Showing posts with label Souvenir. Show all posts
Showing posts with label Souvenir. Show all posts

Something...

Love & Kisses ✿ sha 3 comments
I've been very busy lately.
Dengan kerja yang bertimbun, dengan segala urusan rumahtangga membasuh mengemas, dengan nak buat aqiqah lagi, nak lipat2 kotak souvenir, ikat2 riben yang beratus-ratus, ngan bisnes aku yang baru berkembang, nak menggosok tudung yang bertimbun, ngan nak melayan cik baby yang tgh demam nak tumbuh gigi.
haiyohhhh!

Life has been really hectic.
Nak reply komen dan email from bloggers kesayangans pun tak sempat.
Sampai ada yang tegur suruh pakai eye cream sebab mata aku sudah ada dark circle yg hitam2 gitu T_T

oh tapi sangat puas hati dengan the souvenir!
Price is less than RM4 and I got something better than expected.
And it's hotstamping in gold hokey!
yey!
so, it's totally recommended.
gambar sebenar akan diuplod selepas majlis.

Kalau ada sesapa yang nak order personalized yassin, u may contact me for details ya.
nak tulis kat sini tak ingat website dia.
And if u do order from him, jgn lupa mention my name so that he knew that I DO PROMOTE HIM.
haha.

Aku tak kesah nak promote anything kat sini as long as aku ada guna produk tu and servis memuaskan, why not kan.
so En Zaki, I really did promote u in my blog ya =p

And I'll be doing some giveaways soon.
Maybe start Monday ni kot....... kalau aku tak bizi =p
But there're great prizes to be won hokey.
So sila la masuk.
hint adalah why do u read this blog.
haha.

Aqiqah - The souvenir

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
We're gonna have our baby's aqiqah sumwhere in November!
yey!
hehe. terlebey excited suda.

Tapi macam the adrenaline pumping through my system.
Macam sangat excited nak pilih-pilih barang, deco2 for the event padahal bukan jemput sekampung pun. Takat orang2 masjid, adik-beradik and jiran keliling ni je...
and no, we're not gonna have it here in PG but for some reason, it will be held at Hubby's hometown.

Aku ok jek, no problemo.
Sebab my in-laws, sisters, brother semuanya adalah super best!
*oh oh sila jgn jeles =p

So, first thing first is to survey on the favors.
Dan ai sebagai omak telah memilih personalized yassin sebagai souvenir ye.
And of cos nak yang murahan tapi cantek kat mata aku.
cam dalam gambar ni.


RM5.50/printed on cover/with pouch & tag


RM5.00/hardcover/without pouch or tag


RM2.50/hot stamping gold or silver/without pouch or tag/free delivery


RM2.80/printed on cover/without pouch or tag
RM3.50/printed on cover/with box, ribbons and tag


RM2.80/printed on artpaper & balut cover/without pouch or tag
RM3.70/printed on cover/without pouch or tag

Rasa mcm nak bagi yassin je kot.
Letak dalam uncang, ikat dengan riben, kalau rajin buatla tag.
Sebab kalau bagi barang-barang lain mcm makanan or cupcakes plus blablabla, mcm sangat serabut je kan.

Yassin in a pouch will be just nice.
dan yang penting, berguna.

And tema adalah purple ye.
Sebab baju raya kami adalah sedondon purple and pearl grey.
Milih purple sebab macam lebih meriah.
Cuma omak kena carik tudung baru la ni ye nak.
Kot tak harus makai tudung sebijik bintang mcm dlm gambar nih =p

Yang baju pearl grey itu akan dipakai waktu Majlis Cukur Jambul my nephew merangkap cukur jambul nanish juger. Maksudnya, my little baby akan dipotong jambulnya pd 8hb ini yah.

Actually takmo terlibat dgn apa2 aktiviti cukur jambul but my sis-in-law adalah sangat insist, maka utk menjaga hati, join la sekaki ye nak. omak tak bermaksud pun nak cukur jambul ko lagi sbb dah sangat comel gini T_T

ok ok, will continue later.
mau mengepam susu utk cik nanish nih ^_^

Wedding - VIP Doorgift

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
Ini adalah cerita tentang kawin lagi.
Bukan aku yang nak kawin lagi tapi ini adalah sambungan tentang cerita kawin aritu.
As usual, akan nyambung cerita bila ada orang request. hiks.

Aku ingat la kan sampai ujung taun ni pun kisah kawin aku ni tak abih tau.
Sebab bila mood tu dtg, aku suka menulis dengan panjang lebar.
Pastu cerita satu-satu.
Sebab tu aku rasa memang sampai ke sudah cerita kawin aku ni takkan abih.

oke2 berbalik pada topik.

