leaving the twenties.

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
I bought a few new products recently and one of them is Kiwi Seed Oil Eye Cream by Antipodes.

Eye cream sebab tiba-tiba tengok cermin baru perasan ada fine lines di keliling mata T_T
Dan sebab tiba-tiba, my bos tegur, 'sha, u should put something under your eyes sebab it looks so bad lah.

So ok, bila suda ada yang tegur gitu harus la cepat2 ke kedai kosmetik bersoping apa yang patut.

Sangat susah oke nak pilih which eye cream yg sesuai.
Sebab there're sooo many brands out there and tak semua will works for you.
Dah la very costly nak beli satu tube kecik tu kan.

Setelah survey and baca review yg berlambak kat internet, I choose this eye cream from Antipodes sebab it's an organic brand, suitable for sensitive skins like mine and yg paling best adalah it has been voted as Best Global Application Eye Cream Award for 2011 by Harper's Bazaar.

Mula-mula nak beli the one from Dermalogica, but my sis ckp dia guna the skincare range and tak ok lansung! So she just stick with Nu Skin. And then try kat kaunter Origins and Dr Brandt. Tapi akhirnya beli this one kat Skinlab JJ Tebrau.


Ultra-rich Vitamin C from the seed of the New Zealand kiwi fruit works superbly to help repair damaged tissue around the delicate eye area. Containing carrot seed oil, aloe gel and 100% pure avocado oil, this is a fragrance-free product your skin will love.

All of the certified organic and natural beauty products in our skincare range have vegetarian approved status.

The highly esteemed VegSoc, or Vegetarian Society of the United Kingdom, has awarded us this major recognition : it's the oldest vegetarian organization in the world.

Last few weeks I bought a new Bobbi Brown eyeshadow.
Forest yang cantek.
'kan tgh kemaruk dgn brg2 BB nih. haha.
And I got a sample of BB eye cream in a small container.
Tried it for a few days and my eyes got itchy.

Maksudnya tak sesuai la tu kot.
And I tried one from SKII pun tak ok.
It makes my eyes watery.

I have quite a sensitive undereyes skin and I tend to react to most eye creams, but I find this one great - the Antipodes - soaks in nicely and does the trick. Although it is nice that it comes in a glass container, I think it would be better if it also came in a tube. But, still recommended though.

Tak bole nak komen banyak sangat sebab baru start guna tapi setakat ni aku memang puas hatilah even though belum hilang pun all the fine lines and the puffiness. Cuma at least mata aku tak kering kontang pedih2 la cam dulu.

Di penghujung usia ni baru la berkobar-kobar mau makai segala mak bapak skincare ni khans. Kalau tak, haremmm...
Balik rumah simbah2 muka dgn air, lap2, terus tido.
Esok paginya baru basuh muka dengan cleanser.
Nasib baik sejak gunakan barang Nu Skin ni kulit aku yang dibasuh jarang2 ni pun still ok.
Kot tak mau timbul segala anak beranak jerawat kat muka.
haha.


Pict taken during my birthday dinner @ out fav restaurant, Johnny's Bukit Indah, wearing my fav shawl.

Steamboat tom yam as usual, plus Secret Recipe Marble Cheese, and the must-have Mixed Dessert.
'oh yummieh!

Kalau bawak online kupon tu dapat benda free lagi yo.
ohh mak suker nyah!
...

and yes, I'm leaving the twenties soon.
*sigh*

our little crib.

Love & Kisses ✿ sha 11 comments
All I could say is, "I've been so busy living and I haven't had time to blog about life!"
...

Sebenarnya nak post pasal giveaways arini tapi kompem tak sempat.
And since ada beberapa orang msg & email aku suruh cerita pasal rumah so marilah bercerita tentang yang itu ya.

Tapi pasal kontraktor mana aku guna utk buat cornice, cat rumah, buat awning, etc2 tu nanti-nantilah aku cerita sebab tak sempat nak cek ngan encik Hubby sebab dia yang nguruskan semua.

sorry ya fainie, I promise I will write about it soon.
*sha, sila jangan buat janji2 palsu ya =p

no, really!
I've been meaning to write about the house for quite sometimes.
tapi, haih..
as usual, lah.

macam cerita pasal kawin.
macam cerita bersalin.
semuanya sekerat jalan.

and ye, akhirnya dah setahun kami pindah rumah ni tapi cerita pun tak abih.

so, ok. this is our little crib.


Gambar waktu baru2 beli dulu.
Time ni baru dapat kunci, I was preggy with little Danish tapi sibuk2 jugalah nak pergi tengok rumah.

Wayar berselirat kat ceiling sebab lampu, elektrik semua tak masuk lagi.
Rumah pun belum cuci.



Time ni kontraktor baru siap buat plaster ceiling and Hubby tengah cat rumah dengan kawan dia.

We choose dark brown utk feature wall and cream color for base.

kaler yg selamat.
Sebab senang nak match dengan apa jua furniture pun, apa jua warna langsir.
Kalau tak kang mesti tiap tahun kena cat rumah plus tukar langsir baru sebab nak match dedua.

ye la, takkan wall hijau, langsir kaler merah pulak, kan.
harus tetamu datang beraya mengutuk zaman-berzaman.

And tak mungkin nak tukar langsir selalu sangat sebab nak pasang langsir tu pun kena guna tangga yang sangat tinggi hokey.

And tak mungkin larat nak cat every year sebab gila penat!
sebab the ceiling is very2 high.
That's why pilih warna selamat iaitu encik coklat.

Aku dah awal-awal pesan kat Hubby, feature wall je cat kaler pekat tu tapi Hubby tercat 2 dinding plak and time dia tengah operasi mengecat tu of cos aku takde sebab dihalang ke tempat kejadian sampai semuanya selesai so memang selamat sejahteralah dinding aku yang kat dining hall tu pun kaler dark brown ye.

Takkan nak cat balik, kan.
gilo aih.
dah cukup baik si dia yang tersayang sudi membanting tulang mengecat sendiri, kan.

and nasib baik bercadang nak letak cermin besar kat situ so mmg nampak elok je la dinding tu.


And this is the dry kitchen.
Tema adalah merah hitam ye.

Tengah bersepah sebab time ni baru angkut barang sikit2 so memang longgok semua kat dapur la. Dengan segala hadiah kawin, plastik2 ntah isi apa semua la.

