Lagi satu Sabtu pastu dah raya.
haaa cepat gile kan?
ntah.
Tapi aku memang rasa cepat btul sebab baru sekali dapat buka kat kg aku ngan skali kat kg Hubby. Pastu baru skali aku masak kat rumah ni. hehe.
Tapi memang sangat menat la lately.
Balik keje gi bazar Ramadhan pastu terus melepek dpn tv ngan encik Hubby.
Pastu tertido.
Pastu kul 7 mangun panaskan apa yg patut, makan, pastu golek2 lagi.
haha. hidup yg tak berapa nak terurus.
Rumah adalah cam kapal karam tapi agak malas nak ngemas sebab dah nak pindah, kan.
Cam takde point je nak lipat2 baju tu sebab nanti nak letak dalam kotak gak kan.
Pastu sampai sana kang nak kena kuarkan dari kotak pastu nak lipat balik.
Cam buang karen.
Anyway, dah 3 hari ni kami makan kat luar, tak gi bazar pun.
3 hari lepas buffet kat Restoran Alam de Lauk kat Seri Alam nuu.
not bad for RM13 per pax...
kalo gi bazar pun dah abih berbelas ringgit jugak kan.
Kelmarin kat Ponderosa Golf & Country Club.
best and totally sedap. RM48 per pax.
And semalam cadangnya nak buffet kat Bamboo Cafe kat Tmn Scientex tu tapi kensel sebab servis nan burok.
Aku dah book awal2 bukan takde book pun.
And I specifically said that it is for 2 person so ko kena la sediakan table for two.
Pastu kul 7 tu sampai sana tengok2, 'puan kena share table dgn 3 org lain.
Meja kecik yg patutnya duduk 4 org ko gi letak sampai 5, 6 org.
Kemaruk duit betul!!
ooo servis nan buduhhh.
ko ingat ni kenduri ke nak sharing2 meja bagai?
Pastu jawapan dia cam hampas.
pi mam* laa.
so Bamboo Cafe adalah sangat diban okeh.
oo helo?? Aku dah book awal2 okeh bukan takde book ponnn.
Hangin jugak sebab dah pukul 7 lebih time tu kan.
Hubby terus ngajak kuar pi buka kat tempat lain and last2 kami buka kat Pizza Hut.
okeh sekian gosip.
Aku nak gi shopping jap sebab Hubby outstation gi Terengganu.
Arini bercadang nak gi 3 tempat sajer walopun dokter dah nasihatkan jgn jalan byk sbb uri kat bawah. Tapi bila la aku dapat jalan sesorang sesedap rasa camni kan. Harus la time encik Hubby takde kat umah, kan. haha.
Tapi boring jugek sebab kali ke-3 kena buka sesorang nih.
haih.
Tapi semalam nampak bunga yg best kat kedai area Jakel tu so cam nak beli.
Semalam lalu sana tapi tak sempat singgah sebab kami suda kepenatan tahap gaban lepas setelkan hal kabinet ngan lampu.
Gigih la aku nak harung jem dari P. Gudang gi Perling tu kan semata2 nak beli bunga.
Dibuatnya kedai tu tutup habih la terpaksa singgah Angsana lak.
hehe. alasan nak singgah tempat lain.
-------------------------
KHASIAT BUAH DELIMA
Dan Dialah yang menurunkan hujan.. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman. Al-An’am:99
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.
Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.
Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.
Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman.
(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi).
------------------------------------------
Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6)
Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima."
Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica Granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.
Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.
Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung), mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
Antara kebaikannya yang lain:
*menghalang pembentukan sel kanser
*mencantikkan kulit
*mencegah dr nyanyuk
*memberi tenaga
*elok utk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah
*elok utk sistem penghadaman
*mngurangkan berat badan
*prevent morning sickness (utk org mengandung)
*memperelokkan rahim
Wallahualam.
------------------------------------------
Ekstrak buah-buahan biasanya digunakan dalam industri kesihatan dan penjagaan kulit kerana buah-buahan kaya dengan vitamin. Sebagai contoh, buah delima yang ada digunakan dalam rawatan kosmetik kerana kaya dengan vitamin dan kandungan terapeutik.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, buah ini telah dibawa ke China oleh Disnasti Han kira-kira 100 tahun Sebelum Masihi. Ia telah digunakan sejak berabad yang lalu sebagai bahan perubatan tradisional.
Buah yang berasal dari Timur Tengah ini dalam bahasa Perancis dipanggil pomegranate yang bermakna epal yang berbiji banyak. Ia mengandungi efek ekstrogenik, mengurangkan gangguan menopos dan mencegah kanser reproduksi.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa buah delima mengandungi bahan anti-oksidan paling tinggi (flavonoids) yang merangsang pengeluaran elastin dan kolagen sihat. Anti-oksidan diperlukan bagi meneutralkan dan melindungi sel kulit daripada kerosakan selular yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas memusnahkan komponen selular penting yang menyebabkan sel kulit dihasilkan semula dan menyebabkan kulit nampak berusia dan kusam.
Buah delima mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenali bahagian yang berpigmentasi dan menghentikan komunikasi di antara sel bagi menghasilkan melanin.
Berbeza dengan agen pencerah yang lain seperti asid askorbik, buah delima mengurangkan jumlah DOPA-positif melanocytes di dalam epidermis kulit yang menghadapi radang ultraungu (UV).