Hari ini adalah cerita tentang decoration pada VIP doorgift.
Tak la special mana pun tapi sebab aku buat dengan titik peluh sendiri, maka telah jadi sangat special kat hati aku.

Tak menat sangat pun buat benda tu.
Sebabnya last minute baru cadang nak bagi VIP doorgift.
*eh tapi bukan ke benda last minute lagi menat nih?*

Sebab before this, cadangnya nak bagi benda yang sama je kat semua orang.
Pastu Abah aku cakap, 'aa untuk family belah sana Along tak bagi apa-apa ke?

Pastu aku cam, 'ooo.
dan bergegas ke JB untuk membeli bekas English Rose yang cantek kat mana aku tu.

Tak mahal mana pun.
Lagi berbaloi aku rasa daripada beli cawan Kugeeku yang kecik molek tu yang memang sangat kecik ;p

Lepas dah beli, aku biarkan benda tu tersadai kat kampung.
Aku balik ke PG and tak sempat nak mendesign-design.
A few days before the wedding baru terperasan, 'aa nak deco camne box ni eh?

Pastu bukak PC, terpandang design TQ tag yang tak jadi guna aritu.
Sebab dah last minute, maka telah memprint design tu untuk tampal atas box sebagai deco.

Tapi lepas tampal, nampak cam kosong lagi.
So, carik2 la kot ada belen2 riben merah.
Nasib baik time my sis wedding aritu, dia punya tema pun ala-ala merah juger. So ada la belen barang2 kaler merah yang dia punya.

'oh tema kami lebih kurang sama rupanye. anak-beranak suka merah neh ^_^

Apepun, memang telah save di situ.

Ingatkan nak ikat keliling box dengan riben tu tapi sebab tak cukup, maka telah ikat camni sajer.

ye, gigih tak gigih la pompuan ni buat keje last minute kan.


ni isi dalam dia :


so, okeh. sape nak order?
hehe.

Ada satu lagi VIP doorgift yang aku bagi kat family belah sana iaitu alas meja.

As usual, akan survey merata tempat untuk dapatkan yang menarik dengan harga yang menepati bajet. 'okeh pasni dah bole bukak bisnes sendiri nampaknyeh.

Memang survey banyak tempat tapi kami tak membazir minyak pun tau sebab bukan semata-mata carik benda tu je pun. Kekadang time weekend kan memang nak berjalan kan, so dah on d way tu singgah la memana yang patut.

So, tengah jejalan tu la aku jumpa this beautiful alas meja. Aku beli dalam 30 helai and ikat dengan riben kaler gold. Senang je.

So, tu je la cerita untuk hari ni ye.
Sekian.

to lose someone...

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
Air mata aku menitik-nitik baca blog ni --> Supermom
Her son passed away at a blink of an eye.
*sigh*

If I lose someone I love that much, I wouldn't know what do.
I wouldn't know how to continue living...

macam anak Fajar...
macam waktu aku kehilangan Ciki dulu...


hummm.

'rasa mcm sangat bersyukur dgn apa yg kita ada sekarang kan?
...


So, telah cepat-cepat pegi kat Hubby kat depan. Aku kat bilik tengah merajuk sebenarnya. Peluk kuat2 and kiss byk2. Mesti dia heran sebab belum pujuk lagi aku dah baik. hehe.

Sebab tadi aku merajuk pasal dia tak tolong basuh pinggan. Sebab pagi tadi dia dah janji nak tolong pastu tadi aku tengok pinggan ada lagi kat sinki.

Sajer carik pasal jap.

Tapi lepas baca blog tu terus sedar diri.

By the way, motif sebenarnya nak cerita pasal TQ tag tapi tetiba takde idea. So, nanti-nantilah aku nulis balik ye.

Sekian.

oh ye. Thanks to Harzharun, Haliza, Hanidiyu and a few other bloggers who gave me these two awards.





This is what Harz wrote about me :

Fasha - tidak terlalu expose dengan gambar2nya...menjaga privacy yea?..Tp sekali dia menulis, saya terus rasa nak letak komen...Hehe..

ahaks.

Panjang ceritanya Harz...

To cut short, the main reason I wrote my blog; this and the 3 others, is that, I don't have many frens.

kawan yang boleh dibaling dipijak time suka dan duka.

'oo melampau statement ;p

I think I'm not choosy.
Tapi untuk menangih melalak, bercerita yg buruk2 depan orang lain tentang diri sendiri adalah sooo not me.

Kerana itu aku ada online diary.

So the truth is, dulu, aku cuma ada diri sendiri untuk bercerita.
Life is so difficult, and complicated back then.
Hidup adalah indah. Tapi penuh duri di kiri dan kanan.
The unexplainable.