All pict was taken by my E63 sebab takde DSLR lagi time tu kan.
Kamera pun takde so guna henpon cabuk sajalah.

Gambar yang lain akan diupload lain kali ya.
gambar master bedroom, family hall, tingkat atas, courtyard yg sekangkang kera, etc2.
...

Sebenarnya memang tak plan pun nak beli rumah lagi.
macam tiba2.
Memang ingatkan lagi 5, 10 tahun lah baru nak beli or buat rumah sendiri.
entah ye.
Sebab time jalan2 tu tiba2 nampak and tiba2 excited, and tiba2 terbeli.

Ada orang senang, tak payah nak susah-susah ngumpul duit dah dapat sebijik rumah.
Tapi bila hasil dari titik peluh sendiri, perasaannya memang tak tergambarlah.
Sangat excited hokey sebab macam tak sangka akhirnya kami berjaya miliki sebuah rumah sendiri before 30.

only god knows what we've gone thru to get to this phase.
alhamdulillah...

and last but not least, kawan-kawan... silalah LIKE my FB page ya : CHARMSandCOLORS
tengkiu.

yang merah

Love & Kisses ✿ sha 6 comments

Dah beli pun sebijik Samsung Galaxy Tab.
Patutnya nak beli Asus Eee Pad Transformer yg veri elegant and sgt best itu tapi bila survey2 ingatkan yg Asus ni takleh buat GPS, tu yg beli Samsung. Lagipun Samsung lebih nipis and ringan compared to Asus.

Memang la ringan... dia buat dari plastik je...
macam barang murahan.

Asus memang la lagi berat tapi kalau tengok rupa dah tau teguh tegap gitu.


The Asus wins on performance (mostly for playing smooth videos), usability (because of the extra ports and better dock), and storage (because of the SD card slot). The Samsung wins on screen quality (brightness and clarity), portability (lighter and thinner), and the built-in camera (for quality and accuracy).

Bila dah beli Samsung ni rasa macam regret pulak sebab dari dulu memang sangat suka dengan Asus tu tapi nak buat cemana kan, dah terbeli... ni sume pasal orang kat PC Fair yg handle booth Asus tu takde knowledge pasal tablet PC la, kalau tak memang aku dah angkut menatang tuh. geramnyeh!

Tapi Samsung ni ok jugak la... ringan and sarung dia byk jual sebab ramai orang pakai.
Kalau Asus tu susah nak cari sarung dia.

takpe2. yang penting dapat.
ahaks.

And dah beli pun stroller Maclaren.
kaler merah ye.


alhamdulillah... omak dapat order tudung berlambak2 so rezeki Emir la nih.
dah alang2 tu nak promote jugak... silalah LIKE my Facebook page ya : CHARMSandCOLORS
...

Sebenarnya tatau mau beli Maclaren or Esprit.
Pegi Toy r Us, jumpa Esprit tu pun murahan, ringan and boleh recline abis mcm Combi and boleh lipat jadi payung juger. And lebih ringan daripada Maclaren.

Tapi ntah ye. Sebab hati memang nak Maclaren kot so malas nak compare2 nanti jadi mcm tragedi Samsung tab tuh.

Bila dah beli that stroller, si Azie ckp nak jual Quinny Zapp dia pulak...
RM680 je okeh.
haih.
Aku dah takleh beli la sebab dah ada 2 stroller nih.
Kot kalau korang berminat sila la msg kat blog dia okeh.


I'm still young, and walaupun agak menat nguruskan rumahtangga, I'm still full of energy.
and, I love to shop.
Aku tak kesah orang nak cakap apapun sebab itu adalah kehendak aku.
I don't need an LED screen, any of those baby walker, air conditioner, smartphones or anything sebab itu belum menjadi suatu keperluan.
'macam kalau mahu fully breastfeed my son instead of giving him formula, kan itu pilihan masing-masing?
...

Setiap orang ada kehendak yang tersendiri so jangan nak bergosip2 kalau aku nak beli 10 kereta pun eh.

Silalah bergembira dengan apa yang kita ada at this moment sebab memang we can't have everything all at once.

'kan?

Something...

Love & Kisses ✿ sha 3 comments
I've been very busy lately.
Dengan kerja yang bertimbun, dengan segala urusan rumahtangga membasuh mengemas, dengan nak buat aqiqah lagi, nak lipat2 kotak souvenir, ikat2 riben yang beratus-ratus, ngan bisnes aku yang baru berkembang, nak menggosok tudung yang bertimbun, ngan nak melayan cik baby yang tgh demam nak tumbuh gigi.
haiyohhhh!

Life has been really hectic.
Nak reply komen dan email from bloggers kesayangans pun tak sempat.
Sampai ada yang tegur suruh pakai eye cream sebab mata aku sudah ada dark circle yg hitam2 gitu T_T

oh tapi sangat puas hati dengan the souvenir!
Price is less than RM4 and I got something better than expected.
And it's hotstamping in gold hokey!
yey!
so, it's totally recommended.
gambar sebenar akan diuplod selepas majlis.

Kalau ada sesapa yang nak order personalized yassin, u may contact me for details ya.
nak tulis kat sini tak ingat website dia.
And if u do order from him, jgn lupa mention my name so that he knew that I DO PROMOTE HIM.
haha.

Aku tak kesah nak promote anything kat sini as long as aku ada guna produk tu and servis memuaskan, why not kan.
so En Zaki, I really did promote u in my blog ya =p

And I'll be doing some giveaways soon.
Maybe start Monday ni kot....... kalau aku tak bizi =p
But there're great prizes to be won hokey.
So sila la masuk.
hint adalah why do u read this blog.
haha.

alhamdulillah...

Love & Kisses ✿ sha 1 comments
Walaupun semalam kereta telah merajuk tapi arini adalah sangat hepi!
lalala~

It's something to do with Hubby's job tapi mmg aku yg terlebih hepi sebab this is something that he wants sooo badly and he has been moody about it lately, so when this thing finally happens, of cos la kitorang sangat hepi kan. syukur sangat2...

Teringat dulu one of my fren pernah cakap, 'takpe sabar je dulu, orang yang sabar lambat-laut akan dapat jugak balasannya, kan.
...

only God knows what we've gone thru to get to this stage.
alhamdulillah ya Allah...

