milk, anyone?

Love & Kisses ✿ sha

Lately ni Danish mcm dah kurang makan sikit.
macam agak memilih.
susahnya lahai...

I miss the time when he was sooo comel montel ngemuk2 zaman dulu2. huhu...

Dulu kalau masak apapun mesti dia makan jek.
Buat oatmeal campur buah naga pun ngap abis.
Sekarang jangan harap.

Tapi yang pelik bila aku mkn yg pedas2 mcm tomyam tu bila dia nak sgt aku bagi la rasa, tahan pulak tu.

Yela, mcm kalau pegi Johnny's sume tu kan kitorang mkn steamboat tomyam, bagi la dia makan ayam tu skali. Dia suka pulak.

And kalo makan asam pedas kat Anis Sofea pun dia suka.
Takdela aku bagi dia hirup kuah tu kan.
Tapi kalau dah namanya asam pedas of cos ada jugak rasa pedas ikan tu kan.
Boleh pulak dia tahan...

And dia suka makan tempe.
Not tauhu but tempe.
Kalau tauhu nanti dia luahkan balik.
eh tapi sbenarnya boleh ke toddler umur 1yr+ mkn tempe eh?

And dia takleh makan telur sebab allergy. kot tak senang gak keje aku kan.
Kalau makan nasi lauk ikan masak biasa2 yg takde rasa sangat tu yang dia tanak.
adoi ai... susah betul.

Ni tiap kali telefon je mesti tok Abah ngan tok Mama komplen Danish tak cukup zat, aku tak bagi makan padahalnya susah tuu nak bagi dia makan makanan yg biasa2 skrg nih.
Dia nak yg ada rasa jek.
haih.
takkan aku nak letak garam, ketumbar, rempah korma' bagai, kan?

Tapi ntah la, maybe kat taska lauk dia sedap2 ada sup sume tu kan, makan ramai2 dengan budak2 lain, tu yang bila balik dari taska mesti aku rasa dia gemuk tapi time weekend bila dok rumah mesti mcm tinggal tulang je budak kecik nih.

He consumes Enfagrow right now.
So far so good.
And I like the fact that he's learning fast.
Banyak words yang dia dah pandai and banyak yang dia dah faham even though dia baru nak masuk 1 year 4 months ni kan.

Bila cakap nak mandi je mesti cepat je bukak baju, bukak seluar pergi bilik air.
And bila suruh cing2 dah pandai cangkung tu do his thing.
macam, okkk... kagumnya aku... does he learnt this by himself sbb buat hari2 or sebab teacher kat taska ni pandainya ajar.

Whatever it is, memang kami bagi dia minum Enfagrow sbb based on reviews yang aku baca, this is the milk yang ramai syorkan sbb anak cepat tangkap, and memang lagi bijak. But all in all semua tu berbalik jugak dengan cara asuhan kita, doa kita sebagai ibu bapa, kan. Bergantung sangat kat susu pun tak boleh jugak.

And Danish drinks formula milk cuma kat taska je la and balik rumah of cos mengempeng lagi ngan omak. Tak mungkin la dia nak minum susu botol kalau kat rumah.

And our paed kat Puteri Specialist pun ckp Enfagrow and Pediasure mmg the best for babies. Aku tanya dia Anmum ok tak, dia cakap, not really recommended. Bukan sorang paed yang cakap macam tu tapi ada a few la. 

Lagipun Anmum buat baby lagi gemuk sbb kandungan lemak tinggi.
My SIL bg anak dia minum Anmum and her son become soooo fat padahal minum susu je pun. And same goes with my other fren. ntah la...



And Pediasure is also recommended sbb kandungan zat dia paling tinggi among all.
But my doc said takleh consume byk sangat, once a day only sbb takut constipate pulak.
Tapi memang she suggest to drink Pediasure ni bila aku cakap Danish takmo makan sangat.



