Cara Keluarkan Kahak Bayi

Love & Kisses ✿ sha
Sebab Danish and Aaira selalu kena selsema and acute bronchitis, hari ini saya mau share satu panduan bagus yg diambil dari littlemamadiary.com

Semoga bermanfaat untuk kita semua ye :)

---------------

Rawatan Stim @ Steam Treatment dan Percussion

Masa Izzah di hospital dulu.. rawatan dimulakan dengan nebuliser diikuti dengan tepukan teknik percussion. Tujuannya untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru sebelum dikeluarkan dengan suction.
Benda-benda berikut boleh digunakan untuk rawatan stim di rumah bagi mengeluarkan kahak baby. Pilih salah satu yang sedia ada di rumah.
  • Bottle steam sterilizer (apa-apa brand steam strelizer) – 20 minit
  • Periuk nasi – 20 minit
  • Bottle & food warmer – 20 minit
  • Baldi berisi air panas – 10 minit (air panas cepat sejuk)
Campurkan dengan air salah satu bahan-bahan anti-bakteria berikut
  • Minyak habbatus sauda’
  • Minyak bawang putih @ garlic (pecahkan kapsul garlic atau buat sendiri minyak)
  • Bawang putih fresh yang diketuk
  • Serbuk bawang putih
Kalau ada shower air panas. Boleh buka shower tu sampai toilet penuh wap. Kemudian bawa anak masuk dan duduk dalam tu selama 15 minit.
Saya gunakan Avent Bottle Steam Sterilizer ni. Warisan masa Izzah baby dulu.. sejak 2008 lagi…dah 6 tahun benda alah ni… teeheeee.
rawatan stim 01 Cara Keluarkan Kahak Bayi | Rawatan Stim dan Teknik Tepukan Percussion
Izzah dulu bottle feeding formula milk so Avent Bottle Steam Sterilizer ni sangat penting untuk nyah kuman botol susu dia.
Sekarang saya gunakan sterilizer ni untuk nyah kuman botol susu (Irfan fully breastfeeding dan minum EBM masa saya bekerja) dan juga nyahkuman pam Medela Free Style saya tu.
Avent Bottle Steam Sterilizer ni juga boleh digunakan untuk rawatan stim. Sangat berguna!
Kalau tak ada sterilizer macam ni boleh je gunakan periuk nasi elektrik (semua orang ada ni kannn). Just masukkan air dalam periuk nasi dan bagi air tu mendidih. Mudah kan?
Kalau sterilizer dan periuk nasi elektrik pun tak ada… boleh je letak air panas mendidih dalam baldi. Bagi baby sedut wap air panas tu. Tapi air panas dalam baldi ni cepat sejuk dan hilang wap dia. So.. saya tak berapa suka kaedah ini.
rawatan stim 02 Cara Keluarkan Kahak Bayi | Rawatan Stim dan Teknik Tepukan Percussion
Selain air… saya campur juga minyak habbatus sauda’ dalam air supaya kesan anti-bakteria habbatus sauda bercampur dengan wap air yang disedut baby.
Boleh juga gunakan bawang putih dalam bentuk minyak, serbuk atau pun bawang putih fresh yang diketuk-ketuk. Bawang putih kan anti bakteria jugak.

Posisi Bayi Semasa Rawatan Stim

Sebaiknya kita letak sterilizer di tepi kita dan bayi diletakkan atas peha kita secara melintang.
rawatan stim 22 Cara Keluarkan Kahak Bayi | Rawatan Stim dan Teknik Tepukan Percussion
Sebenarnya tak kisah pun posisi baby macam mana.
rawatan stim 07 Cara Keluarkan Kahak Bayi | Rawatan Stim dan Teknik Tepukan Percussion
Janji muka dia berada di atas strelizer dan hidungnya dapat sedut wap panas bercampur habbatus sauda atau bawang putih tu.

Teknik Tepukan Percussion

Mudah saja tepukan percussion ni. Bentukkan tapak tangan macam cuping dan tepuk sebelah kanan dan kiri belakang baby. Jangan tepuk direct tulang belakang tau. Tepuk kat tepi sahaja.
rawatan stim 16 Cara Keluarkan Kahak Bayi | Rawatan Stim dan Teknik Tepukan Percussion
Lepas tu boleh pusing baby dan tepuk bahagian depan tepi sahaja.
Saya buat tepukan percussion ni masa rawatan stim dijalankan. So.. kahak dalam paru-paru (jika ada) akan terus dilonggarkan untuk dikeluarkan.
rawatan stim 17 Cara Keluarkan Kahak Bayi | Rawatan Stim dan Teknik Tepukan Percussion
Kalau nak buat lepas rawatan stim pun boleh je. Janji buat.
rawatan stim 26 Cara Keluarkan Kahak Bayi | Rawatan Stim dan Teknik Tepukan Percussion
Masa rawatan stim confirm baby akan menangis punya lah.
Jangan pulak kita kesian pulak kalau baby menangis masa rawatan stim. Sebab lagi kuat dia menangis… lagi cepat lendir hingus @ kahak akan dikeluarkan
rawatan stim 12 Cara Keluarkan Kahak Bayi | Rawatan Stim dan Teknik Tepukan Percussion
Saya buat masa rawatan stim sebab tepukan percussion ni boleh menenangkan bayi.
So… tak lah dia meronta-ronta masa muka kena wap panas tu kan.

