow sebab nanti sampai BP sure dah malam, and mesti sangat penat, kan.

Pastu sebab takde orang kat rumah, aku pun telah jadi sangat rileks berehat-rehat nonton tv dan bergolek-golek sendiri. Tak masak apapun. Tanak nasik je 1.5 pot.

1 pot pun cukup sbenarnya sebab aku tak lapo.
Nambah 0.5 lagi sebab in case la kan.

ye, in case.

Sebab dia kan balik besok, so ingatkan tak payah la nak masak2.

no, don't be mistaken.

I love to cook oke.
Cuma perasaan malas + menat mengatasi segalanya ;p

So, nyambung la golek-golek sampai tertidur...
.
.
.

Pukul 1 pg terjaga sebab rasa macam ada orang bukak pintu.

Aku macam, eh?...

laa... kata balik besok?

Rupanya tak sampai hati nak biarkan bini dia ni sesorang kat rumah.

hehe.

Tup tup, cyg masak apa arini? hubby lapo la...
<-- sambil bukak tudung saji. Aku yang tengah mamai macam, aa?

laa... tak makan kat umah mak ke tadi?

Jawapan --> 'kan hubby dah ada isteri skarang so mesti la nak makan wife hubby masak ni. ingatkan masak tadi...

takpe la cyg sambung la tidur, nanti hubby carik apa2 kat luar.


Aku macam, aaa?

ye la... orang masak la ni...


Gigih la aku mangunkan diri lalu ke dapur rendam udang, masak sayur kacang panjang goreng ngan udang goreng butter.

Isteri mithali sungguh.

Dah tentu2 la balik umah mak dia, sanggup tak makan tuu sebab nak makan bini sendiri masak.

oo suami aku, suami aku...


'bila ntah nak nyambung cerita kenduri aritu.

Suamiku oh suamiku~

Love & Kisses ✿ sha 12 comments
Hidup selepas berkahwin adalah sangat best.
Tapi sangat menat juger.

ooo, jangan fikirkan yang itu.

Walaupun yang itu pun menat juger tapi ini adalah menat kerana pagi-pagi buta suda ke tempat kerja.

Pukul 6 sampai rumah, tiba-tiba, "cyg nak masak apa ye arini?"

waduh, waduh... suamiku.

Tukar baju, makai apron, gigih la aku menanak nasik, merendam ikan, menumbuk sambal, memasak apa yang patut.

Makan, tengok bola tv, ngemas yang itu ini, and lastly, terlepek kepenatan atas katil.

ye, walopon Astro ada banyak siaran tapi 95% adalah terpaksa menonton bola bersama si dia.

Walopon ada tv satu lagi tapi adalah sangat tak best menonton sorang diri or mengadap PC sendiri or membuat apa-apa pun sendiri jadi memaksa diri mengadap encik bola juger T_T

Tapi sangat bestlah bila si dia nambah nasik 2 kali.
Especially when I cook Ikan Masak Sambal Jawa macam tadi.

Ingatkan 4 ekor ikan cukuplah untuk kami berdua.
takde maknanya...
Aku dapat rasa sekor je.
oke, next time kena masak 6 ekor la ni.

Aku ingat dalam sebulan dua memang dasat gemuk la dia ni kang.

...

Yes, life after marriage is good.
But very tiring indeed.

Rasa luluh tulang-temulang aku semuanya.

Sekian komplen untuk hari ini.

Kad tak cukup!

Love & Kisses ✿ sha 10 comments
yep.
My wedding card tak cukup.

T_T
...

Initially my plan was not to invite so many people.
And we want the solemnization and reception to be on the same day. Partly because of the budget but the main reason is that we don't want my family, especially mum and Abah terover penat macam time my sis's wedding aritu.

Her wedding is so overspent and over of everything sbb the caterer tak pandai budget, so, banyak jugak la makanan terbuang. During her time, we invited around 1000 people and we want the caterer to prepare for 2000 people but in the end, they overdo everything and the food was made for 2800 people. Sangat membazir di situ, kan.

And her wedding was held for 2 days - Majlis Pernikahan, Malam Berinai and Majlis Persandingan. And walaupun dalam kad tulis 11 am - 6 pm, dari pukul 10 pg till 7 mlm masih ada jugak orang dtg. And my Abah sampai demam-demam 3, 4 hari tu sebab penat sangat.

So untuk kali ini, after some discussion with my parents, telah setuju untuk buat 800 kpg kad sajer. So, the guest would be around 1400+- la kan.

I gave 650 pcs to my parents and the balance of it was to be distributed among my frens and Hubby's.

Then, 2 weeks before the wedding, Abah call to inform yang kad tak cukup. So, aku dengan gigih telah memprint sendiri and potong-potong ikut saiz kad yang asal.

Ingatkan dah ok la kan.

Suddenly, a few days later, dia cakap tak cukup lagi...

aduiii..

Memang la tak cukup.
Untuk diri sendiri pun tak cukup apatah lagi untuk kawan-kawan mak and Abah.

Rasa menyesal pun ada sebab tak buat kad banyak-banyak sebab tak kesahlah orang nak datang ke tak asalkan kita dah jemput, kan. Lagipun, harga kad tu bukan mahal mana pun. Takat nak tambah 2, 3 ratus boleh je.

