My job, me, the wedding preparation, me, everything.
And I feel like vomiting
...
Aku adalah penat.
betul!
Nak last-last ni rasa macam haih, cepatlah semua ni berlalu.
Penat tau balik kg tiap minggu.
And penat melilau carik barang.
Penat juger nak pindah-pindah barang masuk rumah baru, and nak susun-susun balik semua.
Penat tau!
Tadi balik kerja, nyambung duduk atas kerusi, lipat-lipat kertas, potong-potong itu-ini yang beratus-ratus seorang diri.
Tu belum operasi tampal-menampal, belum start buat TQ tag lagi, nak gunting-gunting lagi, belum start tulis kad jemputan yang beratus-ratus tu lagi. Ada la setakat 10, 20 kpg aku dah pos.
aaaaaa!!!
Patut aku order je TQ tag tu aritu.
Setakat 90 inggit sekotak takde halnya daripada penat nak mati buat sendiri nih! Sape ntah yang promote cakap D-I-Y tu senang ntah!!
Nak meraung dah nih T_T
Tengkuk sakit, kepala sakit, aku penat, keje kat opis sume buat aku nyampah.

I know I shouldn't say things like this.
Grumbling, complaining all the time.
I know.
This will soon be over but I just can't help it.
I'm tired.
Tapi nanti mesti sangat rindu saat-saat macam ni kan.
Bershopping itu-ini.
Survey barang-barang lawa dari satu kedai ke kedai lain, konon nak carik yang murah tapi kalau ikutkan, duit minyak time melilau carik barang tu dah boleh cover banyak benda lain.
Saja je nak puaskan hati sendiri.
Dah pergi kedai ni nampak mahal dua posen, sanggup pegi kedai jauh nun kat sana sebab takut nanti terkilan kalau ada barang lain yang lagi murah.
ahaks.
Dulu-dulu kan, tengok orang nak kawin, rasa bestnya jadi pengantin ni. Boleh pilih barang cantik-cantik, yang merelips sana-sini tanpa mikir apa orang lain kata.
Warna ikut kita, pilihan barang semua ikut kita.
Maklumlah raja sehari.
Tapi kan, awal-awal dulu je aku rasa macam tu.
Rasa macam nak buat serba-serbi sendiri.
So nanti lebih puas hati.
Tapi bila dah sibuk-sibuk ni memang rasa nak campak je semua ke tepi. Rasa menyesal tak buat awal-awal dulu pun ada.
haha.
standard la kan.
semua bakal pengantin akan alami situasi camni bila dah last minute.
Padahalnya dulu-dulu memang dah tau pun nak kawin bila.
So patut dah boleh budget, time ni nak buat apa, time tu nak buat apa. Dah bole start survey yang dasat kalau nak. Tapi kemalasan melampau gaknya time tu.
Dah time2 macam ni confirm la memang akan ada yang kurang di sana-sini T_T
Apapun, operasi semalam adalah agak berjaya.
Candies telah berjaya diborong dengan harga yang agak berpatutan kat area Johor Jaya nuu.
Wedding ring for Hubby pun telah selamat dibeli di JJ Tebrau.
Tinggal guestbook sajer.
Kalau aku jumpa tempat binding besi kat JB ni memang kompem aku buat sendiri. Tapi setakat ni tak jumpa lagi.
ceh still ada hati nak D-I-Y tuu.
lupakan je la F.