Travelouge - Brasov, Romania

Love & Kisses ✿ sha
baca yg ini dulu ya :
Part 1 (from Malaysia to Romania)

ok yang ini pula cerita Part 2 -->

so akhirnya berjaya naik train dari Bucharest ke Brasov. the first hour ni la pemandangan kat luar. wheat field yg kering kontang sbb tengah summer. maybe if kami pergi time spring or autumn lebih menarik kot.


bila dah masuk ke area mountains di Translyvania, view dia makin cantik, penuh hutan pokok pine dengan air sungai yang mengalir jernih di sepanjang jalan. seriously ku tatau nak explain macam mana cantiknya tempat ni. gunung-ganang di kiri kanan, sebijik mcm fairy tale, mcm kembali ke zaman dulu2. Swiss pun mcm fairy tale jugak tapi tak sama mcm Romania ni. 

Di Romania ada 10 negeri/wilayah and Translyvania merupakan yg terbesar and yg paling famous sbb dari zaman dulu2 banyak cerita and movie yg berasal dari wilayah ni mcm Dracula, Hotel Translyvania, Harry Potter, Vampires, etc2. so Romania ni tak sesuai kot jadi fairy tale. ia lebih kpd folklore.


kalau korang nak tau, 50% drp bears and 20% drp wolves kat Europe ni ada kat Romania ye (excluding Russia). so no wonder la kan byk cerita werewolves and bears dtg dr Translyvania. 

'wahh ku still rasa mcm mimpi berjaya jejak kaki kat Translyvania okeh! haha 


Ni stesen2 kecik di sepanjang track kami. cantik sangat! rasa mcm nak singgah kejap kat semua tempat utk lihat apa yg ada di kampung2 ni tapi masa tak mengizinkan.



after 3.5 hrs, kami pun sampai la kat Brasov.
ni train station dia. 


aku terus msg Christian (our Airbnb host) utk inform yg kami dah sampai. dia bg instruction utk naik bas yg mana satu, etc2, so kami terus la beli bus ticket untuk ke oldtown. bas, train & taxi station kat Brasov ni semua dlm satu tempat so mmg mudah la utk traveller.


actually kena beli 1 je bus ticket utk 2 org tapi tu la kan, bila dah berckp secara ayam itik maka terbeli la 2 sbb org tu ingatkan kami nak beli returned ticket.

the bus ride takes about 15 minutes so dlm pukul 6 ptg kami sampai la di Brasov oldtown. senang je sbb oldtown ni hentian terakhir bas tu pastu dia akan balik semula ke central bus station.

turun je bas, angin sejuk terus menerpa ke muka padahalnya waktu ni tgh summer. temperature dlm 16 degree je pun. ingatkan boleh bertahan dgn baju biasa ni tapi takdenyaaa. terus la berenti tepi jln amik jeket dlm beg.  

ni wajah tak semenggah sbb time ni dah travel almost 24 hrs tapi harusla gigih amik gambar kan ^_^


then, operasi cari rumah Airbnb kami. Hana (Christian's fiancee) called a few times utk bg kami direction tapi tak jumpa2. tak terfikir lansung nak guna GPS padahalnya dah install before bertolak aritu. sebenarnya offline GPS ni sgt la senang nak guna walaupun tak on roaming and takde wifi.

nak tanya kat org mmg susah sbb communication problem kan. tgh berpusing2 tu tiba2 jumpa lelaki yg tolong kami waktu dlm bas tadi. agaknya dia kesian tgk kami dgn beg besar ke hulu-hilir tak jumpa arah kot.

and at the same time, jumpa sorang gypsy woman yg very la friendly welcoming us to Romania. terharu mak.

tup2 belum sempat nak berbual lama dengan diorg, Hana pulak call and bgtau yg dia dah nampak kami. so ok, gudbye everyone and kami pun pergi la ke rumah Hana. dia mcm agak bengang kot sbb tunggu lama. she's getting married in 2 days time so byk benda kena settle tetiba fiancee dia suruh tunggu kami pulak. haa sape suruh kan.



so this is our Airbnb house. dlm tu ada byk rumah lain ye. and ada 1 travel agency jugak. ai is veri lupa nak amik gambar dlm rumah hokeyyy! tapi tak mungkin lupa rupa parasnya sbb itulah Airbnb pertama yg kami book di oversea ^_^

if korang nak register Airbnb, klik kat link bwh ni ok. so boleh dpt voucher RM105.
http://abnb.me/e/ReZdqV78FG

seriously walaupun rumah si Hana ni agak pelik tapi aku mmg tersangat la kagum di situ. haha

ingatkan dpt 1 bilik je rupanya 1 rumah complete dgn dapur and heater! we paid RM88 je so veri la berbaloi. yg paling best sbb rumah ni dlm oldtown so tak perlu nak jln jauh2 untuk menikmati Brasov!

tapinya mmg takkan jumpa la rumah ni if tak guna GPS or if Hana tak tunggu kat luar. sebabnya, rumah kat Brasov ni pelik sikit. setiap pintu ada security system. kena guna scanner, and dlm pintu tu pulak ada banyak rumah lain. siap ada pokok2 and kereta pun park dlm tu!


then lepas check-in, ingatkan hubby nak rest dulu. maklumla 27 hrs of travelling kan. tup2 dia ckp, jomla keluar. ohh another pelik di situ. dia ckp, tgk bini dia ni dah terkinja2 nak keluar. kang tak sporting pulak kalau tak temankan. haha. so i is gembira maka cepat2 la bersiap.

pakai jeans, tshirt & jeket biasa je sbb ingat tak berapa nak sejuk la kan. rupanya temp makin turun jadi 12 degree. and pukul 8 mlm temp adalah 9 degree weh! 