Sebab office aku ni ada 1500 orang.
And time nak distribute kad tu baru terfikir, kalau orang ni aku jemput, orang tu aku tak jemput, kan rasa macam tak sedap jugak, kan.

Nanti dah elok-elok dia selalu senyum kat aku time jumpa, ni dah jadi serba-salah pulak kan.

haih~ susah sebenarnya mau explain tapi nanti waktu korang nak distribute kad baru rasa.

In the end, kawan-kawan aku pun ramai yang tak dapat kad and aku terpaksa jemput guna email and sms je dengan harapan diorang tak kecik hati.

alhamdulillah... itupun ramai yang sudi datang.
Tak terjangka.
More than 2000 people came.
Sampai mak aku tak sempat tukar baju lepas Majlis Nikah pagi tu.
yes, that's another story.

Walaupun dalam kad tulis jamuan dari pukul 12.00 hingga 4.00 pm tapi tetamu start datang pukul 10 lebih. And the last tetamu left at 5.45 pm.

Sangat terharu oke.

Especially yang datang dari jauh macam Ann, Aida and Watie. my bff from uni years...

'gile best dapat jumpa korang!

And also to fellow bloggers yang datang especially Thalha and Nad.

'seriously excited taw ^-^

And all my officemate, yang selalu jumpa cuma tegur-tegur macam tu pun ramai jugak yang sudi datang dari jauh. And my workplace is about 90 km from my hometown taw!

Memang terharu.

Fortunately makanan cukup-cukup and ada lebih untuk sedara-mara bawak balik. Even tetamu nak tambah makan pun boleh sebab the caterer is so efficient and dia sangat pandai budget untuk makanan.

Takpelah, memang tujuan untuk jamu orang kan, so tak kesahlah kalau terlebih pun makanan dia.

And we're totally satisfied with his service sebab semua orang puji makanan sedap, air pun sedap.

Gambar takde lagi.
Kalau nak tengok pun di blog Thalha and Ann je lah ye ;p

Sekian.


oo rupanye aku lupa nak citer pasal majlis nikah ngan sanding.

'next entry plis.

The Bridesmaid~

Love & Kisses ✿ sha 8 comments


Yes, that's my pengapit.
my last minute pengapit.
Horror oke last minute baru dapat pengapit nih.

Ceritanya begini.
Encik Hubby memang dah ada pengapit lelaki.
Months ago dia dah book bestfren dia nih.
And I said, camtu, suruh girlfren dia je la jadi my bridesmaid sebab senang. Nanti kalau dia jadi pengapit laki, his gf nak dok mana pulak kan.

So, both of them agreed; the Hubby and the pengapit lelaki.
And I thought, the gf would agree too.

And that was monthsss ago.

I kept reminding him to check wif the gf whether she had the color that I want. And I specifically told him that I want a plain colored pink/purple dress. Kalau takde, I can buy her one. And Hubby said the typical word --> oke, oke.

hiks.

Suddenly, a few weeks before the wedding, Hubby said, cyg.. camne ni... gf dia tanak jadi pengapit la...

I was like, whaaat?!$@#

oke, backup plan.

I asked one of my officemate but unfortunately, she's not available during the weekend. Sebab nak bridesmaid yang still single kan so, I asked one of my cousin.

And, she said yes.

So, ok.
Settled.

But suddenly, 2 days before the wedding, she said she's truly sorry that she can't be there for my wedding due to some urgent paperwork.

And again, I was like, haaa??

And I asked Boy (my bro) if I can pinjam his fiancee to be my bridesmaid.

He said, alamak tak boleh la Along... Faz datang wif her family and diorang nak balik awal kot.

oke.

Tapi aku pujuk-pujuk juger la.

Actually we, (me and my sis) think the main reason is that dia tak bagi his fiancee to be the bridesmaid if the pengapit laki is not him.

haha.

Tapi sebab dah nazak ni, aku pujuk la jugak kan.
Lagipun everyone in the family is wearing pink-purple so of course Faz will wear one.

And akhirnya, he said ok tapi tak janji la takut Faz tanak.

At the same time, I asked one of my cousin to be the pengapit. Dia pun cakap ok tapi takde baju pink pulak.

So gamble je la.
Actually I don't care much about the pengapit since I think it is not a very important subject in my wedding.

Tapi sebenarnya memang penting jugak cuma malas nak pikir benda remeh-temeh ni.

So, the morning before my solemnization ceremony, Faz datang.

Dia cakap, "Along! Boy cakap kite kena jadi bridesmaid ke?? alaa Boy baru bagitau pagi ni tau."

"eh laa kan Along dah suruh dia tanya Faz semalam. Dia tak bagitau eh?"

"haa... Boy ni memang!"


haha.
btw, thanks Faz.

Kerana itu, aku ada pengapit cantek berbaju pink sama tema dengan pengantin ^_^

Tentang baju~

Love & Kisses ✿ sha 6 comments

eh oo ye dah 6 hari rupanya.
Cepat betul la masa berlalu.
Rasa macam baru je semalam aku dok kelam-kabut siapkan benda-benda yang last minute tu. Tup tup ni, dah 6 hari aku kawin rupanya.