Setakat ni memang maintain dengan Enfa lagi sebab Danish suka minum and I love the fact that ia menguatkan sistem imunisasi. Danish jarang sakit and tak demam and that he's getting more and more adorable everyday ^_^


Pernah terfikir jugak nak tukar dengan susu lain yg lagi murah tapi brand apa eh yg sama bagus dgn Enfa tapi lagi murah? Tapi 
Hubby cakap takpela anak baru sorang, lagipun susu ni bagus, bagi je la dia minum yang ni.

Tapi aku heran jugak, nape takde orang cakap Mamil Gold tu mahal, or Pediasure mahal, or Nan mahal, or Isomil tu mahal padahal harga lebih kurang je? Mesti orang cop ooo anak minum Enfa, memilih nak susu mahal padahal susu lain pun mahal jugak.

Aku sebenarnya tak kesah pun Enfa ni utk baby bijak or whatsoever sebab he's just a little baby kan. Takyah nak paksa2 sangat suh baby cepat cakap la, cepat itu la ini la, compare2 dgn anak orang lain sebab eventually his time will come, kan?


Setakat masih termampu ni mestila nak berikan semua yang terbaik.
Perjalanan hidup insya'allah masih panjang and jauh lagi perjalanan untuk menjadi bijak, so mula2 ni omak try bagi susu yang baik, pasni belajar la rajin2 ye kat sekolah nanti. hihi.

oh by the way, kelmarin harga diapers sgt murahan kat Tesco.
Mamy Poko RM40.90 and Pet Pet RM30.59 je for super jumbo.
of cos la kami memborong sakan.

And kat BP ada satu kedai ni jual Enfagrow paling murah aku jumpa.
RM71.90 for pack of 1.3 kg.
Tempat yg aku slalu beli tu kat Ptn RM73.90 mahal sikit, so kalo balik rumah my in-laws kat BP mmg borong susu habis-habisan.
Kat Tesco & Giant pulak diorg sale RM92.59 utk tin 1.7 kg murah jugakla sebab kalau harga biasa RM108 setin.

15 comments:

Ms SZ said...

Keisha minum susu soya based.

Enfa memang best, tp soya die sehingga umur 1 tahun je.

pernah kasi pediasure, bau yummy! tapi keisha tak suka.

last bagi Isomil. Keisha suka sangat :)

Chinese yang kami jumpa di kedai beli susu cakap, anak mereka minum Pediasure, kurang mengantuk di sekolah, senang fokus, mudah tangkap.

tapi anak-anak ni, kita pon sukar nak jangka

sha said...

MS SZ :
aah sya, bebudak ni mmg susah nak jangka. aritu fasha try bg Enfa perisa vanilla, terus cirit-birit padahal slama ni bg yg original ok jek. tapi sib baik keisha senang nak mkn, kan. si danish ni dahla memilih mkn pastu kat umah nk mengempeng je ha takmo minum susu botol. dahla stok susu merundum suda. huhu

Legally Pink said...

Actually i think you pun tau the best milk is mother's milk kan :). Formula semahal or sehebat mana pun ingredients yg mrk claim ada dlm tu tak mungkin dpt tandingi breastmilk kan :) ... And kalau dh 1 yr and above ramai juga sarankan minum freshmilk coz formula has got tonnes of sugar in it, compared to freshmilk :). Apa pn, I agree with what you have stated that the upbringing of the child is the most important factor rather than the type of formula that you give to the child kan :)

k|ree said...

setuju dgn legally pink...
tp, tue if the baby mmg mkn sume bnda...i mean cukup khasiat mknan nye...tp, if mknan dia memilih...dia kena amik formula juga untuk cover zat2 yg dia tak consume tue...
naurah memilih tak nak minum susu biasa...hya mau rasa coklat sahaja...serius ikut mak dia...kami try, sustagen, dutchlady n pediasure...pediasure yg paling bagus..bkn sbb mahal tp,selera mkan dia bertambah...dan dia mmg tak byk kali minum susu mcm mnum sustagen dan dutchlady...

harzharun said...

uhuuuu,sgt rindu time breast milk byk sampai melimpah ruah...punya la aku usaha nak bnykkan blk susu,x bjaya jugak..rupanya preggy lg,..pasni,aku nk wat stok ebm byk2 byk2 ms dlm pantang...azam yg tinggi!..hehe...

