Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Emir Danish @ 2 years 7 mths old

Love & Kisses ✿ sha 1 comments


at 2 years 5 months, dah pandai linkkan huruf dangan perkataan.
contohnya A utk apa?
'Abangggg
'Adikkk

I untuk apa?
'Ibuuuu

pandai baca A to Z when he was 2 years 2 months old.
and start semalam aku perasan dia tegur aku bawak kete laju time nak pegi opis. he said, 'mammaaa jangan bawak laju2 laa. nanish jatuh niii..
comel je kan budak 2 thn tegur omak.
sejak bila ntah pandai sound2 orang ni kan.

kelmarin dia dah turun bawah dulu, tunggu kitorang bersiap. papa dia still kat bilik air, aku tengah gosok baju. dari bawah dengar dia jerit, 'papa oo papaaa cepat sikit laaaa..

yes, he's an intelligent kid.
that's some of the good advantage of sending your kids to nursery instead of babysitter.

tapi sgt kesian je sebab macam selalu diabaikan sbb perhatian mmg of course more to Aaira.
but Danish mmg pandai bawak diri.
malam2 bila Aaira dah tidur, and aku peluk dia, mesti danish cakap, 'mama, mama pergi bagi susu adik je la.

oh sweet...

maksudnya tak payah la nak susah2 caring2 peluk dia, jaga adik je la.
haha

and Aaira is entering her 9 months in a few days.
dah lepas dua2 tangan okkk budak kecik nih.
tapi belum berjalan lagi la.
tempat feveret ialah dapur.
pantang leka mesti jumpa dia kat dapur.
omak malas nak pasang safety gate.

and with this two kids around, agak senang utk maintain slim.
and I learn to do things faster, eat faster, mandi faster, pendek kata semua serba cepat lah. kang mcm mana nak concentrate mkn kalau sorang sibuk, mama, mama, adik pegi dapur. kang sorang lagi dah sibuk turun naik tangga lompat2. fuh fuh.

I am 49 kg time raya aritu and skrg dah 50 kg balik. but the numbers gets around mcm tu je la takde naik banyak sangat so of cos I'm hepi, kan.

and by the way sempena nak abis raya ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua ya.

hihi. nampak no berzaman tak update blog kan.


Legoland... yippie!

Love & Kisses ✿ sha 6 comments
yup, LEGOLAND is opening soon okeh.
at Nusajaya, Johor.
and they're having Pre-Opening Annual Pass Promotion!!!
RM195 je for annual pass for year 2013 compare to RM140 for 1-day pass.
of cos aku bole bergolek-golek, tiarap terlentang kat Legoland tu tiap ari dengan harga yang itu.
untuk berita lanjut, sila klik di SINI.

Cadangnya mau membeli Airasia ticket sempena BigSale ni kan tapi kensel sebab lately cik Hubby macam sangat bizi untuk bercuti-cutian gitu.
And suddenly tengah berjalan-jalan kat my ex-schoolmate blog, dia bercerita tentang Legoland yang ineh.

ai of cos melonjak-lonjak gembira sambil tergedik-gedik nak membeli kan.
dah tentu tiap kali nak balik kampung mmg lalu tepi Legoland tuh. maka harus la menyinggah kan.
kalau nak bayar RM140 for 1-day pass tu macam mahal sangat tapi setakat RM195 untuk setahun macam tak luak pun. best best! haha.

For more info, you may go HERE.

kisah semasa kecil.

Love & Kisses ✿ sha 0 comments
Memang banyak yang mau dicerita tapi mood untuk menulis macam tak ada.
Nak start dari mana pun tatau.
Jadi cuma copy and paste dari my sis's blog sahaja sebab apa yang dia tulis adalah sama dengan apa yang ada dalam otak aku.

