FREE voucher for you!

Love & Kisses ✿ sha 1 comments

yes, this voucher is for you!

Valid from 20 - 30 November 2013 with purchase of RM250 & above in a single receipt.
For set bersalin, loose pack or full set, customize, etc.
Visit us at CHARMSandCOLORS for more details.

We're authorized reseller for below product.
Terbaik, termurah dan yang penting it is 100% original!

Tanamera . Nona Roguy . Shaklee
Amway . Fisher-Price . Cheezylicious Cakes
Jingle Jungle . Tupperware
 



Email : charmsandcolors@yahoo.com
FB : charmsandcolors
SMS/WhatsApp : 019 6555700 (Fasha)
Website : http://charms.com.my
Shaklee ID : 888941

of us.

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
Memang sangat-sangat lama aku tak menulis secara peribadi di sini.
di blog yg sangat-sangat aku cintai.

Tapi tadi, membaca blog LadyNoe, dan melihat segala yg berlaku di kiri dan kanan di sini, terus hati terdetik.

alhamdulillah ya Allah atas segala yg aku ada pada hari ini.
alhamdulillah...

di saat kawan-kawan bloggers seangkatan menempuh kesakitan berulang-alik ke Mahkamah Syariah, menghadapi saat perpisahan yang itu ini, dan di saat kawan-kawan bloggers lain yg dulu sama-sama sibuk membuat persiapan perkahwinan PERTAMA, kini sibuk ke sana ke mari membuat persediaan perkahwinan kali KEDUA, aku ada dia yg masih sentiasa setia di sisi.

alhamdulillah ya Allah.

Tahun ini genap 4 tahun kami berkahwin.
orang kata, alaa baru setahun jagung.
but I'm sooo pedulik hape kan.
years is just numbers.

yes, it does makes you wiser with experience tapi if dah berkahwin 20 tahun pun masih tiada persefahaman, dok bergaduh hari-hari, tak guna la nombor yg dua-puluh itu kan?

Tipu la kalau aku cakap tak pernah gaduh kan, tak pernah kecik ati, merajuk semua. tapi kalau setakat benda-benda kecik nak campak pinggan mangkuk corelle bagai, fuhhh sayang tuh. so gaduh adalah sekejap, merajuk pun adalah sekejap. kalau baik2 je pun tak best jugak. mesti ada kaler2 sikit dlm kehidupan, kan.

Sometimes, tiny litte things boleh membuatkan sesuatu yg kita bina tu hancur, and sometimes tiny little things juga yg membuatkan perhubungan kita bertahan dan bahagia.

we're not perfect.
no, we're not.

I AM NOT.

but we're perfect for each other.
and we're content with what we have now.
..

and I'm glad that he does enjoy his current job, and that’s why he seems so happy now — because he is.

yg ni akan dicerita lain kali ye. arini tak sempat.


seriously aku memang nak tulis panjang panjangggg sangat sebab macam dah terlalu lama tak berkongsi apa-apa cerita di sini. but as usual, alasan adalah bizi.

bizi dengan kehidupan duniawi, anak-anak, suami, full-time job here at an oil & gas company, owner of CHARMS & COLORS, Cheezylicious Cakes (oh we have 4 flavors in the house now : Red Velvet, ChocOreo Cheese, Blueberry Cheese & Tiramisu Creme), membasuh kain, mengemas rumah, and we're in the mid of setting up our shop lot here at Pasir Gudang dan pukul 9.30 mlm akhirnya pensan dengan anak-anak. hihi

so, arini cuma dpt berkongsi beberapa tips yg aku rasa antara yg terbaik untuk korang amalkan dlm mencapai kebahagiaan dlm rumahtangga.
...

Tahukah anda beberapa teknik dan kunci yang paling berkesan dalam perkahwinan yang berjaya? Mendapatkan cinta yang sebenar ialah langkah pertama yang perlu dilakukan untuk mencapainya. Kita bukan bercakap mengenai cinta yang sekadar berlaku di bilik tidur atau sebagainya yang zahir di mata, tetapi lebih daripada itu. Cinta yang diperlukan ialah cinta yang sebenar-benarnya dan sedalam-dalamnya terhadap pasangan kita. Cinta yang menjadikan kita sentiasa meletakkan diri kita dalam kedudukan dan fikiran pasangan kita. Cinta yang menyebabkan kita akan melakukan apa sahaja demi membahagiakan hidup pasangan kita. Itulah cinta yang perlu ada dalam perkahwinan kita.

Cinta yang sebegini menuntut kita bersikap lebih sabar, banyakkan mendengar dengan penuh perhatian terhadap pasangan dan tidak membangkitkan sebarang pertelingkahan yang tidak menunjukkan kematangan kita. Anda sedar bahawa bersikap agresif dan sentiasa melebih-lebih dalam masalah kecil bukanlah suatu penyelesaian terbaik dan pasti tidak akan menyenangkan perasaan pasangan anda.

