Dah la Hubby kena pegi offshore time aku dalam pantang tu.
Sangat sedeh ok nguruskan semuanya sendiri.
*down*
And mau neruskan dengan breastfeed lagi.
Kalau takde support memang susah...
sangat-sangat susah.
Tapi jangan salah anggap pulak.
As I said before, when u finally got the right technique, breastfeeding akan jadi suatu aktiviti yang sangat2 menyeronokkan ^_^
Tapinya, again as I said before, mesti ada semangat yang betul2 kuat utk bf your baby. Sebabnya, bila ko nak pam susu tapi husben takde, siapa nak jaga baby?
Nanti jadi mcm encik nanish kat bawah ni.
aku sibuk mengepam, dia sibukla jerit2 nak dekat ngan mommy gak. mesti dia pelik nape mommy tak layan dia pastu ada botol wayar2 kat nenen dia tu. haha
tengok tuu. memula dok jauh, makin lama makin dekat, last2 dok kat pangku mommy nak makan botol tu ha...
The early stage aritu it takes about half an hour to one hour utk dpt sebotol susu (5 oz).
Dah la penat2 mengepam, nak ngemas rumah, nak sidai baju, memasak, kalau husben tak tolong tu, pehhhh memang bole jadi gaduh la. ahaks
Tapi aku tak ngalami aktiviti pergaduhan la sebab Hubby kan pergi offshore time aku dalam pantang tu, so nak tanak memang totally kena buat semuanya sendiri T_T
Sehari pun dapat call sekali je and by the time dia call tu aku tgh main2 ngan baby so sakit ati pun dah ilang. haha.
Before going back to work, dah siap2 packing barang utk bf.
Cooler bag, ice pack, pam susu and air mesh bag utk isi storage bottle and corong pam.
Tak la banyak mana pun, and aku letak everything dalam satu beg biasa je.
The first thing in the morning adalah sterilize barang2 utk breastfeed; 6 storage bottle, corong pam and the membrane.
Tiub tak payah la disterilize and better jangan dibasuh pun sebab kalau masuk je air dalam pam tu of cos akan rosak.
Aku lansung tak pernah basuh sejak beli.
Lagipun kalau simpan elok2 tak berabuk pun tiub tu.
Tiap kali ke opis akan bwk 2 beg; satu handbag and satu beg utk bf.
Aku tak beli beg yg betul2 designated utk letak pam sebab aku rasa beg tu besar sgt. Macam leceh je nak angkut beg besar2 tu gi opis kan. Yang aku dok bwk 2 beg ni pun ada yang tegur aku, 'ko bwk beg besar2 macam nak gi piknik.
haha T_T
And aku start pam susu 4 days before naik keje.
Cukup-cukup dapat 4 botol 1.5 - 2.5 oz.
Sikit gila sebab aku pam sebelah2 sebab aku tak reti nak double pumping.
Bila pegang dua2 tangan serentak mcm sangat penat.
Tu pun paksa diri gak utk pam sebab nak hantar anak pegi babysitter kan.
Kalau ikutkan malas + penat memang 1st day tu aku bagi susu formula je la.
Pukul 5 pagi aku dah bangun ye.
Ngemas2 barang, pam susu, bersiap semua la.
And kena bangun before encik baby bangun.
Sekarang dah senang sikit la sebab papa dia ada.
So jangan harapla aku nak bangun pukul 5 dah.
Pukul 6.30 baru jam loceng bunyi.
So, on the first day tu, after a veri hectic morning nguruskan si kecil comel without the papa, aku pun pegi la ke opis dengan perasaan yang tak berapa best.
And the first pumping session adalah pd pukul 10 pg.
Breast memang dah bengkak + keras gila sebab time cuti kan anak aku dok mengempeng je tiap jam so bila kat opis, pengeluaran adalah melebihi permintaan, tu yang dapat perah banyak.
Aku pam kat surau.
Sebabnya, opis aku yg gila besar ni takde nursing room hokey.
gila kedekut!
Nak request for nursing room tu kena buat memorandum bagai.
Memang banyak kerenah la.
Yang pelik tu, big boss yang lelaki tu dah approve, yang pompuan ni pulak cakap berpusing2. Banyak sangat talam bermuka2 nih.
Penyudahnya aku pam kat surau je lagi senang.
Lantak la orang nak pandang senget benget ke aku pedulik hapa kan.
And first time pam pg tu dapat 9 oz.
Terkejut okeh.
and sangat hepi!
Sebabnya, before this aku pam cuma dapat 1, 2 oz je.
sebab aku pam sebelah baru pam sebelah lagi.
sebab dulu aku tak reti double pumping, tapi ni dah terer dah =p
Time sesi mengepam beramai2 tu, my fren ajar la cara double pumping.