Arini juger sangat hepi sebab semalam, 20th Oct 2011, Danish comel dah tumbuh gigi!
4 batang hokey.

and dia telah merangkak ngan dasat!
and kalau berdiri tu sebelah tangan dia mesti nak lepas.
veri d berangan macam dah besar sangat la tuh.
ohhh the comelness!


And I'm working on something right now.
my dearie sis-in-law & little bro has been helping us out on this thing.
something yang aku suka.
something for our future.
insya allah...

p/s : my oh my oh my Faz, along seriesly tak sabo nak dpt parcel tu next week okeh. haha!

@ 8 months

Love & Kisses ✿ sha 5 comments
Sangat bizi la lately nih.
Nak updet blog tak sempat, nak reply komen pun tak sempat.
Balik kerja layan Danish kejap, dia tidur aku pun ikut tertidur.
Tapi before tidur tu aku bagi dia tengok these 3 favourite nursery rhymes yg dia suka sangat.






hepi gelak2 sambil tepuk2 laptop.
hiks.

He's 8 months and 2 weeks old now.
Dah pandai sebut Papa and Abah.
Suruh sebut Mama dia tak pandai lagi.
Abah sebab aritu Tok Mama ajar sebut Tok Abah tapi Abah je yg dok kuar dari mulut dia.
Tapi takpela sebab atuk yang belah Hubby (my in-laws) memang dia panggil abah and mak.
And 2, 3 hari pastu baru la start panggil Papa.
Papa of cos sgt hepi la kan anak dia dah pandai panggil =p

And time dia genap 8 bln, belikan botol air Bros and dah pandai minum guna straw.
Memang cerdik anak mommy ni ye.

Sekarang sangat bizi nak berdiri pulak.
Pantang tengok mommy baring, mesti sibuk la pegang kaki ke apa ke jadi tempat dia nak berpaut nak berdiri.

wuhuhu sgt lasak oke.
buat aku letih yang lemah longlai.
tapi sangat best!
^_^

alhamdulillah...

Being a parents adalah 24hrs job.
You cannot quit, pause, stop or anything because he's there, he'll always be there till the end of life.

So, to those yang masih berusaha utk dapat zuriat, please be prepared mentally and physically ya coz anak bukan sesuatu yang suka2.

A child is a responsibility.

Anak adalah satu tanggungjawab.
Tanggungjawab yang super duper besar.
Kalau rasa tanak makan arini so takyah masak terus tidur.
ooo cannot2 ye.
penat macam mana pun bila dah ada anak, tetap kena kuatkan diri utk buat yang itu ini.
...

and we're saving money for something.
soon...
insya'allah.
^_^

hohoho

Love & Kisses ✿ sha 3 comments
Baru2 ni one of my colleague wrote about something yg dia marah gila pasal sorang pompuan nih.

Startnya pasal org tak jemput dia gi open house ke hape ntah.
Pastu datang pulak cerita pasal dia laki bini suka menunjuk2 camtu la.
Aku tak ambik port sangat tapi tetiba teringat yang pompuan tu penah wrote something pasal aku la, something like aku ngutuk someone and time tu tgh pregnant. tak takut ke nak bersalin nanti. and plus a few other tokok tambah yg veri d takde kaitan ngan dia pun.

oo helo? ko jangan nak menyampuk bole tak???
benda tu takde kaitan dengan ko, bole pulak nak sibuk2 jadi batu api tuu.
heran aku.
pastu, aku ke ko yg patut takut time nak bersalin tu weh?
ewah2... bukan ko ke yg sakit manjang kena dok wad berhari2 tu wehhh?

Again I said, kalau org tak start, buat apa la aku nak hangin sgt, kan.
Orang yg kenal aku mesti tau la.
What u give, u get back la kan.
Aku sihat walafiat, muntah hape pun tadek.
Bukan riak tapi maksud di sini adalah, ko yg patut jaga mulut ko, cermin diri sendiri, jaga semua2 hak milik ko sebelum ngumpat pasal orang lain.

Kalau tak, merasa la org doa ko macam2, merasa la dapat balasan on d spot kannn.
'tetiba blog aku yg bersopan-santun ni jadi cam blog Greenapple ngan si Nyssa plak.
muahaha.

My opismate ramai yang dah tau perangai dia yang veri d talam camtu.
Dia tak sedar lagi gaknya orang lain meluat+menyampah ngan perangai talam gitu.
Laki dia gi rumah orang sume penjuru sibuk la nak membelek.
Kalo pompuan yg buat gitu tak heran sangat la.

Dulu dia pernah mencetuskan pergaduhan kat department aku nih and telah menjadi batu api yang dasat tapi konon2 dah mintak maaf la dengan semua.
Tapi ko ingat diorang2 ni bole lupa senang2 la?
heh.

And dulu my Hubby pernah advise toksah baik sgt dgn pompuan camtu tapi aku tak kesah sebab maybe dia betul2 dah berubah, kan. Lagipun, asalkan dia jaga tepi kain dia sendirik aku no problem.

Tapi tup2 tak sangka aku yg pendiam ni terkena jugak okeh.
hahaha padan muka aku la kan.

So kesimpulannya parasit macam tu mampos lagi baik.
laki gemok plus pompuan2 batu api yg sibuk menyampuk tu pon bole follow skali.
aku takde kawan lagi bagus drp kenal orang macam tu la.

sekian.

oo ye, why do i write this kind of rubbish in my blog?
sebab pompuan tu peminat setia blog ni okeh.
ai ada secret admirer a.k.a stalker you!
kelas nyahh!
wahahaha.

the second stroller.

Love & Kisses ✿ sha 14 comments
I'm sooo confuse mau beli yang mana.
Purple or brown?



Purple.
Brown.
Purple.
Brown.
Purple.
Brown.
Purple.
Brown.
Red.

aaaaaaaaaaa!


MacLaren Triumph 2011.
Purple and red is RM615.20 and brown is RM570.
Tu tempat paling murah aku survey la.

My sis beli yang kaler purple tu sangat cantek kat mata aku and veri d convenient sebab sangat ringan and bole lipat kecik jadi payung sangkut kat bahu.


Tapi tempat yang aku nak beli tu dah abih stok plak kaler purple & merah and bila tengok kat kedai lain, after less pun RM615.20.
Beza harga RM45.