And like I said in my previous entry, only a few knows what I've been through before...

And tiba-tiba, sedang menulis blog yang dua lagi itu (no, it is not The Long, Winding Road one), jumpa blog cik Aishah yang kini telah menjadi Pn Aishah. Since then I was inspired to wrote stories that everyone can read. Not only time duka, tapi time suka juger.

But to keep my privacy, yelah, since the other blogs that I used to write is not a typical what-u-can/want-to-read, maka wajah diri agak kurang dipamer di sini.

And... that's it.

By the way, banyak lagi email yang aku tak sempat nak jawab so aku jawab la sikit2 kat sini ye.

Untuk cik X yang bertanya tentang surah Yaasin as souvenir, you can click on the label 'Souvenir' at my sidebar. Tak pun, boleh taip Yaasin/Yassin kat search box kat atas tu and akan auto keluar entry yang aku pernah tulis pasal surah Yaasin.

And to cik XX yang bertanya tentang blank Guestbook, to tell u the truth, I have no idea where to find one.

But I think u can buy a blank A4-size book, and balut cover dia dgn kain yang kamu suka or u can paste your fav pic on the front cover. Contohnya macam gambar outdoor kamu berdua ke...

Haliza made one like this for her guestbook. Memang totally lawa la ^_^

And my pak andam pun buat camtu for one of his customer sebab dia carik guestbook tak jumpa yang best kot.

Dan kepada soalan2 lain, harap tunggu ye... insya allah akan dibalas secepat mungkin.

hiks.

oh my~

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
Tadi, tengah aku dok distribute invitation cards to some of my officemate, my boss said, "Agaknya macam mana la si F ni bila dah kawin. Mesti gelak-gelak senyum je kan. Hubby dia marah pun nanti dia sengih2 mesti tak jadi marah. Sepanjang keje dengan dia ni tak pernah la nampak F marah yang betul2 marah...

Pastu sume pun pakat gelak beramai2 sambil nyambung gosip.

hak ptuihh!!
Memang la aku takde marah-marah pun.
I am a well-mannered person.
Takde pasal nak marah-marah kalau tak bersebab macam some of my colleagues yang suka maki membabi-buta tuh. If I treat u good, u'll have to do the same in return.

'btul tak?

Kang tak pasal-pasal dicop macam orang keje kerajaan.
Sorry to say tapi pengalaman aku berurusan dgn ramai org kerajaan ni memang sangat buruk. Especiallynya dengan SOCSO/EPF and kat klinik kerajaan tu.

ko sengih la cemana pun dgn nurse kat situ ada dia tengking2 ko balik.

Macam yang aku lalui time HIV test aritu.
Memang gile malu laa.
oke, that's another story.

Pastu aku macam tak sampai hati nak marah-marah sebab aku ni kan sangat kesian kat orang. Sebab kat sini kebanyakkan staff bekerja di site. Diorang dah la keje bawah terik matahari pastu datang kat HR, kena marah pulak.

Kan sangat kesian.

Sebab tu aku kalau boleh, time kerja mesti nak sengih-sengih je.
And bertoleransi.
So takde la orang nak mengamuk-ngamuk, kan.

Tapi, kat luar je la.
Kat sini akan terus bercerita.
coz my pen is a lot sharper than my tongue...

'kan aku selalu condemn kat blog tiap kali ada benda buruk jadi ^-^

Contohnya macam printing vendor kat Tmn Universiti tu.
of course akan terus memburuk-burukkan dia dengan dasat sebab dia layan customer mcm tu.

hiks.

Oh by the way, my Yaasin wording dah siap tampal!
ye, hasil usaha encik Hubby ngan kekwn my mum.

Hubby malam2 nak plak la dia tolong tampal wording tu.
But to tell you the truth, I'd rather do everything myself sebab aku nak benda tu cantik and menepati spesifikasi aku sebab lelaki ni biasanya nak buat benda2 artistic macam ni mana nak pandai sangat kan. Ada kang dia main tampal je senget-benget benda tu nanti sebab nak cepat.

Tapi sebab kudrat tak mencukupi, and dia pun kesian tengok aku tak cukup kaki+tangan nak potong+tampal semua, maka telah mengoffer diri untuk menolong.

Tapi sambil dia tampal tu mata aku dok sibuk tengok takut dia salah buat. Pastu sebab aku dok perati je, makin la dia sajer2 buat salah. Geram mek.

Kalau ikutkan, aku memang nak tempah Yaasin tu siap dengan wording skali. Harga dia pun tak banyak beza. But as I said before, aku dah kesuntukan masa. And kalau nak cetak muka depan tu kena awal-awal dulu. And tadi baru terfikir, nape la aku tak order sticker, kan lagi senang.

haih. nyesal pulak tak buat awal-awal dulu.