Blog pun tak berupdate.
Gambar pun tak berusik.
Maklum la bizi.

Ngemas rumah sebab majlis satu hal.
Ni my family nak pindah rumah baru satu hal.
Dengan kami yang pengantin ni pun nak ngemas rumah baru kat PG tu lagi, dengan sibuk nak shoot outdoor, dengan nak pulang barang-barang/baju kat 3 bridal tu lagi.

So, telah bizi yang melampau.

Tapi akhirnya setel dah semua.
alhamdulillah...

aa nape 3 bridal?
di 3 daerah yang berlainan pulak tu.

Mumtaz Bridal Gallery @ Pontian, Johor.
Exclusive Bridal Collection @ Angsana, Johor Bahru.
D' Kraton Bridal @ Rengit, Batu Pahat.

oh~ ceritanya agak complicated.
Salah satu sebabnya, this ex-bridezilla telah dihantui oleh baju-baju dan kecantekkan pakej mereka <-- ayat tak hingat ;p
...

Initially memang mau ngambil semua dari satu bridal sajer, that is Mumtaz Bridal Gallery.

They're the one organizing my sis's wedding last June and did the makeup during my engagement.

Tapi, sebab dah kemaruk nak baju kaler pink belacan, kami pun survey la dari satu bridal ke bridal lain untuk puaskan hati.

Jalan-jalan kat Angsana, belek itu ini, tiba-tiba, eh~ nape baju tu sangat lawa?

Bukan kaler pink pun.
Kaler gold hitam.
'remember this entry?

On the spot telah membook before mentry.
And automatic nak tukar kaler tema kawin jadi gold-hitam.

Bila dah try, mak aihhh gemoknya aku!
Beratnya baju ni!
Panjangnya kain dia!
Sape nak heret baju labuh-labuh camni??


Time jalan-jalan jumpa tetamu kang abih sume sampah-sarap aku angkut sekali. wahaha.

Rasa nak kensel je tapi dah bayar deposit pulak.

So, oke. Mari kita guna buat outdoor shoot nanti.
Hubby nak pakai blazer dia tu je.

Tapi akhirnya telah membook overcoat utk lelaki juger.

So, jalan-jalan lagi untuk carik baju sanding...

And one day, aku ikut Hubby balik BP.
Tengah borak-borak tu, his family asked me nape tak amik baju kat D' Kraton Bridal tu sebab the owner is their good fren and Hubby's brother adalah part timer di situ.

Aku macam, what?? ade ke baju lawa kat ceruk Rengit tuu? adeh.

Tapi untuk menjaga hati, kami pun ngambil keputusan survey-survey la juger di sana...

Tup tup, ada pulak baju yang aku berkenan.
Siap ada ekor yang panjang lagi ha.
Typical me adalah sangat suka dengan baju berekor panjang sebab nampak sangat vouge lah. Tapi susah nak jumpa baju macam tu sebab ekor panjang kan susah nak jaga. Tapi nape ntah kat situ banyak pulak la yang pattern macam tu. And the owner jahit baju sendiri taw.

Walaupun dada dia agak seksi tapi dengan tak berpikir panjang, terus membooking. Bila pakai time sanding aritu, haihhh cam nyesal pulak sebab terlampau seksi and aku terpaksa pakai inner jugak.

Then, kat situ ada pulak satu baju jawa kaler gold yang sangat menarik hati.

'remember the tragedy about my baju nikah?

So telah ngambil keputusan utk ngambil baju tu for my solemnization ceremony...

And walaupun dari dulu dah tau nak kawin bila, akhirnya beberapa hari before majlis baru jumpa baju yang aku suka.

Sekian.


'tatau nape buruk sangat aku buat bunga ni siap nampak selotep2 sume tu T_T

oh by the way, we're going for pre-honeymoon tomorrow!
'remember the gift voucher that I get from my company? ya, that's the one.

And next week we're going to Terengganu!
wif my family.

And end of this month, we're going to Taman Negara Rompin.
Masuk hutan gitu.
also wif my family.

And middle of next month we're going to Miri.
ye, wif my family juger.

When people asking me about honeymoon, ntah aku pun tatau nak cakap apa sebab yang betul-betul, maybe we're going to Langkawi/Kuching tapi tatau bila.

Tapi sebenarnya, gi memana pun adalah honeymoon asalkan dapat berdua.

'bole gitu?
;p

We're Married!!

Love & Kisses ✿ sha 22 comments


Alhamdulillah... tanggal 31 January lalu kami telah selamat diijabkabulkan. Tak sempat pun mau bercerita panjang di sini kerana terlalu banyak kerja menanti di luar. Gambar kat atas tu pun curik dari FB my official photographer.

Tadek gambar dari kamera sendiri sebab dia hilangkan diri time kenduri. Tadi baru jumpa. Sangat cipan kan.

Thalha already made an entry about my wedding day. So, kalau korang nak tau serba-sedikit tentang cerita majlis kami, silalah lawat blog dia ya ^-^

'sangat terharu okeh. hihi.

By the way, my family is moving in to our new house by this week. Jadinya, harus la ngangkut beribu-ribu barang dari umah lama ni.

