as time goes by...

Love & Kisses ✿ sha 5 comments
Kadang-kadang kan, perasaan tu datang tiba-tiba.
Tadi aku baca komen2 kat blog k|ree pastu berdesuppp... kenangan mcm datang tiba-tiba, macam angin lalu yang laju kat tepi and terus menyusup ke hati.

ntah. tatau pun nak describe macam mana.

Walaupun itu kisah lama tapi sebab ia berlaku dalam hidup aku, macam dakwat hitam yang tumpah atas karpet kuning, jadi macam susah nak padam. Kalau cuci dengan clorox pun, berus kuat-kuat, maybe boleh hilang sikit-sikit, tapi karpet kuning tu pun akan berubah kaler jugak kan.

'kau paham tak?

Macam Ciki yang pergi dari hidup aku.
It's not that I want to forget about him.
It's just that I don't want to remember.
I don't want a ticker to remind me that he has gone for how many months now.
I don't want the memory to be there coz it is too painful to swallow.
Macam tiap kali teringat, akan jadi sesuatu yang pahit kat tekak.
Sebab he is the only living thing who kept me sane, when everything falls apart, dulu.

And that is how I feel about Mlk.

Aku singgah sana last few weeks waktu on the way ke KL for my cousin's wedding.
Sebab nak beli gula Mlk dengan cencaluk kat pasar Mlk Sentral nuu.
Tapi kenapa ya, setiap kali pun perasaannya masih sama.
walaupun dah tinggalkannya hampir 3 tahun yang lalu?

Setiap jalan yang aku lalui, setiap bangunan, rasa, setiap nafas yang aku hela di situ, adalah rutin suatu ketika dulu...

to those who knew, they'll know.

hum hum.
...

'and I miss u Ciki... I truly do........
tak, aku tak lupa. aku cuma tamau mengingati.
kerana ia buat perasaan jadi terlalu sedih.. macam sekarang T_T


fuh fuh fuh~

Love & Kisses ✿ sha 8 comments
Due to some reasons, entry di bawah terpaksa didelete.

no, bukan sebab aku tanak dia tau or anything, *ye, ader aku kesah kalo hilang kwn bodo camtu?* tapi sebab maybe aku nak keje lama di sini pastu mcm tak berapa best kalau dok masam muka je kan. Pastu aku rasa cam ramai la plak makhluk kat opis tu yang baca blog ni so paham2 je la kan =p

Walopun aku memang malas nak menegur hatta sengih2 bertentang mata pun aku cam maleh dah tapi sebab dah satu opis kan. So buat bodo je la kat orang bodo tuh.
.
.
.

okeh aku nak gi makan sate nih.
bye!

Kemaruknya dia

Love & Kisses ✿ sha 17 comments
I've been eating like crazy.
Nengoknya cam orang kebulur je kekadang tu.
And ni tgh kemaruk makan tomyam ngan asam pedas ngan kerabu yg perah2 limau tu.
Nak yang sendiri masak okeh takmo yg kedai punya.
Tak pikir pulak perut aku ni ader ulcer ngan gastrik tuh.

haih.

And then, out of nowhere, jerawat telah naik ngan dasat.
Nasib baik yg halus-halus sajer.
I've never had any jerawat ever since I start using that Nu Skin product so bila tiba-tiba naik byk begini harus la ai rasa cam ala2 nak meraung je kan.
'adakah sebab aktiviti makan ngan dasat?
ye, lagi mau tanya.

And my stomach hurts and kembong like #^%$#!
Dah 3, 4 minggu ni.
Nak tidur punya la susah.
Pusing kanan, kiri, terlentang pun masih sakit.
'aa btul la... ni mesti sebab mentekedarah yg dasat tuh...

oke, sekian komplen utk hari ini.
besok ai bercadang nak gi Jhr Specialist la.
bye!


Sedap la bau perfume ni.
Tadi bos aku lalu kat sebelah and aku cam terpengaruh ngan bau dia yg menusuk kalbu.
Pastu cam nak beli.
So, ada sesapa penah guna?
Tahan lama tak eh?


And bau Chanel ni pun sedap.
Walaupun tak bape fresh/cool cam CK or Hugo Boss tapi tetap best.
Ala2 warm and elegant gitu.

Aku kan mudah terpengaruh nih.
Walopon Hubby baru belikan perfume Stella aritu tapi tetiba rasa cam nak beli yang lain jugak sebab cam nak buat koleksi so tiap ari aku bole tukar2 perfume.
*ye, of cos telah terpengaruh ngan cik puan bos yg byk duit tuh*

ahhh~ yummy!

Love & Kisses ✿ sha 11 comments
ok, I'm back.

And arini aku mengun awal sebab lapo.
And sebab dah mangun awal and Hubby tido lagi jadi telah memasak ngan dasat.

Mula2 sekali buat brekfes Kerabu Tomato.
Lepas dah makan tu, lapo lagi and goreng karipap pulak.
Karipap tu memang aku beli byk buat stok kot kebulur bole terus masuk kuali jek. Dah makan tu 2 bijik, masak nasik pulak.
Pastu nampak otak2 beku kat freezer.
Otak-otak Kempas.


Letak dalam oven 10 minit pastu makan panas2.
veri sedap okeh.
Beli kat supplier dia aritu.
Seriesly takde sape bole celen kesedapan otak-otak Kempas nih.
Yang Gelang Patah punya tu pun tak berapa rasa sgt.
'oo pasni aku dah bole jual otak-otak dah =p

Dah setel makan otak-otak, aku gi perap ayam ngan black pepper tu.
Pastu gi masak tomyam pulak.
Ni aku bagi resepi tomyam simple tapi sedap okeh.
Guna bahan basic kat umah je tapi rasa dia still best macam kat kedai nuu.
And veri senang nak buat.


Tomyam Campur
Bahan-bahannya :
Bawang Besar - 2 biji (hiris sedang)
Bawang Putih - 1 biji (diketuk)
Kiub Tomyam Knorr - 2 biji
Cili Api - 6 biji (diketuk)
Limau Nipis - 1 biji
Kobis Bunga - suka hati
Isi Ayam - suka hati
Serai - 1 batang (diketuk)
Udang - 7 ekor (suka hati)
Air - 2 mug (suka hati)

Cara-caranya :
1) Campurkan air dgn kiub tomyam and biarkan sampai mendidih.
2) Masukkan bawang besar and bawang putih.
3) Agak2 menggelegak, masukkan isi ayam, udang dan serai.
4) Kacau sekejap. Agak masak masukkan cili api yg telah diketuk pecah. Jangan tumbuk halus nanti pedas melampau and tak sedap.
5) Perah air limau nipis, matikan api and masukkan kobis bunga or any other sayur yg ada kat peti sejuk.



