Travelouge - from Malaysia to Romania!

Love & Kisses ✿ sha
seriously I don't know where to start.
tiap kali baca post dlm grup BBM (Backpackers Buddies Malaysia), meluap-luap la perasaan nak tulis blog. tapi kekdahnya, walaupun ku dah fulltime business sendiri tapi kebizian adalah sama melampau mcm waktu bekerja dulu. pagi2 dah bizi siapkan budak2, tiba2 dah pukul 12.30 so kena pickup diorang pulak. pastu kelam kabut balik sbb Poslaju nak collect brg tghari. tapi I adalah sangat hepi oh!

ok ok berbalik kepada tajuk asal. ehem
so trip yg ditunggu2 ni start 22/8/2017 hingga 4/9/2017. total of 14 days ye.

21/8 tu kami hantar the kids balik kg coz my parents nak tolong jagakan. lagipun Aaira & Danish mmg sgt close with my parents so me and hubby mmg dpt bercuti dgn aman & damai.

22/8 flight MAS dari JB pukul 4.40ptg so 1.30ptg my parents hantarkan kami ke airport Senai. book ticket JB-KL guna Traveloka so dpt diskaun RM100 yuh! jimat di situ.


sampai KLIA pukul 5.50ptg. flight ke Istanbul pukul 11.30mlm so selama 5 jam tu kami dok berlegar2 je la dlm KLIA.

this is my last meal before bertolak. RM12 ye.


pukul 9 lebih dah check-in sbb kat area dlm tu lebih best drp dok luar nih.

then, naik bas ke terminal Turkish Airlines. first time naik airlines nih. sempitnya lahai if nak compare dgn MAS. maybe mahal sbb flight ni direct ke Istanbul. takes only 11 hours to reach there if compare dgn airlines lain yg berbelas puluh jam sbb kena transit. actually Qatar & SingaporeAir lagi murah and best tapi dah ku book last minute kan, so mendapat la flight yg ni. cost per pax is RM2990 which is considered expensive sbb biasanya boleh dpt dlm RM2100 je T_T

as usual, search flight guna Skyscanner and book flight KL-Istanbul guna BudgetAir. bagus sbb apa2 charge diorg akan mention terang dan jelas sebelum buat payment.

tiket Istanbul-Bucharest pulak book guna GoToGate tak best lansung! byk charge tersembunyi yg diorg tak mention awal. lepas dah swipe kad baru la tau kena cas itu ini. haih


ni menu dalam flight hokey. kagum i


utk dinner ku makan grilled salmon with rice (barley) and ratatouille yaw! ingat tak movie tu? tak sangka berjaya jugak mkn benda alah ni. haha

and utk breakfast, mkn set roti dgn scramble eggs, dessert, fruits & olive+cheese. byk gila. kat Turki, takde nasik putih. barley ni la yg jadi nasik diorg.


and dlm flight disediakan bantal + selimut and lots of entertainment so tengok la berapa puluh movie ko nak tgk.


setelah berpusing kanan kiri bgn duduk, akhirnya pukul 5.15am sampai la ke Istanbul. turun2 flight je hubby dah komplen takleh tido sepanjang 11 jam nih. haha. tgh dok membebel tu sempat pulak, 'tu laa Hafizh Syahrin yg race motor tuu. so okkk marila kita amikkan gambo.

nampak tak org yg tak tido tu tersenyum gumbira di situ. haha


Hafizh nak ke Spain, transit kat Istanbul and kami pula tunggu flight Tarom untuk ke Romania pukul 10.40pg. perbezaan waktu Turki & Malaysia ialah 5 jam.


ni tgh queue waktu di imigresen Istanbul. seriously this is one of the most crowded airport in the world okeh! sesak gilaaa

dah setel di imi, kami pun duduk la menunggu pukul 8pg kaunter check-in Tarom bukak. gila kedekut airport nih. org dahla ramai, tmpt duduk cuma beberapa ketul so marila bersila atas lantai selama 3 jam T_T wifi pun takde okeh!

tak mkn pun sbb dlm flight baru brekfes. kemudian telah menyesal sbb kat Romania tak jumpa kedai halal T_T

then pukul 9pg check-in, naik flight Tarom sejam je dah sampai Bucharest.


utk flight ni mcm2 org yg kami jumpa. mostly musician dgn peralatan muzik yg besar-besar! kalau korang tgk duit lei Romania pun mmg ada simbol note lagu di situ kan. so mmg betul la Romania ni sgt mengagungkan muzik and ochestra mcm yg kita selalu dengar.