Exhausted oke.
totally, extremely exhausted.

oh ye, motif sebenar adalah nak bercerita tentang majlis kahwin.

alhamdulillah... the wedding is beautiful.
It has been as beautiful as what I wish for it to be.
Noni, my pak andam is the best ever!
My photographer is superb!
The food is excellent!

And everything is according to plan except for a few things like kompang and DJ time merenjis and my mum's baju.

Takpe, dah selamat pun.

sangat hepi!!
*wink wink*

Sangat comel my hubby.

He keeps grumbling about the inai yang makin hilang kat jari sebab his sister tak pandai pakaikan inai. Pastu tgh shoot outdoor semalam bape kali ntah nyuruh aku pakaikan inai balik kat jari dia.

ahaks.
bole gitu?

...

Besok-besok or malam nanti kalau sempat aku nyambung cerita ya. Pengantin ineh mau nyambung ngumpulkan barang-barang yang mau diangkut ke rumah baru.

Sekian.

Walimatulurus~

Love & Kisses ✿ sha 11 comments

Kawan-kawan, anda semua dijemput ke majlis kami nanti ya ^-^

Esok nikah!!

Love & Kisses ✿ sha 8 comments
I long to write something here.
Sebab tiap kali aku buat sesuatu, mesti teringat mau nulis di sini.

Kumpul-kumpul dalam otak, bila time mau keluarkan, berterabur satu-satu atas jalan. Akhirnya tak ingat dah.

Tapi sangat teruk la pompuan ineh.
Esok nak kawin, arini sempat lagi nulis blog.
Padahal kat luar tu berlonggok je kerja mau buat.
Contohnya macam gantung tag pada souvenir bag.

haha.

By the way, my guestbook dah siap!
ye, tak susah mana pun.
Kalau ada kerajinan, tak sampai sejam dah siap semua.
Tapi sebab berbulan-bulan ni kemalasan melanda, jadi, sehari before majlis la baru nak buat nih.

hiks.

And, dah pakai inai pun.
Tapi tak berapa merah la.
Tatau kenapa.

Nasib baik my mum paksa jugak pakai semalam, sebab dia cakap, kalau nampak tak cantik, malam ni boleh adjust lagi. Kalau malam ni baru nak pakai, takut esok rupa dia tak berapa elok sangat. Dah la nak nikah pagi Ahad tu kan.

and oh ye. I gain weight like rocket!
Last Saturday dah fitting baju and smlm time amik baju tu kena fitting lagi sbb tak muat.

haa nyampah.
Kat umah ni banyak sangat makanan sedap-sedap jadi terpaksa makan.

Ok, I'm off now.
Nak ikat-ikat tag.

*bride2be yang sangat bizi buat keje last minute*

hehe.

...will time heal?

Love & Kisses ✿ sha 1 comments
I've been avoiding to talk about Ciki for quite sometimes.
No, I'm not forgetting him.
It's just that the perasaan tajam menikam itu masih ada lagi dalam hati aku.

Just now, one of the bloggers left a comment at this entry --> Kehilangan Itu and when I read back the whole entry, walaupun dulu ramai yang katakan time will heal, rupanya tidak.

I don't mean to cry tapi airmata jatuh lagi mencurah-curah...

oh my.
It's 2 days till my wedding day oke.
I'm getting married the day after tomorrow!
Jangan sedeh-sedeh F, nanti buruk bawah mata tuu.

Tapi memang tiap kali teringat Ciki, perasaan sunyi and bersalah meluru datang menghantui diri.

If only I knew that he had kidney problems...
If only I gave him water everyday!
If only I gave him the normal vegetables instead of anything that he wants to eat! Biar la dia tak suka aku paksa2 dia makan sayur tu daripada dia mati camni...


aaaaa!!!

I miss u Ciki...
I truly do...
T_T

Wedding Checklist~

Love & Kisses ✿ sha 1 comments
This is my final checklist for the wedding.
Nak delete dari wall sebelah tu sbenarnya pastu sajer jadikan dia satu entry kat sini so that the other brides-to-be bole guna utk rujukan ^-^

+ Kursus Perkahwinan
+ Set Katil
+ Cadar Katil/Langsir
+ Fresh Flower
+ Souvenir
+ Beg Souvenir
+ Guest List
+ Bunga Telur
+ Pilih Warna Tema
+ Pilih Tarikh Kahwin
+ Videographer
+ Photographer
+ Pakej Perkahwinan
+ TQ Tag
+ Guestbook
+ Catering
+ Jurunikah
+ Baju Nikah
+ Kasut Nikah
+ Baju Untuk Family
+ Kasut Nikah
+ Kasut Sanding
+ Spa/Massage
+ Fitting Baju
+ Barang Hantaran
+ Gubahan Hantaran
+ Kad Kahwin
+ Edar Kad Kahwin
+ Kemas Bilik
+ Pengapit
+ Khemah/Kerusi/Meja
+ DJ/PA System
+ Penari Zapin/Kompang
+ Temuduga JAIJ
+ Ujian HIV
+ Kek Kahwin
+ Pantyhose
+ Transparent tali bra
+ Alat Merenjis

of Pelamin, Bedroom & Scallop

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
I'm soooo tired and cranky but I can't wait till tomorrow to write something here.

