makanan lagi.

Love & Kisses ✿ sha
Pekasam Daging adalah sangat sedap kat tekak aku ye.
dah beli 2 pek aritu and smlm dah repeat order utk 3 pek lagi.
potong nipis-nipis, goreng dengan cili api dan bawang, tak sampai 5 minit dah siap!

of course ai makan sorang.
my hubby tidaklah berminat dengan makanan-makanan yang diperam sebegini.
dia cakap busuk.
tapi pekasam mana ada busuk pun.
elok je bau dia kat hidung aku.
petai, cencaluk, sambal belacan, sayur yang pelik2 semua dia tak makan.
sebab tu kalau aku teringin nak makan petai, kena balik kg la baru
merasa. huhu.

so sesiapa berminat nak beli boleh call no. ni ye : 019 4603069
dia pun bloggers juga.
try la rasa.
actually ramai jual Pekasam Daging ni.
tapi kalau kat tekak korang rasa tak sedap, sila jangan marah aku okeh.




semalam ada 2 biji tomato kat fridge.
sebab takde sayur, jadi telah membuat Kerabu Tomato yang super sedap.
and of course aku makan sorang lagik. resepinya aku dah letak kat blog
aritu. kalau nak, sila search kat atas tu ye. super sedap and super
senang nak buat. takyah letak udang kering pun takpe.

and arini telah membeli sebalang jeruk pelam asam boi yang tengah trend
sekarang. kecur liur okeh menatap wajah jeruk tu. malas nak buat tapi
teringin sangat nak makan. maka aku sebagai pembeli online tegar telah
mengorder 1 balang 800g dengan sorang akak kat facebook. nanti bila dah
sampai aku komen kat sini ye.

tadi tghari my officemate ada bwk epal asam boi.
oii giler sedappp!!!
tahap meleleh air liur kalau terbayang okeh.




so ada sesiapa lagi nak jual makanan sedap kat saya T_T
nasib baik berat masih maintain 52 kg. jangan harap nak dapat 49 kg balik kalau melantak macam gajah begini T_T T_T

4 comments:

nor nazliana said...

harga sebarang tu berapa ya

sha said...

NOR NAZLIANA : 1 balang 800g RM20. ok kot sbb harga pelam aritu sy tgk 4 biji RM10 ha :)

Hasliana Md Saad said...

pakkal kak kep nih jauh di Doha nih.. kalau tak memang dah order.. kat sini nak carik pelam muda pun kemain payah.. huhuhu.. telan air liur jek laaa.. huhuhu

sha said...

HASLIANA MD SAAD : try guna epal pun sedap sangat! dkt sini pun payah jugak nak carik mangga muda tu. kat kampung2 je byk :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review