I'm so so glad that she finally came up with this story sebab aku takut lama2 mungkin akan terus hilang ingatan tentang kisah ini.

kisah kenangan semasa kecil yang sangat-sangat manis and tak mungkin akan lalui sekali lagi...

http://himawari1504.blogspot.com

-----------------------

type entry tanpa rasa bersalah tak update blog selama sebulan hihi

saya balik johor minggu lepas untuk 5 hari
rindu gila nak balik johor, rindu family, rindu rumah dan rindu makanan2 johor

seminggu sebelum balik tu, saya siap termimpi2 lagi
tapi yang peliknya mimpi pasal rumah di quarters majlis daerah dulu
yolah, sejak lahir sampai umur saya 24 tahun weols duduk di rumah tu
rumah kecik gila, setingkat je, bilik tidur cuma ada 3, bilik air satu saja
dahla tepi hutan belantara
tapi kitorang ok je gembira, takmau pindah2 dari situ
sebab halaman sangatlah luas, siap berpagar ada pak guard lagi
nak main petang2 memang bestlah
nak buat kenduri kahwin 100 khemah pun takdehal
ingat lagi masa darjah 4, kitorang hampir pindah ke rumah weols di shah alam, tapi tak jadi sebab kitorang semua termasuk mak mogok taknak

setiap pagi tepat pukul 6.30 pagi, akan startla bising gila bunyi-bunyian enjin lori
sebab kawasan tu tempat parking lori sampah, lori bagak dan lori2 lain jugak
so semua pekerja majlis daerah akan datang start kerja ambik lori, troli sampah kayu yang tolak2 tu dan segala macam peralatan di situ
lori sampah ok, lori sampah
kalau ada tong sampah besar yang baru, kitorang akan merasmikan dengan main kat dalamnye
zaman dulu kan lori sampah yang 4 segi besar tu, campak2 je sampah atas tu, tak macam sekarang, dah automatik mampatkan sampah bila masuk
lori ape yang saya tak pernah main, sila cakap
crane yang besar tu pun saya pernah main2, sapa suruh parking situ kan hihi
kalau ada mobile scaffolding tu lagi best
kitorang naik ramai2 dan tolak laju2
masa tu family cik lah,mak cik saya datang,so dengan sepupu sepapat weols ramai2 naik scaffolding tu dan tolak laju2
ngeri gila bila ingat balik T_T

sebelah kanan rumah pulak, dumping area
iaitu tempat buang sampah besar-besaran
fuh nasib baik takde bau sampai ke rumah
dulu first time saya main masak2 dengan along dengan boy kat situ la
kitorang terjumpa kuali lama
then along curik2 ambik beras dengan kacang kat dapur
lalu kitorang pun buat unggun api dan masak nasik kacang
bila mak tau, terus kena marah sebab mak kata kuali tu kannnnnnnnnn ambik kat dumpinggg kotorrrrrrrrrr, hishhhh budak2 niiiiiiiiii

itu la akibatnya 3 beradik yang beza setahun je, kepala sama je, jadi best main sama2
along selalu buat permainan or pertandingan yang pelik2. mula2 kena lari 10 meter, lepastu lalu atas paip air, pusing pokok kelapa 3 kali, petik 3 helai daun lepastu bla2 sapa sampai kat pokok jambu dulu dia menang
bila dah besar baru perasan, oh itu macam amazing race T_T

dah duduk tepi hutan a.k.a paya, dah tentulah haiwan pun tahap zoo kan.

dari kecik lagi dah jumpa segala mak nenek haiwan pelik2
biawak tu biasa la lalu tepi rumah, besar buaya pun ada
ular, memang tak payah cakap la
ular lidi memang biasa masuk
ular tedung pun, macam mana entah pada satu hari boleh masuk bilik belakang
masa tu along ada kat situ tengah ambik buku dari almari
kitorang semua berkejar ke belakang bila along jerit
sampai sekarang saya takkan lupa scene itu
ular tedung tu berdiri sambil menyembur2 arah along
along pulak kat corner dinding, tak boleh pergi mana dah
last2 abah yang pukul ular tu
setiap kali ular masuk, abah yang setelkan
ada satu hari mak terlanggar ular sawa besar masa kat luar pagar quarters tu
ular tu lintas jalan, besar gila ok panjang pulak tu
esok paginya masa bersiap nak pergi sekolah, mak terkejut gila tengok ada anak ular sawa tidur dalam almari buku
taktau bila masa dia datang
nasib baik anak ular je
dah la masa tu boy yang tidur dalam bilik tu, rilek je dia tak perasan T_T
so kitorang saspek mesti anak ular tu dia kejar bau darah mak dia tu
tu laa mak la langgar mak ular tu semalam, kan dah anak dia carik.. kata weols

