Balik Kampung & Pantang Larang

Love & Kisses ✿ sha
Sangat bocan sebab Hubby kena gi TBC 3 hari.
Besok baru balik.
So aku pun terkedek-kedek la pulang ke kampung halaman.
Patutnya cam malas nak balik pun sebab last week kan baru balik.
Tapi bila tepon my mum and dia cakap ada masak siakap 3 rasa, sambal tumis petai, ikan sambal jawa ngan kerabu pegaga sedap, maka on d spot telah menyumbat baju dalam beg walopon menat. Dan sempat pulak la aku singgah beli Otak-Otak Kempas 100 kpg si bongsu kat umah tu order.

wuuu~ sangat lama la tak drive sendiri.
cam saspen jugak.
telah naik lemak dimanjakan oleh encik driver comel setiap hari =p

By the way, last few days some funny things happenned.
heee~

kan aku dah cakap, 'what goes around comes around.
Pembalasan tu tak kira la dalam bentuk macam mana pun.
Jadik depan mata pulak tu.
Harus la ai nak gelak guling2 kan.
haha.

maybe I am wicked.
oh so what?




Nak letak gambo sendiri tapi kamera ntah gi mana.
Gambo guestbook2 yang dah siap pun aku tak sempat snap ha.
wuuu adakah hint2 utk kamera baru?
haha.

Walopon aku bizi melampau sebab nak siapkan order lagi ni tapi nak jugek la cerita tentang pantang larang yang aku jumpa kat internet. Betul ke tidak pantang larang ni aku tatau la. Yang baik kita jadikan tauladan, yg khurafat tu korang jangan la ikut okeh?

wallahualam.
...

Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.

Pantang Larang Wanita Hamil

1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.

4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.

12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.

- Website : intim.wordpress.com


-------------------------


Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan. Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut:

Dilarang mencaci, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua dan selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.

Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.

Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.


- Website : cempakasari.multiply.com


Sejauhmana kebenaran pantang larang ini tidak dapat dipastikan. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil. Hanya kepada Allah s.w.t sahaja tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bala bencana ke atas kita sekeluarga insya Allah. Moga di anugerah anak yang comel lagi soleh.

3 comments:

mama affan said...

fasya..ryna suka makan sotong..n pegaga jugak..huhu..

harzharun said...

yang!....aku kompem x langkah kucin yg tgh tido...sbb aku takot kucin tu bgn n geget kaki aku...eee, seram nak dekat2 dgn kucin....

p/s: Nad tolong jgn gelak

sha said...

FIKARYNA :
tu la.. kite pun dok mkn sotong ngan pegaga nih. tapi takde apa kot sbb benda2 tu sbenarnya berkhasiat bukan benda2 kotor/haram pun kan..


HARZHARUN :
aku pun ngeri skit ngan kucing2 ni tau. ahaks. mesti nad bengang je ngan kita yg x minat sgt ngan kucin2 ni kan harz =p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review