Memang murahan yang coklat tu tapi better beli yang kita suke, kan walopon mahal sikit. Yang aku suka sbenarnya adalah merah tapi Hubby cakap carik yang nampak tak kotor sangat so mcm coklat je bunyinya kan.

My Combi stroller wujud lagi tapi nak beli baru sebab nak travel jauh2 susah.
Combi memang sangat best, bole lipat sebelah tangan, cantek, bole recline abih utk newborn babies, bole 2-way facing and veri ringan tapi besar gedabak so bila letak kat bonet tak muat pulak nak letak benda lain. Dah la aku ni kalo balik kg tu memang jenis mengangkut segala harta benda dalam lemari so tak mungkin la akan muat stroller gitu, kan.

'oh adakah maksudnya kena makai cik MPV skarang? hehe


I'm not letting go of this Combi sebab condition dia 99% like new sbb aku jaga barang dgn sgt cermat kan, and dia bole recline abih, Maclaren punya takleh, so bila ada little Zara & little Saif, mommy takyah beli stroller baru.

eh tetiba.

oo ye, purple or red or brown eh???
...

The downside of this MacLaren stoller is that it doesn't have a bumper bar.
Danish pulak jenis yg sgt suka la bergayut kat bumper bar tuh.
adoi ai.

Aqiqah - The souvenir

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
We're gonna have our baby's aqiqah sumwhere in November!
yey!
hehe. terlebey excited suda.

Tapi macam the adrenaline pumping through my system.
Macam sangat excited nak pilih-pilih barang, deco2 for the event padahal bukan jemput sekampung pun. Takat orang2 masjid, adik-beradik and jiran keliling ni je...
and no, we're not gonna have it here in PG but for some reason, it will be held at Hubby's hometown.

Aku ok jek, no problemo.
Sebab my in-laws, sisters, brother semuanya adalah super best!
*oh oh sila jgn jeles =p

So, first thing first is to survey on the favors.
Dan ai sebagai omak telah memilih personalized yassin sebagai souvenir ye.
And of cos nak yang murahan tapi cantek kat mata aku.
cam dalam gambar ni.


RM5.50/printed on cover/with pouch & tag


RM5.00/hardcover/without pouch or tag


RM2.50/hot stamping gold or silver/without pouch or tag/free delivery


RM2.80/printed on cover/without pouch or tag
RM3.50/printed on cover/with box, ribbons and tag


RM2.80/printed on artpaper & balut cover/without pouch or tag
RM3.70/printed on cover/without pouch or tag

Rasa mcm nak bagi yassin je kot.
Letak dalam uncang, ikat dengan riben, kalau rajin buatla tag.
Sebab kalau bagi barang-barang lain mcm makanan or cupcakes plus blablabla, mcm sangat serabut je kan.

Yassin in a pouch will be just nice.
dan yang penting, berguna.

And tema adalah purple ye.
Sebab baju raya kami adalah sedondon purple and pearl grey.
Milih purple sebab macam lebih meriah.
Cuma omak kena carik tudung baru la ni ye nak.
Kot tak harus makai tudung sebijik bintang mcm dlm gambar nih =p

Yang baju pearl grey itu akan dipakai waktu Majlis Cukur Jambul my nephew merangkap cukur jambul nanish juger. Maksudnya, my little baby akan dipotong jambulnya pd 8hb ini yah.

Actually takmo terlibat dgn apa2 aktiviti cukur jambul but my sis-in-law adalah sangat insist, maka utk menjaga hati, join la sekaki ye nak. omak tak bermaksud pun nak cukur jambul ko lagi sbb dah sangat comel gini T_T

ok ok, will continue later.
mau mengepam susu utk cik nanish nih ^_^

this and that.

Love & Kisses ✿ sha 5 comments

This pict was taken last Tuesday during our visit to Puteri Specialist Hospital, JB.
Budak tecik telah demam.
So bercuti-cutian la cik mommy and papa layan si tecik ni kat rumah.

Demam2 pun sangat comel la budak tecik ni kan.
Walaupun tak tidur satu malam tapi dia tak nangih pun.
golek-golek-golek keliling katil.
Sehari-harian nak mommy dok dekat-dekat dgn dia, dukung2 dia nak manja2.
Kalau jauh skit mula la menjerit.

Takpe2 omak tak kesah sayang.
Time ni la nak dukung2 dia banyak-banyak, gomol2 dia tiap ari.
Baby kan cepat besar.
Nanti kang kejap je dah nak buat hal sendiri.
Dan tiba2 omak pun telah menjadi tua T____T

Anyway, sorry to those yg bertanya and dok email banyak2 tentang guestbook tapi order adalah ditutup sampai Emir umur 2 tahun a.k.a 2013 or sampai dia behave.
Sekarang adalah sgt tak behave ye.
Tak merangkak lagi tapi sangat ligat menjalar ke hulu ke hilir.
Bila org tanya nape ko kurus sangat nihhh? so akan automatik jawab, aku menat kejar si nanish ni haa.
ahaks.

Tapi memang tak terlarat aih.
ngan nak melayan dia, nak ngemas rumah, nak motong2 kertas, nak mendeco2, nak gam2 sume tuh. harus luka parah kalo dok berdampingan ngan omak yg bizi dikelilingi pisau and gunting nih.

So buat masa ni ai bercadang nak jual benda lain.
Yang lebih senang, best and praktikal.
My latest obsession... shawl and tudung!
Tapi silap haribulan kang abih sume aku rembat dok buat guna sendiri jek tak jadi jual kang. hehe.

And weekend ni ada Mom & Baby Expo 2011 kat Danga City Mall.
Family Hubby nak datang Sabtu ni so ai bercadang nak gi besok la kot.
Takpun pagi Sabtu.
Nak bawak nanish tapi cam leceh je nak bersesak2 sambil mengusung dia tu kan.
Hubby kena keje pulak tu.
takpe nanti mommy beli bola Ben10 utk nanish ye.

and yey! tadi dah dapat surat bonus!
alhamdulillah... ^_______^
so petang ni dah bole start gi survey2 yang itu2 ya papa?
heee~

the last celebration.