Takpelah... dah siap pun nih.
Aku pun dah tak kuasa nak demanding sangat.
The bridezilla in me dah hilang gi mana ntah.



And TQ tag dah siap design!
Tinggal print sajer, and gunting-gunting, and tampal.
haih. macam byk lagi je tu.

And I haven't meet up with the photographer yet!
Belum duduk discuss, belum bertentang mata, belum finalized itu ini lagi.

Tak sempat oke.

uwaaa!!!

Drop-dead tired!

Love & Kisses ✿ sha 9 comments
17 days to go and I'm already sick of everything.
My job, me, the wedding preparation, me, everything.
And I feel like vomiting again and again.
...

Aku adalah penat.

betul!

Nak last-last ni rasa macam haih, cepatlah semua ni berlalu.
Penat tau balik kg tiap minggu.
And penat melilau carik barang.
Penat juger nak pindah-pindah barang masuk rumah baru, and nak susun-susun balik semua.

Penat tau!

Tadi balik kerja, nyambung duduk atas kerusi, lipat-lipat kertas, potong-potong itu-ini yang beratus-ratus seorang diri.

Tu belum operasi tampal-menampal, belum start buat TQ tag lagi, nak gunting-gunting lagi, belum start tulis kad jemputan yang beratus-ratus tu lagi. Ada la setakat 10, 20 kpg aku dah pos.

aaaaaa!!!

Patut aku order je TQ tag tu aritu.
Setakat 90 inggit sekotak takde halnya daripada penat nak mati buat sendiri nih! Sape ntah yang promote cakap D-I-Y tu senang ntah!!
Nak meraung dah nih T_T

Tengkuk sakit, kepala sakit, aku penat, keje kat opis sume buat aku nyampah.


I know I shouldn't say things like this.
Grumbling, complaining all the time.

I know.

This will soon be over but I just can't help it.

I'm tired.

Tapi nanti mesti sangat rindu saat-saat macam ni kan.
Bershopping itu-ini.
Survey barang-barang lawa dari satu kedai ke kedai lain, konon nak carik yang murah tapi kalau ikutkan, duit minyak time melilau carik barang tu dah boleh cover banyak benda lain.

Saja je nak puaskan hati sendiri.
Dah pergi kedai ni nampak mahal dua posen, sanggup pegi kedai jauh nun kat sana sebab takut nanti terkilan kalau ada barang lain yang lagi murah.

ahaks.

Dulu-dulu kan, tengok orang nak kawin, rasa bestnya jadi pengantin ni. Boleh pilih barang cantik-cantik, yang merelips sana-sini tanpa mikir apa orang lain kata.

Warna ikut kita, pilihan barang semua ikut kita.
Maklumlah raja sehari.
Tapi kan, awal-awal dulu je aku rasa macam tu.
Rasa macam nak buat serba-serbi sendiri.
So nanti lebih puas hati.
Tapi bila dah sibuk-sibuk ni memang rasa nak campak je semua ke tepi. Rasa menyesal tak buat awal-awal dulu pun ada.

haha.
standard la kan.
semua bakal pengantin akan alami situasi camni bila dah last minute.

Padahalnya dulu-dulu memang dah tau pun nak kawin bila.
So patut dah boleh budget, time ni nak buat apa, time tu nak buat apa. Dah bole start survey yang dasat kalau nak. Tapi kemalasan melampau gaknya time tu.

Dah time2 macam ni confirm la memang akan ada yang kurang di sana-sini T_T

Apapun, operasi semalam adalah agak berjaya.
Candies telah berjaya diborong dengan harga yang agak berpatutan kat area Johor Jaya nuu.

Wedding ring for Hubby pun telah selamat dibeli di JJ Tebrau.

Tinggal guestbook sajer.
Kalau aku jumpa tempat binding besi kat JB ni memang kompem aku buat sendiri. Tapi setakat ni tak jumpa lagi.

ceh still ada hati nak D-I-Y tuu.
lupakan je la F.

of Hantaran & Checklist

Love & Kisses ✿ sha 2 comments
Semalam dah setel buat 500 doorgifts utk tetamu.
The balance will be settled next week.

ye, balik kampung lagi.

Semalam pun dah hantar barang untuk buat hantaran kat auntie Linda. My theme would be silver-gold and Hubby's would be in black and white.

MINE :
1) Sireh Junjung
2) Cincin
3) Jam Tangan
4) Al Quran
5) Kemeja & Seluar
6) Coklat
7) Cheese Tarts


HUBBY :
1) Maskahwin & Gelang Tangan
2) Sireh Junjung
3) Jam Tangan
4) Telekung
5) Handbag & Purse


Kami banyak combine barang-barang hantaran sebab tak mahu terlalu banyak dulang. Susah nak handle nanti. And the wang tanda of RMxxK has already been given to my Abah so it will not be included in the hantaran.

