Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Mangga Asam Boi & Frozen Bag

Love & Kisses ✿ sha 1 comments
kesimpulannya, beli jeruk yang dipos memang nightmare!!!
reminder for me, untuk barang-barang yg ada cecair begini, sila la jangan beli online. bukan setakat meleleh kat tepi-tepi, tapi bila ia dah lama dlm simpanan poslaju, and mungkin terdedah pd haba sepanjang proses penghantaran, and takde pengawet pula tu, harus la rasa dah jadi semacam. benda yang confirm sedap pun boleh jadi tak sedap ha. officemate aku buat epal asam boi aritu 10x lagi sedap.

so sesiapa teringin nak makan jeruk pelam asam boi, boleh la try buat sendiri or beli kat orang keliling tu je. tak payah degil sangat nak beli online walaupun posmen akan hantar depan pintu ye.

ni resepinya.



senang gila kot nak buat.
tapi kat sini mana ntah nak carik org jual pelam muda yang sedap tu.
sekian T_T

eh as usual, sesiapa nak Frozen Square Trolley Suitcase mcm ni sila msg saya ok.

PROMOTION PRICE = RM135 only!!!


PROMOTION PRICE = RM125 only!!!

Email : charmsandcolors@yahoo.com
FB : CHARMSandCOLORS
SMS/WhatsApp : 019 6555700 (Fasha)
Website : charmsandcolors.blogspot.com
Instagram : charmsandcolors

daging ujang!

Love & Kisses ✿ sha 1 comments
Pernah dengar Daging Ujang?
Pedas-pedas menyengat cili api tapi SERIOUSLY SEDAP okeh!

Dulu, setiap kali balik dari kedai kek kami, malam-malam mesti akan singgah tapau Daging Ujang di kedai makan sebelah Petron bus station Masai. Tapau dua bungkus, lauk asing. Esok sebungkus boleh bawak pegi opis buat makan tengahari. ‘nampak tak betapa kemaruk di situ? hoho

First time makan di situ, my brother-in-law yg bawa.
Dia sangat la beria menyuruh kami mencuba Nasi Daging Ujang. And akhirnya bila dah rasa, mmg everydaylah makan benda yang sama. Tapi tu la, kadang-kadang rasa dia tak berapa nak konsisten. La ni bila aku dah terer masak Daging Ujang sendiri, langsung la tak pernah beli kat sana lagi.

So motif update blog hari ini sebab aku nak share resepi Daging Ujang my version yg kalo korang terer masak mmg akan kompem sedap.


1 kg daging yg dihiris nipis dan potong kecil-kecil (kalau nak lagi best, guna la daging batang pinang)
40-50 biji cili api (ikut saiz cili tu la. aku guna cili kecik2)
3 biji bawang besar (dipotong dadu/hiris kasar)
4 biji bawang putih (2 biji cincang, 2 biji dikisar sekali dgn cili)
1-2 batang serai (hiris serong, kasar2)
15 tangkai daun ketumbar (hiris kasar2)
2 inci halia (hiris kasar)
6 sudu sos tiram
Sedikit air asam jawa (lebih kurang 3/4 cawan)
1 sudu gula

Cara nak masak :

1) Goreng daging + halia sampai agak-agak garing. Guna minyak banyak. Angkat dan biarkan tepi.
2) Tumis bawang putih sampai naik bau, kemudian masukkan cili api & bawang putih yg telah dikisar kasar. jangan kisar halus tau, tak sedap. Agak-agak dah pecah minyak, masukkan sos tiram.
3) Tumis lagi, kemudian masukkan masukkan sedikit air asam jawa.
4) Masukkan gula.
5) Masukkan bawang besar dan serai. Kemudian masukkan daging dan daun ketumbar yg telah dihiris kasar.
6) Agak-agak masak, angkat dan terus hidangkan ye.

SUPER SEDAP!