satu perkara tak best tentang Romania ialah vandalisme di mana2. even kat bangunan kerajaan and kat historical buildings pun diorang gi conteng. haih


kat semua pintu aku berenti sebab nak amik gambar. nasib baik hubby rajin tolong amikkan gambar okeh. jarang nih beliau rajin begitu. haha


tak boleh masuk dlm tu sbb ada security system. ada a few je la yg aku sempat jenguk kebetulan time tu diorg tgh bukak utk keluarkan kereta.

kebanyakkan rumah di oldtown ni dibina pada abad ke 17, dah lebih 400 tahun yuh!


bangunan belakang tu tempat penggambaran filem James Bond.

then we walk and walk, and jumpa theatre ni. again, as I mentioned before, Romania is so full of music, orchestra & theater so mmg byk bersepah2 la benda tu kat sini.



gambar ni pulak diambil waktu di dataran clock tower pukul 9 mlm. nampak cerah lagi kan? sebelah tu Black Church yg femes sangat tu. tak sempat ke sana sebab tutup pukul 6. 


almost 10 km jugak berjalan. tapi peliknya sbb tak rasa penat. cuma mata dah merah2 and bibir dah start pecah2. tapi kugagahkan jua sbb the next day dah nak ke tempat lain.


Brasov ni banyak historical places yg kita boleh pergi, and byk celah2 bangunan yg kita boleh explore tapi sebab kami sampai lambat so jalan sekitar tu je la. hubby pun cakap, we shud have stayed there for at least 2 days... sedeh mak T_T


we didn't bought anything here, not even a souvenir sbb sibuk nak berjalan je, nak tgk semua tempat so tak dan nak belek2 sgt apa yg diorg jual kat sini. padahalnya banyak je org jual souvenir tepi2 jalan tu ha. patutnya beli la sebijik fridge magnet ke kan. ahhh sedeh! camne la ku boleh lupa. maybe patut pegi lagi nih.

9.30 mlm kami balik ke rumah sbb hubby dah tak larat and org pun dah start kemas2 nak tutup kedai. awal sgt oh. hubby bg green light utk aku explore lagi sekitar oldtown ni sbb tmpt ni mmg rasa selamat sgt and ramai org. tapi apsal ntah tetiba jadi tak larat. baru sedar diri gaknya dr semalam tak rehat. dkt 30 jam travel ha.

we ate Nasi Briyani Ayam Brahims. sedap ya amats! ke sebab lapo? tapi nyesal tak beli banyak. nasik ku bawak 3 bungkus je okehhh. apsal ntah. and dah tau sini takde makanan halal, tak terfikir pulak nak bawak coklat ke biskut ke hape. apsal ntahhhh

the next day dalam pukul 9.30 pg kami dah check-out utk ke Sinaia. gambar bwh ni pemandangan dari bus stop waktu tgh tunggu bas nak ke train station. kat Brasov mmg byk kawasan berbukit2 mcm ni.


bangunan hijau lumut ni mmg cantik sgt!!

actually mlm tu baru decide the next day nak ke mana.
dah berhari2 sebenarnya fikir tapi sampai dah ada kat Brasov pun tak dpt nak decide jugak. mmg gamble sgt kan!

option ialah Peles Castle di Sinaia tapi mcm dah patah balik ke Bucharest. Bran Castle pulak dkt2 Brasov ni dlm 25km. or follow tour utk ke Transfagarasan highway, yg ni dah on the way ke Sibiu. tapi mahal jugak la kos dia, around RM380 per pax for 1 day tour.

I am the one planning everything so after pikir panjang, I decided to go to Peles Castle coz it's the most beautiful one in Romania and paling ramai org suka. lagipun ia tak dibuka sepanjang tahun.

kebanyakkan blog yg aku jumpa waktu search tentang Romania ni mmg mention diorang tak dpt masuk dalam tu. so aku fikir, dah alang2 sampai and now tgh open for public, baik ke sini je kan. walaupun motif sebenar datang Romania sbb nak tgk castle cik Dracula tu tapi takpelah. I'm already in the land of Dracula! so who needs more? haha

tapi sebenarnya mmg terkilan ohh tak dapat gi Brans Castle dgn Transfagarasan tapi nak buat cemana? before pegi aritu mana la nak tau 4 days in Romania mmg tak cukup. we shud have stayed there for at least 7 days okeh! hmm


time tgh tunggu bas utk ke train station ni, ada film crew tgh buat penggambaran jugak. oldtown Brasov ni mmg femes oh!

ada org tu cakap, kata backpacking tapi kenapa bwk beg mcm nak pegi haji. kofkofkof

heloo? daku kan ada slipdisc. so sapekah nak tolong pikul backpack 20 kg aku eh? takkan hubby nak pikul dua2 kan. haha

nasib baik la aritu beli luggage yg ringan and veri tahan lasak. jalan2 di Romania ni mmg mostly cobblestone so kalau beg biasa dah hancur dah.


another gud thing about Romania ni, even bus stop yg kecik2 pun ada booth jual tiket. aku citer ni sbb tiket yg extra smlm tu dah hilang! mana ntah letak. so kena beli sekeping lagi. nasib baik murahan.

Romania merupakan antara negara termiskin di Europe dan masih mengekalkan ciri-ciri tradisi so no wonder la kat each bus stop still ada org jual tiket, kan.

ni pulak map kat setiap bus stop di Brasov hokey. kagum mak


so dah sampai kat train station, carik tiket ke Sinaia takde pulakkk.

tak tau la mmg takde train ke sana or communication kitorg yg ayam itik sgt ke hape.

so kami pun cari la bas nak ke sana.
part ni yang paling mencabar ye. mcm nak give up dah.

to be continued in Part 3...

0 comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review