Love & Kisses ✿ sha 6 comments


So, this is me during Hari Raya celebration at my office.
ai yang hujung pakai baju pepel tu ye.
tetiba ada bintang ala2 makcik kat tepi tudung tu tapi beli jugak sebab susahnya nak carik tudung yg ok mengikut bentuk and kaler baju.

Anyway, effective 1st April 2012, we shall be joining another company so this might be the last raya gathering before pindah ke company baru.

agak sedeh di situ.

yela, walaupun baru 4 tahun lebih di sini tapi banyak tuu kenangan dgn company skarang.
Datang interview dulu dengan orang lain, kerja sini, jumpa Hubby, kawin, and tiba-tiba dah dapat anak sorang pun nih =p
So when this company was being sold to another GLC, mcm agak sedehlah.

By the way, time tu Dato' ada bg some gud news for us.
at least menggembirakan pd aku la.
There'll be some bonus for us by end of this month and some ex-gratia which will be paid after we joined the new company.

alhamdulillah... rezeki anak.

Dah cakap kat Hubby nak beli iPad tapi dia cakap, tunggu ujung bulan 10 la dia bagi hadiah besday.

eh terkejut tetiba.
hehe yey!
Agaknya letih dah dengar cik wifey dok sebut iPad tiap ari nih.
ahaks.

So maybe nak beli dining table baru sebab yang sekarang ni cuma muat utk 4 orang.
Maklumla dulu kan Hubby beli time baru kawin and duduk pulak apartment kecik so harusla beli serba-serbi berbajet pengantin baru kans. Tapi sekarang ni bila orang datang ramai2 mcm sgt kesian je nak hidang makanan kat meja kecik tu so harusla beli baru kan.

And of cos nak gi holiday sebab tahun ni tak jalan mana pun lagi.
Cakap kat Hubby nak gi Kuching/KK tapi macam leceh je nak bawak baby naik flight jauh2 tu kan. So, yang paling senang adalah gi Cameron or Langkawi or T'ganu je la... *mood pasrah*

Maybe nak beli cermin besar untuk letak kat hall, and nak belikan cermin besar gak untuk my parents' house. And nak cat feature wall kat family hall tingkat atas or letak wallpaper kalo ada bajet lebih. *ni terpengaruh ngan my sis-in-law la ni. hiks*

And save sikit utk besday present Hubby bulan 12 kang.
And also some savings utk masa2 sesak, kan.

oh oh verangan terlebih suda.
haha.

the sweetest thing.

Love & Kisses ✿ sha 2 comments

nanish wif Tok Abah.
papa is the one driving.
mommy of cos dok belakang.
on the way to see Nyai and Yai (means atuk & nenek in Java) @ BP.

ohhhh ai sgt suker video nih!
taken by my E63 henpon.
sangat comellll!
amik video nanish adalah acara wajib tiap minggu.
so that I won't miss setiap detik pembesaran si kecil kesayangans ineh ^_^

nanish nanish nanish, plis la grow up slowly.
mommy sgt tak puas ngomol2 main2 ngan kamu nih!
sgt best tgk muka blur2-apehal? bila kena ngomol ngan mommy =p

oo ye.
ada orang jeles tengok aku bersenang-lenang mengadap PC gini weh.
I'm having my sweetest time setelah bertahun2 bersusah payah kat tmpt lama dulu soooo ada aku kesah ko nak jeles bagai?

Lagipun aku tak dapat bonus projek so sesapa yg dpt bonus projek kena la keja lebih, tak gitu kekawan?
Walaupun kat section lama dulu aku yang dok buat manhr tu sume sorang2 tapi org lain pulak yg dpt bonus, ye la... kalau dpt biar semua dpt, kalau tak dpt biar semua tak dapat, maka utk mengelakkan rasa kucewa harusla buat org lain terasa hati kanss.

wahaha. gelak syaiton jap.

oo heloooo? kalau orang tak start, aku tak ngutuk hokey.
so silalah cermin diri sendiri, jaga mulut, jaga kain, jaga laki sendiri baru nak muncung2 ngata orang lain.
eh ko ingat moncong ko cantek sangat?
and kalau nak mengata pun tak payah nak sampai kat telinga aku, kot tak memang free2 la aku ngutuk balik kat sini kans.
sebab aku tau ko baca blog nih.
muahahaha.

yg tak berkenaan tu sila jgn terasa oke.

sekian.

my first BB.

Love & Kisses ✿ sha 7 comments
ok dah beli pun blusher tu last Sunday.
It's Washed Rose Shimmer Blush from Bobbi Brown.
my first ever BB.



Long lasting and silky smooth as expected.
hoho puas hati aku.

Tengah nak bayar tu Hubby ckp, 'laa beli blusher je? lipstick sume ada lagi tak?
amik la yg lain skali.


Aku : eh?

Hubby : cyg amik la eyeshadow skali.

ai pun hape lagi kan.
of cos lonjak2 gumbira.
haha.


That girl put the Black Velvet eyeshadow on me sebab aku ckp aku nak something smokey but easy to wear, and when I try it, oh my... memang best gila!

tiba-tiba buat makeover eh. tiba2 terlupa nanish ngan papa dia dok nunggu kat tempat kasut nuu berdua-duaan.

eh?

haha.

Tapi that eyeshadow mmg sangat senang nak pakai, super gorgeous, buttery smooth, and long lasting juger. It looks soo glittery tapi yg sebenarnya tak pun. Walaupun tepek2 guna jari oleh org yang jarang pakai mekap nih tapi lansung tak comot.
*tetiba terpromote eh*


Review about this eyeshadow :
http://pleasureflush.blogspot.com
http://www.makeupalley.com
http://www.beautygala.com/
http://www.temptalia.com
http://www.musingsofamuse.com



This kind of smokey eyeshadow tak mungkin la pakai buat gi opis.
Kang orang cakap over pulok kan.
Tapi sangat cantekkk!

That blusher is RM85 and eyeshadow is RM80.

I'm not the type who wears makeups all d time.
Nak gi keje, tepek2 bedak, pakai lipstik and blusher pun sume dlm kete time traffic light kaler merah.

Jangan harapla nak bersolek kat rumah.
Nak prepare cik nanish, nak sterilize botol2 dia, nak carik2 baju utk diri sendiri, etc etc.

Tak mungkin akan bangun lebih awal dari biasa utk bermekap.
Tudung ni pun lilit2 dalam kete time nak gi opis.
Sebab tu aku cakap, kalau beli makeup, dekat setahun baru abih.
Tapi nape ntah, lately sangat teruja utk pakai this mekaupy things.
Sangat excited membaca review which eyeshadow is good, which eyeliner suits u, so on and so on.

Sejak aku bertudung.

Hubby cakap, 'eh takpe la, lagi bagus. jangan macam org lain dah beranak-pinak malas nak jaga diri.

oh ok.

so, macam telah beri green light utk beli lebih2 ni ye Hubby?
eh.

Kehendak : Blusher & iPad 2

Love & Kisses ✿ sha 9 comments
I need a new blusher.
Sebab yang lama dah abih bersih.
Revlon Beyond Natural blusher + bronzer bought at RM50++ last year.
Tinggal bronzer je.
I love that blusher sebab ada bronzer skali and nampak blend je dengan kulit aku yg gelap ni kan.

Tapi macam takde jual dah.
Limited edition gaknya.
Blusher Revlon yang biasa tu aku tak suka sangat.
Sama la ngan IN2IT, Elianto and Silkygirl.
Sangat tak sesuai dgn kulit aku.
Tak tahan lama pulak tu.


And macam nak try MAC sebab baca review ramai cakap best and long lasting.
Price pun tak mahal sangat.
RM85++
Aku guna blusher pun dekat setahun baru abih so berbaloi la kot.
Tapi mcm tak berkilat.
Aku suka yg ala2 shimmering tu.
Kalau pakai baru la naik seri kanss?



And bila baca review pasal Bobbi Brown Shimmer Blush ni pun ramai ckp ok.
RM80++
So macam telah terpikat.

Ada kaunter dia kat JJ Tebrau nuu.
MAC pun kat JJ Tebrau.
Tapi ntah ye.
Kulit aku kan ala2 tanned gitu.
So Bobbi Brown mcm lebih sesuai kot... kan?
or Stila ke? *ada kat M'sia lagi tak eh?*
or Body Shop?
or Max Creation? *tak ingat nama sbenar tapi blusher dia mmg cantek jugak*
or Stage?

'anyone?
...


Weekend ni Hubby ngajak soping jeans sebab dia ckp mood bersoping dia baru datang sebab time raya aritu kaki dia tempang so takde mood nak soping so ai ngan dak tecik harus la ngikut sambil membeli-belah cik blusher jugak.


and I want this thing.
I really really really want this thing.
iPad 2 yang veri d gorgeous.
Bukan keperluan pun tapi lepas guna my sis punya aritu maka telah jatuh hati on d spot.
Cepat2 bagitau Hubby akan kebaikkan benda alah ni.
Tak sangka pulak dia setuju.
Maka cik bonus, cepatla masuk =p =p =p

'ohhh napela banyak sangat kehendak pompuan nihhh
*sigh*

---------------------

iPad 2 :
• 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
• 3G Network HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
• Dimensions 241.2 x 185.7 x 8.8 mm
• Weight 607 g
• Internal 16/32/64 GB storage
• Card slot No
• OS iOS 4
• CPU Dualcore ARM CortexA9 proccessor, Apple A5 chipset
• Standard battery, LiPo
• Standby Up to 720 h
• Talk time Up to 10 h

Camera :
• Primary 0.7 MP, 960 x 720 pixels
• Video Yes, 720p@30fps
• Secondary Yes, VGA

Connectivity :
• GPRS Yes
• EDGE Yes
• 3G HSDPA; HSUPA
• WLAN WiFi 802.11 a/b/g/n
• Bluetooth Yes, v2.1 with A2DP, EDR
• Infrared port No
• USB Yes, v2.0
• GPS Yes, with AGPS support Entertainment & Features
• Phonebook Practically unlimited entries and fields
• Call records N/A
• Messaging Email, Push Email, IM
• Browser HTML (Safari)
• Games Downloadable, incl. motionbased
• Java No
• Digital compass
• MP4/MP3/WAV/AAC player
• Up to 10h movie playback
• iBooks PDF reader
• Google Maps
• TVout
• Audio/video player

Screen :
• LEDbacklit IPS TFT, capacitive touchscreen, 16M colors
• 768 x 1024 pixels, 9.7 inches
• Fingerprint/scratch resistant oleophobic surface
• Multitouch input method
• Accelerometer sensor for autorotate
• Threeaxis gyro sensor Sound & Music
• Alert types N/A
• Loudspeaker Yes
• 3.5mm jack Yes
• Radio No

Entertainment & Features :
• Phonebook Practically unlimited entries and fields
• Call records N/A
• Messaging Email, Push Email, IM
• Browser HTML (Safari)
• Games Downloadable, incl. motionbased
• Java No
• Digital compass
• MP4/MP3/WAV/AAC player
• Up to 10h movie playback
• iBooks PDF reader
• Google Maps
• TVout
• Audio/video player

Sound & Music :
• Alert types N/A
• Loudspeaker Yes
• 3.5mm jack Yes
• Radio No

the new chapter.

Love & Kisses ✿ sha 4 comments

mula2 elok je beg McD tu kat sebelah dia. tak perasan lagi tu gaknya


tetiba, eh apetu? macam best je mama?
*sebelah tgn dok pegang toys dia lagik tuh*


yey dapat capai akhirnya =p
*siap guna kaki you!*



rupanya sangat sedap ye beg ni mama. hiks

pict was taken 2 mths ago, when he was 5 mths old.
and today, si cerdik ineh telah 7 bulan 1 minggu usianya.
my oh my, how time flies!

And today marks another big chapter in my life.
It is officially Day 1 of full-time hijab dengan perasaan sukarela-datang-dari-hati.
yes, I'm doing it.
I'm finally doing it!!

I know I might have been a hypocrite, and as much as I tried denying it, I could not.
It sank in and I accepted it and prayed that I will find the right way.
My conscience was not dead, but I had muted it.
Before, I used to get the urge to start hijab, yet I used to fight it.
I'm so used to wearing leggins, having the fanciest hair styles, new hair cut, dying my hair regularly, short tops, etc but I have to give it all up so that means a whole new identity for me.

and of course, a whole new wardrobe =p =p

I've had my time, I have enjoyed life tremendously, tasted the sweetest and the most sour and finally here I am.

