dia yang dirindu.

Love & Kisses ✿ sha
Tadi aku park kat tempat pertama kami terserempak dulu.
Sedehla tapi rasa nak sengih2 bila teringat kisah lalu.



lorong itu, tempat pertama ketemu Hubby di sini.
...


Masa tu memang aku tau dia bekerja di sini.
Tapi tak kenal pun.
Sebabnya, we have more than 1500 staff here.
And semua pakai jeket/overall kuning pulak tu.
And kalau campur subcon, vendor, client mau dekat 3, 4 ribu jugak.

Walaupun aku dah bekerja di sini hampir 4 tahun, tapi bukan semua pun aku kenal.
Pastu dahla tak kenal, takkan nak sibuk2 bertegur sapa pulak kan.
Aku ni pun bukan jenis yang overperamah sangat.
If org tegur then baru la bole borak2.
Kalau org tak tegur, takkan nak sibuk2 pulak kan.
Bukannya nyombong tapi ntah ye.
I love to talk.
Kalau yg kenal aku, tau la kot.

So the first few months tu kami memang tak pernah bercakap.
Takat tengok je la sesama sendiri.
Lagipun aku kan tengah dgn somebody else time tu.

Cumanya, tiap kali datang ke opis, park kereta, aku suka tunggu dia datang and lepas nampak muka baru la masuk ke opis. and aku perasan, if dia datang dulu, he will wait for me to pass by, cenyum2 kat tingkap, and pastu baru la dia masuk ke opis. Aku selalu park kat area pokok2 kat belakang tu. And dia pulak park kat depan2 dkt ngan simpang tu sbb dia terer side parking. Aku tak terer. Sebab jalan tu memang slalu penuh ngan kete and lori treler. Sebab tu kete aku selalu kena park jauh nun kat belakang.

ye, sebab aku tak terer T_T

and if tempat parking kat jalan tu penuh, I'll park kat tempat lain pastu terus gi cafe sebab aku tau dia mesti gi brekfes kat situ dulu baru masuk kerja.

Dulu aku jarang brekfes.
Tapi aku pegi jugak ke cafe tapau air sirap bandung.
Sebab air tu je yang aku suka kat cafe ni.
yela, takkan gi cafe tak beli apa2 kan.
kang opismate tanya pulak.
haha.
macam ntah hapa2 je kan.

and bila first time dia call extension aku kat opis adalah gile terkejut.
so, something is really in the air between us ^_^

Pastu bila dah kawin ni and bila sama2 bercerita tentang kisah lalu, memang betul la apa yang kitorang dok pikir selama ni. Walaupun tak kenal tapi apsal ntah sibuk2 nak tunggu sesama sendiri dalam keta tapi takde nak bertegur sapa pun.
gila kelakar.

and oh my, I miss yu hubby.
...

Tadikan waktu jalan kaki ke kereta, tiba2 datang rasa rindu.
I miss to have somebody to talk to.
maksud aku, bercakap secara mengada-ngada.
eh maksud aku, somebody yang aku boleh cerita secara beremosi.
apa-apalah.

yela walaupun tiap hari Hubby telefon pun tapi perasaannya tetap tak sama.
nak komplen itu ini, nak bercerita banyak2, nak marah2 tentang semua.
bukanla nak suruh dia pujuk ke hapa cuma mau dia ada di situ dengarkan semua, tadahkan telinga. macam selalu, waktu dulu2.

kesian betul.

walaupun Hubby adalah suka membebel plus suka bercerita yang panjang lebar tapi tak kesahla.
I promise I will listen.
As long as he's here, apa2 pun tak kesah.
*owh janji2 manis nampaknyeh*

Tiap kali balik rumah, bukak pintu pagar pun akan datang rasa sebak sebab semuanya kena buat sendiri. Lebih-lebih lagi time hari hujan. Macam sangat sakit atilah. Rasa macam nak tunggu je hujan tu teduh or pegi kat memana dulu sementara hujan reda. Tapi bila pikir2 balik, in the end, aku jugak yang kena bukak pintu gate tu.
macam hampeh je kan.
saiko la pompuan ni bukak pintu pagar pun nak berkira.
T_T

Tapi time2 gini la selalu teringat, kalau Hubby ada ni mesti dia dah bukakkan pintu and pagar. macam dulu.
macam selalu.
dia yang buat semuanya.
owhh sedeh sedeh...