Buah delima juga mempunyai keupayaan bagi memperbaiki tahap kekeringan dan menjadikannya sebagai bahan aktif yang ideal bagi rawatan muka sama ada untuk tujuan mencerah, menyeri, melembap dan anti penuaan.
** **
The Followers
About Us
CHARMS & COLORS (JM0743191-D) merupakan pengedar sah untuk produk Tanamera, Shaklee, Amway, Nona Roguy, Ephyra, Tropika & Nursajat. Kami juga menawarkan barangan ketika berpantang seperti set bersalin & tungku dengan kualiti terbaik dan harga yg amat berpatutan.
Labels
Aaira Aleena
(5)
Aidilfitri
(1)
Amway
(10)
Andalucia
(2)
Anniversary Day
(4)
Baby
(45)
Baby Food
(3)
Baby Stuff
(30)
Bedroom Set
(4)
Berpantang
(21)
Birthday
(7)
Book Review
(1)
Breastfeeding
(14)
Bridesmaid
(1)
Bunting
(3)
Business
(4)
Charms & Colors
(45)
Cheezylicious Cakes
(5)
Ciki... love
(7)
Contest
(2)
Delivery
(1)
Emir Danish
(26)
Engagement
(7)
Ephyra
(3)
Eurotrip
(7)
Extavia Engineering
(1)
Family
(10)
Fisher-Price
(2)
Food
(4)
For Sale
(1)
Gadget
(2)
Granada
(1)
Guestbook
(12)
Hantaran
(13)
Health
(1)
Holiday
(1)
Home
(30)
House
(1)
Irfan Saif
(1)
Kids
(1)
Kids Stuff
(1)
Love Story
(1)
Maajun Anggun Bistari
(1)
MAB
(1)
Madness
(2)
Majlis Aqiqah
(2)
Majlis Nikah
(1)
Makanan Sedap
(1)
Makeup Remover
(1)
Makeups
(3)
Marriage
(1)
Memories
(2)
Merisik
(1)
MLO
(1)
Morocco
(1)
Motherhood
(2)
Nona Roguy
(8)
Nursery Rhymes
(1)
Panduan
(1)
Parenting
(2)
Pelamin
(1)
Perfume
(4)
Personal
(95)
Photographer
(3)
Pregnancy
(37)
Promosi
(1)
Promosi 2015
(1)
Random
(15)
Raya
(1)
Resepi
(9)
Romania
(2)
Set Bersalin
(11)
Set Pengurusan Uri
(1)
Shaklee
(4)
Shopping
(1)
Sickness
(1)
Skincare
(1)
Souvenir
(13)
Spain
(3)
Tanamera
(12)
Theme Color
(3)
Tips
(4)
Toys
(1)
TQ Tag
(9)
Travel
(4)
Travelogue
(13)
Tudung
(2)
Videographer
(2)
Wedding
(50)
Wedding - Bridal
(4)
Wedding - Cake
(3)
Wedding - Card
(7)
Wedding - Date
(6)
Wedding - Dress
(9)
Wedding - Nikah
(5)
Wedding - Package
(3)
Wedding - Song
(1)
Wedding Checklist
(3)
WifeyHubby
(28)
Wishlist
(12)
Work
(5)
Workplace
(1)
Zalora
(1)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
aku suke gile kalau dapat jalan-jalan soping sorang2..lagi merapu2 nanti mende yang aku beli..tapi tak kesah sebab masih ade kepuasan di situ ye. hehe. gile jauh tau tak mengharung jem dr pgudang ke perling. memang bersemangat waja lah ko ni. semata-mata kerana munge. haha.
helo babe...
aku br ngomen sal bunga kat blog nad...ko jgk nak gi bli bunga....hurmm..rumah aku xde bunga lagi ok....
harus lah banned kedai yg servis hampeh nih.mmg menyakitkan hati.kte pon ada terkena jugak time puasa nih.kedai kasut.gerammmm!
aku cume nampak bunga tu je. miahaha. the 2nd one is to die for! :p. nyesal tak rembat vase tu kat ikea semalam. RM9.90 je haha
mane nak carik delima, teringin lak nak makan.. uwaa aritu nampak kat jusco tp MIL kate tak elok, toksah beli.. sebagai menantu mithali haruslah kate oke mummy..
NAD NAZIRA :
mmg bes jln sesorang ni nad. tapi kang takde org nak advise benda ni perlu ke tak so main beli je la. tu yg kalo kuar sesorang mesti aku terlebih bajet ha =p
smlm aku pegi tampoi tapi x jadi pun beli bunge tu. sebabnya takut kat angsana ngan pandan kang ada lagi lawa. so kena gi 2 tmpt tu dulu la. ahaks
HARZHARUN :
ko dah ader rumah sendiri harus la beli munge cik kak oi. bagik seri skit =p
aku beli kat ssf aritu best gile. tapi mahal skit la
FATHIYAH :
yezzaa mmg harus di ban kedai2 camtu! diorg yg kemaruk duit ni mmg patut kena ajo skit, kan
ARMOURIS :
tu la.. ada baca jugak kat website tu tapi tak letak kat sini sebab pjg sgt ^_^
NAHWAL :
aku pun beli vase tu kat ikea. murahan je kan. tapi sebijik laki aku dah pecahkan so tinggal la sebijik lagi wat letak potpouri ha
PUAN SURAYYA :
aiseh siannya dia.. aritu sy beli kat giant plentong. mahal skit la dlm RM4 lebih. pastu kat tesco seri alam pun ader. time tu byk gile. RM2 lebih je. murahan skit. try la tgk sue
Post a Comment