Senang gile kan?
Campak-campak, ketuk-ketuk gitu pun dah siap.
Bila dah masukkan sayur memang kena terus matikan api kalau tak nanti sayur jadi lembik.

Kiub tomyam tu aku guna jenama Knorr sajer sebab jenama lain aku rasa tak sedap. Semua bahan tu memang dah sedia ada kat peti sejuk sebab tu la aku cakap senang.

Kalau guna daun limau purut sbenarnya lagi best tapi sebab aku takde stok time tu so aku guna limau nipis je la. Rasa pun lebih kurang. Kat rumah aku ni memang sentiasa ada lime sebab aku ni peminat kerabu and nak buat kerabu kan memang kena guna lime tu yg aku dah siap2 beli byk.

Actually ini adalah basic so kalo nak tambah benda lain cam tomato, lengkuas, sotong tu ikut suka la ye.



Pukul 6 ptg semalam bertolak balik and pukul 9.30 mlm dah sampai rumah.
I went there with a guy colleague and on d way tu kami borak2 la.
He asked me, 'Sha, husben ko biasa ngeteh kat mana eh?

'aa dia takde ngeteh dah. <-- stret to d point

'ye ke takde lepak2 dah?
eleh...
<-- cam bunyi2 ngutuk di situ

'apehal plak. biar la dia tak ngeteh pun. dah dia lagi suka dok umah ngan aku so nak buat cemana kan. ko tu yg patutnya takyah nak lepak2 dah pas kawin nih. siannya bini ko.

haha akhirnya dia diam.
ai suker =p
...

Outstation~

Love & Kisses ✿ sha 8 comments
I'm off to USJ to attend some course this evening.
Will be back here during weekend.
Mesti sgt bocan sbb encik Hubby tak ikut skali sbb bizi keje.
huuu~ sorang2 la aku mengadap dinding kat bilik hotel tu yeh.

Tetiba cam bercadang nak gi IKEA walopon baru je pegi aritu.
Tapi cam bercadang nak jumpa kekawan lama jugak tapi takut diorang bizi pulak.
So, ntahlah.
Lama tak berjalan sendiri nih.

Last 2 weeks kan aku pegi IKEA wif my family sbb ada wedding time tu.
of cos telah rambang mata di situ.
Aku beli floor lamp, tempat sumbat plastik, kitchen towel, rak sudu, lilin cantek, candle holder, vase, towel holder, multi-purpose shelf, and a few other thing yang tak related cam towel oren ngan hapetah lagi tu. Nak beli jam kaler oren juger tapi setelah berpikir2 balik, lebih baik aku beli jam yang 3-pictures kat JJ Tebrau tu. cam lagi cantek.

Walopun time tu belum confirm lagi nak beli rumah yang mana tapi sebab dah mind set akan beli rumah jugak so kalau pegi mana2 pun tetap rasa nak beli barang rumah.

hooo pasni nak kena start buat checklist balik nih.
'over excited macam waktu nak beli barang kawin dulu =p

And patutnya besok nak jumpa bank officer tu tapi cam tak sempat lak.
Next week la gaknya baru setel kot.

hum hum.
I'm sooo tak sabar okeh!


*oh and I've some good news for you ^_^

The Work~

Love & Kisses ✿ sha 5 comments
This is what I want.
What I've always wanted.
working in a serene, calm environment.

But then, when u start your career working like a mad bad dog, and suddenly, u get to have this heavenly slow-paced working, maka otak telah ngalami culture shock.

macam terhenti kejap.
dari kerja yang super-duper bizi menjadi veri d senang cam gini, maka telah jadi boring yang amats.

It's not like I don't have work to do.
I have.
Tapi lansung tak mencabarlah.

I've been working here for almost 3 years and I've been transfered to this new section for 2 months now and I'm bored.

really!

Drop-dead bored.

haih.
macam tak bersyukur pulak.


I HAVE to be sooo bersyukur okeh.
Lots of people yearn to get what I have now.
rezeki lepas kawin...

I'm not super rich like others, but I have a beautiful life.
I have a romantic husband who adores me.
I have a job that pays me well, subsidized my housing loan interest, and pays my medical bills, which I certainly have to be grateful enough.

And I have a family that understands me.

oh my... I'm blissed!
And yes, I AM grateful...

And that job is defenitely less-stressed ok! <-- dlm proses terima hakikat yg keje tu best jugek T_T

But since this is my blog, I can komen or berkeluh-kesah sesukahati la kan.
So to tell u the truth, I'd prefer to work using my left mind rather than the right one.
I decide what to do as I do it, rather than forming a plan ahead of time.
And sorry to say but doing these management, creative thinking and planning things bores me.

And I miss numbers.
I miss being the problem-solver in my previous section.

*sigh*

Apapun, mari kita tepek gambo kawin dulu ye.


This is us wif Hubby's parents selepas Majlis Pernikahan.
10.30 am, 31st January 2010.
4 months and 2 weeks passed by...

alhamdulillah...

The Right House?

Love & Kisses ✿ sha 1 comments

Semalam balik kerja, aku neman Hubby motong rambut.
Tengah nak kuar kete tu, tup tup, 'eh? nape ada room divider cantek kat sini??

Maka, 'wahhh~ telah teruja on d spot lalu singgah.
Hubby gi setelkan hal dia and aku melepek kat furniture shop kat Kota Masai nuu.

Setelah operasi tawar-menawar, dari RM1100 jadi RM800 sajer okeh.
Tatau la kot kalau tempah lagi murah, kan.
'apa pendapat u ols?

Apapun, ai excited yo!
=p


Pastu nampak pulak mini bar yang comel di situ.
And after less dlm RM750 sajer.
Murahan jugek!
The mini bar is quite big and dia bagi skali dgn 2 stools cam kat bawah nih sebab tu aku rasa cam murah.




Tapi bila fikir-fikir balik, motif sebenar adalah nak carik wall divider sebab nak bezakan living room ngan ruang makan.

Kot kalo letak mini bar kat living room tu harus semak-samun rumah aku ngan kerusi kang; sofa + mini bar + dining chairs.

haiyohhh!

So, walopon lebih murah tapi lebih baik carik wall divider cantek yg tak berapa nak menyemakkan fikiran.

ye, itupun bergantung pada keadaan tabung buluh kami.
Kot kalo duit tak cukup kang memang postpone je la hajat nak beli benda alah tu.
Sebabnya, ada banyakkk benda penting lain yang kami perlu beli contohnya cam lampu-lampuan cantek untuk dipasang dalam rumah.

Sebabnya, ko bukan nak tebuk cornice kat siling/dinding tu banyak2 kali pun kan, so harus la beli lampu/kipas cantek at one go.

And of cos la u ols tau bape harga lampuan-lampuan yg cantek begitu kan...
haih.




Aku dah listkan a few of ciri-ciri pemilihan rumah beserta dgn pros and cons yg aku rasa memang penting la before korang buat keputusan nak yang beli rumah yang mana.

