Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

my 2nd eurotrip!

Love & Kisses ✿ sha 1 comments
lagi 2 weeks insya allah we'll be having our next big adventure! i is tak sabar!!!

the main destination will be Spain & Morocco tapi transit kat Muscat (Oman), Paris (France) & Munich (Germany) so dapatla singgah 5 negara overall.

this time around we'll cover the Andalusian region -- from Madrid to Cordoba, followed by Granada and Seville. then fly to Fez and Chefchaouen for the Moroccan adventure!


ini adalah trip yg tertunda. patutnya fly bln 11 last year with a friend of mine. flight tix dah beli, semua dah siap tapi 4 days before departure, my friend dpt result yg dia ada chronic sickness yg menyebabkan kami terpaksa kensel segala-galanya! pehhh dia punya sedeh tak tergambar okeh. berhari2 kot aku nangis x berlagu 😭

nasib baik amik travel insurance so dpt la cover for her part. but my friend did give some to me to cover my losses also. nanti2 la ku cerita pasal cara claim itu insurance ok.

tu la kan, kadang2 rezeki tu dah ada dlm tangan, tinggal nak masuk dlm mulut je tapi bila Allah dah takdirkan itu bukan rezeki ko, boleh terlepas dari tgn mcm tu je.

time tu mmg ku gamble nak pergi solo je sbb semua dah setel, tinggal nak fly je. tapi hubby tak bagi... dia risau kalau apa2 jadi kat sana sorang2 kan susah sbb time tu nak pegi 23 hari and cover 8 negara. aku pun bila dah ramai ckp camtu mmg dah tak sedap hati la nak pegi solo. it's better to be safe than sorry kan. so itulah.

tup2 bln 12 aritu hubby offer nak tak pegi thn ni. aku of cos gembira melonjak2! DIA tak tunaikan hajat aku nak pergi dgn kawan mungkin sebab DIA nak aku pergi dgn suami sendiri. yes, Allah is definitely the best planner!

hubby tak dpt follow last year sbb baru start keje kat new place. time tu still under probation so takleh nak cuti panjang. ni dia dah confirm so marila perabihkan segala annual leave yg ada 😂

bila tgk kat group BBM, kawan2 lain dah jejak kaki ke berpuluh ratus negara, iols baru nak masuk 10 mcm veri nubis kubis sgt. tapinya kenapa kita nak comparekan diri dgn org lain? create your own journey with your own pace.

for some people, duit bukan masalah so no wonder la dapat berjalan 9, 10x setahun kan. as for us, harusla membanting tulang 4 kerat nih utk memenuhi segala kehendak. tapi sebab keperluan sendiri pun mmg dah sedia terlebih maka lepas mengumpul segala yg ada, dapatla merasa berjalan setahun sekali. takpe... tak kesahlah lambat or cepat pun asalkan dapat pergi kan. next if rajin ku akan cerita pasal travel cost and the insurance yg aku amik for this trip okeh.


my very first Eurotrip!

Love & Kisses ✿ sha 0 comments
yezzaa we're going to Europe end of this month!
seriously I can't wait okeh.
coz this is my first eva trip outside Asia and of course sebab impian nak ke sana sejak kecik, kan. sejak my parents belikan hadiah atlas waktu sekolah rendah dulu. nanti Danish dgn Aaira darjah 1 aku nak belikan atlas jugak la.

and makin bergelodak nak ke Europe lepas tengok cerita Eurotrip time study kat U dulu. best gila!

By the way, idak la round seluruh Europe. banyak sgt duit ko kan. ni pergi 14 days je. and sempat cover 3 negara. nak cover byk2 setakat celup2 kaki buat penat je kan. so, Turki, Romania & Switzerland it is. Actually Turki tak pernah masuk dalam negara impian pun. tapi sebab nak ke Europe akan singgah Istanbul so dah alang2 kita round Turki terus ye. lagipun dia ada Grand Bazaar yg sangat best.




sebenarnya baru book flight ke Romania tadi. sbb tu excited nak tulis kat sini. lagi seminggu nak pegi, arini baru beli tiket. hotel semua tak book lagi nih. terer sgt kan. kot takde hotel mari pacak khemah kat airport ye T_T punca book lambat ialah sebab lakiku itu keje offshore so tak confirm boleh balik bila and start cuti bila.

my initial plan ialah Turki - Bosnia Herzegovina - Croatia - Macedonia - Kosovo - Montenegro - Bulgaria tapi terpaksa tukar plan sbb tiket last minute adalah mahal gila.

last week baru book tiket ke Istanbul. to fro RM3000 sebab lambat book! marah ni marah ni. padahalnya if book awal aritu dpt naik Singapore Airlines dlm RM2100 je! pembaziran RM1800 di situ. If nak naik dari Singapore pun ok, murah sikit dlm RM2600 tapi depart 9.30pg. so nak kuar rumah kul berapa tu? nak rentas imigresen kat tambak lagi, nak naik MRT lagi. confirm makcik terlepas flight.