Sebabnya...... my beautiful pelamin dah siap!
My khemah with the pink-purple scallop pun dah siap!
And the utmost is, my bedroom... dah siap juger!

Sungguh cepat dan tangkas, kan.
'haaa sangat suker!

Rasa macam nak tepek gambar kat sini tapi cam melampau la pulak. Sila tunggu lepas wedding nanti aku letak gambar banyak-banyak ya ;p

To tell u the truth, due to some reason, mula-mula dulu I'm a bit afraid to depend totally on him. But then, when I saw the outcome, alhamdulillah... my sis wedding is great. And soon my wedding would be as great and memorable as hers.

Tunggu time nikah nanti ya, kita tengok hasil Noni mekap.
Hopefully it will turn out as good as when he did my sis ^-^

Undangan Perkahwinan

Love & Kisses ✿ sha 32 comments

Kawan-kawan, kami nak hantar kad jemputan ni.
Kalau sudi hadir, silalah beri alamat kamu ya.
Kalau nak bagi thru email pun boleh.
bisobonar@gmail.com

Kenduri kami di Pontian, Johor.
Jemputlah datang ya ^-^

of Spa & Pampering

Love & Kisses ✿ sha 3 comments
I have tons of thing to write.
Tons!

Honeymooning, Photographer, Videographer, Kasut Sanding, Baju Nikah, TQ tag, Souvenir for grooms side, the Spa, the Bridesmaid, etc etc.

but it's 3 days left till our wedding!
'menulis selepas majlis terjadi adalah sangat tak best sebab perasaan excited bride-to-be telah berlalu.

ahaks.

So, within these 3-days I'll try to write more okeh.
'bajet cam sempat je nak mengadap lappy ni bila dah balik kg nanti ;p

Takpe.

Anyway, I went to Mai Beauty Spa at Angsana last Saturday.
Sangat best!
Seriously.

I don't know.
Maybe this is just my second time of going to spa so I'm not sure whether those who went to spa regularly will have the same opinion as mine or not.

Tapi sebab spa yang aku pegi before this, Natural Beauty (NB) Spa adalah sangat tak best, that's why aku rasa Mai Beauty to adalah up to my expectation and worth the money.

I didn't took the whole set.
I just go for Jacuzzi, Sauna Rempah and Lulur Rempah which cost only RM155.00 for 3 hours of pampering.

Kalau ko tak tahan bau jamu, sila jangan amik sauna rempah oke.
Macam nak muntah pulak aku telan bau jamu tu.
Macam tersekat je kat tekak nih.
I shud have choosen the Aromateraphic one.

Tapi lulur rempah adalah sangat best.
She'll massage your whole body and hilang semua toksin.

NB Spa adalah totally mcm mandi dalam bilik air oke.
Walopon murah, tapi sila jangan pegi.
Menyesal nanti.

I'm going for another round at Mai Beauty Spa at my hometown. Harap-harapnya servis dia best la mcm kat Angsana tu.

This time I'm going for Mandi Susu, Sauna Aromateraphic and maybe Lulur Garam.

Tengoklah nanti.

Ok, I'm off now.
Nak carik inai kat Masai and nak carik bunga kat SSF and nak beli something kat Harris and nak carik extra envelope for the extra wedding card (ye, it's 3 days left and ada org x dpt kad lagi T_T) and nak setelkan guestbook yang tersadai lagi kat atas meja tu.

Sekian.

of Pelamin & Makan Beradab

Love & Kisses ✿ sha 6 comments
I've got the bridesmaid!
and, I've got the pelamin!
and, I've got the purple-pink scallop!
and, I've got the sanding shoes!

yey!

'bole gitu?
ahaks.

...

It's 5 days left and arini baru la dapat finalize the pelamin, bridesmaid and meja makan beradab tu.

Padahalnya dari dulu2 dah tau nak kawin bila.. <-- ye, ulangan.
Anda-anda semua jangan begitu ya.

By the way, this is one of my favourite piece.


A simple but beautiful damask design from D' Kraton Bridal.

'aku ni dok promote bridal ni padahal yang aku amik cuma baju dia je ;p

But then, the style is not mine.
Walopon cantek tapi I've chosen another piece for my Makan Beradab.

I wish I could have both.
The damask by Daniel and the garden by Noni.

haih. takde maknanya.

Sori ye Noni. Yours is beautiful too.
Tapi maybe sbb dia banyak sample gambar yang dia pernah buat and kebanyakkannya menarik hati aku walaupun terletak ceruk kat Rengit nuu.

I don't know.
I don't want to be a demanding, annoying bride.
I long to be a normal, pleasant bride, not the bridezilla yang asyik bertukar fikiran, kejap nak gini kejap nak gitu.

But, what am I suppose to do?

I have to be demanding.
Kerana ini adalah wedding aku and gambar itu yang aku nak tatap berpuluh tahun nanti.

Kot kalau tiap kali menatap asyik ngutuk tak lawa, baik dari sekarang ni aku pilih yang betul-betul menarik hati dan perasaan aku, kan.

Maybe I'm just so afraid that it won't turn out to be the way I've always want it to be.

humm.