Location & Neighborhood
• Suburbs or Country
Pros : Generally less expensive. Often newer. More home for the money.
Cons : More time in traffic if driving to town for work. Further away from entertainment options that cities offer.

• Urban
Pros : Closer to many employers. Walking distance to theaters, restaurants, schools. Many period homes offer more distinctiveness in styles.
Cons : Often noisier. Higher crime rates. More expensive. Period homes (99 yrs)

• Busy Streets
Pros : Often homes on streets with more traffic are thousands of dollars cheaper. If noise doesn't bother you, don't go for homes on busy streets. Drive by at different times of the day/week to ascertain noise levels.
Cons : These types of homes will always sell for less than others in the same area. If bedrooms are located near the front of the home, sleep may be disturbed.

• Dead-end Street
Pros : Number one choice of buyers with children.
Cons : Less privacy, neighbors know more about you.

• Corner Lots
Pros : Often larger lots. Fewer neighbors. More visibility. Larger space for renovation.
Cons : More traffic noise. More vulnerable to vehicles jumping the curb. Kids might trespass at the corner. The garden will look messy/untidy if do not have enough care.

Type of Home
• Ground Home (Terrace/Single)
Pros : Good appreciation. Opportunity for gardens. More privacy. Quieter. Can be extended further.
Cons : More expensive than our next category. More maintenance.

• Condos, Townhomes, Cooperatives
Pros : Less expensive compared to ground homes. Generally newer, so fewer repairs. Lock-n-go lifestyle. No yard or exterior maintenance.
Cons : Less privacy. Noisier. Common walls and/or floors and ceilings. Sometimes no private yard or balcony. Cannot be extended further.

Number of Stories
• Single Story
Pros : Easy wheelchair access. Some medical conditions such as bad knees make it hard for certain individuals to climb stairs. Easier to clean.
Cons : Smaller space. Can be noisier if stereos or televisions are located on the same floor as bedrooms. Some people feel safety is compromised if bedrooms are located at ground level.

• More than One Story
Pros : More living space on same foundation than a ranch home. Less noise if entertaining on lower level while other family members sleep upstairs.
Cons : More trips up and down the stairs to carry stuff to bedrooms. If laundry rooms are on the second floor, washer leaks are major. More difficult to clean.

Interior Specifications
• Number of Bedrooms

Pros : Common minimum requested configurations are 3 bedrooms. Newer parents prefer bedrooms located on one level. Better for big family. Guests will feel much more comfortable having their own bedroom.
Cons : Children have to share if the house has less than 3 rooms. 2 bedrooms appeal primarily to first-time home buyers, singles or seniors. No extra room for guest.

• Number of Bathrooms
Pros : More than two bath is preferred by most people. Often more expensive but less privacy for 2-bathroom house.
Cons : Don't pass up a 2-bath home if there is room to add a third bath. Sometimes it costs less to put in an extra bath than it does to buy a 3-bath home.

• Square Footage (eg : 20x70/22x80)
Pros : Larger space offer more room and cost less per square foot than smaller spaces.
Cons : Don't be misled as lay-out is more important than actual square footage. Sometimes well designed smaller spaces appear larger.

• Bonus Rooms
Pros : Extra space for media rooms, art studios, children's playrooms, gyms, study.
Cons : More expensive.

Garages
• Attached

Pros : Cheaper to build. Convenient if raining.
Cons : Higher noise levels inside the home from cars. Some people feel they are an eye sore.

• Detached
Pros : Can be tucked away from site lines. Quieter.
Cons : More expensive to build. Farther to walk in bad weather.

Additional Considerations

• Schools
• Special amenities such as pools
• Condition of plumbing, electrical & cooling units
• Available utilities such as cable or DSL, satellite
• Sewer, cesspool or septic connections
• Fixers. If you're handy with tools, you might save a lot of money if you consider homes that need minor improvements, fresh paint or new carpeting

.
.
.

so, ok?

10 Reasons to Buy a House

Love & Kisses ✿ sha 9 comments
Actually aku nak share dengan korang tentang proses beli rumah.
Sebabnya, to tell u the truth, when we decide to buy a house, sume orang mcm bgtau procedure dia secara tunggang-langgang. At first memang mening kepala jugak la sebab we don't know about so many things and memang byk hidden cost yg developer biasanya tak inform btul2 kat pembeli and so on. And unfortunately, info kat internet pun tak berapa nak tepat sgt.
*sigh*

Tapi before that, I'm gonna share some info on the reasons why u shud buy a house.
Beli apapun of cos la ada pros and cons kan.

Zaman sekarang ni kebanyakkannya lepas kawin je terus beli rumah. Padahalnya kalo nak ikutkan susah tau. Susahhh sangat.

Nak harap duit EPF pun bukan banyak mana. Umur 20an biasanya kan baru abih belajar, baru nak start keje. Paling2 pun ada la dalam 20K - 25K share laki-bini. Dah la kawin aritu nak guna banyak duit, pastu beli rumah of cos akan guna lagiii banyak. That's why la aku ckp, beli rumah time muda2 ni byk pros and cons nya. Tapi arini aku nak citer kebaikan sajer.

1) House prices tend to rise over time, so a house is one of the best investments you can make. Home prices in the U.S. have risen three percent to six percent a year for the past 20 years. That trend is likely to continue. So if you buy a home now, you’ve put your capital in a safe investment where it is likely to grow.

2) You’ll pay less tax.
You can deduct the interest you pay on your mortgage from your taxable income. The value of this tax break depends on factors like your personal tax bracket, the size of your mortgage, the rate of interest you pay on it and how long you’ve held the mortgage. As a rule, the newer the mortgage, the greater the amount of interest you pay each month and the bigger the tax break. Therefore, recent buyers with young mortgages tend to get the greatest benefit.

3) You’ll be buying a piece of real property rather than putting money in a landlord’s pocket each month.


4) Interest rates are still historically low.
This makes it relatively inexpensive to take out a mortgage. The lower the interest rate, the less you actually pay for your house and the sooner you can pay the mortgage off. Our loan calculator can show you how different interest rates affect the total cost of your mortgage and the time it takes to retire it.

5) You’ll be able to use the equity in your home for low-cost loans for other purposes.


6) You’ll have the stability and emotional security of owning your own home.


7) You’ll be able to redecorate and renovate any way you like, any time you like.
And best of all, kalo terasa nak jual balik, u can mark up the house price inclusive the renovation cost. So tak rugi pon.

8) You can have a garden.
Tak kesah la kecik mana pun, yg penting, it is a little piece of land you can call your own, where you can grow tomatoes or roses, barbeque, and play with your kids and pets.

9) You’ll be able to put down roots in a community.
When you’re a homeowner, you’ll get to know your neighbors, participate in street sales, meet potential baby-sitters and play Saturday-morning touch football in the park. Renters tend to live more personal lives.

