Breastfeeding : Dalam pantang

Love & Kisses ✿ sha
Sejak ngandungkan si Emir Danish mmg telah berazam dengan gigih mau fully breastfeed si kecil ineh. Dan alhamdulillah, as at today, Emir suda 5 bulan++ pun usianya and I still breastfeed him.

and no, BF is not as easy as u may think.
In d first place, nobody tells you how difficult it can be.
You're lead to believe that it's the most natural thing in the world and both u and baby will do it automatically tapi yang sebenarnya jangan harapla.

Memang nampak mudah.
Baby nak nyusu je selak baju, sua kat mulut dia. setel.
Malam2 takyah sesusah nak bangun ngantuk2 buat susu.
Nak jalan pegi manapun senang tak payah nak berangkut bakul bagai.
And jimat gile hokey.
Sekali je la kena beli breastpump tu.
Aku beli Spectra 3 sebab harga tak mahal sangat and tak ralat la kalau tak mengepam pun.
Aku nak Medela yg double pumping tu tapi mahal jugak dekat RM2000 kan.
Tapi takpe la, Spectra 3 pun best juger.
Yang penting, beli la yg double pumping and electric.
Kot tak memang bazir masa nak pam sebelah2.

So sebab aku dapat bagi Emir ni susu badan, berbaloi la aku beli pam.
Susu formula pun setin dah 70, 80 ringgit.
Kalau sebulan kurang2 pun kena prepare RM200++ jugak utk susu.
Dgn diapers lagi.
And portion yg utk susu tu ko bole buat beli brg2 best utk baby contohnya mcm baju2 mahal, mainan mahal or segala mak bapak benda mahal, etc.

I had assumed breastfeeding was easy as it is so heavily promoted but to tell u the truth, it has been very stressful and draining especially time dalam pantang.
Tatau la kot pada korang lain pulak kan.

Time dalam pantang tu, hari ke-4, baby aku kena jaundice.
Dalam hati aku memang dah agak mesti baby tak cukup susu tapi aku still sua jugak breast ni kat dia suh minum susu.
Degil takmo bagi susu formula, kan.
Padahalnya kalau bg susu formula pun tak luaknya.
Tapi entah ye.

Agaknya aku ni terpengaruh sgt ngan internet.
Byk sgt survey and baca info pasal BF ni kan so konon2 takmo la anak minum susu formula tu. Tapi memang betul pun susu akan keluar jugak bila selalu distimulate. Maksudnya, kalau susu tak keluar pun suruh je baby tu hisap, insya allah susu akan keluar.

Memang aku buat macam tu, tapi susu keluar skit jugak...
And patutnya aku kena campur susu formula jugak.
Tapi still degil takmo campur.
Tu yg at last kena jaundice tu.

So, hari ke-4 tu berangkut la kami anak beranak termasuk la bapaknya sekali ke Puteri Specialist kat JB for a 3 days 2 nights stay... yg akan diceritakan pada entry akan-akan-akan datang ye ;p

And bila dah balik dari hospital tu pun aku still tak bagi dia susu formula.
Maybe that's why anak aku kurang minum susu and his jaundice tak baik2 sampai dekat 20 hari++ jugak la. And then baru la beli susu Similac tu buat backup.

Tapi dalam hari ke-15 macam tu, susu aku dah start keluar banyak.
Banyak sgt2 sampai basah kuyup baju tiap kali bangun tidur.
Tapi aku tak pam sebab penat sangat.
Penat jaga baby sebab dia bangun tiap jam untuk menyusu.
And time dia tidur, aku mengurut, makan, mandi, etc2.
Memang takde masa la nak perah2 susu.
And then tiba2 breast aku jadi bengkak sangat2.
Panas and sakit gile oke.
Macam nak demam pun ada.
And time nyusu tu anak aku dok gigit2 or hisap kuat sangat and rasa macam ada luka skit.
Mula2 sebelah, and aku bagi anak aku hisap sebelah yg tak sakit tu.
And then bila yg sebelah tu baik, sebelah lagi ikut bengkak.
Seksa gila.
Yang luka kat nipple tu aku sapu Medela Purelan baru ok.
Time tu aku belum beli nipple shield so tahan je la sakit time baby nyusu.

Memang takut sangat kalau kena Mastitis (which I will elaborate later dlm next-next-next entry. hehe) Sebab kawan aku ada jugak yg kena camni and kena operate utk keluarkan nanah/susu tersumbat dalam breast tu.

Ngeri weh.

And time kena bengkak susu tu aku tak pam guna mesin, instead, aku manually guna tangan, sebab time bengkak2 tu memang sakit kalau guna mesin.
tak muat pon.
haha.