40-50 biji cili tu memang nampak banyak tapi ikut korang la. If rasa pedas sangat, kurangkan cili. Tapi bila dimasak betul-betul, sebenarnya cili tu tak la pedas pun. Kalau belum masak lagi dah dicampur bahan lain, nanti rasa dia tak berapa sedap. Tapi jangan terlebih masak sampai hangit pulak kan.

And if masak sekilo daging pun boleh abis sekejapan je ye.
If nak masak sedikit, korang kurangkan la bahan dia.

ok, sekian resepi.
'ahhh besok cam nak masak lagi la!

tahun yang baru.

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
oo suda 2011 ye.
and I'm nearing the 30s.
wuhuhu!

So as usual, akan letak beberapa azam baru yang insya allah akan dicapai.

• Beli Nikon DSLR 3100
By hook or by crook mesti beli jugak! Target adalah before bln 5 ye.
and bagi menjawab soalan Harz : no, aku belum beli lagi la sebab waktu2 ujung taun aritu adalah waktu utk bersoping brg baby.

heh.

• Bercuti-cutian satu M'sia
Mesti! Mesti! Mesti! Tak mungkin la gi oversea dis year so berazam akan at least ke Kuching or Sabah or jalan2 kat Semenanjung ni pun jadikkk!

• Accept lebih banyak order for CharmsandColors and kalo bole takmo reject sapa2 pun
tapi... adeh. Tu bergantung jugak la lepas bersalin nanti macam mana kan. sedangkan time tgh preggy ni pun tahap ketaklaratan tu dah melampau so nanti mesti akan lebih bizi dengan hidup yang baru with our little prince and my plan to fully breastfeed, ngan kerja kat opis, ngan balik umah nak memasak, ngan nak layan encik Hubby lagi, ngan time weekend nak jalan sana sini lagi, but hopefully berjaya la ye ^_^

• Menjadi anak yang lebih baik to my parents and PIL, and menjadi isteri yang lebih baik to my beloved Hubby...
hoho... of cos la ni azam tiap tahun kan.

• Buy at least a built-in wardrobe or a new sofa
Currently we have 3 wardrobes in the house; one for me, one for Hubby and one for our little prince. tapi suda sangat tak muat!!! Sampaikan bilik yang no. 2 tu dah jadi stor baju kami. So maybe akan terus buat yang built-in kat master bedroom tu dari ujung sana ke ujung sini. Kot kalo tak muat gak, lain taun buat lagi satu kat 2nd bedroom tu plak. Tapi tengoklah. Aku macam nak beli sofa baru. And takmo yang 3+2+1 seater sebab mcm sempit je orang nak duduk. Yang lama punya boleh letak kat family hall kat atas sebab kaler dia cam tak berapa nak matching ngan living room.

Sangat tak suka yang leather so maybe we'll opt for the fabric one macam yang kat bawah ni.



• And last but not least, akan berusaha mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat!
ye, sebab saye ada seorang suami yang sangat fanatik bersukan, so awal2 lagi telah berkata, 'nanti petang2 kita bawak baby joging tepi tasik naik stroller ye cyg.

maka lepas abih pantang akan selongkar balik seluar2 tracksuit yang lama.
'owh, wujud lagikah?
haha.

• dan akan memasak makanan yang lebih sihat untuk keluarga tercinta ^_^
Start dari last week aku dah mengamalkan makan celery + olive oil. Bole tahan sedap la kat tekak aku ni kan. One of my fren telah mencadangkan supaya makan sesudu olive oil setiap hari untuk memudahkan bersalin. Tapi nak makan idup2 harus la tak tertelan aku kan. so telah mencampurkan olive oil dalam segala ulam-ulaman dan sayur-sayuran and yang paling senang ialah celery stick.

Potong nipis2, campur dengan tomato cherries or any other salad yang ko suka, tuang ngan olive oil and makan ngan nasik lauk Sambal Ikan Bilis Jawa bersama perahan air limau kasturi/limau nipis. sedap ye kwn2.



Celery : Health Benefits

Celery has always been associated with lowering of blood pressure. When combined with other juices, it provides different formula that help other conditions.