Exchange of gifts will be done early in the morning waktu nikah pukul 10 tu so better make it simple with no fussy but beautiful, kan.

so, yey!
setel satu benda ^-^

Next week, we're gonna meet up with our offical photographer, Adzrin from TRZphoto. *will elaborate more on this later*

Misi hari ini ialah membuat TQ Tag and Yaasin wording and pergi carik pemborong gula-gula kat Johor Jaya and carik cincin Hubby kat JJ Bukit Indah/Tebrau/CS and finalized baju outdoor kat Angsana and beli barang nak buat TQ Tag and guestbook kat Plentong.

hiks.

macam sempat je aku nak buat semua tu dalam masa satu hari nih.

T_T

of Baju Nikah & Candy~

Love & Kisses ✿ sha 5 comments
'did I tell u that I hate my Baju Nikah?
ya, unfortunately.

To tell u the truth, it's just a waste of money utk tempah sendiri baju nikah since u'll only wear it once.

Kalaulah dari dulu aku tau akan timbul perasaan ni, memang takkan tempah baju nikah lansung.

Betul!

Tapi, baju tu dah siap pun.

The kain yang aku beli tu memang sangat lawa.
Golden-brownish color.

Tapi sebab tempah pada orang yang salah, then, aku lansung takde semangat nak pakai sebab baju tu buat aku nampak sangat gemuk.

And I don't want to look fat on my wedding day okeh!

Actually tailor tu memang buat baju aku selama ni and memang lawa ikut cutting tapi kita mana nak tau kalau time dia buat baju nikah tu nampak tak elok pulak bila dah pakai.





Time jejalan carik baju untuk sanding aritu, terjumpa pulak baju ala-ala jawa yang seksi ni kat Butik D' Kraton, Rengit.

Sangat cantek kat mata aku, jadi terus membook.

Tapi aku tatau macam mana nak jadikan baju ni nampak tak berapa seksi sebab nak pakai dengan tudung and nak buat nikah nanti kan.

Tapi... murah je tau.

Lagi murah menyewa daripada tempah sendiri.
Dah la kain yang aku beli tu mahal.
Nak tempah pun dah mahal juger.
adoi nyesal nyesal.

At least kalau aku sewa, boleh try and kalau tak suka, boleh tukar lain sampai la jumpa baju yang aku suka and akan buat aku nampak kurus.

Kalau tempah ni, maybe kain yang kita pilih tu tak sesuai dengan diri. And kita tatau hasilnya nanti bertepatan tak dengan imaginasi.

Maklumlah bakal pengantin kebanyakkannya berimaginasi tinggi neh ^-^

That's why aku rasa sewa adalah lebih baik untuk semuanya.

Sekian.

------

oh, I need help actually.

Ada sesiapa tau kat mana supplier candy kat JB nih?
Area Johor Jaya or Larkin or Pasir Gudang?

Kalau ikutkan nak je aku pegi kat kilang dia terus tapi tatau kat mana ada yang ok and best.

Apollo tu aku tau la tapi dia takde jual gula-gula yang sedap.

'plis, anyone?

Edisi meroyan~

Love & Kisses ✿ sha 4 comments

I'm so tired.
Sooo veri tired yang tak dapat nak diungkap dengan kata-kata.
'sori ye kekwn. nanti aku reply msg di Komen Box ittew ^-^

And, it's 25 days left till our wedding.
And it feels like I haven't done enough.
*sigh*

Tapi at least vendor tu dah hantar pun the bottled water yang aku order bulan lepas. Risau tau sebab dia asyik tangguh je dari aritu.

So, another thing settled.

Kek <-- ntah nak tempah kat sapa.
I love love the design from ComelCakes tapi lokasinya terlalu jauh kat Kempas nuu. Macam sangat kelam-kabut nanti nak suruh someone to pickup the cake, kan.

Hantaran <-- next week mesti hantar pada auntie Linda!
Cincin hubby <-- weekend ni mesti carik!
Snack for souvenir <-- ntah bila nak beli.
Wedding Card <-- ntah bila nak buat guest list.
Wording for Surah Yaasin <-- ntah bila nak setel.
TQ Tag <-- ntah bila ada masa nak buat.

ntahlah. aku penat.
nak tengok tv pun tak sempat okeh.
nak pegi salon pun tadek masa.

Sekian.

of Souvenir Bag~

Love & Kisses ✿ sha 6 comments
and... it's Saturday.