But I truly love the beautiful garden-style pelamin yang Noni (my pak andam) buat semalam.

Totally fabulous!

He used bunga hidup for everything.
Pelamin, the archway, everything.
And I loveeee the bunga + sangkar yang diletak sepanjang jalan dari pintu masuk dewan ke pelamin...

Sangattt cantek!

Gambar takde kat sini sebab lupa bawak kamera.

Tu yang tetiba nak bertukar fikiran semalam, nak pilih pelamin sama sebijik macam yang dalam wedding tu.

Tak kira la bapak dia bos mak aku ke tak.

Tak kisahlah wedding dia selang seminggu je dengan aku.

Tak kisahlah orang yang datang wedding tu jugak yang akan datang wedding aku nanti, kan.

haha.
veri the tak hingat.

Tapi my Abah tanak sebab dia cakap style sama macam my Angah punya pelamin.

So, oke.
We'll stick to the previous plan.
Cream + white pelamin.

settle.
...

Apapun, harapannya Noni akan buat yang terbaik.
I hope, he won't disappoint me.
I hope, I won't feel disappointed.
Sebab.....

dush2!

I wish I could talk more freely here.
But unfortunately, due to some reasons, now I can't...

'coz a few of my mates log into my blog regularly.

triple haih.

oh~ by the way, tomorrow is my last working day!
yey!

Things MUST do!

Love & Kisses ✿ sha 13 comments
oh ye, aku lupe beli inai.
oh ye juger, aku lupe beli makeup remover.


Weekend ni mesti setel!

Mesti siapkan guestbook!
Mesti buat signboard jalan!
Mesti amik stok contact lens kat HP!
Mesti print TQ tag! <--- sikit pon jadi la T_T

Tamau jadi macam my sis waktu her wedding last June.
Makeup remover lupa beli.
Her wedding and my engagement was on the same day so kami adalah bermekap sakan.

Last minute time nak cuci tu baru teringat pastu suruh my bro carikkan kat farmasi takde jual pulak dah. Tenyeh-tenyeh guna sabun tamau juger hilang.

Setengah botol toner, cleanser tu kami gosok kat muka.
Kot kalo benda tu murahan takpe.

haih.

Yang paling kritikal adalah bahagian mata.
Nasib baik one of our cousin ada bawak baby oil.
Sapu bawah mata tu banyak-banyak hilang semua eyeliner.
Sangat useful rupanya baby oil ni.

I'm thinking of buying the Maybelline/L'oreal/Nivea/Simple for the makeup remover sbb pasni bukan guna selalu pun so takyah beli yang mahal-mahal. Asalkan elok tanggal semua and tak merosakkan kulit muka cukuplah.

Bodyshop ok tak?

But when I googled out on best makeup remover, most of them said L'oreal is the best.

'aa btul ke eh?

Maklum la, kami kan jenis tak bermekap bagai.
Selalu aku gi opis, time drive tu la baru sibuk nak pakai bedak sikit, blusher sikit, eyeshadow sikit, lipstik sikit, siap dah.

Tak sampai 5 minit pun.

Pakai sikit, nak cuci pun senang.
Simbah-simbah air je.

Sekarang ni sangat expert pakai mekap tanpa tengok cermin sbb dah biasa praktis. Maklum la rumah dekat, bangun pun lambat, maka memang kena harap pakai bedak sambil drive je la =p

My fren selalu heran camne aku boleh terer drive sambil mekap. Tapi kan bila u dah biasa buat, alah bisa tegal biasa... 'btul tak? ^-^

By the way, I'm sooo looking forward to tomorrow.
Sebab next morning at 9 am, I'm meeting the Photographer for the first time.

Then, off to Angsana for some pampering at Mai Beauty.
And after that, will buy some shoes somewhere.
And then, to SSF to buy some flowers.

Akan bergerak secara solo sebab encik Hubby telah pulang ke BP untuk nguruskan beberapa hal lain.

Pastu nak carik souvenir for the groom's family.

Boleh lupa pulak nak carik something special utk keluarga belah laki. Nasib baik my Abah ingatkan last week.

haih.

Bekas corak English Rose tu pun lawa juga kan.
Murah jer dalam RM4.00 per piece.

and oh~ last but not least, I don't have a pengapit.

Sekian.
T_T

haih haih!

Love & Kisses ✿ sha 5 comments
aaaaaaaaa!!!!
Perasaan adalah macam nak nangih bila tadi pagi Abah call and said kad tak cukup and kena print lagi 80 kpg.
aaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Awal-awal dulu aku dah cakap nak kad bape kpg so bole print banyak mana pun. Ni bila tak cukup aku nak buat mcm mana? The wedding is next week okeh. Kot kalau aku nak anto gi printing pun koman-koman 4, 5 hari baru siap. Kang bila masa pulak nak distributenya?

nyampahhh!!

Macam tak tenteram hati aku mikir jalan penyelesaian sebab yang tak cukup tu nak bagi kat kekawan dia so mesti la nak yang vouge cam kad betul tu.

Ni la padahnya bila tak buat guest list awal-awal.
Kalau dia cakap last week ke boleh gak nak design lawa-lawa or gi anto printing lagi.