10) You’ll have a greater voice in community affairs.
Local homeowners generally have more clout – individually and through ratepayer’s associations – when it comes to development proposals, school issues, changes to traffic control and routing and the like. Because renters tend to be more transient than homeowners, they have less influence on policymakers.


Ok, itu sajer.
Tidak, jangan sesekali buat something tu ikut trend okeh.
kawan ko beli rumah, ko pun sibuk nak beli.
Jangan.

Beli ikut kemampuan.
If you think that u can handle a house, then buy.
Kalau tidak, tak salah kalau tunggu 3, 4 tahun lagi to get your dream home.
Yes, harga rumah makin lama makin naik tapi kalau sekarang ni ko takde duit tapi sibuk2 jugak nak beli rumah, tak payahlah.

Sebab tu ko slalu nampak rumah utk dilelong kat bank tu.
...

I am advising, not condemning okeh.
Aritu ada babis tu marah plak aku dok nasihat2 camtu.
haha.
So kalo ko terasa, go to hell okeh.
I know u lovesss to read my blog tapi aku tak suke la ko merempat kat sini.
Ko takde pun ada aku kesah?

Ada 4, 5 ratus org lain yg rajin lawat blog aku ni tiap hari okeh.
This is my personal blog and I don't welcome any negative immature comments or dlm bahasa pasarnya, komen org bodoh kat sini. Tulisan aku ni budak darjah 4 pun bole paham. Kalau ko tak paham tu maksudnya ko memang bodoh nak mam*

'syuh syuhhh~ <-- operasi halau babis



ahhh~
sangat tasty dapur2 ineh kan.
harus ai dok dapur je sepanjang hari kang.
ahaks.
'sbenarnye dlm proses terima hakikat yg kabinet aluminum pun cantek juger T_T

Sweety home~

Love & Kisses ✿ sha 5 comments


Tak kiralah korang suka ke tak, tapi mood aku sekarang adalah mau bercerita tentang rumah ngan dasat!

oh my.
I can't wait for everything to settle; the legal documents, stamping and everything, and pastu da bole start beli lampu yang cantek2 kat Tampoi nuu.

Kat situ kan, dah la banyak pilihan, murahan pulak tuh. Kipas Elmark ngan Alpha pun dia jual murahan jugak. The Elmark cost only RM188 per piece hokeh! Harus la benda tu masuk dalam mimpi aku tiap ari kan.

Room divider yang macam kat bawah ni pun cantek kan?
And I heart the lamp...
wahhh!
perasaan macam berlonggok je duit ko kat bank tu ye.



Tapi, lantak la kan.
Takde rugi apapun ko nak bermimpi.
Bukan guna duit orang pun kan.

Semalam balik dari The Zone kami singgah Persada Jhr.
Ada Furniture Fair di situ.
wuuu~ hampir2 la nak bayar deposit kat satu interior designer ni.
Aku rasa cam berbaloi sebab drp 7.6K turun jadi 3.6K utk 20ft of kitchen cabinet.
plus countertop lagi ha.
Tapi kayu la.
Pastu dia bagi free built-in stove ngan 2 aluminium cabinet ngan apetah satu lagi tu.

Tapi hubby tak setuju sebab benda tu kayu.
He wants it to be built with aluminium yg burok tuh.
ai suker kayu okeh.
Walopon tak berapa nak tahan lama and bau busuk (eg : cengal/nyatoh) tapi ai tetap suker.

Tapi countertop harus la guna granite or concrite.
Kalau kayu kang kena air abih reput semua.
Or nanti ko tumbuk sambal atas kayu tu abih roboh dah kabinet cantek ko tuh.
haha.

Kalau korang dok area JB ni sila la lawat kilang Jubin BMS tu ye.
veri murahan!
Weekend pun dia bukak sampai pukul 5 okeh.
Ramai gile orang.


Last month kami ke sana sebab nak survey tiles.
Tapi tak jadi beli sebab rumah yg ini dah siap pasang semua.
Tapi kat situ ada jual banyak benda lain yang best tau.
Contohnya cam kepala paip.
And bathroom appliances.
Ala2 IKEA version kecik.


ai teringin ngan bathtub tu okeh.
ai ingat nanti nak besarkan skit bilik air kat atas tu bagi letak bathtub.
Hubby cakap takyah besarkan, dia suh robohkan je trus.
Dia cakap bagi bini dia ni puas biar letak kolam renang terus dalam bilik.
haha.

nyampah tau. ai nak berangan jap pun tak bole.

yey, rumah!!

Love & Kisses ✿ sha 10 comments
Walopon majuk sikit ngan Hubby tapi ai sangat hepi arini sebab dah berjaya dapat rumah yang kitorang nak!

Malam tadi je la majuk pastu tengahari tadi, sebab aku dah takleh nak control my eagerness, maka telah msg dia tanya nak pegi jumpa developer tak? hehe. Pastu dia singgah my office jap sebab nak amik document pastu bila dah discuss2 pastu dah excited2 nih, automatik telah lupa yang kitorang patutnya tengah majuk sesama sendiri.

haha.
...

It is a house that we both want.
And it is kat area Seri Alam!

'ntah kali berapa la aku jerit2 nih. tapi kali ni adalah kompem takmo tukar2 fikiran dah sebab loan dah approve!!!
^-^

Telah fikir-fikir balik, walaupun kemampuan sekarang adalah tak sama dengan kemampuan 10, 20 tahun akan datang, but for some reasons, we had to choose yang terbaik yang kami mampu buat masa sekarang and the best dari segi location, keluasan binaan, environment and of course, the price.


Environment :
We love it because it is located quite far from the industrial area.
Korang pun tau kan area PG ni memang tak sesuai lansung utk pembangunan insan. Memang dah ala2 toksik jugak la.
So kena la carik rumah yang agak jauh sikit dari kawasan industri.

And kat depan and tepi rumah aku ni ada hutan berbukit okeh!
veri sejuks, sunyi and senyap.
Totally my taste.
Tapi tatau la akan datang sbb ada phase baru nak buat kat depan tu.
Kan macam membazir jugak kalo kat area town diorang tak tebang tebas cik hutan tuh untuk pembangunan.


Location :
This is another important thing dalam ciri-ciri pemilihan kami.
Sebabnya, aku takmo mangun pagi2 sangat nak harung jem gi tempat keje.
So, yes, it is far from the industrial area, but it is still within my normal waking hours.
^heee^

Currently I'm staying quite near dgn office.
Tak sampai 5 minit dah sampai okeh.
jem pun tadek.
Kalau dok jauh2 mcm kat area Setia Indah tu ke, harus aku mangun kul 4, 5 pagi kang.
Opis Hubby pulak sgt2 dekat dengan rumah baru kami.
Satu jalan okeh.
So, it is an advantage for him.
And sangat dekat jugak dengan Tesco and a specialist hospital.
So, memang banyak different la dengan our current place.

