Semoga bermanfaat untuk kita semua ye :)
---------------
Rawatan Stim @ Steam Treatment dan Percussion
Masa Izzah di hospital dulu.. rawatan dimulakan dengan nebuliser diikuti dengan tepukan teknik percussion. Tujuannya untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru sebelum dikeluarkan dengan suction.
Benda-benda berikut boleh digunakan untuk rawatan stim di rumah bagi mengeluarkan kahak baby. Pilih salah satu yang sedia ada di rumah.
- Bottle steam sterilizer (apa-apa brand steam strelizer) – 20 minit
- Periuk nasi – 20 minit
- Bottle & food warmer – 20 minit
- Baldi berisi air panas – 10 minit (air panas cepat sejuk)
Campurkan dengan air salah satu bahan-bahan anti-bakteria berikut
- Minyak habbatus sauda’
- Minyak bawang putih @ garlic (pecahkan kapsul garlic atau buat sendiri minyak)
- Bawang putih fresh yang diketuk
- Serbuk bawang putih
Kalau ada shower air panas. Boleh buka shower tu sampai toilet penuh wap. Kemudian bawa anak masuk dan duduk dalam tu selama 15 minit.
Saya gunakan Avent Bottle Steam Sterilizer ni. Warisan masa Izzah baby dulu.. sejak 2008 lagi…dah 6 tahun benda alah ni… teeheeee.
Izzah dulu bottle feeding formula milk so Avent Bottle Steam Sterilizer ni sangat penting untuk nyah kuman botol susu dia.
Sekarang saya gunakan sterilizer ni untuk nyah kuman botol susu (Irfan fully breastfeeding dan minum EBM masa saya bekerja) dan juga nyahkuman pam Medela Free Style saya tu.
Avent Bottle Steam Sterilizer ni juga boleh digunakan untuk rawatan stim. Sangat berguna!
Kalau tak ada sterilizer macam ni boleh je gunakan periuk nasi elektrik (semua orang ada ni kannn). Just masukkan air dalam periuk nasi dan bagi air tu mendidih. Mudah kan?
Kalau sterilizer dan periuk nasi elektrik pun tak ada… boleh je letak air panas mendidih dalam baldi. Bagi baby sedut wap air panas tu. Tapi air panas dalam baldi ni cepat sejuk dan hilang wap dia. So.. saya tak berapa suka kaedah ini.
Selain air… saya campur juga minyak habbatus sauda’ dalam air supaya kesan anti-bakteria habbatus sauda bercampur dengan wap air yang disedut baby.
Boleh juga gunakan bawang putih dalam bentuk minyak, serbuk atau pun bawang putih fresh yang diketuk-ketuk. Bawang putih kan anti bakteria jugak.
Posisi Bayi Semasa Rawatan Stim
Sebaiknya kita letak sterilizer di tepi kita dan bayi diletakkan atas peha kita secara melintang.
Sebenarnya tak kisah pun posisi baby macam mana.
Janji muka dia berada di atas strelizer dan hidungnya dapat sedut wap panas bercampur habbatus sauda atau bawang putih tu.
Teknik Tepukan Percussion
Mudah saja tepukan percussion ni. Bentukkan tapak tangan macam cuping dan tepuk sebelah kanan dan kiri belakang baby. Jangan tepuk direct tulang belakang tau. Tepuk kat tepi sahaja.
Lepas tu boleh pusing baby dan tepuk bahagian depan tepi sahaja.
Saya buat tepukan percussion ni masa rawatan stim dijalankan. So.. kahak dalam paru-paru (jika ada) akan terus dilonggarkan untuk dikeluarkan.
Kalau nak buat lepas rawatan stim pun boleh je. Janji buat.
Masa rawatan stim confirm baby akan menangis punya lah.
Jangan pulak kita kesian pulak kalau baby menangis masa rawatan stim. Sebab lagi kuat dia menangis… lagi cepat lendir hingus @ kahak akan dikeluarkan
Saya buat masa rawatan stim sebab tepukan percussion ni boleh menenangkan bayi.
So… tak lah dia meronta-ronta masa muka kena wap panas tu kan.
Lendir @ Mukus @ Hingus Keluar Dengan Banyak
First time Irfan kena rawatan stim tu…. o la la!!!
Banyak giler lendir hingus yang keluar dari hidung dia. Serius banyak. Pekat dan berwarna hijau pulak tu.
Patut lah dia susah nak bernafas masa menyusu. Hingus @ lendir pekat yang melekat dan berkumpul dalam rongga hidung tu puncanya.
Saya memang ada sedut guna nasal aspirator tapi biasanya tak banyak hingus yang keluar. Warna pun putih jernih.
Tapi bila buat rawatan stim ni… ambik ko… sekilo hingus keluar. Siap meleleh jatuh ke bawah lagi tu.
Tu ok lagi… yang hingus jadi bubble tu harus mak nak ketawa nak…heh heh.
Rawatan stim ni saya buat selama 20 minit.
Lepas rawatan stim dan tepukan percussion, saya gunakan nasal aspirator untuk sedut saki-baki lendir hingus dari dalam hidung.
Sebab hingus dan banyak meleleh keluar so masa sedut dapat sikit je lah.
Sudah habis rawatan stim, tepukan percussion dan sesi menyedut hingus tu.. wajiblah bagi upah susu pada baby…heh heh!
Memang bagus sangat rawatan stim dan tepukan percussion ni untuk keluarkan kahak dan hingus baby.
Malam tu Irfan tidur dengan sangat lenanya!
Tips Rawatan Stim & Teknik Percussion
Ulang rawatan stim dan tepukan percussion selama 2 kali sehari untuk beberapa hari hingga kahak/hingus tiada lagi keluar.
- Hingus / kahak jernih : dijangkiti virus.
- Jika hijau : dijangkiti bakteria.
- Jika kuning : dijangkiti samada bakteria atau virus
Mengenal batuk kahak :
- kahak jernih = badan sejuk = dirawat dgn madu, buah delima dan kena makan makanan bersifat panas.
- kahak pekat/kuning/hijau = badan panas = dirawat dengan barli atau air asam jawa dan kena makan makanan bersifat sejuk.
9 comments:
Selamat x buat kt baby 3 bulan
Tq for this tip
Habbatus sauda bro banyak
slm.sy copy link puan tuk bantu ibu lain kt fb.tq
Terima kasih sebab sudi sharing.. anak saya selalu kena bronchitis nie. Dah dua kali nebuliser..
For sharing, Kolam Renang Putrajaya
Salam sis. sy share post ni di fb ye. untuk rujukan sy dan ibu-ibu lain.. thanks
Yang bagi wap panas tue memang membantu la untuk keluarkan hingus dan kahak bayi.
Kalau kbayi yang masih kecik, memang kena sedut la jawabnya.
Klo bby dlm hri boleh ke buat cm ni sis ..
Terima kasih atas info. Anak tengah batuk berkahak.kesian tgk malam2 tak lena tido.
http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1
Post a Comment