PC Fair arini okeh.
Acara wajib pegi.
Walopon takde benda yg nak dibeli tapi tiap kali, paling kurang pun 3 jam kat sana and harus la ngangkut pulang at least sebijik mouse.

haha. gile saiko ngan PC Fair.

By the way, sangat banyaklah aktiviti arini tapi Hubby tak mangun lagi. So, sementara nunggu dia siap, telah menulis banyak-banyak di sini.

We're going to a souvenir shop sebelah Kip Mart Masai sebab nak carik souvenir bag. Kat situ barang-barang dia not bad la and quite cheap juger. Time pegi Nilai3 aritu dah beli pun tapi my Abah said tak cukup. Kalau tau baik aku beli banyak2 dulu sebab harga dia murahan. Ni terpaksa la jalan-jalan survey balik. Pastu of course la takkan jumpa benda yang sama kan.

Yang dulu aku beli kaler maroon sebab initially, my theme would be light burgundy so maroon bag adalah sangat sesuai. Ni bila dah terpikat dengan baju kaler black-gold, theme terpaksa berubah la kan. Itupun kalau majlis aku still ada tema T_T

And for this extra pieces, I'm not sure whether to buy the non-woven or the normal paper bag sebab yang beli aritu adalah non-woven. But my dad said kalau paper bag nampak lagi besar and teguh. Kalau non-woven adalah lembik. So, I think I'll buy both. Campur-aduk je lah. Maklum la kan dah takde tema skarang nih.

*sigh lagi*


Then we're going to SSF kat Plentong.

Ini first time mau jejak kaki ke sana okeh.
Sebabnya, I think barang kat sana quite mahal, lah.
Tapi mana tau kot time-time ni dia buat sale kan.
So, better pegi je.

Lagipun dah alang-alang on the way nak ke Persada Jhr tu kan. So kalau mahal tak payah la beli. Tapi kot mana tau jumpa artificial flower yang lawa. Sebab aku rasa tak sempatlah kalau nak gubah hand bouquet guna fresh flower tu. Especially untuk aku yang konon-kononnya bercadang nak buat sendiri nih.

And I think there's one shop with the name of Kahwin Kahwin at Perling. The lady who made my engagement's hantaran told me about it. She said that the shop got almost everything u need, and quite cheap juger.

But unfortunately I'm not sure where exactly the shop is. Mau sesat-barat kalau aku pegi sana kang. Tapi kalau tak jumpa pun takpe. Bole terus ke JJ Bukit Indah.

hiks.

Then, we're off to PC Fair.
yippie!

of Surah Yaasin~

Love & Kisses ✿ sha 10 comments
Ok, now I'm gonna write a bit about the Surah Yaasin.

Sejak ngambil keputusan nak jadikan ia souvenir kahwin kami, telah survey di banyak tempat. Memang quite disappointed la sebab a few bloggers yg dah jumpa address sume tanak share ngan aku pun. Time tu rasa cam ---> haih, carik benda lain je la.

But at last, alhamdulillah... we found it.

So, sebab aku dah rasa kesusahan survey tanpa bantuan dulu, jadinya nak jugak la tolong-tolong kamu semua supaya dipermudahkan jalan menuju hari itu ye.

These are some of the vendors yang aku dapat :

1) AL HIDAYAH : 03-4042 0733/4043 3786
2) DARUL NU'MAN : 03-2691 2645/2698 8495
3) CUCKOO PRINTS : warna.inspirasi@gmail.com

Yang lain-lain tu kebanyakkannya tak amik order dalam kuantiti yg sedikit and ada yang supply untuk company sahaja. So, tak payah la aku tulis di sini ye.


By the way, I'm going to Johor Specialist tomorrow.
Gonna do some MRI.
Specialist yang kat Hospital Penawar tu macam tak bagus la.
Tisu ligamen kaki aku yg koyak rabak sebab jatuh tangga aritu macam tak elok lagi ni. Walopon dah sebulan lebih kejadian tapi kaki masih bengkak + sakit lagi oke.

I'm limping!
gosh... macam mana nak naik pelamin kalo limping nihh???


T_T

*juger masih dalam mood sedeh kehilangan Ciki tersayang...*


"apehal tengok2 nih? kak paca, sila jgn kacau. ni tempat landing i okeh."

Oh my, I miss u dearly Ciki... T_T

of Souvenir - Yaasin

Love & Kisses ✿ sha 9 comments
Walopon memang lansung takde mood utk menulis tapi aku kuatkan semangat jugak sebab aku mau setiap detail perjalanan kami menuju hari besar itu tercatat di sini.

So dear, I won't promise but I will try to write something memorable setiap hari di sini.

Tak lama mana pun lagi...
59 days to go.