Ni tinggal seminggu je okeh!

haih.

Last-last aku pikir nak buat design baru je pastu print hitam putih pastu letak riben. Pastu aku pikir mana pulak la nak carik kertas tebal yang murahan nih. Dah la Sabtu ni nak kena bagi kat Abah.

Kelam-kabut la time lunch hour tadi aku balik umah jap sebab nak design kad. Sebab kat opis mana la ada Photoshop sume tuh. Nasib baik la otak aku ni pantas berfikir. So akhirnya siap satu design. Cuma tatau nak carik kertas kat mana. Takkan nak pegi kat Plentong jauh nun.

Akhirnya aku print kat kertas yang cadangnya nak guna buat guestbook and TQ tag tu.

So, gudbye my dear TQ tag.
ahaks.

Takde masa la aku nak pikir benda remeh-temeh camni.
Redah je la.

Baik aku pikir bila nak jumpa photographer ngan videographer tu. Ngan nak buat appointment spa. Ngan nak pegi fitting baju kat dua tempat yang berlainan. Ngan nak gi confirm ngan that bakery utk tukar kaler bunga atas kek. Ngan nak carik kedai nak binding guestbook tu lagi.

Bila ntahnya aku nak buat.
serabut serabut.

And I'm worried about my wedding dress.
aaaaaa!!!!

Standard question~

Love & Kisses ✿ sha 7 comments
We're getting married next Sunday okeh.
Bukan 2 minggu or 3 bulan lagi tapi minggu depan okeh!


People kept asking me, apakah perasaan?
Jawapan standard : perasaan adalah penat.

Tak berdebar, gementar or whatsoever, cuma penat.
Penat, pening dan sakit kepala.
Tiap hari pergi ke opis dengan kepala yang sakit sebab tidur lewat and bangun awal.

kan kat opis aku tu, kat pintu gate kena scan temperature tiap hari. And mine adalah straight 37.8 degree celcius everyday.
Nak meletup gamaknya kepala aku tu.


And another standard question --> apakah warna tema?
Jawapan : tema adalah berwarna-warni T_T

One of my colleague is getting married on the same day as mine.
Tadi my boss tanya dia apa theme color.
Dia cakap, warna-warni.
Pastu my bos gelak sambil pandang ai.
Dia cakap, agaknya trend tahun ni orang kawin tgh popular tema warna-warni eh.

ahaks.
gile kelakar okeh.


maklum la... initially, aku kan nak warna tema light burgundy tu. tapi tiba-tiba, khemah kaler coklat.

pastu kerusi kaler biru.
pastu bunga pahar kaler maroon.
pastu souvenir bag kaler maroon and golden brown.
pastu surah Yaasin kaler biru.

so, tema memang gile kalerful.

haih.
nyampah ai!
besok nak kaler rambut la.

oh my~

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
Tadi, tengah aku dok distribute invitation cards to some of my officemate, my boss said, "Agaknya macam mana la si F ni bila dah kawin. Mesti gelak-gelak senyum je kan. Hubby dia marah pun nanti dia sengih2 mesti tak jadi marah. Sepanjang keje dengan dia ni tak pernah la nampak F marah yang betul2 marah...

Pastu sume pun pakat gelak beramai2 sambil nyambung gosip.

hak ptuihh!!
Memang la aku takde marah-marah pun.
I am a well-mannered person.
Takde pasal nak marah-marah kalau tak bersebab macam some of my colleagues yang suka maki membabi-buta tuh. If I treat u good, u'll have to do the same in return.

'btul tak?

Kang tak pasal-pasal dicop macam orang keje kerajaan.
Sorry to say tapi pengalaman aku berurusan dgn ramai org kerajaan ni memang sangat buruk. Especiallynya dengan SOCSO/EPF and kat klinik kerajaan tu.

ko sengih la cemana pun dgn nurse kat situ ada dia tengking2 ko balik.

Macam yang aku lalui time HIV test aritu.
Memang gile malu laa.
oke, that's another story.

Pastu aku macam tak sampai hati nak marah-marah sebab aku ni kan sangat kesian kat orang. Sebab kat sini kebanyakkan staff bekerja di site. Diorang dah la keje bawah terik matahari pastu datang kat HR, kena marah pulak.

Kan sangat kesian.

Sebab tu aku kalau boleh, time kerja mesti nak sengih-sengih je.
And bertoleransi.
So takde la orang nak mengamuk-ngamuk, kan.

Tapi, kat luar je la.
Kat sini akan terus bercerita.
coz my pen is a lot sharper than my tongue...

'kan aku selalu condemn kat blog tiap kali ada benda buruk jadi ^-^

Contohnya macam printing vendor kat Tmn Universiti tu.
of course akan terus memburuk-burukkan dia dengan dasat sebab dia layan customer mcm tu.

hiks.

Oh by the way, my Yaasin wording dah siap tampal!
ye, hasil usaha encik Hubby ngan kekwn my mum.

Hubby malam2 nak plak la dia tolong tampal wording tu.
But to tell you the truth, I'd rather do everything myself sebab aku nak benda tu cantik and menepati spesifikasi aku sebab lelaki ni biasanya nak buat benda2 artistic macam ni mana nak pandai sangat kan. Ada kang dia main tampal je senget-benget benda tu nanti sebab nak cepat.

