the bedroom set.

Love & Kisses ✿ sha 6 comments
Last few days, akhirnya dah sampai pun our new bedroom set.
Beli time Homedec 2011 aritu.
Tak termasuk dalam list keperluan/kehendak pun sebab kami memang dah ada bedroom set yang beli time kawin dulu.

Tapi bila jalan2 kat Homedec, tak mungkin la tak angkut apa2 kan.
Cadangnya cuma mau beli ampai stainless steel yang melekat kat dinding tu.
6.5 kaki berharga RM78 je okeh.
Gila murahan!
Tapi terangkut barang lain yg beribu2 lemon pulak T_T

Dahla time tu aku tak bawak stroller.
Tak bawak baby carrier juger.
Maka telah mendukung budak tecik guna tulang empat kerat hokey.
Macam angkut beras seberat 7.4 kg ye.
eh tapi rasa mcm slalu jek dok angkut budak tecik ni secara camtu kan.

Hubby tunggu kat kete sebab kaki dia baru lepas operation so takleh jln lagi.
So berpoya2 la kami dua beranak kat Homedec ittew.

Bajet cuma nak masuk 10, 15 minit je kat dalam tu sebab takkan nak biar Hubby tunggu lama2 kan. Tapi bila dah masuk, dah alang2 tu kena la round satu dewan. Kot ada benda best, boleh beli time Homefair bln 10 nanti kan =p

Then nak keluar, kena ikut escalator, kena lalu dewan bawah.
Bila dah lalu tu, TERnampak pulak satu wardrobe yang cantek.
Saja2 tengok, ntah nape tiba2 terpikir, wardrobe kat rumah tu memang dah takleh pakai sebab tumbuh putih2 mcm cendawan.
Aku anak beranak memang dah ban barang CAVENZI ni sejak almari aku tu jadi camtu.
Rak kasut dia pun baru guna sebulan dah cam rosak plak pintu tu.
Memang ban 100% la!
Barang CAVENZI memang totally tak boleh pakai oke.
TOTALLY!!

Anyway, lepas nampak benda cantek tu and tgh dia dok explain kat aku, salesgirl dia plak dah offer nak dukung Danish, bagi dia golek2 atas tilam empuk, jadi model kat situ jap, omak pun bersuka ria la tanya itu ini, survey apa yang patut.

Tengok2 je la, tak rasa nak beli pun.
Tiba2 dia bagi diskaun lagi.
oh my oh my oh my.
Terus call En Hubby.
Tak rasa pun Hubby akan cakap ok sebab selalunya dia mesti suruh tunggu dia kalau nak beli anything berkaitan rumah.
So bila dia cakap ok tu mcm, eh?
hehe.
For the first time dlm taun nih, Hubby telah cakap, 'ok, terpulang pd cyg. kalau cyg rasa cantek beli je. lagipun almari kita dah takleh pakai tu.

So ai pun apa lagi, terus memilih2 design and membook on d spot la kan.
TERnampak terus TERbeli T_T

Aku nak kaler putih tapi bila pikir2 balik, white color cepat pudar.
Lebih2 lagi leather gini.
Takut cepat jadi kuning kan so I choose dark brown.
Tapi lepas book tu, jalan2 lagi, ternampak satu bedroom set yang super duper vouge kaler hitam. Beza RM600 je ngan set yg aku beli tu... nak nyesal pun ada tapi sebab dah bayar deposit kan so pasrah je la...
Yang aku pilih tu pun cantek juger cuma aluminium frame dia tu cam tak berapa nak matching ngan cermin kaler copper.
hum hum.

Setelah berjalan-jalan gitu penyudahnya 3 jam aku dok kat Homedec tu hokey.
Keras kejung tangan ni dok mendukung cik nanish.


sangat comel dia pakai topi nih.


walopon topi dah nak tutup mata tapi sangat gembira main2 ngan cik Logan.


see? memang dah tutup mata abih pun tapi still rileks je dak tecik ni main. kalo budak lain mesti dah bising2 rimas. ahaks

Aku rasa anak aku memang kaki jalan la sebab dia tak penah nangih kalau aku dok bawak dia jalan mana2 pun.

