Ikutkan hati memang malas sesangat nak nyambung cerita kawin nih. Bercerita oke tapi nak menulis tu,
mak aihhh... memang kena ada mood yang sangat tinggi lah.
*haha bunyik cam tak ikhlas lansung*
Tapi sebab ramai yang dah bertanya and selagi aku tak tulis, benda tu akan terus-menerus menyesakkan fikiran, jadi, telah kuatkan semangat juger untuk menulis. Kalo tak harus sampai aku beranak nanti citer kawin ni tak abih.
hiks.
So, this is the guestbook yang sangat ditunggu-tunggu itu.
Hasil titik peluh sendiri okeh!
fuh~ series, bila benda tu dah siap, perasaan macam,
akhirnye... T_T
To tell u the truth, nak buat benda ni memang kena ada kecekalan betul. Kerajinan melampau. Kalau korang ingat lagi
entry-entry aku sebelum ni berkenaan guestbook,
haih... this thing ngan TQ tag tu memang buat aku sakit jiwa.
Whatever it is, kalau hati ko memang cekal nak buat jugak, of cos benda tu akan jadik. And barang dia tak mahal mana pun compare kalau beli guestbook yang dah siap. And duration nak siapkan benda tu pun tak lama mana. Kejap jek. Cuma kena cakap kat hati, "MESTI SIAPKAN JUGAK!" so akan siap la dia...
Tapi kalau nak beli yg readymade pun memang ada yang murahan cuma tak lawa la. And ada garis-garis pulak kat dalam, so guest tak boleh nak menulis sesedap rasa.
For the cover I use some kind of cardboard and sponge. Benda tu nak kena potong straight, cantik-cantik, sebab kalau senget sikit dah tak lawa.
And balut the thing with kain yang aku pilih sendiri.
Tapi, nak pilih kain tu pun,
mak aihhhh!
Actually aku suka pattern
polka dot or
strip tapi tak jumpa kain yg sesuai. Maklum la last minute. Kalau aku carik dari dulu of cos akan jumpa yg menepati citarasa...
<-- ayat biase dengar
Then warna kain kena la sesuai dengan tema majlis.
Since tema nikah aku adalah gold and reception kaler pink belacan, maka warna ni la yang aku pilih...
*sebenarnya mcm tak ikut tema pun tapi bantai je la sbb sume dah last minute kan...
And gigih la pulak aku nak ukur elok2 untuk tebuk lubang nak masukkan besi kat tepi tu.
Beli kat Harris.
*ai suker Harris sbb beli brg sume dpt diskaun ;p
And after the wedding, pages yang kosong tu aku tampal dengan wedding cards yang diorang bagi sekali dengan hadiah. Totally tak membazir and dapat simpan balik kad-kad kecik tu.
On the 1st page I wrote a few love notes and on every page kat dalam tu aku letak nama kami and some romantic words.
I use Adobe Photoshop to design everything.
Memang sedih jugak tengok design last minute ni sebab aku rasa memang boleh buat lebih cantik lagi tapi nak buat camne kan. Salah sendiri jugak sape suruh buat lambat-lambat.
ye, siap sehari sebelum kenduri okeh!
'aaa nyampah kat diri sendiri T_T
And for the decoration on the guestbook table, I put some white flowers in a glass vase and I use this frame which was bought from Harris JJ Tebrau.
Murahan je okeh.
That frame is less than RM40.00 and pasu bunga tu memang dah sedia ada. Bunga putih adalah gift from Noni, my pak andam yang comel ittew and the red daisies memang dah beli dari dulu utk deco bilik aku.
Gambar-gambar dalam frame telah dicuci 2 hari sebelum majlis.
Nak dijadikan cerita, boleh pulak kedai gambar yang aku suka kat simpang traffic light tu tutup pastu dia cakap next week baru boleh amik gambar. Time tu perasaan adalah sangat down... Pastu ke hulu ke hilir la aku carik kedai gambar yang boleh siap cepat. Itu yang family aku bising, sehari before majlis masih melilau drive sendiri carik barang ha.
Padan muka.
Gile tak hingat aku nih padahal dari dulu dah tau nak kawin bila.
And aku letak colored pencil dalam glass for the guest to write in the book. Tapi itu adalah sangat bahaya jugak especiallynyer kalau kenduri kamu ramai kanak-kanak. Harus diorang conteng-conteng buku kamu nanti.
Fortunately time my kenduri all the budak kecik sangat behave. Diorang dok cakap,
"nanti pengantin marah, nanti pengantin marah", so takde sape pun budak kecik yang berani conteng my guestbook kecuali dengan izin.
hehe.
Tapi aku boleh terlupa pulak nak letak pen kat atas meja. Dah tengahari dalam pukul 3 tu baru teringat. So everyone telah menulis secara berwarna-warni menggunakan colored pencil. Tapi sangat cantek ye, and much better than if u use 1-colored pen. Itu adalah lebih dull.
Last but not least, di bawah ini adalah contoh orang yang sign dalam my guestbook. Model adalah my sis yang tengah preknen 8 bln...
*rajin pulak la diorang nak beratur tunggu giliran kat belakang tu. haha.
Kesimpulannya, aku rasa memang berbaloi sangat-sangat aku buat guestbook ni sebab kat situ boleh tau sape kekawan yang datang tapi tak sempat jumpa. Kekadang kita tgh sibuk atas pelamin or maybe tgh sibuk amik gambar so ada tetamu yg terlepas pandang tapi sempat tulis dalam guestbook, so memang terharulah.
Kenangan okeh.
Tapi sila pastikan orang yang korang suruh jadi penyambut tetamu tu tak dok mengadap si tetamu time diorang tgh nak mereka-reka ayat nak tulis dalam guestbook tu. Kalau tak, confirm takde idea nak tulis apa. And agak malu juger bila orang dok tengok kita tulis yg merepek2 tu.
So, the best way is, suruh someone jaga tempat tu so that dia boleh ajak tetamu menulis tapi pastikan time tetamu nak menulis, sila dok tempat lain.
'ini adalah pengalaman sendiri time nak nulis guestbook kat kenduri orang lain.
Sekian.
So, ada sesapa nak order? hehe.
'yey utang telah berbayar pd sume2 yg dok tanya pasal guestbook nih especially kat Rina ^_^
Gigih tak gigih la aku balik keje tadi terus bukak PC edit-edit gambo untuk tatapan korang. Gambo dari photographer blom siap.