Tak susah pun.
Duduk bersila, bongkok skit and selit je corong kat celah2 bra tu pastu letak botol atas peha. Kalau duduk atas kerusi pun boleh tapi aku biasa pam bersila.
And sila la pakai nursing bra ye.
Kalau pakai bra biasa memang susah la...
And awal2 pam ni, jangan la pakai yang wired.
Sebabnya, wired bra boleh menyebabkan saluran susu tersumbat.
seksa ye kalau tersumbat yang berketul2 tuh.
Aku beli nursing bra ni kat FM sebab situ je yg ada jual jenis yg aku selesa pakai.
Brand lain pun ada jual jugak tapi aku tak suka.
So after the 1st session at 10 am, 2nd session is at 1 pm, 3rd session at 5 pm, 4th session bila dah balik rumah dalam pukul 10 mlm tu. And each session took about 20mins depends pd pengeluaran susu masing2. Kalau aku, time dlm pantang dulu pam sejam pun belum tentu dpt 2 oz tu.
And aku mengepam kat opis and kat rumah 3 or 4 kali je ye.
Tak mungkin la larat nak bangun tgh2 malam nak pam susu.
Tapi alhamdulillah 6, 7 botol tu cukup buat hantar ke nursery esok harinya.
Tapi tak dapat buat stok la sebab time weekend aku malas nak pam.
And after mengepam, biarkan susu kat luar (room temperature) dlm 20mins then simpan dalam fridge kat opis. Nak balik rumah, letak ice pack dlm cooler bag and letak susu dalam tu.
So, itulah cara2 aku mengepam kat opis setelah kembali bekerja.
It's been 6 months now and I'm going strong ^_^
'eh rupanya lagi 3 hari nanish nak start makan secara wajib dah.
yey!
my son yang debab gebu hasil minum susu mommy =p
Breastfeeding and pumping takes a lot of hard work and dedication and to be honest, is not for every one.
Aku adalah seorang full time working mother and I'm proud to be one of those lucky ones ^_^ ^_^
6 comments:
teruskan berusaha. kite pun alami situasi yang sama juga. rasa sangat sedey lah nak up N3 pasal pump kat office nih.
tengok anak bam bam hasil BF, sangat seronok.
Yes, bukan semua orang terpilih macam kite.
owh....sgt bagus entry ini...semangat aku pun dah bkobar2!...harapnya aku pun the lucky one...amin...
btw, dah mls nak keje!!!!...ada x org nak bg aku cuti sepanjang ramadhan tp gaji jalan?..huuuuuu
MS SZ :
btul tu sya. kalau nak pikir susah pam kat opis ni, ngan org yg nyindir2 sebab kite kuar pam lama, mmg sedehlah. tapi bila pikir anak, tu yg bagi kuat semangat tu kan ^_^
HARZHARUN :
aku memang buat entry camni utk org2 cam ko ni harz. sbb susah gile weh nak dpt info2 gini b4 aku preggy aritu.. tu yg ada one time tu aku gi campur2 je susu yg pam lain2 masa sbb tatau pun yg sbenarnya takleh campur T_T
ye, time preggy last2 ni mmg sgt malas nak keje. aku kat opis bole la buat sambil lewa. ko takkan nak cabut gigi sambil lewa plak eh =p
sgt bagus entry nie.. sbb dpt banyak info.. hoping also to be the lucky one.. sbb kerja sepenuh masa jugak nie...
harz..amik semangat dari kitorang ni..fuhh..hehe. sha, memang pun..penat kan..how i wish husben dapat dok same..alangkah bestnye boleh delegate tugasan rumah. hu..nak basuh baju, lipat kain, buang sampah, masak lagi..herms..sekarang balik keje masak misup je..tu pun macam campak2 je..nak tapau takut sakit perut lagi. delisha letak atas meja makan, hehehe..boleh gitu. dah tu ngomel je lebih nanti..kalau tinggalkan kat ruang tamu mulelah die melalak..:) aku pun tak reti nk double pumping. first time nak DP, susu masuk spectra 3. huhu. nanti lah citer kat blog..kat sini macam panjang sangat citernye. :)
WANIE :
thanks wanie.. share2 experience ni best. nanti baru tau cara kita tu ok ke tak. baru prasan, wanie rajin gak singgah sini kan ^_^
MRS QARLISTA :
husben aku baru lepas operation ni nad so dia ada kat sini pun takleh nak delegate keje =p
penat gile kan. kekdg rasa cam nak biar je budak tecik tu nangih tapi bila tgk muka dia mesti tak sampai ati. ahaks
oo ko dah beli spectra eh. db tu sbenarnya senang gile weh. and dpt lagi byk la..
Post a Comment