yang kamu mahu.

Love & Kisses ✿ sha
Aku suka la statement dalam blog GreenApple :
http://comatosewithbraindamage.blogspot.com

Tanya diri kita sendiri kita nak life yang macamana.
Kalau pasangan kita berduit dan sanggup berkongsi, alhamdulillah.
Kalau dia berduit tapi taknak berkongsi then kita yang kena usaha lebih. 
Sebab kita yang nak kan? So kita usaha la.

Kalau masing-masing taknak berkongsi and taknak usaha, then SENYAP!
Jangan komplen kenapa orang tu boleh duduk rumah besar.
Kenapa orang tu boleh pi shopping berbondong-bondong every week.
Kenapa orang ni selamba pi overseas tetiap bulan.
Jangan tanya orang.
Tanya diri sendiri.
...

Well, it is sooo true, kan?

Alhamdulillah my hubby jenis yang tak kedekut, cukup bagi duit untuk family, aku dan anak-anak, bayar bil, duit rumah, nursery, susu dan segalanya tiap bulan.
alhamdulillah.

Tapi kehendak aku memang banyak.
Memang la boleh je nak pakai henbeg Sembonia, Carlo Rino tapi nafsu mau memakai Gucci, Michael Kors bagai.

Memang la boleh je nak beli mainan murah2, kereta 10, 20 ringgit, tapi omak sangat kesian dengan anak2 yg harus duduk di nursery from 7 to 7 so sebagai balasan, harus la membelikan mainan yang best seperti slide and playhouse kat Toy r Us itu.

Memang la boleh je nak pakai baju yang sama setiap minggu, kasut brand Fabianno Ricco, Summit, etc2 tapi kan kasut Clarks and Hush Puppies adalah sangat selesa and cantek2 pulak design dia sekarang. so telah terpengaruh.

Bukan la aku memilih yg branded sangat pun tapi kan napsu perempuan memang begitu?

I do love branded things tapi takde la sampai bergolok bergadai dgn kad kredit utk memuaskan napsu kan.
...

Last few weeks I went to a friend's house.
Kawan lama waktu sekolah dulu.
ngantarkan supplement Shaklee untuk si dia yang sedang berpantang.
Time nak balik, she asked me, kecik sangat ke gaji kau sampai kena berbisnes bagai nih? bukan kerja oil & gas ni gaji tinggi2 ke?

okkkk.
I'm not sure whether dia bergurau or anything tapi tersentap kejap la aku dengar statement dia yg agak sarcastic itu.

She knows how much we can earned in oil & gas business coz dia pun bekerja dlm field yg sama, so I assume that dia cuma bergurau.

I have my own money yang sepenuhnya untuk diri sendiri.
And buat masa ini belum sanggup untuk duduk berjauhan dengan cik hubby yg selalu mahu kerja di offshore.

Tapi kehendak dan napsu sangat banyak la pulak.
That's why I have to run my own business.
Supaya sentiasa ada yang lebih setiap bulan.
Untuk memuaskan segala yg extra; kehendak diri yg melampau-lampau dan anak-anak =p

and no, I don't need you to judge me.
this is the life that I want, and I love what I'm doing right now.
walaupun terkejar-kejar tapi hidup dengan bahagia dikelilingi orang-orang tersayang tanpa bebanan hutang & dekat dengan suami.
*yg ni penting hokey penting*



kan akhirnya memang kena tanya diri sendiri life yang macam mana yg kita mahukan...
'betul tak?

4 comments:

Mrs.Qarlista said...

sha..i love this entry. walaupon bunyi macam agak 'ganas' di situ.. u have ur own stand. u know what u want. always.

Suraya Jafar said...

Haha.. Napsu kan, dulu time blajar boleh je pakai kasut pasar malam asalkan cun dan menawan, sekarang carlo rino pon dah xpandang.. Nak clarks jugekk.. Rasanya bile dah terjebak membeli sepasang clarks or hushpuppy or scholl itu aje dicarik.. Bukan ape selesa dan tahan lama.. Hihihi

harzharun said...

weiiii makcik..,ko hapdet blog setaun sekali..pastu bila hapdet, ko menyerang!....hahahha...

Btw,very tru indeed....

Kita perlu tau apa kita nak....
Mcm aku,ramai yg heran nape aku cari pasal,cari susah buka klinik,tetiba duk jauh dgn husband...
Eh,ko apahal..plan ms dpn aku ko tau ke?

Duk jauh2 bahaya,t suami buat hal...
Eh ni lg satu,hbs,bkepit 24 jam ko kompem laki ko x pndang pmpuan lain....

Hailah...kita mesti tahu apa yg kita nak kan...dan usaha tuk dptkan apa yg kita nak tu...

Thanx sha,,this entry inspired me a lot,,sbb buat aku rasa aku buat benda yg betul...

Btw,nape ko bg contoh gucci?....aku bdebar2 dgr benda2 gitu..kahkah...

sha said...

NAD : jgn harap aku nak nyambung phd mcm ko yg pandai ni nad so terpaksa berbisnes utk menampung kehendak hidup. haha


SURAYA : yezza mmg napsu yg terlebih sgt nih sue. lagi la kalau duduk pasir gdg yg mmg berpasir nih, pkai kasut biasa mmg x tahan lama kan =p


HARZHARUN : wahaha mmg azam nak updet blog seminggu sekali telah ke laut.

oo mmg aku bg contoh gucci sbb tu beg feveret aku. ko kan dah berjaya bukak klinik. so mari ngumpul koleksi gak =p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review