Recent studies have shown that celery might also be effective in combating cancer. Read on.

Some of the health benefits of celery juice:

Acidity - The important minerals in this magical juice effectively balance the body's blood pH, neutralizing acidity.

Increased Sexual Drive - Celery juice is beneficial for weak sex drive without the effects of an uncontrollable urge that some pharmaceutical drugs have.

Athletes - Celery juice acts as the perfect post-workout tonic as it replaces lost electrolytes and rehydrates the body with its rich minerals.

Cancer - Celery is known to contain at least eight families of anti-cancer compounds. Among them are the acetylenics that have been shown to stop the growth of tumor cells. Phenolic acids which block the action of prostaglandins that encourage the growth of tumor cells. And coumarins which help prevent free radicals from damaging cells.

Cholesterol - This humble pale juice has been shown to effectively and significantly lower total cholesterol and LDL (bad) cholesterol.

Colon and stomach cancer - The phytochemical coumarins prevent the formation and development of the colon and stomach cancers.

Constipation - The natural laxative effect of celery helps to relieve constipation. It also helps relax nerves that have been overworked by man-made laxatives.

Cooling - During dry and hot weather, drink a glass of celery juice two or three times a day, between meals. It wonderfully helps to normalize body temperature.

Diuretic - The potassium and sodium in celery juice helps to regulate body fluid and stimulate urine production, making it an important help to rid the body of excess fluid.

Inflammation - The polyacetylene in celery is an amazing relief for all inflammation like rheumatoid arthritis, osteoarthritis, gout, asthma and bronchitis.

Kidney function - Celery promotes healthy and normal kidney function by aiding elimination of toxins from the body. While eliminating toxins, it also prevents formation of kidney stones.

Lower blood pressure - Drinking celery juice every day for a week significantly helps lower blood pressure. A compound called phtalides help relax the muscle around arteries, dilating the vessels and allowing blood to flow normally. To be effective, drink the juice for one week, stop for three weeks, and start over.

Nervous system - The organic alkaline minerals in celery juice has a calming effect on the nervous system, making it a wonderful drink for insomniacs.

Weight loss - Drink celery juice frequently throughout the day. It helps curb your cravings for sweets and rich food.

Urinary stones, breaking of - The diuretic effect of celery juice also aids the breaking and elimination of urinary and gall bladder stones.

You can expect many more healing benefits from celery juice as you consume its natural sodium.


Source :
http://www.juicing-for-health.com
http://www.ihealthdirectory.com
http://www.detox-for-life.com

Naik berkilo-kilo!

Love & Kisses ✿ sha 8 comments
The good thing about being pregnant is that u could eat almost everything without feeling guilty or worrying of getting fatter.

ya, bcoz u're already fat =)

Kelmarin aku buat Kek Batik yang veri sedap.
Penyudahnya dah 3 hari ni aku brekfes dengan kek batik tanpa rasa boring.
Tgh2 mlm kalau terbangun pun bole gi bukak fridge makan benda alah tu.
kelakar jugak sebab bila aku bangun nanti Hubby tanya, 'cyg nak gi mana tu?
pastu bila aku ckp nak mkn kek dia ckp, 'laa pukul 3 pg dah ni...

ahaks.

Time kat opis pun bole plak aku dok teringat je balik ni nak mkn lagi.
gile kemaruk.

Sebab tu gaknya berat aku naik mendadak nih.


This is me @ 5 mths++ preggy during an event kat opis.
'gambar candid time mkn ketika berambut panjang.

ye, hobi adalah tak mengadap kamera time amik gambo T_T

And this is me @ 6 mths++ during monthly assembly pun kat opis juger.
'gambar candid pejam mata ketika berambut pendek.

and yes, i've cut short my hair sebab suda sgt rimas.
tapi pasni takleh potong dah sebab org ckp time pantang kena ikat sanggul tinggi2 ketat2 so that kepala tak sakit.

owhhh... tapi lihatlah perbezaannya.