And dulu tiap kali balik kerja, if dia park kete seberang jalan, dia tetap akan suruh aku tunggu dulu and he will come over and pimpin tangan untuk melintas walopun sbenarnya jalan tu cuma sekangkang kera. Sangat sweet walaupun aku sebenarnya agak segan ngan para2 opismate.

And sangat rindu nak jadi co-pilot balik walaupun selalu telah tunjuk jalan yang salah kat Hubby.

penatla drive sendiri nih.
penat nak pergi memana pun sendiri.
kalau bizi, nak balik malam2 pun susah.
nak kena pikirkan anak lagi.
and aktiviti bersoping-sopingan bersama cik baby terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

kadang2 je la kalau teringin sangat nak minum Starbuck or nak gi Harris tu angkut jugakla budak kecit ni ngan tulang 4 kerat.
nak masuk dlm ringsling dia tak berapa suka sebab macam terperap dalam tu kot.
hobi baru si Danish ni kan menerajang.
sume benda pun dia nak terajang.
sambil2 dia menerajang tu kang abih tercampak kuar terus dari ringsling tu kang.
terus jadi tragedi pulak.
tragedi omak yang gedik nak bersoping bersama anak yg tercampak keluar dari ringsling.

pastu nak angkut2 stroller tu macam leceh je.
dah la sekarang ni musim hujan.
sementara nak bukak2 stroller, baju aku pun dah basah lencun dengan air hujan ye.
pastu kalau balik malam2 dengan budak kecit ni macam sangat saspen je.
sebab rumah aku kan ala2 kat lereng bukit ngan pinggir hutan.
memang best sebab sunyi, sejuk, aman dan damai.
cumanya bila tinggal berdua ni memang aura takut tu cam terlebih pulak.
so kesimpulannya, tiap ari balik keje adalah terus balik ke rumah ye.
berdua-duaan la kami anak beranak gaduh sesama sendiri kat umah tu.
haha.

i miss yu hubby T_T

7 comments:

harzharun said...

alolo sha..windu sgt la ni...sbb ko jarang nak feling2 kat sini kan...walaupun aku x rasa, tp bila hubby outstation, perasaan kwn2 yg LDR sgt2 difahami...sayu tu cam ngada2 je dtg tiba2 kan...

masing2 saling usha tp x ckp pape...hurm, tu la nmnya ada attraction to each other..hihi...sonok ingat balik yea...

btw, yela yela...aku x mikir sal coach dah ok...hehe...

izzanis said...

semoga bahagia selalu... :)

Lieya said...

Adoiiiii 1stly bace terasa best killer 1st meet korang. Bercinta didlm hatiiiii woooo sgt syokkk wooo.. he he... then bace plak pasal your hubby jauh, adoiiiiiii sedeyyy woo pasal everthing kene buat sendiri. Loan rangerrr ayooo sgt tak best tau. Aku yg hubby keje shift seminggu siang seminggu mlm, then kene tido sorang2 kat uma ni pun dah start mengomel soh hubby cari keje len. Hu hu.. anyway ko kuat Fasha... congrateee...

kejora said...

tabah k..kuat semangat..proud of u..

sha said...

HARZHARUN :
haha biase la yang. time sesorang ni memang aku feeling terlebih =p
lagi2 kalo ternampak benda2 kenangan time bercinta. wuhuhu sayu beb


EEZANCE :
thanks eezance ^_^


LIEYA :
mmg sedeh kalo sume benda kena buat sendiri ni lieya. mmg sgt2 tak best la. takut tu dah belakang kira dah. ahaks


SPREADLURVE :
thanks dear... dah ada anak ni memang kena kuatkan semangat gak ^_^

ida ahmad said...

panjang gila luahan perasaan campur nostalgia..fuh..mmg boleh buat novel belia bercinta.

orang kata, kalau tak ada ni mmg rindu-rinduin.. nanti dah suami ko balik, jangan dok buat aktiviti gusti plk. hehe..gurau aja.

sha said...

IDA KHAIRANI : wahaha kalo tgh mood jiwang2 ni bole la nak bercerita panjang ni ida. kalo tak memang dok bercerita pasal baby je la =p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review