Namun, jangan jadikan seks sebagai fokus utama walaupun seks merupakan salah satu faktor dalam mengekalkan hubungan yang menggembirakan dan menyenangkan. Sebenarnya seks yang tidak dirancang iaitu melakukan hubungan seks pada waktu-waktu tertentu secara tiba-tiba dan ditambah sedikit kejutan kepada pasangan dapat menjadi penawar kepada kebosanan dalam perhubungan. Tambahan lagi, belajar untuk mendalami ilmu-ilmu berkaitan panduan seks dan hubungan romantik akan dapat menjamin kebahagiaan yang lebih kepada pasangan.

Langkah kedua adalah meningkatkan kemahiran komunikasi bersama pasangan. Statistik menunjukkan kebanyakan pasangan pada hari ini tidak mengambil berat soal komunikasi ketika melayari bahtera perkahwinan. Hal inilah yang menyebabkan mereka sering berselisih faham dan tidak menyelesaikan masalah dalam perkahwinan mereka seterusnya membawa kepada perceraian. Belajar untuk berkomunikasi dengan baik akan lebih mengukuhkan perhubungan anda. Komunikasi ini termasuklah dengan sentiasa mendengar apa sahaja yang diberitahu pasangan, elakkan bercakap perkara yang tidak berfaedah serta merumitkan keadaan dan juga sentiasa bersikap jujur antara satu sama lain.

Langkah yang ketiga adalah dengan dengan sentiasa melengkapi dan bertolak-ansur dengan pasangan. Menjadi pemenang dalam sesuatu pertengkaran kecil atau besar bukan termasuk dalam matlamat perkahwinan. Perkahwinan yang bahagia terhasil daripada sikap bertolak ansur dan sanggup melupakan kepentingan diri demi kebahagiaan pasangan dan seterusnya menjamin perkahwinan yang berkekalan. Pasangan yang gagal untuk berfikiran terbuka dan bertolak ansur dengan kekurangan pasangan pasti akan menjerumuskan perkahwinan mereka ke dalam masalah yang lebih besar seperti berlakunya perceraian.

Langkah yang terakhir adalah dengan berkongsi minat, keinginan dan matlamat perkahwinan bersama pasangan. Jika anda dan pasangan mempunyai matlamat yang berlainan dalam perkahwinan, ianya akan menyukarkan anda untuk terus mengekalkan hubungan yang bahagia. Asas perkahwinan yang mantap biasanya dipengaruhi oleh keinginan yang hampir sama antara pasangan. Untuk itu, sentiasalah mencipta kenangan yang terindah bersama pasangan dan sering diingati agar ianya dapat mengembangkan minat dan menyegarkan perhubungan perkahwinan setiap masa walaupun semakin berusia.


Minyak Bayi Terbaik!

Love & Kisses ✿ sha 0 comments
Minyak bayi yang mana pilihan anda? Baby Oil Amway atau Minyak Berubat Herba NR atau VCO Tanamera? Semuanya ada di sini di CHARMSandCOLORS dengan harga terbaik.





Order & Enquiries :
Email : charmsandcolors@yahoo.com
FB : charmsandcolors
SMS/WhatsApp : 019 6555700 (Fasha)
Website : charms.com.my
Shaklee ID : 888941 



saya yang gembira!

Love & Kisses ✿ sha 2 comments
yes, saya telah hidup dengan gembira.
alhamdulillah...
dua belas tahun yang lalu, waktu mula-mula menulis blog (bukan yang ini), saya merupakan seorang yang sangat sedeh dan kasihan pada diri sendiri.

no, really!

di kiri dan kanan tiada sesiapa walaupun dikelilingi ramai kawan. and seriously I don't know how, and why and when, tiba-tiba ditakdirkan kembali ke Johor, bertemu cik hubby, hidup telah berubah menjadi begini.

berkali-kali alhamdulillah ya Allah...

terima kasih dikurniakan suami yg sangat memahami, merangkap pengawal peribadi, merangkap despatch, merangkap pengurus syarikat kami dan berdiri menyokong di belakang saya sepanjang waktu. my other half, anak-anak yg baik, sempurna, dan sentiasaaa saya sayangi!

sekarang saya mempunyai pekerjaan yang baik, melakukan sesuatu yang saya suka melalui perniagaan yang saya suka.

kelmarin hubby cakap, cyg ni bawa tuah la. sejak hubby kenal cyg, hidup sentiasa murah dgn rezeki. tak putus2 kan.

no dear, I don't think it's me.
it's u who did it all, who brought me to this happiness.

alhamdulillah ya Allah... sesungguhnya saya bersyukur dikurniakan segalanya yang hari ini :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review