59???

Sebulan lebih je lagi okeh!

Cam saspen lak tapi kalo ikutkan mmg banyak benda yang dah setel. Cuma aku yang tak rajin nak update cerita yang masam-manis di sini. hiks.

The HIV test, the Kursus Kahwin, a bit of hantaran items, the souvenir, the bedsheet, the bridesmaid, etc etc...

Nampak macam senang tapi tiap satunya fuhh~ ada cerita yang tersendiri okeh! Nantilah aku cerita satu-satu ye.

By the way, my souvenir dah setel pon.
yippiee!
I bought 500 pcs of Surah Yaasin from this publisher - Al Hidayah @ Batu Caves. Order thru email and phone call jer. Veri the senang.

Then, since I'm staying at JB, my bro la yang tolong amikkan kat Batu Caves nuu sebab dia dok kat Klang kan.

Sebab aku nak something yang terbaik dgn harga yang berpatutan, so memang kena survey banyak tempat la.

Ye, memang agak horrible oke experience time survey-survey ni.

Mula-mula tu cadangnya mau tempah di JB sajer. Then carik-carik, semuanya tak amik order dari orang persendirian untuk personalized Surah Yaasin, except for this one - Umida Industries kat Taman U.

So, aku pun contact la org ni tanya quotation sume kan. Kitorang agree nak datang sana on Saturday since hari lain susah sikit sebab kami kerja kan.

Tempat tu plak close pukul 12. Dah la nak carik opis dia gile susah kat celah-celah kilang nuu then bila sampai sana diorang boleh buat tatau jek.

Korang bayangkan la, before datang tu aku dah call buat appointment, tapi bila bukak pintu masuk dalam, sume bole buat dekkk je. Bahagian marketing plak tu. Terjenguk-jenguk la kitorang kat situ tatau nak pegi mana. Layanan cam hampagas!

Diorang nak kitorang park kete BMW kat depan tu kot baru nak layan.

Then, aku tanya la macam mana nak order sbb aku memang2 nak finalize sume kan. Aku pun tanya la harga balik. Pastu diorang bole bagi harga lain padahal sebelum2 tu dah cakap lain. RMx.41. Sebab ada satu sen kat blakang tu so aku tanya la bole tak genapkan RMx.40 sebab dah alang2 satu sen je kan. Sajer la tanya kot diorg nak bagi ke kan. Standard la kite nak membeli banyak mesti la kena nego.

Pastu ada plak la mamat sekor tu cakap, "Saya heran la dengan orang Melayu kita ni. Kalau bab2 agama berkira betul. Suka sangat nak mintak kurang-kurang harga. Kitorang takde untung pun la cetak benda ni."

fuh... memang kami terkejut gile dia cakap macam tu.
Takde manners lansung.
Padan muka dia kena sembur balik dengan my hubby.
Sampai terdiam mintak maap sume pastu dia pun terus keluar.

Kot kalau ko nampak alim takpe gak. Ni dah la rambut rebonding, muka ala-ala pecah rumah bole layan customer macam tu. Ko keje bahagian marketing, mesti la tau jaga manners, cara nak tambat hati pelanggan. Ni makin nyakitkan hati ada la. Customer masuk mesti la layan. Ni ko pegi main game kat PC tu pastu biar customer ko melilau-lilau. Pastu bole cakap takde untung.

Hapenye berniaga takde untung nihhh???

Lagipun ko printing company bukannya setakat cetak Yaasin je, ko buat benda lain jugak kan so of course la ada untung. Kalo dah rasa macam baik sangat pun tak payah la nak berlagak camtu skali. Macam bagus jek.

Pastu kalo beli kuantiti camni, harga byk ni. Bole plak turun naik harga ye macam beli brg kat kedai plak. Camtu takde untung ke? Lagipun, you're not the boss oke.

At least kalo ko tanak kurangkan yang SATU SEN tu takpe, aku tak kesah pon. At least ko boleh cakap mcm ni sambil senyum, "Maaf la harga kami dah fix."

Sorry to say tapi memang kebanyakkan orang Melayu punya company memang macam ni. Cuba ko pegi kat kompeni cina, tak dan-dan ko jenguk kat cermin luar kedai pun diorang dah tanya, "boleh kami tolong?"

Tapi sebab aku tatau nak order kat mana lagi kat JB ni, aku pun tanya la kat kawan dia yang sorang lagi tu macam mana nak order. Then dia cakap, nanti dia tanya bos dulu pasal harga. Aku cakap tak kesah la harga tu sbb kami memang nak order jugak. Pastu dia suruh tunggu kejap sebab dia cakap kwn dia yg sorang lagi tu pegi tanya kat bos.

