Travelouge - Seville, Spain

Love & Kisses ✿ sha 5 comments
We're in Sevilla! serius cantik 😱 bila sayup-sayup terdengar pemuzik jalanan memainkan lagu Recuerdos de la Alhambra, lagu tema Memories of the Alhambra tu, mmg terasa getarannya. OMG I'm truly in Espana!


Sebelum ke sini dulu, most of my friends cakap Seville ni biasa-biasa je, takde apa sangat, so dalam fikiran, ok sehari cukup la kat sini kan, just singgah transit before fly ke Fez. tiba-tiba waktu nak book flight ke Fez, tak dapat tarikh yang dikehendaki pula. maksudnya, kami kena tambah sehari di Spain and deduct sehari dari Morocco. so nak ke mana extra sehari ni ya 🤔

Mula-mula bercadang nak abiskan extra day tu di Ronda, tapi takut penat atas jalan je kan, so kami ambil keputusan untuk terus ke Seville and spend 2 days there. thankfully we made that decision coz Seville adalah best okeh! mcm lebih best daripada Granada yg super crowded tu or maybe nampak crowded sbb kami ada di sana Sabtu Ahad kot 😅 tapi tu la, taste orang tak semuanya sama, kan. Seville might be gud for us but may not for some.

We took a 3-hours bus from Granada to Seville. Bas yg selesa, panjang dan ada toilet di dalamnya. panasnya Seville 23° gudbye Granada yg super sejuk 😄

Ada yang tanya, kenapa tak naik train? Actually kami sudah pun merasa menaiki train dari Madrid ke Cordoba beberapa hari yang lalu. memang laju dan memang selesa. tapi kosnya sekali ganda daripada menaiki bas. 55€ dan bas cuma 18€ 😅

dari Granada ke Seville pula kami menaiki bas express kerana utk perjalanan ini ia lebih cepat drp menaiki train (train akan singgah lama di beberapa stesen sebelum sampai ke Seville).



dalam bas baru teringat nak email owner hotel utk dapatkan direction dari bus station untuk ke sana tapi mereka tak reply, so daripada gamble sesat barat naik bas local, baik la kami amik teksi 10€ ni. mmg duit mengalir mcm air ye di Spain 😅

actually information counter di bus station ckp boleh naik bas no. 21 utk ke old town tapi di manakah ku mau turun. ada jugak yg meronda naik bas satu Seville ni karang 😂

we stayed at Pension San Pancracio, Bario Santa Cruz, so nak ke mana2 ialah jln kaki. it's not really a hotel, more like a motel/hostel but it's very nice, clean and super convenient for us sebab betul2 di tengah old town.


Jalan2 di sini sempit sangat! banyak lorong kecil yang berjaya membuatkan kami sesat walaupun dah berkali-kali lalu di tempat yang sama 😂

and cuma certain2 tempat je yg kereta boleh lalu. teksi tu pun turunkan kami beberapa puluh meter dari hotel so menapak la kami sambil mengheret beberapa luggage ni.


Waktu mlm ramai penghibur jalanan di area Real Alcazar, Cathedral dan La Giralda. souvenir shop di sini tutup pukul 8.30 mlm tapi Santa Cruz still meriah dgn bar di kiri dan kanan jalan.



tak perlu naik bas or sewa kereta pun di sini sbb semuanya berdekatan antara satu sama lain. our hotel owner siap berikan map and tunjukkan semua tmpt menarik yg kami boleh pergi di sini and one of them is the Torre del Oro (dodecagonal military watchtower in Seville). It was erected by the Almohad Caliphate in order to control access to Seville via the Guadalquivir river. Constructed in the first third of the 13th century, the tower served as a prison during the Middle Ages.

Torre del Oro

La Giralda & Cathedral pada waktu malam

Real Alcazar yang tak sempat kami pergi



the next day kami ke Plaza de Toros tmpt lawan lembu tu (12,000-capacity bullring in Seville). just jalan2 di kawasan sekitar, tak masuk ke dalam pun. 9€ harga tiket and ada masa2 tertentu if nak masuk sekali dgn guide. bull fighting hujung bln April nanti and tiket mahal gila, beratus, beribu euro!


then kami terus ke Triana. Triana ni kawasan working class. ada a few bridges nak ke sana and our hotel owner advised us to use the old bridge utk ke Triana old town.