Ingat tak dulu2 waktu before kawin aku penah pegi 6 shopping complex sorang-sorang lepas balik keje dari pukul 6 sampai 12 mlm.
And time aku tau aku preknen pun time tgh jalan ngan my brother kat IKEA.
Time tu memang aku demam tak larat lansung tapi sebab nak gi IKEA gagahkan jugak kaki.
Balik tu memang flat gila and at that time memang aku dah rasa mmg preknen ni...
So tak heranla if nanish sangat gembira ikut omak berjalan2 ke sana kumari kan.
hehe.

Puasa @ Day 18

Love & Kisses ✿ sha 2 comments


hehe nampak tak?
voucher Giant from Dumex.
Aku join the Dumex Club so they gave it to me during Mother's day promo tu.
Dah guna buat beli Huggies Dry Comfort pun time sale aritu.
RM27 for a jumbo pack.
murahan sgt kan?
Nak tunggu Mamy Poko jadi RM41 cam dulu2 tu ntah bila la.
...

Semalam kami berbuka puasa di Amansari Residence Resort.
Ada orang belanja.
Buffet dia not bad la... variety.
The sate is good.
Garing.
Sambal udang petai dia pun sedap.
Kerabu and rojak buah pun ok.
Cuma nasi tak berapa sangat.
And mi rebus lansung tak sedap.

Balik kerja tu amik Hubby kat hospital, tukar baju, terus la gerak ke sana.
yep, my Hubby is still warded tapi of cos akan gigih mengekor daku ke mana sahaja.

Aku baru nak iron seluar coklat yang dipakai waktu sebelum kawin dulu.
Berbulan2 tak pernah pakai sebab baru jumpa dalam longgokan kain and sebab rasa macam baru nak muat.

Dalam longgokan kain sebab we just bought a new wardrobe so telah kosongkan almari lama and sementara nak ngemas2 balik tu, longgok la semua2 kat bilik sebelah.
Nak pakai baru la menyelak selai2 =p

Baru nak sarung Hubby cakap, 'muat lagi ke cyg seluar tu? hehe...
hamboih perli nampaknyeh.
Tapi aku sarung jugakla sebab seluar lain sume tengah basuh.
Tapi saspen jugak mana tau kot mmg nampak macam nangka bungkus ke kan.
Tu yang pastu aku jalan depan Hubby nanya dia, 'hubby, nampak sempit ke suar ni? kalo sempit cyg tukar lain.
Pastu Hubby cakap, 'yela yela tak sempit pun... dah kurus la tu.
yey! akhirnya Hubby mengaku =p =p

Tapi berat aku memang dah turun pun walopon tiap ari makan ngan dasat and mesti mkn nasik time sahur sebab nak maintain susu badan kan.

So, after 18 days of fasting and 6 months of breastfeeding, I finally get my old weight yang 49 kg ittew!
lalala~

Arini Hubby ada buka pose kat Ponderosa Golf and Country Club tapi rasanya dia malas nak pegi dengan bertongkat2 gitu.
Lagipun Ilot nak anto kuih malam ni.
Last year pernah buka kat sana mmg sangat sedap.
Teringat lagi sampai sekarang tapi sangat jauhla kat JB nuu.
And budak tecik comei ni memang susah nak diusung ke mana-mana Maghrib2 gitu.
Semalam pun tak senang aku nak makan sebab asyik mengamuk je sebab mmg time dia tido, kan.

Kesimpulannya adalah kalau nak makan kat luar mesti tunggu nanish besar sikit kot.
Takpun gi makan waktu siang je senang.

oo ye, besok ada Jcard Members' Fiesta kat JJ Permas.
walopon belum gaji and tak dapat monus bln ni tapi nak pegi juger sebab nak beli cadar baru for our new king-sized bed. hehe.

and nak pegi jugak sebab minggu ni adalah last soping sebelum raya.
Hopefully Mamy Poko pun sale juger.
Stok kat umah tinggal 2 beg je nih.
Tu pun saiz L.
Danish pakai saiz M lagi nih.
Semalam tengok kat Tesco still RM44.

