Showing posts with label Photographer. Show all posts
Showing posts with label Photographer. Show all posts

of you, and me.

Love & Kisses ✿ sha 10 comments
Walaupun perut adalah tak sedap, dan besok adalah kerja yang tak berapa nak dialu-alukan, tapi arini adalah best sebab gambar kawin dah siappp!!!

hoh. ai sangat hepi occay.
Takde apa yang aku nak cakap kecuali sangat menepati citarasa and totally recommended.

Adzrin from TRZphotography, Johor.


Hold me close and never let me go...
Kiss my lips with gentle passion...
Love me with everything you have...
And I will be yours always, and forever.
...


"hubby, arini cyg bercadang nak tido ngan album la."

"haa ye. besok pagi tengok dah bersepai semua."


oo bersepai sebab ai kan tido secara ganas so maybe akan tersepak encik album lalu menyebabkan covernya yang diperbuat dari acrylic itu pecah berkecai.

ahaks.
luv yuh hubby ^_^

Photographer/Videographer/TQ Tag

Love & Kisses ✿ sha 6 comments
and, on the spot juger telah membook Photographer and Videographer idaman.
maklum la dah confirm date, kan.
alhamdulillah... dapat jugak yang the best kat mata aku and within out budget...

and malam tadi, TQ tag pun suda siap di design.
Actually, it is not really a 'Thank You' tag but more to a Wedding tag.
Tapi lantak la kan asalkan aku suka.
I've created 8 design and dah suruh my sis pilih mana yang paling best.

4 jam mengadap lappy tuu.
Cam nak terkeluar bijik mata pun ada sebab dah la dari pagi seharian mengadap PC kat opis, then balik kerja sibuk mengadap Photoshop pulak.

Map and the other details untuk kad kahwin kami pun dah siap and dah selamat diemail ke kedai tu.

So far, semuanya berjalan lancar.
alhamdulillah...
Tu la, lain orang, lain cabarannya kan.
Contohnya macam aku, cabaran waktu nak menentukan date.
And bila dah dapat date, yang lain adalah smooth sailing.

Esok dah nak bayar duit booking utk Videographer and Photographer idaman.
And my pak andam - Noni, is still available.
'yey!

Photographer

Love & Kisses ✿ sha 9 comments
Suda beberapa hari ineh dok mensurvey photographer yang best.
Sampai pening-pening kepala aku tengok banyak-banyak gambar nih.

Tapi sangat hepi sebab akhirnya telah berjaya menshortlistkan beberapa photographer yang menepati citarasa and dalam lingkungan bajet aku.
*wink wink*

Oh ye. Sebab aku duduk di Jhr, maka semua photographer yang aku listkan di bawah adalah dari Jhr sajer.

Yang pertama : FotoKahwin
Yang kedua : ArtismeRepublic
Yang ketiga : WafinStudio
Yang keempat : CapturePixs
Yang kelima : NahamPhoto

Antara kelima-lima tu, yang paling aku suka adalah dari FotoKahwin and ArtismeRepublic.

Sebab aku lebih mengutamakan editing and cara penyampaian dalam custom album mereka. Aku suka cara mereka membuatkan gambar jadi soft and menggunakan extreme editing untuk mengolah gambar.

Photographer yang lain pun best juger cuma kadang2 benda yang kecil-kecil mcm bekas jerawat pun takkan la nak tepek dalam album, kan?

And kadang-kadang, walau dah diedit, gambar tu still nampak macam kaku and keras.

Tak best la macam tu kan sebab kita nak tengok gambar tu sampai bila-bila.
Kalau tersalah pilih photographer kan nyesal seumur hidup.

WafinStudio aku suka sebab photographer dia sangat pandai mengambil gambar. Maksud aku, dia pandai memilih sudut-sudut menarik and gambar yang dia ambil nampak sangat natural dan live compared to the others.

Memang bestlah.

Cuma, aku tak berapa suka dengan kualiti editing utk custom albumnya.
No offence, tapi pada aku la, walaupun gambar memang dah sangat menarik tapi kalau albumnya serabut sangat dengan hiasan2 tak berkaitan, kan sudah jadi tak berapa best gitu.

CapturePixs dan NahamPhoto pula, gambarnya menarik, dengan harga yang berpatutan. *oh CapturePixs belum memberi aku quotation harga lagi nih.

Editing yang sederhana and nampak keoriginalan gambar yang diambil.
Tapi... ntahlah. Kadang-kadang aku rasa ada event yang gambarnya sangat cantik. Kadang-kadang ada pulak time kenduri sape ntah gambar dia nampak macam biasa2.

Takmo la nanti kot time kat website semuanya nampak cantik tapi bila time kenduri kita, ada je cacat-celanya.

Itu la yang susahnya sebab aku sangat suka dengan editing yg extreme macam kat FotoKahwin tu. Sangat tasty okeh!
Cuma kosnya lebih dari bajet aku la.
Outdoor session pun kena tambah ongkos?
haish.
Kebanyakkan photographer yang aku survey, ada menyelitkan sekali dengan pre-wedding/outdoor session tu. So, aku rasa macam tak berbaloi if I have to pay the additional cost untuk yang itu.

Ya, lebih-lebih lagi untuk aku yang mementingkan kualiti dan kuantiti dengan kos yang tak berapa tinggi ^-^

hem hem.
rasa-rasa kalau aku suruh photographer lain buat sebijik macam tu diorang nak tak eh?

hiks.

*oh anyway, ini adalah pandangan peribadi aku yang sangat suka bermain-main dengan Photoshop. Jangan ada yang tersinggung ya ^-^

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review