Lendir @ Mukus @ Hingus Keluar Dengan Banyak

First time Irfan kena rawatan stim tu…. o la la!!!
rawatan stim 11 Cara Keluarkan Kahak Bayi | Rawatan Stim dan Teknik Tepukan Percussion
Banyak giler lendir hingus yang keluar dari hidung dia. Serius banyak. Pekat dan berwarna hijau pulak tu.
rawatan stim 13 Cara Keluarkan Kahak Bayi | Rawatan Stim dan Teknik Tepukan Percussion
Patut lah dia susah nak bernafas masa menyusu. Hingus @ lendir pekat yang melekat dan berkumpul dalam rongga hidung tu puncanya.
rawatan stim 24 Cara Keluarkan Kahak Bayi | Rawatan Stim dan Teknik Tepukan Percussion
Saya memang ada sedut guna nasal aspirator tapi biasanya tak banyak hingus yang keluar. Warna pun putih jernih.
rawatan stim 15 Cara Keluarkan Kahak Bayi | Rawatan Stim dan Teknik Tepukan Percussion
Tapi bila buat rawatan stim ni… ambik ko… sekilo hingus keluar. Siap meleleh jatuh ke bawah lagi tu.
rawatan stim 10 Cara Keluarkan Kahak Bayi | Rawatan Stim dan Teknik Tepukan Percussion
Tu ok lagi… yang hingus jadi bubble tu harus mak nak ketawa nak…heh heh.
Rawatan stim ni saya buat selama 20 minit.
rawatan stim 19 Cara Keluarkan Kahak Bayi | Rawatan Stim dan Teknik Tepukan Percussion
Lepas rawatan stim dan tepukan percussion, saya gunakan nasal aspirator untuk sedut saki-baki lendir hingus dari dalam hidung.
Sebab hingus dan banyak meleleh keluar so masa sedut dapat sikit je lah.
Sudah habis rawatan stim, tepukan percussion dan sesi menyedut hingus tu.. wajiblah bagi upah susu pada baby…heh heh!
rawatan stim 20 Cara Keluarkan Kahak Bayi | Rawatan Stim dan Teknik Tepukan Percussion
Memang bagus sangat rawatan stim dan tepukan percussion ni untuk keluarkan kahak dan hingus baby.
Malam tu Irfan tidur dengan sangat lenanya!

Tips Rawatan Stim & Teknik Percussion

Ulang rawatan stim dan tepukan percussion selama 2 kali sehari untuk beberapa hari hingga kahak/hingus tiada lagi keluar.
  • Hingus / kahak jernih : dijangkiti virus.
  • Jika hijau : dijangkiti bakteria.
  • Jika kuning : dijangkiti samada bakteria atau virus
Mengenal batuk kahak :
  • kahak jernih = badan sejuk = dirawat dgn madu, buah delima dan kena makan makanan bersifat panas.
  • kahak pekat/kuning/hijau = badan panas = dirawat dengan barli atau air asam jawa dan kena makan makanan bersifat sejuk.

9 comments:

FyZa said...

Selamat x buat kt baby 3 bulan

Aini said...

Tq for this tip

Noor Baizura @ Mama Iman said...

Habbatus sauda bro banyak

Dress Cantik said...

slm.sy copy link puan tuk bantu ibu lain kt fb.tq

Brother Bear said...

Terima kasih sebab sudi sharing.. anak saya selalu kena bronchitis nie. Dah dua kali nebuliser..
For sharing, Kolam Renang Putrajaya

Missy said...

Salam sis. sy share post ni di fb ye. untuk rujukan sy dan ibu-ibu lain.. thanks

natura said...

Yang bagi wap panas tue memang membantu la untuk keluarkan hingus dan kahak bayi.
Kalau kbayi yang masih kecik, memang kena sedut la jawabnya.

khurus itu shantek said...

Klo bby dlm hri boleh ke buat cm ni sis ..

NINA FARHANA said...

Terima kasih atas info. Anak tengah batuk berkahak.kesian tgk malam2 tak lena tido.


http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review