Berat badan before kawin adalah 49 kg and tak penah la lebih 50 kg.
When I first knew that I was pregnant (2 mths), my weight is 51 kg.
After 5 mths, it is 55 kg.
And suddenly, semalam timbang kat KK, berat telah jadi 61 kg oke!
And semua tu berlaku dlm masa sebulan!
Seumur hidup tak penah la lebih 60 kg...
gile ah ding dong.
...

And I've stopped wearing contact lenses sebab tak tahan dengan kekeringan and kegatalan mata.

I don't know.
maybe the pregnancy.
So ok, have to opt for the glasses lah buat masa sekarang.
...

Anyway, ni resepi Kek Batik yang senang gile nak buat and aku suker tu.

Bahan-bahan :
300g Milo
1/2 tin Susu pekat
3/4 buku Buttercup
300g Biskut Marie (patah dua)
Kacang badam hancur (digoreng tanpa minyak) - jika suka
Sedikit air

Cara-cara :
1) Cairkan buttercup dalam kuali.
2) Agak-agak cair, masukkan milo, susu pekat dan sedikit air. Gaul rata.
3) Matikan api dan masukkan kacang badam dan biskut Marie.
4) Gaul sampai sebati dan tuang dalam bekas yg dah dialas foil. Tekan-tekan sedikit.
5) Sejukkan dalam fridge selama 2, 3 jam sebelum dimakan.



'hoh, no wonder la berat naik berkg2 nih!

Si bidan terjun

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
Aku beli sotong tadi sebab aku teringin nak makan sotong goreng tepung yg aku masak sendiri.

Sebab yg beli kat kedai tu aku rasa cam cekodok pulak.
Cam lembik lembut tak menepati citarasa.
Aritu masak kat kg tak dapat makan byk sbb orang ramai, kan.
So berazam nak masak besok.
Arini tanak masak sebab aku menat.
Tadi setengah hari jadi penceramah jemputan utk politeknik di sini.
Ada program kerjaya di sana.
Bidan terjun sebab encik bos tak dapat pergi.

takpelah... best juger.
Walopon di opis suda banyak kali bagi briefing and roadshow utk program2 HR pd staff tapi bercakap dalam dewan depan 200 final year student adalah pengalaman baru.
ye, kanak-kanak yg nakal2 gatal2 belaka.
tak nampak gaknya perut aku yg suda ke depan nih.
tup tup ada pulak la yg sibuk tersengih-sengih mengorat, bg flying kiss bagai sepanjang aku bercakap tu.
si pengerusi majlis pun awal2 lagi suda menginform status aku yg suda berkahwin.
ahaks.
agaknya inilah perasaan kalo jadi lecturer/guru muda ye.

teringat zaman belajar dulu.
Ada sorang lecturer pompuan yang student laki sangat suka.
Ms Norain nama dia.
Walopon dia ngajar tak berapa best tapi sebab dia cantek lawa, maka semua pun rajin ke kelas dia.

oh, rindunye aku!
tak sabar nak jumpa diorang time kenduri Aida nanti.
Ann, Watie.. u ols pegi tak?


And ini adalah resepi Sotong Goreng Tepung yang aku suka.

Bahan-bahan :
5 ekor sotong
1 biji telur
8 sudu besar tepung jagung (ikut byk sotong. kalo kurang tambah la, kalo lebih kurangkan..)
Sedikit sos tiram

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan tadi dalam satu mangkuk.
2. Gaul ala kadar and masukkan satu-satu dalam minyak panas.
3. Hidangkan.


Aku tak tambah air sebab air dari sotong tu dah cukup and jgn gaul lama-lama sangat sebab nanti dia jadi cekodok. And aku tak letak garam pun sebab dah letak sos tiram.

Bulan ke-5...

Love & Kisses ✿ sha 7 comments
Dah bulan ke-5 pun.
Before raya aritu dari bln ke-2 hingga bln ke-5 berat naik 300g sajer.
'kau ado preknen 5 bulan berat naik 300g je???