Tarom ni official flight utk Romania. perasaan adalah mcm naik Airasia. and stewardess dia pun lain drp yg lain. kenapa? emm tak perlu kot cerita kat sini.

so akhirnya pukul 11.30pg sampai ke airport Henri Coanda Bucharest...
seriously I can't believe that I'm now in Romania, the land of Dracula! *tampar2 pipi*

airport ni sangatla tourist friendly. wifi free di semua tempat and senang sangat nak cari arah untuk ke mana2. even time nak amik luggage kat belt tu pun ada tulis instruction, sesapa nak naik bas turun tingkat berapa semua dia bagitau.

so kami pun turun la ke tingkat bawah. jumpa money changer. so tukar la duit lei. 1 lei = RM1.10, tak byk beza pun dgn duit kita so boleh la shopping dgn gembira.

airport sini mmg murah rate dia. kami tukar 50 euro je dulu sbb takut tak abis.

kat tingkat bwh sebelah bus stand tu ada Carrefour. murah aih! air mineral 0.89 lei jah! aku tgk yg besar 1.89 lei so aku beli yg besar la. tak tau punnnn yg air mineral diorang ni bergas! cis

tu la seminggu sebelum pergi baru decide nak ke mana kan, so study pun tak abis. haha

air mineral dia ada 2 jenis, satu gas, satu tak. patutnya goncang dulu botol tu baru beli. if ada buih2 gas tu jgn la beli ye. aku nak telan pun tak boleh padahalnya haus gila kot. nak masuk balik dlm Carrefour tu takut tertinggal bas pulak.


haa tgk tu, kan senang sangat airport nih. kat KLIA pun tak senang camni. bas no. 780 utk ke train station, bas no. 783 utk ke pusat bandar. kami nak terus naik train ke Brasov di Translyvania so kena la amik bas no. 780.



ni tempat beli tiket.
orang2 Romania ni peramah gila! and very helpful walaupun diorg tak pandai speaking. mmg macam ayam itik la tapi alhamdulillah selamat dah semua. haha

kat Romania ni guna 1 tiket je utk 2 org.
time nak naik bas tu ada mesin yg kita kena press 2x for 2 person.



so dah selamat naik bas kira dah ok la kan?
rupanya takkk!
sbb kami tak tahu mcm mana rupa paras stesen Buchurest Nord tu!
so kami pun tanya la org2 dlm bas tu yg tak pandai nak explain dlm english...
ada sorang lelaki ni, dia dgn wife and anak dia. dia volunteer nak tolong kami, so dia ajak la turun kat stesen yg dia nak turun tu, sbb dia cakap bas ni tak pergi ke train station. sooo kami pun follow la.

dia bwk kami ke satu bus stand kecik. situ tmpt tram & bas berhenti. and dia belikan kami tiket bas utk ke train station. kena naik bas no. 105 pulak which is lagi 10 minit baru gerak. so marila menunggu di tgh panas ye. dia pula dah naik tram lain with his family...


so kami pun naik la bas no. 105 tu.
actually kat Bucharest ni banyak sangat train station that's why la org first yg tolong tu maybe dia confuse kami nak ke train station yg mana.

and dlm bas no. 105 tu pun ada org lain yg tolong bgtau, which is the correct train station to go to Brasov.

tapi best jugak la sbb kami dpt experience lalu ke tmpt2 di Bucharest ni yg jarang org pergi...

and dlm pukul 1 akhirnya kami sampai la ke Buchurest Nord train station.


sampai je terus la beli train ticket.
agaknya kebanyakkan train station mmg oldies gini kot. rasa mcm balik ke zaman dulu2 okeh. rasa mcm naik train Harry Potter pun ye jugak. tapi best gilaaa!

nak beli tiket tu pun dah satu hal sbb org tu tak paham english sgt kan. dia suruh kami ke information counter utk tau details and platform kat mana. so lepas dpt details tu, ingat nak terus naik train sbb lagi 20 minit nak gerak. tiba2 nampak pulak kedai jual simkad.

rasa mcm sempat kot kan. tapiii nak beli simkad pun dah satu hal! hish nape la diorg ni taknak faham english. nasib baik ada sorang customer tu pandai ckp romania so dia pun tolong explain pd kami in english. simkad tu kena beli dgn topup. so depends la ko nak topup berapa pun. aku topup 34 lei je. guna vodaphone sbb customer tadi ckp sini bagus guna yg tu.

then nak tunggu dia masukkan topup je dah berapa lama ha. takutnya if terlepas train. so drama berlari-larian pun bermula. kami bawak 1 luggage and 1 backpack besar so tak byk masalah.

bila dah jumpa train and dah duduk kat seat sendiri baru la legaaa. so, next is Brasov!


to be continued...

2 comments:

aisha said...

bestnya... awak, kat passport tu leh nampak no ic awak.. nnt orang leh salah guna

sha said...

AISHA : ehh baru perasan. haha tq aisha ^_^

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review