'oo rupanya nex week dah nak raye ye. huhu...

keperluan dan kehendak.

Love & Kisses ✿ sha 8 comments
Orang lain sibuk berBBM, berFacebook bagai, aku rileks je dengan E63 kat tangan.
Amik gambar guna tu, bersms guna tu, notebook itu, alarm clock pun guna tu.
Gambar2 dari hepon tu la yg aku dok uplod kat blog nih.
cantek je aku rasa.
Gambar Danish lahir, gambar dia membesar, gambar berdua, bertiga, semuanyalah.
Sejak kamera aku hilang waktu pindah rumah tahun lepas.

Tak pernah terlintas, teringin pun menatang BB nih.
Sebab new hp is, has and will always be the last thing on my list.
Selagi tak rosak jangan harapla aku nak tukar baru.

And tiba-tiba, last few weeks, henpon aku jem.

Tak rosak pun cuma maybe sebab memory dah terlampau full sebab penuh dengan video cik nanish maka henpon jadi hang lama2.
Dah buang banyak video dan gambar2 tapi masih hang juga.
Maybe dia kecik ati aku dok tengok2 henpon baru orang lain gaknya.
Maklumla, di kanan, depan, belakang semuanya bertukar henpon baru yang serba canggih manggih kan. Nak tanak, mata tutup2 tertengok jugak kan =p

And tup2 gitu, tiba-tiba rasa BB Bold adalah sangat cantek.
Dan BB Torch adalah anggun menawan.
T_T

I don't want any iPhone.
or Android.
or any of those Galaxy Tab.
Aku cuma mahu hp yg punya qwerty keypad, yang ada semua important function, yang mudah dan senang diguna. Macam E63 yang ineh.
no need for the touch screen whatsoever.
Sebab jari2 yg ngemuk nih mesti akan selalu tersalah tekan waktu cemas2 gitu.

Then tadi tiba2 bila cek bil kat website Digi, nampak promo BB Torch 9800 dari RM2199 menjadi RM1399 je okeh.


Dan BB Bold 9780 dari RM1799 menjadi RM999 sahaja.


Tiba-tiba terus teringin.
Maklum la azam tahun ini yang kamera DSLR itu dah tercapai kans.
So harus la ai carik sebab untuk pasang azam baru =p
Ada azam, baru la ada semangat nak ngumpul duit kan =p =p
...

Anyway, sape tau kat mana nak dapat ice cube tray with lid kat area JB nih??
Menat tau aku pusing2 satu Tesco Seri Alam, Giant Plentong, sume tak jumpa.
Ilot cakap ada jual kat Giant tapi nan ado pon.
Crystalmerah ckp ada jual kat Tupperware so aku tengok la kat katalog.
ada memang ada.
cantek... tapinya, gila mahal okeh.
lebih mahal dari Baby Cubes nih.


Aku ada beli Baby Cubes gak tapi mkn space yg sgt byk dlm fridge aku yg comei tuh.
Sebab tu ingat nak letak puree dlm ice cubes sajer.



adoi ai. mana la nak carik ice cube tray with lid yang murahan nihhh?

Breastfeeding : Yang aku makan

Love & Kisses ✿ sha 10 comments
When I get back to work, lots of people kept asking me, apa yang aku makan, utk breastfeed and utk kurus.

no, I'm not that kurus and I didn't even get my pre-wedding weight yg 49 kg itu.
Aku cuma berjaya dapatkan my after-wedding weight (50 kg) plus 3 that is 53 kg.
I'm happy, and I'm glad that Hubby is happy with it =p

For your info, I gained 24 kg sepanjang pregnant.
50 kg to 74 kg.
'gile melampau la kan.

and aku malas nak ulang cerita macam mana aku boleh dapat my almost-old-weight again sebab boleh search kat box sebelah tu.

Yang aku mau cerita adalah tentang apa yang aku makan untuk mendapatkan susu yang alhamdulillah, cukup untuk cik baby.