satu hari, saya sedang memasak nasik dekat dapur
masa tu abah dah renovate dapur jadi berdinding
dulu dinding separuh je ok, separuh lagi open air..so sapa2 nak curik tong gas, anytime je
kalau malam2 mak nak masak untuk sahur, berani2 je la, almaklumla belakang rumah kan hutan
bayangkan ko masak sambil sekeliling gelap gelita bunyi cengkerik, monyet, gajah semua ada [ok, gajah tu tipu]
jadi satu tengahari, saya membasuh beras nak masak nasik sebelum pergi sekolah petang
sinki tu betul2 tepi pintu
tiba2 saya nampak ada benda hitam tepi kaki saya
saya terus terkujat, freeze macam air batu
ular tedung besar gila ok!!!!
dia jenguk dari bawah pintu
kebetulan bawah pintu tu gap dia besar sikit
so ular tu jenguk kepala, bercadang nak masuk, tapi bila nampak saya, dia kensel
bila ular tu berambus je, ko tau aku punya lintang pukang lari
tinggal segala beras, tak jadi masak nasik, masuk dalam, kunci 2 lapis pintu siap sendal dengan tuala takut ular datang balik, masuk bilik, call abah lalu menangis gila2
takuttt weyyy

ok, saya dah tau kenapa sampai sekarang saya fobia dengan ular
tak boleh tengok gambar langsung
tengok handbag ala2 macam kulit ular pun dah meremang bulu roma
ni tengah type perkataan ular pun saya meremang nih haaa

cuma yang peliknya, masa tu saya anggap tu macam perkara biasa
yela, memang takut, tapi, saya tak rasa macam rumah ni yang tepi hutan sangat, saya rasa macam, la ular lagi
yelah, kejap2 kala jengking masuk
lipan bara besar gila
anjing pun pernah
apekejadahnya semua haiwan nak datang rumah ni T_T
oh2 saya tau kenapa, sebab kitorang tak pernah tutup pintu
masa nak tidur je tutup pintu ok..
almaklumla kawasan berpagar ada pak guard lagi, tak takutla pencuri..
lagipun rumah itu ada banyak lubang udara sebesar penumbuk, setakat ular nak masuk tu, takdehal la

sekarang bila lalu je kawasan rumah tu, mesti saya tanya mak 'mak, macam mana kita boleh duduk rumah macam tu lama gila haa?'
mak pun tanya benda yang sama
bila tengok balik, serius macam setinggan ok
lalu kitorang pun akan sama2 bercerita pengalaman pelik2 masa duduk dekat situ
disebabkan lan2 pergi offshore harini dan saya tinggal sorang, saya tak berani nak cite antu pasal rumah tu dekat sini. fuhh

siyesly, macam mana boleh duduk sampai 24 tahun di rumah itu?
...

Salam Aidilfitri 2011

Love & Kisses ✿ sha 0 comments

Akhirnya dapat tepek gambar bertiga kami, encik Hubby plus cik baby yg veri d comelness.

owhh sangat best ye perasaan beraya pertama kali bertiga ^_^
bak kata Hubby waktu on d way balik semula ke sini semalam, 'hidup macam dah sangat complete bila ada wifey tersayang and baby di sebelah.

hihi.

So, sempena hari raya ini mau ngucapkan Salam Aidilfitri buat semua.
Jemput la datang rumah tapi call/sms dulu ya ^_^

Tarikh yang itu

Love & Kisses ✿ sha 12 comments
First of all adalah mau ngucapkan terima kasih pada semua aunties yang memberi wishes yang sangat banyak di entry Emir Danish ye. Tak sempat pun mau mereply all the comments tapi agak excited sebab tak sangka blog ineh banyak jugak pembaca ^_^

And secondly, mau ngucapkan congrates pada Diah (11/2/11), k|ree (7/2/11), Marina (2/2/11), Eeza (4/2/11) and Siti (26/1/11) atas kelahiran putera puteri tercinta.
'wuhuhu ramai plak geng Emir Danish yang lahir bln ni ye.

So, it's been 16 days since Emir Danish delivery day.
Sangat banyaklah cerita yang mau dishare di sini tapi mommy bermata panda ni sangat la tak sempat mau menulis.