Tapi sebab kudrat tak mencukupi, and dia pun kesian tengok aku tak cukup kaki+tangan nak potong+tampal semua, maka telah mengoffer diri untuk menolong.

Tapi sambil dia tampal tu mata aku dok sibuk tengok takut dia salah buat. Pastu sebab aku dok perati je, makin la dia sajer2 buat salah. Geram mek.

Kalau ikutkan, aku memang nak tempah Yaasin tu siap dengan wording skali. Harga dia pun tak banyak beza. But as I said before, aku dah kesuntukan masa. And kalau nak cetak muka depan tu kena awal-awal dulu. And tadi baru terfikir, nape la aku tak order sticker, kan lagi senang.

haih. nyesal pulak tak buat awal-awal dulu.

Takpelah... dah siap pun nih.
Aku pun dah tak kuasa nak demanding sangat.
The bridezilla in me dah hilang gi mana ntah.



And TQ tag dah siap design!
Tinggal print sajer, and gunting-gunting, and tampal.
haih. macam byk lagi je tu.

And I haven't meet up with the photographer yet!
Belum duduk discuss, belum bertentang mata, belum finalized itu ini lagi.

Tak sempat oke.

uwaaa!!!

of Wedding Cake~

Love & Kisses ✿ sha 8 comments
I'm getting married next week okeh.
Next week!

haih.
macam tak percaya suda.


and... I've got the cake!
*dengan mata bersinar-sinar*

Balik kg semalam telah menempah from a bakery at my hometown <-- kalau dia buat sedap and cantek, nanti ai promote kat sini yeh. kalo sebaliknye yang terjadi pun nanti ai citer kat sini jugak =p

Kalau tempah kat JB nak kena pikir sapa nak amik, sapa nak return balik cake stand tu lagi. Time my sis's wedding aritu bole la Boy tolong amikkan. Ni, dia baru join new company and of course takleh cuti lama sangat awal-awal ni kan. So, memudahkan cerita, mari kita tempah kat sini sajer.

'tak dapek la nak cake fondant yang cantek berlorek-lorek tu. hiks.

Tapi kalau ikutkan, actually aku tak boleh nak tempah kat kedai tu pun sebab dia ada family event during my wedding.

Tapi, haruslah memujuk, kot tak kat mana la aku nak carik kek lagi. Dah la tinggal seminggu lebih je nih. Next week okeh!

So he agreed to my request...
A 4-tiered white wedding cake.
Tatau nak bunga ros kaler pink or merah.
I prefer merah tapi dah tercakap nak pink plak. Tapi nantilah aku pikir balik.

He will send out the cakes early in the morning before my solemnization ceremony sebab lepas tu dia nak terus bertolak ke KT.

Yang aku dok pikir ialah macam mana cara nak susun kek tu bertingkat-tingkat. Dia gelak je and cakap, "takpe... jgn risau. nanti bukan awk yang buat, mak andam mesti tau tu.

ahaks.

Takde maknanya aku nak dok pikir macam mana nak susun kek time sibuk-sibuk nak nikah tu kan.

So, telah redha...

Sekian.

oh, ini adalah antara kek-kek yang aku telah jatuh cinta.





fuh fuh~

Love & Kisses ✿ sha 6 comments
Kasut sanding --> takde.
Tudung sanding (pink belacan) --> takde.
Tudung nikah (gold) --> takde.
Signboard --> lupa nak buat.
TQ tag --> lantak ko.


------

2 weeks to go.
14 days in fact.

But unfortunately, I don't feel like doing much.

To tell u the truth, I don't feel like doing anything at all.
I am down with fever lepas potong-potong kertas yang beratus-ratus tu semalam. Macam makin aku buat, makin banyak pulak yang belum siap. 'dasar pompuan tak penah keje teruk camni la.

Kesiannya kat orang yang keje kilang sebab tiap hari menatap benda sama, buat benda sama. Kalau aku keje kilang kertas mesti dah keras kejung kat situ.

Perasaan sekarang adalah mau golek-golek atas katil tekup muka dengan bantal sambil bayangkan kertas-kertas berselerak atas + bawah meja tu dah ada orang tolong setelkan.

haha.

mimpi.


And I'm going back to my hometown again tomorrow.

Operasi packing souvenir bag T_T

Sekian.
...

oh ye.
Aku adalah saspen + agak segan sebab secara tak sengaja, my pak andam telah jadi pembaca blog ni.

Yelah, since Jan 2009, the visitor of this blog pun dah mencecah hampir 14,000! Dalam 12 bulan, 52 followers and 14 ribu klik tu kita mana nak tau kan ada antaranya orang yang kenal atau tidak.

Hopefully takde la benda yang merepek-repek yang aku tulis dalam blog ni. Kot tak, mau dia conteng-conteng muka aku time solek nanti.

wahaha. gurau ye Noni ;p

Tapi rasanya takde sebab dia memang mekap yang sangat lawa. Kekawan aku yang dia andamkan semuanya cantik-cantik belaka. haa pujian ikhlas ni taw Noni ^-^

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review