Saspen gak aku.
Sebabnya aku memang kuat mkn.
Time tak pose keje adalah mengunyah je.
Lunch tak penah skip.
And selalunya aku org pertama yang gi cafe.
Tapi memang dari dulu berat aku susah nak naik kot.
Kecuali time belajar kat uni dulu and time wedding aritu.
Stress gaknya kot sebab tu makan lebih dasat dari biasa.

Time bln pose lak, buka at least ngan 2 juadah, nasik ngan laksa or nasik ngan rojak or something2.

Sepanjang hidup, tak penah la aku tak kuat makan.
And sepanjang preknen, tak pernah pulak aku muntah.
So nape berat badan bertambah 300g sajer??

ok, ok sila bersyukur sebab badan tak naik bagai dipam-pam.
Perut of cos telah nampak ke depan.
Tapi aku tak pakai baju ngandung lagi.
Baju raya taun ni pun saiz XS you!
haha berlagak tak hingat.

Tapi itu kesah sebelum raya.
Setelah seminggu lebih beraya, berat telah naik sebyk 3kg.
gile ah ding dong.
Sejak dok Jhr balik, which is sejak 3 tahun lepas, berat aku tak penah lebih 50kg.
tup tup ni... bila dia naik meroket sakan la pulak.

Anyway, arini adalah teringin nak masak resepi kat bawah nih.
Amik dari DayangJack & LinaPG and sume ckp sedap gile tu yg ai mesti cuba.


Udang Masak Madu

Bahan-bahan :

400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
1 labu bawang besar*
1 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
2-3 biji cili api (diketuk)
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus lemon (boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
Sedikit daun ketumbar (dihiris)
1/2 sudu besar kicap pekat

Cara-cara :
1. Kisar bahan2 bertanda *.
2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
3. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit.
4. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
5. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon/limau nipis dan daun ketumbar.
6. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

****boleh tambah sos tiram atau garam jika suka (terpulang pd citarasa sendiri)

Berbuka secara solo~

Love & Kisses ✿ sha 6 comments
Arini adalah tak berapa best sebab Hubby gi meeting kat KL.
so aku kena berbuka sesorang T_T

Tak bes juger sebab aku kena drive sendiri setelah sekian lama ada driver.
and sebab dah la lama tak drive, hujan lebat ribut kencang plak pagi tadi, so abih basah lencun baju ai.

Tapi nasib baik la dari smlm dah bertekad nak bangun awal.
Sebab takmo park kete kat kandang yg jauh nuu.
'kandang = nickname utk tempat parking opis aku.

Tapi memang bagus jugak la mangun awal.
Sebab hujan, so tak payah nak harung trafik jem sangat.
And nasib baik dapat gak mangun awal sebab keraskan hati takmo tekan butang snooze kat henpon tu walopon hati nak sangat tekan lebih-lebih lagi nengok Hubby kat sebelah tengah tido lagi. wuhuhu~

Tapi bila nak turun gi kete, dia suh tunggu jap sebab nak ngantar skali.
Nak payungkan sebab ujan.
haha. sangat comel~

Pastu part nak parking kat opis adalah sangat saspen.
Sebabnya aku dah lama tak parking secara reverse.
Lama sesangat.
Tadi kononnya nak park reverse la kan.
Pastu bole plak hujan lebat sampai tak nampak jalan.
Pastu kete lain dah berbaris nunggu aku.
So telah ngundur je tanpa nengok side mirror.
Time tu dalam hati cakap, lantak la kalo langgar kete sebelah pun.
Sebab takmo org tertunggu2 aku nak btulkan parking. ---> haih bole gitu?
Tapi nasib baik la selamat walopon memang rapat gila.

ye, mesti Hubby sgt saspen nak bagik aku drive lagi pasni.

Pastu pukul 9.30 pg pegi toilet baru perasan rambut ai berceracak.
Sebab kena hujan tadi kot.
'mesti org keliling sangat kesian kat org ngandung yg serabai.

