ye, sangat mudah terpengaruh ni.
Bunga kaler kuning-gold pun suda beli untuk hantaran kami.
Tiba-tiba, tup-tup tengok, huihhh suda nak masuk bulan 8 pun nih!
Tinggal 6 bulan sajer.
Hatta seketul barang pun kami tak beli lagi.
aih~ sebenarnya bukan sebab tak sempat.
Tapi sebab makcik yang buatkan hantaran kami time nunang aritu beria-ia la mau membuatkan lagi untuk majlis kawin kami nanti.
Macam takut dia kecik ati so takpelah, sila la buat ye makcik ^-^
Tapi memang aku suka pun sebab malas nak pening-pening kepala mikir barang-barang yang tak siap. Lagipun, hantaran yang dia buat tu menepati citarasa, jadinya, tempah adalah lebih baik, kan?
aa tapi nape bunga yang berkaler kuning itu?
Sebabnya, aritu waktu milih-milih warna tema untuk Hubby's hantaran for our majlis nunang, aku tersuka dengan satu warna merah ineh.
Dah pilih 5 kuntum, tiba-tiba, stok bunga tak cukup plak.
Sebab aku dah sangat suka dengan bunga tu, and nampak plak kaler kuning yang walopun gile tak suka tapi sama pattern, jadi telah
haihhhh!
sangat mudah terpengaruh macam mak shin chan.
dan sebab majlis kawin kami nanti adalah berwarna dusty pink/merah samar, jadi sile la lari dari tema.
Sekian, harap maklum.
oh lupa plak.
Tema waktu nikah nanti adalah dark-golden-brownish-bronze.
'gile panjang nama warna tema nih.
So, kalau hantaran aku nanti warna yellow-gold, kira matching la dengan our solemnization theme. Jadi, untuk mengelakkan majlis kawin kami bertukar jadi warna pelangi, maka, marilah kita tukar-tukar hantaran time majlis nikah je ye encik hubby ^-^