So,qasyaf mmg bgantung kpd isomil sbb dia alergik cow milk..kat umah pun minum isomil,tp menempeng tu mesti..anak mommy kan..tp sekadar mengempeng je la..x byk pun susu ada..setakat basahkan tekak dia n puaskan hati sbb leh bpelukan dgn mommy...

Mkn pun susah sbb elergik mcm2 benda..harap bubur nasi letak sayur n buah je la..ikan n telor kuning sekali sekala..bila dia xde mood nak mkn sket,mula la parents aku ckp qasyaf kurus..haishhh...nak gemok gedempol ms kecik,ms besar mula suh diet..susah tol!...

Wehh,lama lg ke tesco sale diapers?tesco tdekat dgn aku kat kuantan nun..eh,kuantan ada tesco x?hahaha...xpe,wikem ni nek kl...akan ku sopingan smpai puas..hehe...

sha said...

LEGALLY PINK :
btul tu dear. mmg mother's milk is d best... thats y i start pumping sejak abih pantang aritu. but now due to some circumstances terpaksa campur dedua... my ebm tak cukup dah... maybe utk baby2 akan dtg bole start simpan stok dr awal kot so that bila susu dah merudum, still ada stok kat fridge kan ^_^


K|REE :
tu la k|ree. mcm nak try susu lain tapi so far enfa mmg d best kot utk danish. dokter pun ckp, kalo baby dah serasi dgn susu tu better jgn tukar2 sbb nanti effect kat sistem penghadaman dia pulak. huhu...

sha said...

HARZHARUN :
tu la pasal... tu la reason stok merudum kan. hehe
skrg nak masuk 1 yr 5 mths dah ok kot minum susu lembu. kalo aku pam jugak mesti bdn jadi penat yg gila2. pasni insya allah utk baby2 akan dtg mesti kuatkan ati pam dr awal jugaklah. dulu tu time pantang perasaan malas+penat tu melampau sgt tu yg jadi gini. huhu...

ni si danish pulak alergik dgn telur. kalau dia bole mkn telur tu mmg dah lama aku bagi, biar dia gemuk skit.

didil said...

alolo.danish alergy telur ke? sup telur lah paling senang nak masak.lagi2 time malas.haha.medina suke gile putih telur

medina minum susu enfagrow A+ vanilla.memang bagus la kan, ari2 berak T__T kiteowang kalau beli susu die pun beli tin yang 1.7kg kat giant tu.murah compare to others.kalau danish tak bape makan sangat, leh try s26gold PE tak silap name die.tu untuk budak yang kurang selera makan :)

danish pun suke mandi ke? genglah ngan medina.haha.sebut jom mandi jek kedek2 gi toilet.hehe

sha said...

DIDIL :
tu la kalo x allergy telur mmg tiap ari mak dia ni dok masak nasik lauk telur je =p

perut danish x tahan pulak kalo perisa vanila tu, mesti cirit-birit. so kitorang maintain dgn yg perisa original tu je..

hoho bab main air mmg bole geng dgn medina. ni next week nak gi gold coast morib tu bg dia main air puas2. haha

Aida & Riana said...

wow layout baru..suke!

Ms.Rainna said...

fasha, kat BP tu kedai mane? sbb aku slalu gi bp so biler dah bace ni, rasa kene beli kat kedai tu :D hihihi nnt bgtau eh nama kedai tu ;) tq

Unknown said...

salam perkenalan :-)

http://mama-iloveu.blogspot.com/

ilyiahusna said...

AsSalam. .I duk BP..u pegi kat Baby Shop sebelah Secret Recipe (jln rahmat) tu ke? So far mmg situ yg plg murah..x tau kot ade tpt lain..

Mar Mansor said...

haah kan..asal Dumex je org cop susu murah..walhal ank minum Dumex mamil,900gm rm66..murah ke?aisehhh...

Unknown said...

Tumpang tanya , susu dumex mamex gold soya bagus x tuk baby yg berumur 3bln?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review