Arini teringin makan daging dendeng sebab nampak resepi kat blog mak Hanis Zalikha.
cam sangat sedap.
Tapi resepi ni dah diubahsuai ikut selera aku la.
Tapi cam tak berbaloi kalo nak masak buat makan sorang2.
So maybe nanti balik kg baru nak masak ngan mak.


Daging Dendeng Minang

Bahan-bahan :
1 kilo daging
300 gm cili kering (dikukus atau direbus, kemudian tumbuk kasar2)
2 biji bawang putih
Bawang besar - 2 biji besar (dikisar) & 1 biji (dihiris tipis)
Cuka/Air Asam, Gula dan Garam secukup rasa.

Cara-caranya :
1- Rebus daging dan potong tipis-tipis lalu goreng sehingga garing ketepikan.
2- Tumbuk daging tadi.
3- Tumis bawang kisar hingga naik bau dan masuk bawang hiris dan cili yang telah ditumbuk tadi.
4- Tumis sampai naik minyak. Akhir sekali masukkan gula, cuka atau air asam & garam.
5- Gaulkan daging goreng.
6- Angkat dan hidang.


------

This song is Sebelum Cahaya by Letto.
tiba-tiba teringat sebab dengar kat tv tadi.
'remind me of someone yg hampir2 jadi my bf before I met dearest Hubby...

He was a good man.
a bit naughty or I could say mischievous, but a very good man.

ahaks.
not sure why but I always fell for someone opposite.
tapi, best macam mana pun agaknya dah memang jodoh aku dengan orang lain kan.
yang memang lebih baik dari segala-galanya ^_^

'luv yuh Hubby!

ahhh~ yummy!

Love & Kisses ✿ sha 11 comments
ok, I'm back.

And arini aku mengun awal sebab lapo.
And sebab dah mangun awal and Hubby tido lagi jadi telah memasak ngan dasat.

Mula2 sekali buat brekfes Kerabu Tomato.
Lepas dah makan tu, lapo lagi and goreng karipap pulak.
Karipap tu memang aku beli byk buat stok kot kebulur bole terus masuk kuali jek. Dah makan tu 2 bijik, masak nasik pulak.
Pastu nampak otak2 beku kat freezer.
Otak-otak Kempas.


Letak dalam oven 10 minit pastu makan panas2.
veri sedap okeh.
Beli kat supplier dia aritu.
Seriesly takde sape bole celen kesedapan otak-otak Kempas nih.
Yang Gelang Patah punya tu pun tak berapa rasa sgt.
'oo pasni aku dah bole jual otak-otak dah =p

Dah setel makan otak-otak, aku gi perap ayam ngan black pepper tu.
Pastu gi masak tomyam pulak.
Ni aku bagi resepi tomyam simple tapi sedap okeh.
Guna bahan basic kat umah je tapi rasa dia still best macam kat kedai nuu.
And veri senang nak buat.


Tomyam Campur
Bahan-bahannya :
Bawang Besar - 2 biji (hiris sedang)
Bawang Putih - 1 biji (diketuk)
Kiub Tomyam Knorr - 2 biji
Cili Api - 6 biji (diketuk)
Limau Nipis - 1 biji
Kobis Bunga - suka hati
Isi Ayam - suka hati
Serai - 1 batang (diketuk)
Udang - 7 ekor (suka hati)
Air - 2 mug (suka hati)

Cara-caranya :
1) Campurkan air dgn kiub tomyam and biarkan sampai mendidih.
2) Masukkan bawang besar and bawang putih.
3) Agak2 menggelegak, masukkan isi ayam, udang dan serai.
4) Kacau sekejap. Agak masak masukkan cili api yg telah diketuk pecah. Jangan tumbuk halus nanti pedas melampau and tak sedap.
5) Perah air limau nipis, matikan api and masukkan kobis bunga or any other sayur yg ada kat peti sejuk.



