Memang banyak yang mau dicerita tapi mood untuk menulis macam tak ada.
Nak start dari mana pun tatau.
Jadi cuma copy and paste dari my sis's blog sahaja sebab apa yang dia tulis adalah sama dengan apa yang ada dalam otak aku.
I'm so so glad that she finally came up with this story sebab aku takut lama2 mungkin akan terus hilang ingatan tentang kisah ini.
kisah kenangan semasa kecil yang sangat-sangat manis and tak mungkin akan lalui sekali lagi...
http://himawari1504.blogspot.com
-----------------------
type entry tanpa rasa bersalah tak update blog selama sebulan hihi
saya balik johor minggu lepas untuk 5 hari
rindu gila nak balik johor, rindu family, rindu rumah dan rindu makanan2 johor
seminggu sebelum balik tu, saya siap termimpi2 lagi
tapi yang peliknya mimpi pasal rumah di quarters majlis daerah dulu
yolah, sejak lahir sampai umur saya 24 tahun weols duduk di rumah tu
rumah kecik gila, setingkat je, bilik tidur cuma ada 3, bilik air satu saja
dahla tepi hutan belantara
tapi kitorang ok je gembira, takmau pindah2 dari situ
sebab halaman sangatlah luas, siap berpagar ada pak guard lagi
nak main petang2 memang bestlah
nak buat kenduri kahwin 100 khemah pun takdehal
ingat lagi masa darjah 4, kitorang hampir pindah ke rumah weols di shah alam, tapi tak jadi sebab kitorang semua termasuk mak mogok taknak
setiap pagi tepat pukul 6.30 pagi, akan startla bising gila bunyi-bunyian enjin lori
sebab kawasan tu tempat parking lori sampah, lori bagak dan lori2 lain jugak
so semua pekerja majlis daerah akan datang start kerja ambik lori, troli sampah kayu yang tolak2 tu dan segala macam peralatan di situ
lori sampah ok, lori sampah
kalau ada tong sampah besar yang baru, kitorang akan merasmikan dengan main kat dalamnye
zaman dulu kan lori sampah yang 4 segi besar tu, campak2 je sampah atas tu, tak macam sekarang, dah automatik mampatkan sampah bila masuk
lori ape yang saya tak pernah main, sila cakap
crane yang besar tu pun saya pernah main2, sapa suruh parking situ kan hihi
kalau ada mobile scaffolding tu lagi best
kitorang naik ramai2 dan tolak laju2
masa tu family cik lah,mak cik saya datang,so dengan sepupu sepapat weols ramai2 naik scaffolding tu dan tolak laju2
ngeri gila bila ingat balik T_T
sebelah kanan rumah pulak, dumping area
iaitu tempat buang sampah besar-besaran
fuh nasib baik takde bau sampai ke rumah
dulu first time saya main masak2 dengan along dengan boy kat situ la
kitorang terjumpa kuali lama
then along curik2 ambik beras dengan kacang kat dapur
lalu kitorang pun buat unggun api dan masak nasik kacang
bila mak tau, terus kena marah sebab mak kata kuali tu kannnnnnnnnn ambik kat dumpinggg kotorrrrrrrrrr, hishhhh budak2 niiiiiiiiii
itu la akibatnya 3 beradik yang beza setahun je, kepala sama je, jadi best main sama2
along selalu buat permainan or pertandingan yang pelik2. mula2 kena lari 10 meter, lepastu lalu atas paip air, pusing pokok kelapa 3 kali, petik 3 helai daun lepastu bla2 sapa sampai kat pokok jambu dulu dia menang
bila dah besar baru perasan, oh itu macam amazing race T_T
dah duduk tepi hutan a.k.a paya, dah tentulah haiwan pun tahap zoo kan.
dari kecik lagi dah jumpa segala mak nenek haiwan pelik2
biawak tu biasa la lalu tepi rumah, besar buaya pun ada
ular, memang tak payah cakap la
ular lidi memang biasa masuk
ular tedung pun, macam mana entah pada satu hari boleh masuk bilik belakang
masa tu along ada kat situ tengah ambik buku dari almari
kitorang semua berkejar ke belakang bila along jerit
sampai sekarang saya takkan lupa scene itu
ular tedung tu berdiri sambil menyembur2 arah along
along pulak kat corner dinding, tak boleh pergi mana dah
last2 abah yang pukul ular tu
setiap kali ular masuk, abah yang setelkan
ada satu hari mak terlanggar ular sawa besar masa kat luar pagar quarters tu
ular tu lintas jalan, besar gila ok panjang pulak tu
esok paginya masa bersiap nak pergi sekolah, mak terkejut gila tengok ada anak ular sawa tidur dalam almari buku
taktau bila masa dia datang
nasib baik anak ular je
dah la masa tu boy yang tidur dalam bilik tu, rilek je dia tak perasan T_T
so kitorang saspek mesti anak ular tu dia kejar bau darah mak dia tu
tu laa mak la langgar mak ular tu semalam, kan dah anak dia carik.. kata weols
satu hari, saya sedang memasak nasik dekat dapur
masa tu abah dah renovate dapur jadi berdinding
dulu dinding separuh je ok, separuh lagi open air..so sapa2 nak curik tong gas, anytime je
kalau malam2 mak nak masak untuk sahur, berani2 je la, almaklumla belakang rumah kan hutan
bayangkan ko masak sambil sekeliling gelap gelita bunyi cengkerik, monyet, gajah semua ada [ok, gajah tu tipu]
jadi satu tengahari, saya membasuh beras nak masak nasik sebelum pergi sekolah petang
sinki tu betul2 tepi pintu
tiba2 saya nampak ada benda hitam tepi kaki saya
saya terus terkujat, freeze macam air batu
ular tedung besar gila ok!!!!