Time cik baby tido, si mommy mau mandi.
takpun berurut sana sini.
takpun, gi makan.
dan tiba2 cik baby dah mangun balik.

tak la meragam pun.
nak dengar cik baby menangis melalak2 adalah lansung takde.
cik baby adalah sangat baik sejak dari dalam perut mommy lagi ^_^

ohh tapi macam mana mau cakap ye.
24 jam rasa macam sangat tak cukuplah buat masa sekarang.
macam lebih penat daripada waktu bekerja.
tapi adalah sangat suka sebab diri berada di rumah.
'kan impian sejak dulu adalah mau jadi housewife sepenuh masa gitu =p

Anyway, hari ini bukan mau bercerita tentang kesah delivery.
Sebab mood bercerita macam tak berapa nak ada.
Cuma nak share tentang semua yang jadi pada 30th January 2011.

Perkara pertama of cos the delivery of our beloved son, Emir Danish bin Muhammad Zainol Abdin.


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Cerita tentang the whole process tu nanti-nantilah aku tulis di sini ye.

ok jek.
takde la sakit melampau macam yang orang selalu cakap tu kan.
Maybe sebab aku guna epidural.
haha nak ngutuk aku la tu kan ckp guna epi so memang la tak sakit.
so, sape suh ko tak guna epi kansss?
...

and to tell u d truth, pada aku, aktiviti berpantang ni adalah lebih horror daripada sakit bersalin oke.
betul!!
nape aku cakap macam tu ye?
hooo nanti-nantilah aku cerita.

Semalam, mak bidan yang urut aku tu cakap, 'kakak kalau tak jaga2 nanti Danish cepat dapat adik ni tau kak. kakak subur nih..

Aku automatik cakap, 'oh bagus la..

haha terkejut makcik tu, 'ehh budak nih. bersalin aritu tak sakit ke?

Terover excited plak aku ni kan bila makcik tu ckp aku subur.
tapi tu la aku cakap. sakit bersalin tu takde la melampau sangat.
bila baby dah kuar, entah nape, automatik rasa sakit tu hilang.
bukan la hilang pun tapi macam tak ingat lak apa benda yang aku sibuk2 nak sakitkan sangat tu kan.

so kalau Emir Danish cepat dapat adik pun apa salahnya kan.
hee~

Anyway, 30th January 2011 juger tarikh adik lelaki aku selamat bernikah.
Aku tak dapat datang sebab tengah deliverykan cik Emir Danish ye.

Gambar dan video adalah seperti di bawah.
Cerita lanjut tentang majlis mereka tu pun nanti-nantilah aku tulis di sini.
sangat pelik and agak sedeh sebab wedding adik sendiri plak aku tak dapat pegi, kan.
Tapi of cos tak mungkin akan tukar dengan apa-apapun sebab itu adalah antara hari paling bermakna dalam hidup kami dengan kelahiran putera tercinta, Emir Danish ^_^



ai agak jeles sebab video ni sgt sweeeettt hoke.
my wedding vid by PMline adalah sgt horror T_T T_T

tapi takpe la... mana ada wedding yg perfect sangat pun kan.
*mood pasrah*
Pengikat cinta kami, si Emir Danish pun dah selamat lahir ke dunia ha ^_^

his wedding.

Love & Kisses ✿ sha 8 comments
and my brother is getting married in a few weeks time.
30th January to be exact.
which is a day before our wedding anniversary.
wuuhuuu~

*sbenarnya nak ckp, 'wahhh aku dah kawin dekat setaun yeh!*

Macam sangat cepat la masa berlalu... <-- hoh, ayat biasa.
maksud aku adalah, owh kejap je kami dah setahun kawin.
and kejap je, adik lelaki aku pulak nak kawin...

2009, time aku bertunang, adik perempuan aku kawin.
6th June 2009.

2010, aku kawin...
31st January 2010.

and 2011, turn adik lelaki aku pulak.
30th January 2011...



Setaun sekali ye mak aku buat kenduri kawin.
Pasni tunggu 10 tahun lagi la kot sebab adik bongsu aku baru nak masuk Form 4 ni.

hum hum.

Tapi rasa macam baru je kami pegi sekolah sama2 dulu.
Naik kete my mum, parking dalam sekolah sebab she's a teacher there, terkedek2 la kami ke kelas.
Aku darjah 5, Angah darjah 3 dan Boy darjah 2.
Time tu Faiz, my youngest brother belum lahir lagi.

Petang2 main kejar2 keliling rumah.
dengan Zila, Nurul, Ida and Izat.

and tup tup ni, semua2 nak kawin dah...

The reception for the bride's side will be at Dewan xxx, Port Klang.
and our side will took place a week after that at Dewan xxx, Ptn.

