Rumah & EPF

Love & Kisses ✿ sha
3 hari lepas kan aku ngan Hubby gi EPF sebab nak keluarkan duit untuk deposit rumah. Last month dah amik form, fill-up semua and attach la document apa yang patut and kena pegi lagi sekali untuk submit form. Kalau nak keluarkan guna dua-dua nama (husben & wife), both kena berada kat situ waktu submission tau.

Sebabnya, nak kena cop jari bagai.

And in my case, time nak buat submission tu aku tak bawak CFO sebab takde tulis pun kat dalam form tu nak kena bawak. So dia pun suruh fax on d spot kalo tak memang tak dapat nak proceed la kan. Nasib baik developer yang handle rumah aku tu baik lembut so cam tak kesah je nak kena buat keje2 adhoc camni.

And kitorang tatau pun kalau rumah dah siap memang kena submit CFO tu sekali.
Kalo tau awal memang dah siap2 bawak la kan.
Dah la pejabat KWSP tu nun jauh kat tgh bandar sana.
takde maknanya la nak patah balik bagai.

Around setengah jam gitu dah setel semua.
And they said, the process will take around 15 working days.
Then kelmarin aku cek dalam website dia, status masih 'Dalam Proses'.
Semalam aku cek, tup tup, eh?... dah diluluskan...
Tadi plak aku cek, wahhh! status adalah 'Paid' okeh.
haha. ai suker!
dua2 akaun pulak tu dah setel.
cam sangat tangkas orang kerajaan buat keje sekarang ni kan.

So, dah bole arrange ngan developer arini.
yey!


'warna lime green utk kitchen cam sangat cantek kan?
...

Ni aku ada satu artikel tentang punca sukar hamil yeh.
And as usual, kalo korang rajin sila la baca ^-^

----------

Antara Punca Sukar Mengandung

Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup. Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung. Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya.

Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudaratkan sekadar memudaratkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudaratkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak, mengandung. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.

Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung. Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?” “Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.

“Sudah berkahwin?” saya menambah. “Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab. Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin. “Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya. Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab "belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh.. Semoga Allah memberikan zuriat (mengandung dan melahirkan anak), amalkanlah nasihat berikut:

Elakkan:
- Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
- Makan junk food
- Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan cermai
- Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan pizza
- Makan burger dan nugget
- Makan jambu batu

Suami pula dikehendaki meminum susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Coca cola dan Pepsi Cola was invented by American Jews dengan satu objektif iaitu untuk merosakkan kesuburan manusia. Itulah sebabnya mereka begitu bersungguh-sungguh memasarkan produk ini diserata dunia. Namun ironinya ialah dinegara mereka sendiri iaitu Israel, produk Coca Cola dan Pepsi Cola tidak ada dijual kerana sememangnya mereka ingin meramaikan bangsa Yahudi. Namun apa yang penting sekali sebelum melaksanakan tip atau petua ini ialah mendapat redha Allah.

11 comments:

Unknown said...

hey mek, thanks so much for this article. better be prepared . Harus berusaha hentikan tabiat yang tak mendatangkan keuntungan pada badan. chaiyok2!!!!

and congrats on the house!!! so excited u have ur own crib!

monstorious wife said...

Ha ah, kwswp skrg pantas. X sampai seminggu duit dah masuk account tapi untuk pengelluaran kali pertama je. Kali kedua masuk terus akaun rumah.

Haliza Haron said...

sha, nk tnye. Account bape eh kalo nk kuar utk rumah? account 2 eh? kalau guna account 2 tu dia keluarkn semua ke?

sejuk je mate tgk dapur color hijau. :)

sha said...

NAHWAL :
no hal dear. memang ai suker sharing2 nih. cam caring2 gitu =p


MONSTORIOUS WIFE :
tu la. cam terkejut jugak org kerajaan buat keje pantas gini. haha


HALIZA HARON :
kalo nak beli umah, guna akaun 2. bole keluarkan 10% + 10% lagi kalo duit kat dlm tu cukup. kalo x cukup, dia bg kuarkan sume yg ada la.

wahh nak beli umah katne tu liza? hehe excited nak tau gak nih =p

Haliza Haron said...

o0o0.. maksudnya kite 10% + husband 10%. gitu?

lom lg nk beli + lom decide nk dok mane. hahah. tengok² je dulu.

sha said...

HALIZA HARON :
hish bukan la liza.
kite dpt 20% drp harga rumah or mana2 yg paling sikit ikut total dlm akaun 2. husben pun sama.

awk dok tmn u ke skarang?

Haliza Haron said...

ok². da phm. TQ :). byk jugak tu bole keluar.

a'ah kite dok tmn u. Jempot la dtg umah.

Ems said...

sha, nak tanya, CFO tu apa yea? apa document lain lagi yg dia nak? saya dah beli umah, tapi baru nak try mintak kuar dr kwsp ni.

sha said...

EMS :
CFO tu sekeping surat confirmation drp majlis perbandaran yg bgtau rumah kita dah siap and bole diduduki. kalo rumah tu blum siap, tak dpt CF lagi, so developer memang takkan bg and EPF pun takkan mintak. your house dah siap ke tu?

Ems said...

oh my house bukan umah baru sha. beli dr owner yg i sewa. still kena ada cfo ke? apa lg yg perlu ada sha?

sha said...

EMS :
alamak lambat reply.. sori ye dear ^_^

anyway, cfo tu mmg wajib ada utk semua rumah yg dah siap. tapi kalo beli dr org, sy tak pasti pulak apa additional doc yg perlu ada. better u call epf or cek kat website dia. aritu i call dia gak sbb nak confirmkan doc yg nak kena bwk and diorg layan la.. tapi end up ada gak doc yg termiss nih

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review