dia jenguk dari bawah pintu
kebetulan bawah pintu tu gap dia besar sikit
so ular tu jenguk kepala, bercadang nak masuk, tapi bila nampak saya, dia kensel
bila ular tu berambus je, ko tau aku punya lintang pukang lari
tinggal segala beras, tak jadi masak nasik, masuk dalam, kunci 2 lapis pintu siap sendal dengan tuala takut ular datang balik, masuk bilik, call abah lalu menangis gila2
takuttt weyyy
ok, saya dah tau kenapa sampai sekarang saya fobia dengan ular
tak boleh tengok gambar langsung
tengok handbag ala2 macam kulit ular pun dah meremang bulu roma
ni tengah type perkataan ular pun saya meremang nih haaa
cuma yang peliknya, masa tu saya anggap tu macam perkara biasa
yela, memang takut, tapi, saya tak rasa macam rumah ni yang tepi hutan sangat, saya rasa macam, la ular lagi
yelah, kejap2 kala jengking masuk
lipan bara besar gila
anjing pun pernah
apekejadahnya semua haiwan nak datang rumah ni T_T
oh2 saya tau kenapa, sebab kitorang tak pernah tutup pintu
masa nak tidur je tutup pintu ok..
almaklumla kawasan berpagar ada pak guard lagi, tak takutla pencuri..
lagipun rumah itu ada banyak lubang udara sebesar penumbuk, setakat ular nak masuk tu, takdehal la
sekarang bila lalu je kawasan rumah tu, mesti saya tanya mak 'mak, macam mana kita boleh duduk rumah macam tu lama gila haa?'
mak pun tanya benda yang sama
bila tengok balik, serius macam setinggan ok
lalu kitorang pun akan sama2 bercerita pengalaman pelik2 masa duduk dekat situ
disebabkan lan2 pergi offshore harini dan saya tinggal sorang, saya tak berani nak cite antu pasal rumah tu dekat sini. fuhh
siyesly, macam mana boleh duduk sampai 24 tahun di rumah itu?
...
** **
The Followers
About Us
CHARMS & COLORS (JM0743191-D) merupakan pengedar sah untuk produk Tanamera, Shaklee, Amway, Nona Roguy, Ephyra, Tropika & Nursajat. Kami juga menawarkan barangan ketika berpantang seperti set bersalin & tungku dengan kualiti terbaik dan harga yg amat berpatutan.
Labels
Aaira Aleena
(5)
Aidilfitri
(1)
Amway
(10)
Andalucia
(2)
Anniversary Day
(4)
Baby
(45)
Baby Food
(3)
Baby Stuff
(30)
Bedroom Set
(4)
Berpantang
(21)
Birthday
(7)
Book Review
(1)
Breastfeeding
(14)
Bridesmaid
(1)
Bunting
(3)
Business
(4)
Charms & Colors
(45)
Cheezylicious Cakes
(5)
Ciki... love
(7)
Contest
(2)
Delivery
(1)
Emir Danish
(26)
Engagement
(7)
Ephyra
(3)
Eurotrip
(7)
Extavia Engineering
(1)
Family
(10)
Fisher-Price
(2)
Food
(4)
For Sale
(1)
Gadget
(2)
Granada
(1)
Guestbook
(12)
Hantaran
(13)
Health
(1)
Holiday
(1)
Home
(30)
House
(1)
Irfan Saif
(1)
Kids
(1)
Kids Stuff
(1)
Love Story
(1)
Maajun Anggun Bistari
(1)
MAB
(1)
Madness
(2)
Majlis Aqiqah
(2)
Majlis Nikah
(1)
Makanan Sedap
(1)
Makeup Remover
(1)
Makeups
(3)
Marriage
(1)
Memories
(2)
Merisik
(1)
MLO
(1)
Morocco
(1)
Motherhood
(2)
Nona Roguy
(8)
Nursery Rhymes
(1)
Panduan
(1)
Parenting
(2)
Pelamin
(1)
Perfume
(4)
Personal
(95)
Photographer
(3)
Pregnancy
(37)
Promosi
(1)
Promosi 2015
(1)
Random
(15)
Raya
(1)
Resepi
(9)
Romania
(2)
Set Bersalin
(11)
Set Pengurusan Uri
(1)
Shaklee
(4)
Shopping
(1)
Sickness
(1)
Skincare
(1)
Souvenir
(13)
Spain
(3)
Tanamera
(12)
Theme Color
(3)
Tips
(4)
Toys
(1)
TQ Tag
(9)
Travel
(4)
Travelogue
(13)
Tudung
(2)
Videographer
(2)
Wedding
(50)
Wedding - Bridal
(4)
Wedding - Cake
(3)
Wedding - Card
(7)
Wedding - Date
(6)
Wedding - Dress
(9)
Wedding - Nikah
(5)
Wedding - Package
(3)
Wedding - Song
(1)
Wedding Checklist
(3)
WifeyHubby
(28)
Wishlist
(12)
Work
(5)
Workplace
(1)
Zalora
(1)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment