Showing posts with label Bunting. Show all posts
Showing posts with label Bunting. Show all posts

The Perfect Dress~

Love & Kisses ✿ sha 2 comments
Yey, the bunting is here.
Semalam gi amik kat Danga Bay outlet.

Ye, walopon tak berapa suka dengan gambar tu sebab aku tak bersolek, tak bermekap bagai sebab gambar tu amik time penat2 petang raye kan. Tapi best juger sebab gambar tu agak sweet and menepati citarasa.

ntah. tak paham pun.
But anyway, I'm satisfied with the service di Kadkahwinku.com tu.

Will post the gambar bunting later yeh.

And... I've found the perfect dress!
yippie!!

oh, but the color is black gold.

Sangat perfect di mata aku and asyik terbayang tiap kali bangun dari tidur <--- cam suda parah nih.

Biar la kaler hitam pun kan. Standard orang kita kan warna hitam mana la elok untuk majlis kahwin. Tapi my dear Hubby suker je ni ok. 8 bridal kitorang survey time hari Sabtu Ahad lepas. Hujan lebat pun main redah je. Sampai demam-demam dah Hubby tu. We went to Adli Bridal & D' Pesona kat BBU, Exclusive & ATT at Angsana, Mumtaz Bridal & Adli Bridal outlet Pontian, and two others at Rengit and B. Pahat.

'kan orang cakap, you won't find the dress.
The dress will find you.

When you look at the dress, you'll know that it's the one...
Now I understand the feeling.
...

hiks. cam melampau plak statement.

But, it's your wedding oke.
Bukan nak kawin 2, 3 kali pun.
Nanti gambar tu la yang ko nak tatap 10, 20 tahun lagi. Gambar tu la yang tergantung kat bilik tidur nanti. So, selagi tak jumpa baju idaman hati, never settle for less okeh.

-----

ok, ok i know. banyak email yg tak direply, komen yang tak sempat dibalas ni. sangat2 super-duper bizis and i've got problems with my internet connection. not sure why but truly sorry, my gmail sgt2 tak berfungsi skarang nih. i will definitely get back to u on the Nu Skin product and Surah Yassin and this and that, later on okeh ^-^

Banner/Bunting

Love & Kisses ✿ sha 5 comments
Last Sunday, balik dari kenduri di rumah nenek Hubby, sempat la singgah di Kadkahwinku.com office at Danga Bay. Cadangnya mau mensurvey-survey the wedding card tapi kedai tutup la pulak. Hubby's fren yg bukak cafe kat sebelah tu cakap, Rizal (the owner) tgh cuti raya lagi.

Then, jenguk-jenguk kat situ, nampak promotion utk bunting/banner. RM25.00 (without photo) and RM50.00 (with photo).
And RM65.00 for 2 pieces (with photo).

ye. Aku sangat gembira oke.
Dah la lawa, murahan pulak tuh.
Kalau nak compare dengan tempat lain memang lagi mahal oke.
'over excited jap ^_^

So, weekend ni bercadang mau ke sana to book the thing.
Siap dah promote kat my opismate yg nak kawin bln 12 ni and dia pun nak book kat sana jugak.

And hopefully ada la card yang dalam lingkungan budget kami.
Sebab aku sangat suka dengan design dia.
But then, cousin Hubby di BP pun memang ada printing company.
Since dia pun dah offer nak buat kad kami, kan lebih baik kalau dapat harga murah dengan sedara-mara sendiri?

So, maybe next 2 weeks we're going back to BP to settle on things.
Cards, bangle for me and wedding bands for him.

And on the 10th and 11th Oct 2009 we're going to attend the Kursus Kahwin here at Hotel Selesa.

Agak mahal oke.
RM120.00 per pax.
Time-time gini semua benda rasanya mahal. hiks.

