Pelamin/Kad Kahwin/Bunting

Love & Kisses ✿ sha
Ahad yang penat.
Dari pukul 7 pg tadi sampai pukul 8 mlm ni aku dok mengonlinekan diri.
Banyak sungguhlah yang aku googlekan arini.
Antara artikel bermanfaat yang aku baca, datangnya dari blog ineh MajlisImpian.

Tiba-tiba rasa mcm banyak sangat yang aku ketinggalan.
Macam banyak sangat yang berselirat kat kepala otak.

Ok. Benda pertama yang aku googlekan tadi adalah rupa bentuk Pelamin.

Aku mau pelamin putih gading.
Kerana sesuai dengan apapun warna tema.
Kalau nanti tiba-tiba aku 'tertukar' tema kepada warna hitam, hijau atau biru sekalipun ia tetap takkan mencacatkan suasana.
'kan?



Aku sangat-sangat-sangat sukakan pelamin yang ineh!
Dengan bunga-bungaan berwarna pinky violet.
'wahh! very the tasty okeh.

Yang di bawah ini pun oke juger cuma ntahlah. Aku lebih berminat dengan yang di atas ^-^



And aku tamau pelamin bertiang 4 yang besar-besar tu.
Memang lawa, tapi dari pemarhatian aku, pelamin yang banyak-banyak tiang ni akan mengganggu orang yang mau mengambil gambar.
Lagipun tak ramai sangat yang boleh menyelit time sesi penggambaran nanti.

And then aku google tentang Bunting/Banner.
Yey! Akhirnya dah jumpa tempat yang buat Bunting yang murah dan cantik.
Ada yang berharga RM45.00 sajer tapi artwork dia mcm tak berapa menepati citarasa aku.

Aku mau yang di sini (Kadkahwin Pino). Walaupun harganya RM60.00 tapi mmg sangat tastylah. Kad kahwin yang ada di situ pun sangat menarik and murah walaupun tak disertakan sampul bercetak. Di JentayuDesign pun ada bunting yang menarik cuma harganya agak mahal. RM110.00 untuk 2 bunting and extra RM50.00 kalau mau diletakkan gambar.

Rasanya untuk kad kahwin nanti aku mau ngambil yang di sini kerana designnya menarik dengan harga yg berpatutan and sampul bercetak pun diberi sekali ^-^

Tapi tatau lagi la sebab cousin hubby pun ada kedai kad kahwin sendiri so mungkin boleh dapat yang lebih baik dgn discounted price, kan.

Arini banyak benda yang aku dah survey and dah terpikat.
Masalahnya sekarang, tarikh nikah ngan sanding tak tetap lagiii!
uwaaa~

Parents aku nak kami nikah pada 1/1/2010 or 2/1/2010 and Majlis Bersanding pada 13/2/2010. Majlis Bertandang pula pada 14/2/2010.

Encik hubby mau kami bernikah dan sanding pada hari yang sama, 14/2/2010 and kenduri belah lelaki pada 20/2/2010.

Sebabnya, mudah, lagipun satu kenduri je kat belah aku so aku boleh save budget ^-^ and family dia pun tak payah nak datang 2, 3 kali.

Actually aku cuma pentingkan tarikh nikah sajer.
Nak bersanding bila-bila pun boleh. Aku tak kisah.
Sebabnya tarikh nikah tu yang kita kena ingat sampai bila-bila, that's why kena pilih tarikh yang cantik sikit ^-^

Untuk bersanding pulak aku lebih suka pilih tarikh yang biasa-biasa.
Sebabnya, satu, itu takkan jadi tarikh anniversary kami.
Yang kedua, pakej perkahwinan/photographer/apa-apa pun akan jadi lebih mahal jika kami memilih tarikh favourite.

Oklah, esok aku nyambung menulis lagi ye.
Sekian.

5 comments:

mshai said...

salam...
hye, sy rase tarikh majlis kita sama lah bila sy tgk ticker awk n sy tgk ticker sy. hehe. happy preparing!

Unknown said...

tq for visiting Capturepixs Studio blog... perjalanan ke arah perkahwinan adalah satu tugas besar..


- regard..
ayares..
capturepixs photog..

Haliza Haron said...

Salam Fasha,
Selamat membuat persiapan.
Majlis awk kat jb eh?

Ann said...

kakak,dah sibuk nak kawen dh?sronok sy tgk prkembangan crite akak skrang ni..sorry..been bz with uni stuff,now tgh cuti.:)

AmyMizzunderstood said...

if u nak design& printing for your bunting,email me!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review