And their theme adalah pink purple.
'gaknya our family memang takleh lari ngan kaler2 gitu kot.
Time Angah kawin adalah kaler merah.
Aku tunang pun kaler merah.

Aku kawin aritu adalah pink purple.
refer to dis entry.

And diorg ni pun nak kaler yang sama jugak.
'memang kaler tu je kot yang nampak cantek kat mata kitorang nih =p

Baju pun aku tak beli lagi.
Boy bgtau theme color dah last minit so tak sempat nak beli time sale gile2 aritu.
Kalau beli kat Angsana harus 3, 4 ratus harga baju tu kang.
Hubby pun tak sempat nak tempah baju melayu baru.
So tengoklah nanti.
Rombongan berwarna-warni.

And sebab dah alang2 gi KL, of cos nak gi IKEA jugak.
Sebab nak beli sebijik lagi wardrobe kaler putih utk brg2 aku.
Biar nampak kemas sikit bilik kat bawah tu.
tapi cam kompem je encik Hubby tak bagi sebab time tu dah sarat sangat pastu sibuk plak la nak jalan ke hulu ke hilir lagi.

and that 31st January adalah our first anniversary!
so of cos nak celebrate jugak.
And time tu aku adalah lebih kurang 38 weeks+-
tengah nunggu hari nak deliver ye.
wuhuhuu~

hopefully baby kuar lepas majlis selesai la sebab of cos ai nak bergambar sakan time wedding tu kan.

aa nak baby kuar 11/02/11 bole? hehe.
nanti IC dia akan bernombor cantek.
110211-01-xxxx

tapi kalau lahir 15/02/11 pun sgt best.
sama tarikh dengan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW...
12 Rabiulawal 1432H.
...

and I'm 35 weeks preggy now!
weeee~

of this and that

Love & Kisses ✿ sha 3 comments
Eventho aku cakap dah takmo amik order untuk guestbook until bln 3 tapi rupanya macam tak berapa nak sampai ati. Mmg byk yang aku dah tolak tapi bila pikir2 balik kesiannya la kat org2 yg tak jumpa tempat nak buat guestbook ni kan.

So telah kembali gigih buat guestbook balik ngan perut yg memboyot nih.
ahaks.
Tetiba teringat time aku nak kawin dulu.
Sgt sedeh sebab semuanya aku kena buat sendiri and veri last minute plak tu.
Tapi pengalaman tu la yg paling manis sebenarnya kan.

Anyway, my sis-in-law a.k.a Hubby's sister is pregnant!
Might sound ordinary to u but not to us sebab dia dah 10 tahun kawin oke.
and 2 kali keguguran...
and her size is quite big (almost like Syanie)..
alhamdulillah dah masuk bulan ke-5 pun kali ni...

Tau dia preknen pun waktu Ramadhan lepas.
Time tu aku nak masuk 4 bln.
And when she checked, dah 2 bln pun...

sangat sabar kan diorang ni.
especially the husband.
he is soooo baik and lembut and memang sangat susah la nak carik laki mcm tu sekarang nih.

and the wife is not working.
and they live in rural area.

Dah la takde anak, tak keje, dok kampung, berisi plak tu.
Kalau dok bandar lain la. ada anak, takde anak pun org tak pedulik sangat.
Tapi ni, kompem kena ngutuk byk2 dengan jiran sekampung you!

Last month she was admitted due to diabetic problem.
And since then have to take the insulin injection 4 times a day.
seksa... tapi dia ckp takpe la kerana baby dia sanggup buat apapun.
Kadang2 tu aku tengok sampai jarum dah tak boleh nak tembus kat kulit.
So hopefully this time her baby, both of them, will survive... amin.


'haaaa sgt syomel kan saye?

veriiii adorable and pipi yg bambam.
sgt best utk digomol.
haha.

pict taken from her mom's blog a.k.a my sis.
si cantek Syaura.
my one and only niece ^_^

Wedding : Zaza & Azlan

Love & Kisses ✿ sha 2 comments

eh berjaya uplod video rupenya.

haha.

pasni bole try letak video kawin aku plak.
both done by En Zaha from Pmline.
oo ye, sila pausekan lagu kat bwh sebelum menonton.
...

by the way, ni wedding adik aku, Zaza, my one and only sister, 6/6/2009 aritu merangkap tarikh tunang aku.
Sangat suweeeet hoke.
ai suker!
tapi dia dah curik lagu aku so aku terpaksa guna lagu lain.