Another reason is that, ada 2 sekolah menengah and 2 sekolah rendah kat situ and all the schools are within walking distance je okeh. So anak aku nanti bole la jalan kaki je gi sekolah. haha. And UniKL and Masterskills College pun located nearby. Kalo rasa2 tanak duduk rumah tu dah, aku bole je sewakan kat bebudak ni nanti.
'eh tapi area budak skolah biasanya jalan jem jugak, kan?
takpe2 blakang kira ittew.


Keluasan Binaan :
It is a 22 x 70 sqf house and it has an additional of 2-metres land at the back.
No, it is not a big house, but it is big enough for me and my family.
Yang paling penting, bila sedara-mara datang, aku takmo mereka bersesak2 kat hall or berhimpit2 kat dapur nuu. And the best thing is that it has a largeee master bedroom
*i suker* with a wall-to-wall windows. 'mesken la aku nak buat langsir nanti =p

And it has a family area kat atas. <-- org ramai2 datang kot kalo tak cukup bilik kang bole bentang tilam kat situ.
And a high ceiling. <-- takde rase terperap panas je rumah tu pastu takde la putus kepala aku kena kipas kang.


Price :
No, it is not cheap but compared to the other houses at this area, it's still reasonable and alhamdulillah... affordable.

Macam kawan aku yg beli rumah 300K tu, dia laki-bini guna kete burok.
Tapi rumah, mak aihhh... veri grand d vouge gitu.
oh~ maksud aku di sini ialah, dia pandai membajet2kan pembelian ikut kemampuan dia.
Means, dia tak kesah pakai kete buruk tapi dapat rumah yang best and veri selesa.

haha.
Nanti ada yang silap paham di sini =p

Yelah, it's only the matter of you'll get some, u'll lose some.
Macam aku la.
ko nak rumah best, ko tak payah la nak berlagak sgt macam orang kaye, itu ini semua ko nak. So sila la adjust di sana sini so that pembelian tu tak melebihi tahap kemampuan. Contohnya cam, dulu tengok wayang seminggu sekali, skrg ni bole la kurangkan jadi sebulan sekali ke. Or kurangkan makan luar ke. Or kurangkan berjalan-jalan tak tentu arah ke. Dapat save duit minyak di situ.

So, another achievement for the year 2010.
I'm hepi!!
...


ai suker ngan tangga neh.
rod iron stairs.
ada duit belen tak eh dlm tabung?

of Kerabu Tomato & Wardrobe

Love & Kisses ✿ sha 5 comments
I want a big wardrobe.
A bigggg modern wardrobe where I can hang all my clothes in there.

Something glassy.
And glossy.

Something that looks like this.


But as Hubby said, 'one thing at a time eh cyg ^-^

So, ok.
'next 1 or 2 years perhaps?
Ngumpul duit beli rumah dulu yeh.



oke2, motif sebenar adalah mau bercerita tentang Kerabu Tomato yang aku buat arini. Actually ini adalah resepi kerabu mangga tapi sebab kat sini susah nak carik mangga muda and aku pulak memang malas nak racik benda tu halus2 maka telah tukar dengan tomato.

Sangat sedap occay.
Serius!
Selalu aku makan macam tu jek takyah nasik.
And it's sooo easy to prepare.
Dah beberapa kali buat pun and rasa dia tak pernah berubah. Try la.


KERABU TOMATO

Bahan-bahan :

Bawang besar - 1 biji (hiris halus)
Tomato - 2 biji (hiris halus)
Cili api - 2 biji (hiris halus)
Sos ikan - 1 sudu besar
Gula - 1 sudu rata
Limau nipis - 1 biji
Udang kering - 10 ekor
Ikan bilis - Setengah genggam
Kacang tanah - Ikut suka (goreng kering dan buang kulit)

Cara-caranya :
1- Goreng ikan bilis dan tumbuk ala kadar (jgn hancur sgt). Rendam udang kering dalam air panas, toskan dan tumbuk.
2- Masukkan gula, cili api, bawang besar dan tomato yang telah dihiris dalam satu bekas. Gaul dengan perahan limau nipis, sos ikan, kacang tanah dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
3- Hidangkan.



Aku tak letak garam pun sebab aku tak suka masin.
And aku dah didik Hubby supaya tak makan masin/manis sangat.
Tapi kalau korang nak letak pun sukahatilah.

Sos ikan tu aku guna jenama Knife.
Sebab ada logo halal okeh.
Banyak jual kat Tesco nuu.
Murahan je pun.
Botol dia pun dah ala2 botol minyak jugak.

Besok nak try masak Ayam Panggang Black Pepper Masala.
Makcik aku bagi resepi best.
Kalo betul sedap baru aku letak kat sini yeh.

oh~ mood sekarang adalah mentry resepi yang sume orang cakap best.

The Wedding again!

Love & Kisses ✿ sha 2 comments

This is me with my besties back then during my university years.
Ann and Aida.

Both are brides-to-be juger.
Aida's wedding will be on this coming 31st Oct and Ann's will be on... ntah ye.

Unpredictable woman itu ;p

Another bff from uni also came.
Cik puan Watie anak-beranak.
Agak sedeh sebab tak dapat hamik gambo kenangan.
And I don't even had the chance to meet little Armand T_T

Tapi sangat hepi okeh diorang datang.
*hepi nak lonjak-lonjak*

haha.

Lepas majlis nikah tu, makan-makan-makan and pukul 12 terus masuk bilik untuk tukar baju. Touch up sikit-sikit, tiba-tiba, eh? ko sanding nak pakai tudung tapi baju lutsinar mak aihh...

Time tu baru terpikir, camne nak buat nihhh?
Since encik Hubby has requested for me to wear tudung during our Majlis Sanding, so memang harus la makai inner juger.
'what's the point of wearing tudung kalau baju menyeksi mcm tu kan?

So, nasib baik la ada inner yang aku pakai dengan baju nikah tadi.

Kira tangkap muat la sebab that inner memang tak sesuai nak pakai dgn my baju sanding since it makes the baju looks horrible, veri menggelebeh, sempit and tak comfortable.

And aku pulak kekdahnya melantak ngan dasat kat kenduri sendiri.
Orang lain nak kawin makan ala kadar je.
Aku pulak, malam before majlis memang ada buat majlis makan2 jugak kat rumah tu.
Ada asam pedas sedap, daging kicap, ayam, ntahapalagi kan.
So, sebagai bakal pengantin, harus la makan tak hingat.
Pastu lepas majlis nikah tu, makan lauk kenduri pulak 2 pinggan.
Mana tak nampak sempit buruk baju aku kan.