*aiseh. tak dapat nak attend wedding si k|ree di Mlk sebab tarikhnya sama dengan tarikh kursus kami. haih, maaf ya k|ree ^_^

Pelamin/Kad Kahwin/Bunting

Love & Kisses ✿ sha 5 comments
Ahad yang penat.
Dari pukul 7 pg tadi sampai pukul 8 mlm ni aku dok mengonlinekan diri.
Banyak sungguhlah yang aku googlekan arini.
Antara artikel bermanfaat yang aku baca, datangnya dari blog ineh MajlisImpian.

Tiba-tiba rasa mcm banyak sangat yang aku ketinggalan.
Macam banyak sangat yang berselirat kat kepala otak.

Ok. Benda pertama yang aku googlekan tadi adalah rupa bentuk Pelamin.

Aku mau pelamin putih gading.
Kerana sesuai dengan apapun warna tema.
Kalau nanti tiba-tiba aku 'tertukar' tema kepada warna hitam, hijau atau biru sekalipun ia tetap takkan mencacatkan suasana.
'kan?



Aku sangat-sangat-sangat sukakan pelamin yang ineh!
Dengan bunga-bungaan berwarna pinky violet.
'wahh! very the tasty okeh.

Yang di bawah ini pun oke juger cuma ntahlah. Aku lebih berminat dengan yang di atas ^-^



And aku tamau pelamin bertiang 4 yang besar-besar tu.
Memang lawa, tapi dari pemarhatian aku, pelamin yang banyak-banyak tiang ni akan mengganggu orang yang mau mengambil gambar.
Lagipun tak ramai sangat yang boleh menyelit time sesi penggambaran nanti.

And then aku google tentang Bunting/Banner.
Yey! Akhirnya dah jumpa tempat yang buat Bunting yang murah dan cantik.
Ada yang berharga RM45.00 sajer tapi artwork dia mcm tak berapa menepati citarasa aku.

Aku mau yang di sini (Kadkahwin Pino). Walaupun harganya RM60.00 tapi mmg sangat tastylah. Kad kahwin yang ada di situ pun sangat menarik and murah walaupun tak disertakan sampul bercetak. Di JentayuDesign pun ada bunting yang menarik cuma harganya agak mahal. RM110.00 untuk 2 bunting and extra RM50.00 kalau mau diletakkan gambar.

Rasanya untuk kad kahwin nanti aku mau ngambil yang di sini kerana designnya menarik dengan harga yg berpatutan and sampul bercetak pun diberi sekali ^-^

Tapi tatau lagi la sebab cousin hubby pun ada kedai kad kahwin sendiri so mungkin boleh dapat yang lebih baik dgn discounted price, kan.

Arini banyak benda yang aku dah survey and dah terpikat.
Masalahnya sekarang, tarikh nikah ngan sanding tak tetap lagiii!
uwaaa~

Parents aku nak kami nikah pada 1/1/2010 or 2/1/2010 and Majlis Bersanding pada 13/2/2010. Majlis Bertandang pula pada 14/2/2010.

Encik hubby mau kami bernikah dan sanding pada hari yang sama, 14/2/2010 and kenduri belah lelaki pada 20/2/2010.

Sebabnya, mudah, lagipun satu kenduri je kat belah aku so aku boleh save budget ^-^ and family dia pun tak payah nak datang 2, 3 kali.

Actually aku cuma pentingkan tarikh nikah sajer.
Nak bersanding bila-bila pun boleh. Aku tak kisah.
Sebabnya tarikh nikah tu yang kita kena ingat sampai bila-bila, that's why kena pilih tarikh yang cantik sikit ^-^

Untuk bersanding pulak aku lebih suka pilih tarikh yang biasa-biasa.
Sebabnya, satu, itu takkan jadi tarikh anniversary kami.
Yang kedua, pakej perkahwinan/photographer/apa-apa pun akan jadi lebih mahal jika kami memilih tarikh favourite.

Oklah, esok aku nyambung menulis lagi ye.
Sekian.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review