So, kami pun tunggu...

Hubby memang dah naik hangin sejak tadi tu and dia macam nak ajak balik tapi aku cakap tunggu kejap je lagi.

Lepas setengah jam tunggu, kwn dia tak turun-turun. Aku tanya lagi kat budak tadi camne. Dia cakap tunggu kejap.

Then, kwn dia pun masuk. Aku tanya dia mcm mana yang tadi tu.

Dia bole jawap, "Cik tanya pasal apa tadi?"

Ya Allah...!

Rupanya dia tak tanya apa-apa pun kat bos dia tu! Hubby adalah sangat hangin sampai tak terkata apa and dia ajak aku balik cepat-cepat.

Sampai kat kete, Hubby cakap dia tak puas hati betul. Dia pegi kat opis tu balik and mengamuk kat diorg sume.

Ye, kalo aku pun memang hangin betul tuh.

Then kitorang pun singgah la kat JJ Tmn U sebab dah dekat kan.
Sampai kat JJ pun hubby still berasap and cam takde mood. Dia call balik company tu and buat complaint yang dasat. Siap cakap kat bos dia lagik ha.

Seriously aku tak rekemen lansung korang amik kat sana.
Betul!

Tujuan kami untuk bersedekah kepada tetamu pada hari bahagia kami nanti, bukannya untuk riak berlagak ke hapa. Bukan untuk dijual pun. Nak bagi je. Kami bukanlah baik sangat, tapi kami berusaha untuk menjadi muslim muslimah yang lebih baik...

Jadi harapannya, at least ini akan jadi suatu kenangan sempena majlis kami nanti dan awak-awak semua dapat mendoakan kebahagiaan kami dunia akhirat ye.



Then aku pun nyambung la survey tempat lain.
Kat KL sangat la banyak choice and kami pilih Al Hidayah ni sebab Hubby suka dengan design dia. Kalo beli dengan kuantiti banyak dapat la lagi murah kan. And it is wayyy cheaper than the one kat Umida tu.

Our initial plan is to give out personalized Yaasin to the guest. Tapi memandangkan Boy akan balik ke sini 2 minggu lagi and macam tak sempat je nak tunggu printing nama semua tu, so we opt for normal Yaasin. Hubby cakap takpe la... kite ikhlas nak bagi pada tetamu kan. Nanti kite gunting-gunting tampal ye kat souvenir kite tu.

Okeh luv yuh Hubby!

My bro, Boy, pegi amik kat sana semalam.
Time tu diorang dah nak close so dah siap2 packing sume. Walopon Boy cakap servis dia tak bagus and pompuan tu sengal and salah kira duit and macam nak tanak je layan tapi aku sangat-sangat satisfied sebab akhirnya dapat apa yang aku nak.

'yey!

Theme Color and Souvenir Bag

Love & Kisses ✿ sha 5 comments
Warna tema.
Yep.
Ini adalah satu perkara yang leceh dan menyusahkan otak aku.
Dari dulu memang suda set dalam kepala, mau dusty pink sebagai warna tema.

Dusty pink is not really pink.
It's more to merah samar.
Dear hubby tak berapa suka dengan kaler pinky2 begini, but he said kalau merah samar ok la.

Then, time my sis's outdoor shoot aritu, she wore this greyish-black wedding dress yang tersangat la lawa. Maka, on the spot aku telah jatuh hati dengan warna kelabu-hitam ineh.





Rasa macam nak pakai baju yang sama jek.
Tapi kang ramai pulak yang bising-bising kat belakang.

Last Sunday waktu balik dari my sister's Majlis Bertandang kat Ipoh, kami telah singgah di Nilai. Dan telah membeli pun souvenir bag.

Nak tau warna apa?

Ye, merah-maroon.

haish.

Aku memang tak boleh lari dari warna merah la.
Time tunang aritu dah pakai baju merah menyala.
My sis bersanding tu pun warna merah cili.

Dan ini, beg berwarna maroon.
hem hem.
Sebab, takkan nak souvenir bag warna hitam, kan.
Very the gothic oke.
And warna putih sangatlah dull.
Cream color pun tak berapa best.
So let it be maroon.

Takpe la... takkan nak ikut warna tema 100% kan.
Lagipun maroon is a very nice color and I love it very-very much.
Kalau aku nak bersanding pakai baju hitam-putih pun, maroon tetap warna yang cantik and menarik utk souvenir bag.

'kan, kan?

Oh anyway, we had a good bargain for the souvenir bag.
The non-woven is only RM4.72 for 10 pieces.
Very-very cheap oke!
The cheapest that I saw in Johor is RM5.50 tapi selalunya the price is around RM7.00 per pax.

lalala~ sangat hepi.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review