Penat je berdiet before kawin.
Berat aku pun cuma 49 kg je.
Tapi sebab operasi melantak tak hingat tu, plus pemakaian inner yg buruk, makanya telah hancur berderai operasi nak nampak slim kat gambo kawin.

haih.

So... gitulah ceritanye yeh.

But to tell u the truth, I don't care much about my baju sanding.

Yes, I want that color. But all in all, if I could redo it again, I would choose a dress that would makes me feel comfortable, and of course without the inner tapi tak lutsinar camtu. And lantak la kaler apapun coz I think it's better to have good clothes on you rather than the color.

'coz it is the clothes that will makes u beautiful, kan?

Tak menyesal pun, sebab perasaan adalah lebih sedeh kat encik kek yang burok itu dan beberapa perkara lain yang aku tak berapa ingat dah.

Unfortunately walopon tak ingat tapi wajah kek ittew sentiasa terbayang di ruang mata.

haha.

oke, continue.
Tengah dok bersiap tu, tup-tup terjengol kepala 2 org budak nih.
Of course la si Ann ngan Aida, kan.
And, oh my... I'm totally stunned okeh.
after all these years...

And another surprise when they said Watie pun ada kat luar tu.
Terharu okeh!

They stayed there for quite sometimes.
Walopon begitu, tak sempat hamik gambar atas pelamin juger.
A lotsss of thing to catch up tapi of cos la ai sebagai ratu sehari tak sempat nak beramas mesra terlalu lama.

Okeh, sekian.

I'm going back to my hometown now.
Patutnya nak deliver satu guestbook ni tapi aku cam tak sempat sebab baju sume tak kemas lagi pastu kalo lalu highway PG tu of cos akan jem yang amats. So, maybe akan lalu highway Senai-Desaru yang agak lengang.

We're going to KL tomorrow.
A cousin's wedding @ Batu Caves.
Pastu nak gi derma duit kat IKEA.
Pastu nak amik my sis's family kat airport.
*oh my, I miss that chubby Syaura.

Bye!

adoi ai!

Love & Kisses ✿ sha 11 comments
Pagi tadi aku salah pakai kasut okeh.
Sebelah lain sebelah lain!
oh my god... I don't know what is happening to me!

Bayangkan la dari turun kereta, jalan ke opis ngan makai sebelah heel kaler silver-black, sebelah lagi platform kaler hijau lumut.
Platform ngan heels okeh! That is 2 different things.
The worst part is, aku cuma sedar bila dah pukul 11, nak dekat lunch gitu.
haiyohhh!

Mesti sepanjang jalan orang dok ngumpat aku ha.

Hubby la ni.
Selalu tiap kali nak turun kete, dia yang tolong ingatkan aku suh pakai heels.
Sebab dah banyak kali jugak la aku lupa nak tukar kasut.
Sebab aku adalah veri d pelupa.
Sebab aku keluar rumah pakai selipar.
Pastu kat dalam kete memang byk la stok kasut.
Biasanya memang dia la yang tolong ingatkan, 'cyg dah pakai heels ke tu?
Arini memang la aku pakai kasut, tapi bole pulak la sebelah lain sebelah lain.

haha.

And pastu, balik dari kerja tu, aku tak larat nak masak.
Sebab demam2 ngan tak bape sihat nih.
So kami pun cadangnya nak makan kat luar je.
Sepanjang jalan dari opis ke kedai tu aku dok bising kat dia nape tak ingatkan aku tadi pagi. Pastu dah sampai kedai, kami pun turun...
Makan2 pastu nak balik tu jalan kaki la gi kete.

Pastu baru aku terperasan.
laaaa! salah pakai selipar pulak dah!!

Sebelah selipar corak harimau kumbang, sebelah lagi corak kotak2.
Padahal tadi memang aku ingat memang pakai selipar kotak2 tu.
bila masa ntah tukar.

adoi ai!
pelupa yang sangat dasat nih!
*sigh*


'eh rumah singgah ni cam serabut pulak aku tengok.

oo ye, as usual akan tepekkan gambo kawin kat sini.
Encik Hubby tengah bersiap untuk majlis persandingan.

And last but not least, hati-hati ye berjalan di area Angsana.
Lately banyak pulak kes ragut kat sana.
The latest mangsa is Hubby's cousin.
Dia baru kuar dari bank kat depan tu dengan 2 of her managers.
Dah tutup pintu kete tiba-tiba ada 2 lelaki pecahkan cermin tingkap and amik beg tangan atas pangku dia.

Semua orang tergamam tatau nak buat apa.

And sekarang, encik Hubby pulak sangat fobia kalau nampak aku letak handbag atas riba. Mesti dia akan membebel yang dasat.
Aku takde perasaan sangat pun.
Sebab bukan jadik kat diri sendiri kan.

hehe.

Tired but happy!

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
I'm sooo tired...
And I've been sick lately, and the whole week today.
Coughing all the time, and sneezing and some headaches.
menat terlepek lenguh2 la badan.

But I managed to finish up 2 guestbooks today.
huahuahua.

When I started this business, I never thought that it would be as tiring and as stessed out like this. I just want to do things that I love.

Yes, this is definitely one of those things that I'd love to do, and what I'm good at. But you have to be physically and mentally prepared for the pressure.

the urge to get the best design...
the desire to satisfy the customer...
the impulse to choose the right materials, the right measurement...

Everything.

Alhamdulillah, so far nobody complaints.
And they like what they see.

And it is certainly a pleasure for me when the hard work pays off.
ahaks.

ok, I'm going to sleep now.
Besok2 la baru hamik gambo letak kat blog ye.
Arini sangat menat.
Sekian.



Ni gambo tiara yang aku pakai time kawin aritu ye. Takde kena-mengena dengan entry di atas.

Motif letak adalah sebab entry ni kering-kontang ngan gambo. hehe.

Rumah lagi. ai mening~

Love & Kisses ✿ sha 13 comments
Anyway, my parents are coming down today.
Sajer jalan.
Pastu nak nengok rumah yang kitorang nak beli tu.

Abah aku memang.
He is very particular tentang barang2 besar yang aku nak beli.
cam anak dia ni tak pandai buat keputusan je lagik.
haha.

Tu la kan. Walau sepandai mana ko belajar, setinggi mana pangkat ko kat opis, sebanyak mana pun projek yang ko penah handle, tapi kat rumah, ko still anak bapak.

Maksudnya, kita still kena dengar and iakan pendapat dia walaupun dalam hati rasa cam, 'eh aku dah besar laa.

Tapi aku suka jek dengar opinion abah aku tu.
Sebab dari kecik dulu, setiap apa keputusan dia buat untuk aku tak pernah salah.

'wooo Abah aku adalah best ^_^

And by the way, we are buying another house.
bole gitu?
hehe.
tukar rumah sesedap rasa.

Padahal dah book pun rumah yang kitorang tergila-gilakan aritu pastu bila balik rumah, sementara nunggu loan approve, pikir2 balik, untuk jangkamasa panjang, better beli yang luas sikit.