I woke up this morning with a determination, like I felt ready to do this at last.
And if other people don't like it, I don't care, because in the end no one has been forcing it on me, this is my decision, supported by dearest hubby, and I am so so so glad that I have finally dug down deep and decided to do it.

At the same time though, I'm still like, shaking.
I'm nervous about what others might think.
But this is what I want.
This is what I'm suppose to do.

Dan sebenarnya, bila betul2 telah bersedia utk berhijab permanently, bukan sekadar mengikut-ikut, maka rasa gembira akan datang sendiri and it was like, relieved that I'm finally doing this.

yes, I really feel good about myself right now.

and of course Hubby is the happiest person ^_^

no, I might not be completed yet, but I'm getting there.
we're getting there.
insha' allah.

Salam Aidilfitri 2011

Love & Kisses ✿ sha 0 comments

Akhirnya dapat tepek gambar bertiga kami, encik Hubby plus cik baby yg veri d comelness.

owhh sangat best ye perasaan beraya pertama kali bertiga ^_^
bak kata Hubby waktu on d way balik semula ke sini semalam, 'hidup macam dah sangat complete bila ada wifey tersayang and baby di sebelah.

hihi.

So, sempena hari raya ini mau ngucapkan Salam Aidilfitri buat semua.
Jemput la datang rumah tapi call/sms dulu ya ^_^

the bedroom set.

Love & Kisses ✿ sha 6 comments
Last few days, akhirnya dah sampai pun our new bedroom set.
Beli time Homedec 2011 aritu.
Tak termasuk dalam list keperluan/kehendak pun sebab kami memang dah ada bedroom set yang beli time kawin dulu.

Tapi bila jalan2 kat Homedec, tak mungkin la tak angkut apa2 kan.
Cadangnya cuma mau beli ampai stainless steel yang melekat kat dinding tu.
6.5 kaki berharga RM78 je okeh.
Gila murahan!
Tapi terangkut barang lain yg beribu2 lemon pulak T_T

Dahla time tu aku tak bawak stroller.
Tak bawak baby carrier juger.
Maka telah mendukung budak tecik guna tulang empat kerat hokey.
Macam angkut beras seberat 7.4 kg ye.
eh tapi rasa mcm slalu jek dok angkut budak tecik ni secara camtu kan.

Hubby tunggu kat kete sebab kaki dia baru lepas operation so takleh jln lagi.
So berpoya2 la kami dua beranak kat Homedec ittew.

Bajet cuma nak masuk 10, 15 minit je kat dalam tu sebab takkan nak biar Hubby tunggu lama2 kan. Tapi bila dah masuk, dah alang2 tu kena la round satu dewan. Kot ada benda best, boleh beli time Homefair bln 10 nanti kan =p

Then nak keluar, kena ikut escalator, kena lalu dewan bawah.
Bila dah lalu tu, TERnampak pulak satu wardrobe yang cantek.
Saja2 tengok, ntah nape tiba2 terpikir, wardrobe kat rumah tu memang dah takleh pakai sebab tumbuh putih2 mcm cendawan.
Aku anak beranak memang dah ban barang CAVENZI ni sejak almari aku tu jadi camtu.
Rak kasut dia pun baru guna sebulan dah cam rosak plak pintu tu.
Memang ban 100% la!
Barang CAVENZI memang totally tak boleh pakai oke.
TOTALLY!!

Anyway, lepas nampak benda cantek tu and tgh dia dok explain kat aku, salesgirl dia plak dah offer nak dukung Danish, bagi dia golek2 atas tilam empuk, jadi model kat situ jap, omak pun bersuka ria la tanya itu ini, survey apa yang patut.

Tengok2 je la, tak rasa nak beli pun.
Tiba2 dia bagi diskaun lagi.
oh my oh my oh my.
Terus call En Hubby.
Tak rasa pun Hubby akan cakap ok sebab selalunya dia mesti suruh tunggu dia kalau nak beli anything berkaitan rumah.
So bila dia cakap ok tu mcm, eh?
hehe.
For the first time dlm taun nih, Hubby telah cakap, 'ok, terpulang pd cyg. kalau cyg rasa cantek beli je. lagipun almari kita dah takleh pakai tu.

So ai pun apa lagi, terus memilih2 design and membook on d spot la kan.
TERnampak terus TERbeli T_T

Aku nak kaler putih tapi bila pikir2 balik, white color cepat pudar.
Lebih2 lagi leather gini.
Takut cepat jadi kuning kan so I choose dark brown.
Tapi lepas book tu, jalan2 lagi, ternampak satu bedroom set yang super duper vouge kaler hitam. Beza RM600 je ngan set yg aku beli tu... nak nyesal pun ada tapi sebab dah bayar deposit kan so pasrah je la...
Yang aku pilih tu pun cantek juger cuma aluminium frame dia tu cam tak berapa nak matching ngan cermin kaler copper.
hum hum.

Setelah berjalan-jalan gitu penyudahnya 3 jam aku dok kat Homedec tu hokey.
Keras kejung tangan ni dok mendukung cik nanish.


sangat comel dia pakai topi nih.


walopon topi dah nak tutup mata tapi sangat gembira main2 ngan cik Logan.


see? memang dah tutup mata abih pun tapi still rileks je dak tecik ni main. kalo budak lain mesti dah bising2 rimas. ahaks

Aku rasa anak aku memang kaki jalan la sebab dia tak penah nangih kalau aku dok bawak dia jalan mana2 pun.

Ingat tak dulu2 waktu before kawin aku penah pegi 6 shopping complex sorang-sorang lepas balik keje dari pukul 6 sampai 12 mlm.
And time aku tau aku preknen pun time tgh jalan ngan my brother kat IKEA.
Time tu memang aku demam tak larat lansung tapi sebab nak gi IKEA gagahkan jugak kaki.
Balik tu memang flat gila and at that time memang aku dah rasa mmg preknen ni...
So tak heranla if nanish sangat gembira ikut omak berjalan2 ke sana kumari kan.
hehe.

Puasa @ Day 18

Love & Kisses ✿ sha 2 comments


hehe nampak tak?
voucher Giant from Dumex.
Aku join the Dumex Club so they gave it to me during Mother's day promo tu.
Dah guna buat beli Huggies Dry Comfort pun time sale aritu.
RM27 for a jumbo pack.
murahan sgt kan?
Nak tunggu Mamy Poko jadi RM41 cam dulu2 tu ntah bila la.
...