Time pantang, of cos mak aku masak lobak putih and sawi putih, buat sup.
sedap je kat tekak aku, macam makan sup sayur biasa.
And aku minum air horlicks.
Sebenarnya aku lebih byk makan serbuk horlicks tu drp minum sebab lagi sedap kan.
Teori aku adalah makan horlicks pastu bila cam ala2 tersekat kat tekak tu ko minum la air masak so jadi la air horlicks yg sihat tanpa susu pekat manis. hihi.

And then lepas naik keje, aku malas nak makan buat horlicks sebab tak sempat kan.
Tapi aku beli brekfes nasi daging merah kat makcik tepi jalan tu.
or nasi lauk rendang kerang.
And kalau tak sempat beli brekfes, aku makan cornflakes sambil minum air milo dalam tin yg sejuk2 tu.

huuu~ sedap!


And aku perasan each time aku makan either one of them, tiap kali perah susu pukul 10 pg tu, insya allah akan dapat 8, 9 oz. Dan kalau aku tak makan those things, biasanya akan dapat 5, 6 oz sahaja sekali pam.

Dan setelah 6 bulan menjalankan aktiviti breastfeeding ineh, telah confirm yg benda2 tu je la yang akan membanyakkan susu aku.

And if aku makan benda2 lain macam nasi lemak ke, roti ke, pengeluaran susu adalah normal, dalam 5, 6 oz sekali pam. If pagi2 tu aku brekfes mi halus, pengeluaran susu akan totally merundum, nasib tak baik akan dpt 3 oz je ye.

So harus la makan vitamin Shaklee tu...
Kalau tak mesti susu aku cair.
The result memang best la cumanya tekak aku macam tak berapa nak telan pil banyak2 camtu. Aku beli trial pack Shaklee RM80 from my ex-classmate time MMU dulu, Ida Khairani. So, kalau ada sesiapa interested, boleh la beli dgn dia ye.

As for me, sekarang aku continue makan pil Supradyn and Phytonatal from Nona Roguy.
Vitamin Supradyn tu aku memang makan sejak dulu lagi sebab Abah aku paksa makan utk kesihatan badan. My Abah ni memang jenis yang sangat2 mementingkan pemakanan dan kesihatan, sebab dia memang kerja field tu kan. That's why he's very particular about this kind of thing.


Dan alhamdulillah, memang sesuai la dengan badan aku sebab hilangkan letih and stress and dalam masa yang sama membanyakkan susu badan. I bought this vitamin from Guardian pharmacy.

Aku makan selang-seli.
Kalau hari ni aku makan Supradyn 1 biji, esok makan Phytonatal 2 biji.
Phytonatal tu aku tak makan tiap hari sebab memang sakit perut memulas tuu tiap kali nak membuang. And boleh cirit birit kalau terlebih makan. Tapi pastu badan rasa best la sebab dah membuang segala toksik, kan. And Hubby suka aku makan tu sebab dia ckp lebih 'best' dari sebelum preknen dulu so for me it's good utk hubungan suami isteri, if u know what I mean la kan. haha.

Sampai sekarang aku maintain makan Phytonatal tu dan alhamdulillah, berat aku turun tapi my hubby cakap takyah kurus2 sgt, dia suka ngan keadaan yg sekarang ni so ok la... maintain je kan.


so, that's all for now.
Ada banyak lagi yang aku nak kongsi tentang breastfeeding ni tapi of cos tunggu ada mood la baru boleh bercerita panjang ye.


Ni gambar Danish time tgh demam aritu.
Demam2 pun gigih la dia dok main cik Logan kesayangan tuh.
Toys Lamaze ni best la.
Colorful and bagus utk perkembangan otak baby.
Danish dah ada dua Lamaze toys.
One was given by my sis and another one is My Kitty aku beli time sale aritu.



*****


Our Price = RM280.00 (Normal = RM293.00)
(Set Bersalin + 10% off for any purchase of Amway product OR free Shawl)


Our Price = RM290.00 (Normal = RM365.00)
(Set Bersalin + 10% off for any purchase of Amway product OR free Shawl)

--------------------------

To order/enquiries you may contact me :
SMS/WhatsApp : 019 6555700 (Fasha)
Website : charmsandcolors.blogspot.com
Shaklee ID : 888941

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review