Memang la kena bayar lebih tapi ko bukan nak duduk situ setahun dua, kan.
So dah alang-alang, sila la beli rumah yang ko rasa selesa nak duduk 40, 50 tahun lagi kan.

Memang la setingkat pun ko dah rasa luas. Tapi itu adalah sekarang. Nanti dah beranak pinak, kat hall yang kecik tu la ko nak duduk beramai-ramai.

Memang la boleh renovate nambah itu ini nanti.
Tapi apa la sangat yang boleh dibuat dgn rumah setingkat 22' x 80'...
Lain la kalau double-storey kan.
And lagi selesa kalau beli hall yang dah sedia ada besar.

ahaks.

kan aku dah cakap.
kalau teringin tu memang kena beli terus.
Ni bila dah start pikir2 balik, timbang baik buruk, of cos akan berubah fikiran.
Tapi, of cos la bila berfikir balik, akan dapat yang lebih baik, kan.
hum hum.



RUMAH A :
- 4 bedroom, 3 bathroom, double-storey house
- Nearer to JB and PG highway
- A bit jammed
- 18' x 60'
- No family hall kat atas
- Good neighbourhood
- Move in middle 2012
- RM143,000.00

RUMAH B :
- 4 bedroom, 3 bathroom, double-storey house
- Nearer to JB and PG highway
- A bit jammed
- 22' x 70'
- Ada family hall kat tingkat atas
- Good neighbourhood
- Move in anytime now
- RM164,000.00

RUMAH C :
- 4 bedroom, 3 bathroom, double-storey house
- Located a bit far from JB but nearer to Politeknik & Kolej Komuniti
- Very jammed!
- 20' x 70'
- Ada family hall kat tingkat atas
- Good neighbourhood
- Move in end 2012
- RM156,000.00

RUMAH D :
- 4 bedroom, 2 bathroom, double-storey house
- Located a bit far from JB but nearer to Politeknik & Kolej Komuniti
- Very jammed!
- Ada family hall kat atas
- 24' x 80'
- Move in anytime now
- RM177,000.00

RUMAH E :
- 4 bedroom, 2 bathroom, single-storey house
- Located a bit far from JB but nearer to Tg Langsat & PG highway, high potential
- No traffic jam
- 22' x 80'
- Move in anytime now
- Big lawn, can put 3 cars in the porch
- No tiles
- RM128,000.00 (inclusive renovation)

oh~ ai agak mening.
But to tell u the truth, we prefer Rumah A, B & C.
Tapi ah~ confius jugak nak milih among those three.

Actually kalau kami sabar sedikit, in a few years time insya allah dapat rumah yang kami nak kat Seri Alam tu. Or kat Seri Austin. Each cost around 300K.

Tapi sebab dah kemaruk sangat nak beli rumah kan. So amik je la mana yang patut. Nak buat camne kan. Aku ni jenis yang kalau nak, time2 tu jugak nak. Menyesal adalah belakang kira. Harap maklum.

huuuuu~ ah ohhh.

eh oh?

Love & Kisses ✿ sha 8 comments
fuh fuh fuh~ *operasi tepuk2 habuk*
bersawang dah.
Sangat tak sempat nak mengupdate blog lately.
Since encik Hubby kan baru tukar keje and tengah dalam proses utk dpt lappy baru, so buat masa ni dia terpaksa guna home lappy kat opis.

Merasa la aku tampal gambo kawin kat desktop kan. Sajer tayang kat his new opismate yang dia ada wifey kat umah so takde sape la bole kacau dah. hehe. bini dia saiko jap.

And malam2 pulak sangat bizi ngan my design work.
I have not officially launch my new project yet but some people have already made their orders so telah jadi agak bizi. See here --> http://charmsandcolors.blogspot.com

Yang itu masih under construction lagi tapi secara automatik, blog yang ini telah terabai.
hehe.

----------

aman makmur damai sejahtera
akan kujunjung dan kujaga
berbakti rela jujur setia
membela bangsa tercinta...


Tadi pagi kat opis, my colleague, Amy, dok nyanyi2 ulang2 kali. Pastu lagu tu cam dah lekat lak kat kepale otak aku. cam terngiang-ngiang dah. so sampai malam tadi la aku dok nyanyi ulang2 jugak.

jangkitan.


He is soooo ADORABLE!
makin lama makin comel plak aku tengok.
cam tak puas nak cubit2 tonyoh2 ngomol2 pipi dia tiap kali pegi ngan balik keje.
Dulu before kawin takde plak aku nak sibuk2 uli2 pipi dia sampai tembam ngemuk camni.

eh?
oh my.
i'm obsessed wif my hubby.
haha.

of you, and me.

Love & Kisses ✿ sha 10 comments
Walaupun perut adalah tak sedap, dan besok adalah kerja yang tak berapa nak dialu-alukan, tapi arini adalah best sebab gambar kawin dah siappp!!!

hoh. ai sangat hepi occay.
Takde apa yang aku nak cakap kecuali sangat menepati citarasa and totally recommended.

Adzrin from TRZphotography, Johor.


Hold me close and never let me go...
Kiss my lips with gentle passion...
Love me with everything you have...
And I will be yours always, and forever.
...


"hubby, arini cyg bercadang nak tido ngan album la."

"haa ye. besok pagi tengok dah bersepai semua."


oo bersepai sebab ai kan tido secara ganas so maybe akan tersepak encik album lalu menyebabkan covernya yang diperbuat dari acrylic itu pecah berkecai.

ahaks.
luv yuh hubby ^_^

Wedding - VIP Doorgift

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
Ini adalah cerita tentang kawin lagi.
Bukan aku yang nak kawin lagi tapi ini adalah sambungan tentang cerita kawin aritu.
As usual, akan nyambung cerita bila ada orang request. hiks.

Aku ingat la kan sampai ujung taun ni pun kisah kawin aku ni tak abih tau.
Sebab bila mood tu dtg, aku suka menulis dengan panjang lebar.
Pastu cerita satu-satu.
Sebab tu aku rasa memang sampai ke sudah cerita kawin aku ni takkan abih.

oke2 berbalik pada topik.

Hari ini adalah cerita tentang decoration pada VIP doorgift.
Tak la special mana pun tapi sebab aku buat dengan titik peluh sendiri, maka telah jadi sangat special kat hati aku.

Tak menat sangat pun buat benda tu.
Sebabnya last minute baru cadang nak bagi VIP doorgift.
*eh tapi bukan ke benda last minute lagi menat nih?*

Sebab before this, cadangnya nak bagi benda yang sama je kat semua orang.
Pastu Abah aku cakap, 'aa untuk family belah sana Along tak bagi apa-apa ke?

Pastu aku cam, 'ooo.
dan bergegas ke JB untuk membeli bekas English Rose yang cantek kat mana aku tu.