if naik Airasia kena transit kat Tehran harusla cik hubby taknak padahal best kot dpt singgah kat Iran. tapi dari Iran ke Istanbul mcm leceh je nak kena cari flight lain so kita amik jalan mudah naikla flight yg direct ke Istanbul.

dari Istanbul ke Bosnia pulak mula2 dpt RM800 je, bila lambat terus la jadi RM1200 ha. so aku gi Skyscanner, tekan search dari Istanbul to Everywhere. yang paling murah ialah Cyprus, Greece, Ukraine, Georgia & Romania. Cyprus ialah pulau so nape nak gi pulau. sini pun ada pulau. Athens kat Greece pun tempat idaman tapi ia adalah 40 deg di musim panas. kofkofkof. lagipun if pegi Athens kena pegi Santorini sebab dah dekat. and masa yg kami ada cuma 4 days je before tour kat Turki so mcm tak sempat. hubby taknak Ukraine sbb tengah bergolak. and Georgia pulak kat Russia. apekah? lakiku ni memang bukan kaki travel. ni kalau bukan aku yg plan maka dudukla kami di Johor ni sampai bila2.




so arini bercadang nak survey hotel, nak buat itinerary for Romania, nak carik train station kat mana, nak travel by car or bus. nak carik tmpt mkn kat mana, kang tak pasal2 kebulur 4 hari tu kan. and nak carik bahasa apa diorg guna. kot jadi mcm ayam itik harusla ku download dictionary siap2. wish me luck k?

Romania mmg tempat idaman hati dari kecik sebab kitorang ni byk tengok cerita ahli sihir, Harry Potter sume tu. abg Ron kan keje tangkap dragon kat Transylvania tu. hmm maybe ku patut tengok citer Hotel Transylvania sebelum pegi. hehe. and of cos mmg sgt terpengaruh dgn Dracula so mcm tak sangka akan berjaya jugak ke sana, insya allah...

waaa akhirnya berjaya tulis blog balik. this is my first entry for this year okeh! and I plan to write at least once a week after this. chaiyokkk!


Legoland... yippie!

Love & Kisses ✿ sha 6 comments
yup, LEGOLAND is opening soon okeh.
at Nusajaya, Johor.
and they're having Pre-Opening Annual Pass Promotion!!!
RM195 je for annual pass for year 2013 compare to RM140 for 1-day pass.
of cos aku bole bergolek-golek, tiarap terlentang kat Legoland tu tiap ari dengan harga yang itu.
untuk berita lanjut, sila klik di SINI.

Cadangnya mau membeli Airasia ticket sempena BigSale ni kan tapi kensel sebab lately cik Hubby macam sangat bizi untuk bercuti-cutian gitu.
And suddenly tengah berjalan-jalan kat my ex-schoolmate blog, dia bercerita tentang Legoland yang ineh.

ai of cos melonjak-lonjak gembira sambil tergedik-gedik nak membeli kan.
dah tentu tiap kali nak balik kampung mmg lalu tepi Legoland tuh. maka harus la menyinggah kan.
kalau nak bayar RM140 for 1-day pass tu macam mahal sangat tapi setakat RM195 untuk setahun macam tak luak pun. best best! haha.

For more info, you may go HERE.

ai nak bercuti-cutian plis!

Love & Kisses ✿ sha 11 comments
My parents are going to Jakarta & Bandung today.
Flight kul 5 ptg.
Seminggu dok bersoping-sopingan kat sana.
'hape kekdahnye la mak bapak aku gi Indon time2 gunung berapi nak meletup gini kan.

And family-in-laws pulak ke Langkawi.
hari yang sama.
Next Monday baru balik.
My sis yg dok Miri akan ke Kedah juger this month.
'hoh! diorg ni nak meredah banjir gaknye.

Ann gi Hanoi.
Fizah baru balik dari Europe.
Huda plak berbabymoon kat Cameron.

waaaa i'm veri jeles oke. <-- itu motip sebenarnye =p

cam sgt best je kalo dpt berjalan2 gitu.
so, ngapekah aku seorang yg tercongok kat JB yg gersang ni eh?
T_T

oo sebab cuti dah abih.
and duit pun tak berapa nak ada sebab reserve for our little prince nih and konon2 nak beli kamera baru la kan.
Apepun next year berazam akan berjalan2 ngan dasat.
At least gi Langkawi or Cameron or Kuching.
Takpun gi la pantai memana kat M'sia nih.
gi jln kat Mlk or soping kat KL pun jadik.

oo ko nak soping ye?
bookshelf ngan almari baby yg beli kat IKEA bulan lepas tu pun tak pasang lagik dah verangan lahai nak bersoping2 lagik.


uwaaa but I really need a break hokeh.



And I can't wait for tomorrow!
sebab aku dah jumpa satu lagi kedai baby yg best kat JB nih so balik dari PC Expo sok bercadang nak gi sana ^_^

Pastu nak beli jeruk asam paya yg veri tasty kat Pandan City.

eh ai lupa nak cakap.
langau2 kat luar tu sile jangan jeles ye.
aku ni dah memang sejak azali shopaholic so nak buat camne kan.
lagipun aku tadek la nak guna2 duit ko tu pun.
harap maklum.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review