banyak bangunan lama and ceramic shop di situ. pergi ke pasar basah, tgk kehidupan sehari2 masyarakat di situ, ah murahnya 5kg strawberi 2€! souvenir shop di sini juga jauh lebih murah drp di Santa Cruz.





balik dari Triana search website Have Halal, Will Travel dan jumpa kedai makan halal yg terletak agak jauh dari tempat kami. nasi goreng 13€ fuh. nak makan tak payah nak convert sgt ye kalau tak nanti kebulur la di situ 😆




then kami terus ke Cathedral dan mendaki ramp yang tinggi untuk ke La Giralda. serius penat! La Giralda ni setinggi 104.1m patut la muazzin dulu naik kuda untuk melaungkan azan di atas ni. sesiapa yang berhajat nak naik ke atas menara ni sila pastikan tenaga dan stamina cukup ya.

...A well-known story says that when Seville was about to surrender to Ferdinand III, the Moors wanted to destroy the tower so that they would not see it conquered by the Christians, however, Alfonso X said that he would cut the same number of heads as the bricks missing from the tower. The Moors were so afraid that they decided to leave the tower.





It was commissioned in 1171 by caliph Abu Ya'qub Yusuf and it was originally built as the minaret for the Great Mosque of Seville in al-Andalus, Moorish Spain, during the reign of the Almohad dynasty.






the Cathedral is sooo big! tapi memang menyedihkan bila terkenang yang ia merupakan sebuah masjid suatu ketika dahulu...





Christopher Columbus tomb



we met with a new friend from Saudi. actually jumpa waktu di masjid di Granada, dia minta tolong ambilkan gambar waktu di San Nicholas dulu. tiba2 jumpa balik di Seville ni 😂

then kami berjalan kaki melalui beberapa garden yang cantik untuk ke Plaza de Espana yg femes tu. Jardines de Murillo yg ada lion statue and María Luisa Park yang redup dan penuh bunga.


nampak dekat tapi rupanya jauh juga dari Cathedral. banyak kereta kuda di Seville ni tapi 45€ mcm mahal sgt kan.


Setelah berhari-hari berjalan tanpa henti, akhirnya di sini kami dapat duduk dengan santai sambil melihat performance dan pemandangan orang lalu lalang di sekitar.

...Plaza de España is a semi-circular brick building, Renaissance/neo-Moorish in style, with a tower at either end. In front of the building, following the curve of its façade, is a 500-metre canal crossed by 4 bridges. The four bridges represent the four ancient kingdoms of Spain: Castille, Aragon, Navarre and Leon. 

All along the wall by the canal are 48 alcoves with benches, one for each province of Spain, each with a relevant tableau and map.




pukul 8.30 mlm kami pulang ke Santa Cruz dan sambung berjalan di area Cathedral.

the next morning ingatkan nak ke Real Alcazar sekejap tapi tak sempat pun. petang smlm cuma 3, 4 org yang kami nampak tapi pagi ni ramai sangat orang queue sampai berlapis2!



Di sekitar Cathedral mmg sentiasa ada free tour tau. Nampak tak orang berpayung putih ni?


flight kami utk ke Morocco pukul 1 tengahari jadi cuma jalan-jalan kejap cari souvenir, kemudian angkut segala beg melalui garden2 yg cantik semalam untuk ke bus stop di area Plaza de Espana sebelum ke airport.


bus stop di sini ada banyak tau. dan di setiap bus stop ada ditulis bas apa yg akan berhenti di situ. contohnya, utk ke airport kami perlu tunggu di bus stop yg bertulis EA. thanks to our hotel owner, mmg sebijik2 dia terangkan jln yg mana, bus stop mana, bas mana yg perlu kami naik.






alhamdulillah untuk segala yang manis di Spain. orang2 yang baik, peramah sangat, very helpful, sangat selamat dan dipermudahkan walaupun kami bercakap secara ayam itik sgt 🤣 yes, for me memang rasa selamat sebab ku jalan berjam2 seorang diri melalui lorong kecil yang sunyi, segala kawasan yang sesak dengan manusia and i still feel safe.

3 hari di Seville with total steps of 91k pun still byk tempat yg kami tak sempat pergi mcm Archivo de Indias, Real Alcazar, Alameda de Hércules, Metrosol Parasol, Macarena and University of Sevilla. insya allah suatu hari nanti, panjang umur, ada rezeki yang lain kot 😂

next is Morocco!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review