Tak mahal mana pun.
Lagi berbaloi aku rasa daripada beli cawan Kugeeku yang kecik molek tu yang memang sangat kecik ;p

Lepas dah beli, aku biarkan benda tu tersadai kat kampung.
Aku balik ke PG and tak sempat nak mendesign-design.
A few days before the wedding baru terperasan, 'aa nak deco camne box ni eh?

Pastu bukak PC, terpandang design TQ tag yang tak jadi guna aritu.
Sebab dah last minute, maka telah memprint design tu untuk tampal atas box sebagai deco.

Tapi lepas tampal, nampak cam kosong lagi.
So, carik2 la kot ada belen2 riben merah.
Nasib baik time my sis wedding aritu, dia punya tema pun ala-ala merah juger. So ada la belen barang2 kaler merah yang dia punya.

'oh tema kami lebih kurang sama rupanye. anak-beranak suka merah neh ^_^

Apepun, memang telah save di situ.

Ingatkan nak ikat keliling box dengan riben tu tapi sebab tak cukup, maka telah ikat camni sajer.

ye, gigih tak gigih la pompuan ni buat keje last minute kan.


ni isi dalam dia :


so, okeh. sape nak order?
hehe.

Ada satu lagi VIP doorgift yang aku bagi kat family belah sana iaitu alas meja.

As usual, akan survey merata tempat untuk dapatkan yang menarik dengan harga yang menepati bajet. 'okeh pasni dah bole bukak bisnes sendiri nampaknyeh.

Memang survey banyak tempat tapi kami tak membazir minyak pun tau sebab bukan semata-mata carik benda tu je pun. Kekadang time weekend kan memang nak berjalan kan, so dah on d way tu singgah la memana yang patut.

So, tengah jejalan tu la aku jumpa this beautiful alas meja. Aku beli dalam 30 helai and ikat dengan riben kaler gold. Senang je.

So, tu je la cerita untuk hari ni ye.
Sekian.

Delima merah...

Love & Kisses ✿ sha 7 comments

Sebab kemaruk carik buah delima takde jual kat kedai, arini telah berjaya membeli sebatang pokok delima kat Kota Masai nuu.

'gigih kan aku.

Dah dua minggu ni la dok merengek kat encik Hubby pasal nak carik pokok delima. Tapi kan, as per this entry, tiap kali kuar pun asyik lupa je pasal pokok tu. And tadi time tgh meeting kat opis, tiba-tiba encik Hubby msg, 'cyg, nanti ptg hubby tak pegi main bola. jadi kita bleh pegi beli pokok delima ngan survey cabinet. pastu bole pegi tgk tiles skali.

Aku pun hape lagik, of cos telah tersengih on d spot. and dah jadi hepi sepanjang hari ^_^

Pastu aku cakap kat dia nak beli pokok kedondong sekali sbb pagi tadi my opismate, Fiazah, dok citer pasal dia tanam pokok tu kat pasu ok, hidup je nih.

Then encik Hubby reply, 'beli byk2 pokok kang hubby yg kena siram, tgk pokok serai hubby yg siram tiap hari tu. tapi takpe la, cyg kan isteri hubby.

haaa laki sape la yg suweettt sgt neh.
hiks.

Maka dengan rasminya hari ini apartment kami telah mempunyai pokok serai, cili ngan pokok delima. Kalah mak mentua aku yg dok kampung tu okeh.

wahaha.

yippie yey!

Love & Kisses ✿ sha 6 comments
Dulu aku rasa Zamani adalah sangat hensem kacak bergaya.
Cam sangat gian oke ngan lagu-lagu dia tu.
Especially waktu zaman belajar di MMU dulu.
Sampai my housemate, Ann dgn Aida pun dah jadi cam muak la kalau aku sebut pasal Zamani ni.

And when I met encik Hubby, 1st time keluar dengan dia, sepanjang jalan pegi dan balik dia bukak lagu Slam. I’ve never told him that it is my fav band so when he played the songs from the CD yang dia burn sendiri tu aku cam, 'eh?
Coincidence?
haha.

Tapi seriously, bila ada orang lain yang minat gak dengan lagu dia, and dengar lagu dia sepanjang masa, aku cam, adoi ai, bocan la pulak...

And it's almost 2 years now since the day that I first met encik Hubby. And aku dah takde perasaan nak dengar lagu Slam dah. dah boring dah.

Tapi sampai sekarang ni la dia dok pasang lagu Slam tu especially kalau time tak dapat frequency Sinar FM walaupun dia tau aku memang dah tersangat boring ngan lagu tu.

'ye, kami berdua adalah peminat fanatik Sinar FM oke. <-- cam pasangan yg sangat oldies nih.


Dan semalam bila nonton cik Zamani di Wakenabeb, tiba-tiba rasa kelakar.
hape tah yang buat aku rasa dia sangat hensem dulu eh?
...

And I received 3 good news today.
no, it's not that, just yet.
*I am ABSOLUTELY know what u're thinking oke ;p

But it is nevertheless, all good news are goods news.
Yang pertama, encik Hubby suda start kerja di tempat baru.
Yang lebih relax and of course with a better pay.
Yang penting, dia adalah di sini, di sisi aku.

Yang kedua, anak saudara Hubby dapat offer ke Jepun!
yey! I'm soooo happy for him.
truly!
Tadi aku yang nolong telefon JPA sebab nak confirmkan.

Memang la anak orang lain pun belajar oversea jugak tapi yang ini adalah lain.
Dia adalah anak yatim yang sangat kesian.
He lives with my in-laws yang dah tua kat kampung nuu.
And he has been living with them sejak bapak dia meninggal time kecik2 dulu.
And then his mom remarries again and jarang la nak amik pedulik pasal dia sejak ada anak baru. Hubby adik-beradik la yang selalu bagi duit belanja utk belajar tu...

But he is a truly bright kid.
Time umur 13 tahun tu dia masuk asrama penuh.
Tiap kali cuti penggal mesti kerja carik duit.
And alhamdulillah... he got straight As for his SPM...
Suddenly last night dapat call from JPA informed him on the acceptance...
Seriesly aku terharu okeh. macam berbaloi la budak kampung anak yatim yg miskin mcm dia tu dapat lanjutkan pelajaran camtu, kan.

hum hum.

And the utmost is, jam yang aku order 2 hari lepas dah sampai dari Hong Kong!
aaa sangat hepi okeh.

Patutnya 3 bulan lagi baru sampai stok tapi tup2 the salesgirl tu call tadi bagitau dah sampai...

I really2 want that clock.
It is a modern stand clock.
Mau letak di ruang tamu rumah baru.
hiks.

'harus la mek membeli barang berdikit2 nih. kot kalo beli selonggok sekaligus, harus sebulan kami laki bini tak makan kang.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review