Semalam kami berbuka puasa di Amansari Residence Resort.
Ada orang belanja.
Buffet dia not bad la... variety.
The sate is good.
Garing.
Sambal udang petai dia pun sedap.
Kerabu and rojak buah pun ok.
Cuma nasi tak berapa sangat.
And mi rebus lansung tak sedap.

Balik kerja tu amik Hubby kat hospital, tukar baju, terus la gerak ke sana.
yep, my Hubby is still warded tapi of cos akan gigih mengekor daku ke mana sahaja.

Aku baru nak iron seluar coklat yang dipakai waktu sebelum kawin dulu.
Berbulan2 tak pernah pakai sebab baru jumpa dalam longgokan kain and sebab rasa macam baru nak muat.

Dalam longgokan kain sebab we just bought a new wardrobe so telah kosongkan almari lama and sementara nak ngemas2 balik tu, longgok la semua2 kat bilik sebelah.
Nak pakai baru la menyelak selai2 =p

Baru nak sarung Hubby cakap, 'muat lagi ke cyg seluar tu? hehe...
hamboih perli nampaknyeh.
Tapi aku sarung jugakla sebab seluar lain sume tengah basuh.
Tapi saspen jugak mana tau kot mmg nampak macam nangka bungkus ke kan.
Tu yang pastu aku jalan depan Hubby nanya dia, 'hubby, nampak sempit ke suar ni? kalo sempit cyg tukar lain.
Pastu Hubby cakap, 'yela yela tak sempit pun... dah kurus la tu.
yey! akhirnya Hubby mengaku =p =p

Tapi berat aku memang dah turun pun walopon tiap ari makan ngan dasat and mesti mkn nasik time sahur sebab nak maintain susu badan kan.

So, after 18 days of fasting and 6 months of breastfeeding, I finally get my old weight yang 49 kg ittew!
lalala~

Arini Hubby ada buka pose kat Ponderosa Golf and Country Club tapi rasanya dia malas nak pegi dengan bertongkat2 gitu.
Lagipun Ilot nak anto kuih malam ni.
Last year pernah buka kat sana mmg sangat sedap.
Teringat lagi sampai sekarang tapi sangat jauhla kat JB nuu.
And budak tecik comei ni memang susah nak diusung ke mana-mana Maghrib2 gitu.
Semalam pun tak senang aku nak makan sebab asyik mengamuk je sebab mmg time dia tido, kan.

Kesimpulannya adalah kalau nak makan kat luar mesti tunggu nanish besar sikit kot.
Takpun gi makan waktu siang je senang.

oo ye, besok ada Jcard Members' Fiesta kat JJ Permas.
walopon belum gaji and tak dapat monus bln ni tapi nak pegi juger sebab nak beli cadar baru for our new king-sized bed. hehe.

and nak pegi jugak sebab minggu ni adalah last soping sebelum raya.
Hopefully Mamy Poko pun sale juger.
Stok kat umah tinggal 2 beg je nih.
Tu pun saiz L.
Danish pakai saiz M lagi nih.
Semalam tengok kat Tesco still RM44.

'oo rupanya nex week dah nak raye ye. huhu...

keperluan dan kehendak.

Love & Kisses ✿ sha 8 comments
Orang lain sibuk berBBM, berFacebook bagai, aku rileks je dengan E63 kat tangan.
Amik gambar guna tu, bersms guna tu, notebook itu, alarm clock pun guna tu.
Gambar2 dari hepon tu la yg aku dok uplod kat blog nih.
cantek je aku rasa.
Gambar Danish lahir, gambar dia membesar, gambar berdua, bertiga, semuanyalah.
Sejak kamera aku hilang waktu pindah rumah tahun lepas.

Tak pernah terlintas, teringin pun menatang BB nih.
Sebab new hp is, has and will always be the last thing on my list.
Selagi tak rosak jangan harapla aku nak tukar baru.

And tiba-tiba, last few weeks, henpon aku jem.

Tak rosak pun cuma maybe sebab memory dah terlampau full sebab penuh dengan video cik nanish maka henpon jadi hang lama2.
Dah buang banyak video dan gambar2 tapi masih hang juga.
Maybe dia kecik ati aku dok tengok2 henpon baru orang lain gaknya.
Maklumla, di kanan, depan, belakang semuanya bertukar henpon baru yang serba canggih manggih kan. Nak tanak, mata tutup2 tertengok jugak kan =p

And tup2 gitu, tiba-tiba rasa BB Bold adalah sangat cantek.
Dan BB Torch adalah anggun menawan.
T_T

I don't want any iPhone.
or Android.
or any of those Galaxy Tab.
Aku cuma mahu hp yg punya qwerty keypad, yang ada semua important function, yang mudah dan senang diguna. Macam E63 yang ineh.
no need for the touch screen whatsoever.
Sebab jari2 yg ngemuk nih mesti akan selalu tersalah tekan waktu cemas2 gitu.

Then tadi tiba2 bila cek bil kat website Digi, nampak promo BB Torch 9800 dari RM2199 menjadi RM1399 je okeh.


Dan BB Bold 9780 dari RM1799 menjadi RM999 sahaja.


Tiba-tiba terus teringin.
Maklum la azam tahun ini yang kamera DSLR itu dah tercapai kans.
So harus la ai carik sebab untuk pasang azam baru =p
Ada azam, baru la ada semangat nak ngumpul duit kan =p =p
...

Anyway, sape tau kat mana nak dapat ice cube tray with lid kat area JB nih??
Menat tau aku pusing2 satu Tesco Seri Alam, Giant Plentong, sume tak jumpa.
Ilot cakap ada jual kat Giant tapi nan ado pon.
Crystalmerah ckp ada jual kat Tupperware so aku tengok la kat katalog.
ada memang ada.
cantek... tapinya, gila mahal okeh.
lebih mahal dari Baby Cubes nih.


Aku ada beli Baby Cubes gak tapi mkn space yg sgt byk dlm fridge aku yg comei tuh.
Sebab tu ingat nak letak puree dlm ice cubes sajer.



adoi ai. mana la nak carik ice cube tray with lid yang murahan nihhh?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review