And time aku perah manual tu dapat la 0.5 oz, 1 oz gitu...
bole la kan asalkan keluar.
Memang dalam pantang aku tak perah sangat sebab takde masa + penat melampau.
And aku start perah cuma 4 hari before naik keje.

Kesimpulannya adalah, you have to breastfeed your baby no matter what. If susu tak keluar pun still kena bagi dia hisap puting and after that kena bagi dia minum susu formula jugak. Kalau tak, memang merasa la ko jaga anak yang kena demam kuning ni, kena bengkak susu lagi, susah okeh.

Lepas ni akan sambung bercerita tentang breastfeeding lagi ye.


Emir dah pandai gelak ngan dasat ye sekarang.
Hubby amik gambar ni time kat hospital, time dia operate lulut aritu.


*****


Our Price = RM280.00 (Normal = RM293.00)
(Set Bersalin + 10% off for any purchase of Amway product OR free Shawl)


Our Price = RM290.00 (Normal = RM365.00)
(Set Bersalin + 10% off for any purchase of Amway product OR free Shawl)

--------------------------

To order/enquiries you may contact me :
Email : charmsandcolors@yahoo.com
FB : charmsandcolors
SMS/WhatsApp : 019 6555700 (Fasha)
Website : charmsandcolors.blogspot.com
Shaklee ID : 888941

9 comments:

♥ Elin ♥ said...

pergorbanan seorg ibu begitu lah.tp tahniah juga fuly breastfeed sehingga skg.

tUtyRAhiZa said...

tahniah sbb bersemangat waja semasa berpantang..ramai ibu2 yang kalah masa berpantang..sebab tu perlunya ILMU untuk breastfeeding ni..

sy pun still bf my lil amni (4mths old)..

btw, jemput ke kedai saya http://www.mychibibox.com/

hot stuff utk bf mommy during ramadhan..insya Allah akan lebih dipermudahkan..

wanie said...

salam...

kak fasha, wani ader soalan nak tanya nie.. betul masa dlm pantang b4 14 days mummy not allow utk makan jamu.. klu makan jugak boleh uat baby kena jaundis...???

Bila masa kita leh uat stock EBM... adakah semasa pantang atau selepas pantang??

Mrs.aisheiteru said...

sha...sgt agree with u! sama je ek situation BF mummy ni. kna ade semangat kental utk terus BF. I mula2 ingat senang jer nk BF. sekali tak tdo malam gara2 menyusukan anak. Alhamdulillah dapat meneruskan BF smpi skrg.

fiza said...

Semangat mcm ni lah yg kita nak ☺☺☺. BF bukan sesuatu yag mudah. Perlukan kekuatan mental & fizikal yg tinggi. Smoga berjaya menyusukan bb emir until 2 yo ^_^

Fasha said...

ELIN :
thanks elin.. memang kena kuatkan semangat nak bf ni, kalau tak memang tak larat la ^_^


TUTYRAHIZA :
thank tuty... sama2 lah kita breastfeed ye ^_^


WANIE :
wani, nanti akak buat entry pasal jamu and cara2 simpan stok ebm ni eh. anywy, before 14 hari sbenarnya mmg tak berapa digalakkan mkn jamu la sbb panas. and time tu susu badan tak berapa byk lagi so takut baby kurang dpt susu. that's why boleh kena jaundis. and sila la buat stok ebm time tgh dlm pantang ni okeh. at least dpt pam sekali sehari pun takpe. kalau time keje ni sgt terkejar2 and super penat tau dik


MRS AISHEITERU :
dlm pantang mmg macam tu kot kan faeza. maybe ada la a few bernasib baik takde masalah camni tapi mostly mmg penuh cabaran kan..


FIZA :
btul tu fiza. kalau ikutkan penat memang nak bagi susu formula je nih. tapi Allah dah bagi rezeki utk anak kan, takkan kita nak abaikan ^_^

harzharun said...

geram weh dgn budak emir ni..bila leh gomol neh?!
.btw, omak emir, tiap kali ko letak ur pic which is amat jarang2 sekali, aku rasa muka ko lain2 la plak...xcam seh!..hehe...

Fasha said...

HARZHARUN :
meh la auntie dtg jln2 kat jb nih. kang bleh jumpa emir ^_^

aku kan takde kamera ni harz so mmg jarang2 la amik gambo sendirik. slalu aku pakai contact lens kot tu yg bila aku pakai spek muka lain gaknya. pastu aku slalu tukar2 stail rambut. slalu kan lurus, ni aku baru buat half perm so dah kembang semangkuk la rambut aku tu yg ko tak cam tuh ;p

Mama Tunggal said...

Assalam kak..sy nk beli set shaklee bf y untuk percubaan 2...minta kak bg info untuk pembayaran ea..nie no phne sy 0199131680

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review