Cerita lanjut adalah di sini dan di sini.

ai mau nyambung mempacking barang.
cam makin aku ngemas makin bertimbun lak barang atas lantai.
cam takde pekdah.
and cam sangat menat.
dah la tadi satu ari aku dok prepare utk domestic inquiry (DI) sorang staff ni.
stress oke.
tu besok2 baru cerita.
sekian.

Another gift~

Love & Kisses ✿ sha 3 comments
Last 2 days, we got another wedding gift.
A big oven from Hubby's friend.
Sangat sukerrr!!

*dah kawin sebulan lebih pun still dapat wedding gift lagi eh ;p

Actually, we got 2 ovens for the wedding.
Yang satu lagi tu oven toaster from my frens.
Kecik sikit so tak boleh buat baking.
This one is soo big I can put the whole chicken in it.

best best.

So dah bole slash high-volume oven from my wishlist.
But I still need a big mixer, a few stainless steel bowl, some loyang bakar, and a good food scale. Maybe lagi 5, 6 bln la baru beli.

'nape takde org nak bg hadiah food scale or apron eh? kan sangat murah tu.. <-- bajet cam ada je org nak bg ;p

Petang ni nak pegi JJ la nak carik apron seksi lawa.

And I've been eyeing this mixer from Kenwood for quite sometimes. *psstt En Hubby dengar tak? hehe..

dan oo ye. jangan tak percaya.
I'm making bread for breakfast today.
Roti Lemak Badam.

Panas-panas keluar dari oven terus masuk mulut. veri d sedap okeh. Gemuk-gemuk kembang lembut. And it melts in your mouth. yummy!

Ni resepinya.


Bahan :-
Tepun Superfine/Gandum : 700gm
*aku guna Tepung Superfine Nona
Yis : 11gm (1 pkt maripan/Moi)
Garam : 1 camca teh
Gula : 200gm
Telur : 50gm (1 biji)
Susu/Susu tepung : 35 cc / 5 camca besar
Air : 400 cc (1 mug)
Minyak Masak (Murni) : 70gm / ½ cup
Badam hiris : Ikut suka

Cara membuatnya :-
1. Campurkan air, yis, telur, gula, garam, susu & gaul rata.
2. Gaulkan tepung ke dalam campuran di atas sampai sebati.
3. Masukkan minyak masak dan diuli adunan sampai jadi doh.
4. Biarkan adunan dlm 15-25 minit hingga naik.
5. Setelah naik digaul semula adunan tadi dan bentukkan bulat-bulat ke dalam acuan yang sudah disapu mentega dan letak badam di atasnya (kalau suka).
6. Masukkan adunan separuh naik kedalam oven untuk bakar (190 celcius 20 min)



Gigih tak gigih la aku ni kan.
Mana ada bini orang lain rajin sesangat masuk dapur sampai nak buat roti sendiri ni kan.

Kot mak aku tau harus dia buat kenduri 3 hari 3 malam nih.

haha.



and, it was you all along...
^-^

si cantek~

Love & Kisses ✿ sha 10 comments

ye, hobi saye adalah tido.



akhirnye saye bukak mata sambil kerut dahi sebab acik Sha saye asyik suh mommy saye kejut sebab dia suh mommy amik gambo saye mangun.

'aa bila la Syaura nak balik sini jumpa acik nihh?

oh my.
I can't wait to see her next month!!

------

My stomach and back has been hurts like hell.
Dah 3 minggu ni...
Rasa macam senggugut yang amat dahsyat.
Padahal sakit tu datang time aku tak period.
And time period pun selalu aku takde kena senggugut.
Normal je.

Agaknya sebab angkat-angkat fail kat opis aritu.

Nak tidur mengiring belah kiri memang tak boleh ni.
Lansung tak selesa.
Kaki kiri pun macam kebas dah.

Rasa macam nak pegi urut je.
Tapi teringat lak time urut sengkak a few months back time rahim aku turun sebab tolak almari dulu.

Gile sakittt oke!
Jadi telah fobia nih.

Orang cakap, bab-bab rahim ni tak boleh urut sebarangan.
Takut effect apa-apa pulak nanti.

And dokter cakap, masalah urat.
So maksud dia boleh urut ke tak eh?
haih.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review