Senang gile kan?
Campak-campak, ketuk-ketuk gitu pun dah siap.
Bila dah masukkan sayur memang kena terus matikan api kalau tak nanti sayur jadi lembik.

Kiub tomyam tu aku guna jenama Knorr sajer sebab jenama lain aku rasa tak sedap. Semua bahan tu memang dah sedia ada kat peti sejuk sebab tu la aku cakap senang.

Kalau guna daun limau purut sbenarnya lagi best tapi sebab aku takde stok time tu so aku guna limau nipis je la. Rasa pun lebih kurang. Kat rumah aku ni memang sentiasa ada lime sebab aku ni peminat kerabu and nak buat kerabu kan memang kena guna lime tu yg aku dah siap2 beli byk.

Actually ini adalah basic so kalo nak tambah benda lain cam tomato, lengkuas, sotong tu ikut suka la ye.



Pukul 6 ptg semalam bertolak balik and pukul 9.30 mlm dah sampai rumah.
I went there with a guy colleague and on d way tu kami borak2 la.
He asked me, 'Sha, husben ko biasa ngeteh kat mana eh?

'aa dia takde ngeteh dah. <-- stret to d point

'ye ke takde lepak2 dah?
eleh...
<-- cam bunyi2 ngutuk di situ

'apehal plak. biar la dia tak ngeteh pun. dah dia lagi suka dok umah ngan aku so nak buat cemana kan. ko tu yg patutnya takyah nak lepak2 dah pas kawin nih. siannya bini ko.

haha akhirnya dia diam.
ai suker =p
...

of Kerabu Tomato & Wardrobe

Love & Kisses ✿ sha 5 comments
I want a big wardrobe.
A bigggg modern wardrobe where I can hang all my clothes in there.

Something glassy.
And glossy.

Something that looks like this.


But as Hubby said, 'one thing at a time eh cyg ^-^

So, ok.
'next 1 or 2 years perhaps?
Ngumpul duit beli rumah dulu yeh.



oke2, motif sebenar adalah mau bercerita tentang Kerabu Tomato yang aku buat arini. Actually ini adalah resepi kerabu mangga tapi sebab kat sini susah nak carik mangga muda and aku pulak memang malas nak racik benda tu halus2 maka telah tukar dengan tomato.

Sangat sedap occay.
Serius!
Selalu aku makan macam tu jek takyah nasik.
And it's sooo easy to prepare.
Dah beberapa kali buat pun and rasa dia tak pernah berubah. Try la.


KERABU TOMATO

Bahan-bahan :

Bawang besar - 1 biji (hiris halus)
Tomato - 2 biji (hiris halus)
Cili api - 2 biji (hiris halus)
Sos ikan - 1 sudu besar
Gula - 1 sudu rata
Limau nipis - 1 biji
Udang kering - 10 ekor
Ikan bilis - Setengah genggam
Kacang tanah - Ikut suka (goreng kering dan buang kulit)

Cara-caranya :
1- Goreng ikan bilis dan tumbuk ala kadar (jgn hancur sgt). Rendam udang kering dalam air panas, toskan dan tumbuk.
2- Masukkan gula, cili api, bawang besar dan tomato yang telah dihiris dalam satu bekas. Gaul dengan perahan limau nipis, sos ikan, kacang tanah dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
3- Hidangkan.



Aku tak letak garam pun sebab aku tak suka masin.
And aku dah didik Hubby supaya tak makan masin/manis sangat.
Tapi kalau korang nak letak pun sukahatilah.

Sos ikan tu aku guna jenama Knife.
Sebab ada logo halal okeh.
Banyak jual kat Tesco nuu.
Murahan je pun.
Botol dia pun dah ala2 botol minyak jugak.

Besok nak try masak Ayam Panggang Black Pepper Masala.
Makcik aku bagi resepi best.
Kalo betul sedap baru aku letak kat sini yeh.

oh~ mood sekarang adalah mentry resepi yang sume orang cakap best.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review