semua yang sedap.

Love & Kisses ✿ sha
kesimpulannya, sambal hitam adalah tak sedap!
aaaa tensi hokey. aku beli setengah kilo plak tuh T_T
takpe, takpe. pengajaran supaya tak mudah terpengaruh dengan makanan di internet.

by the way, semalam beli Aiskrim Goreng.
sedap je. maklum la brand Nestle kan. aku beli perisa coklat and vanila. and coklat adalah lebih sedap kat tekak aku.
cuma agak mahal kot.
RM10.50 utk 6 biji.
rasa dia sama je macam aku buat roti bakar pastu letak aiskrim. tapi sebab toaster aku dah burok rosak, maka tak boleh nak buat roti bakar dah. terpaksa bakar roti atas pan kalau nak rasa Aiskrim Goreng homemade.


And last few days aku buat Cheezykut or Kek Lapis Cheese.

sangat sedap ye!
and super senang nak buat.
yang penting kena ada mixer.
ada orang cakap boleh guna blender.
tapi aku guna blender tak jalan pun.
nasib baik kat rumah emak ada food processor yg boleh jadi mixer. so berjaya la buat benda yg sedap nih.

Bahan-bahannya :
250g cream cheese (aku guna Tatura)
50ml full cream milk (Dutch lady)
1 peket Duluxe Original Crakers (Hup Seng)
1/2 tin susu pekat (F&N)

Cara-caranya :
1) Masukkan cream cheese ke dalam mixer and pukul sehingga kembang. Rasa-rasa agak ringan tu dia dah kembang la tu.
2) Masukkan susu pekat. Pukul sehingga sebati. Nak letak 1/2 tin boleh or nak kurangkan lagi pun boleh sebab pd aku letak setengah tin ni pun dah manis sangat.
3) Masukkan 4 sudu full cream milk. Jangan banyak sangat sebab nanti kek jadi lembik.
4) Susun biskut di dalam bekas. Tuang sedikit adunan dan ratakan. Kemudian susun selapis demi selapis sehingga adunan habis. Celup dulu biskut dalam susu baru susun. And aku lebihkan susu dalam adunan jadinya dapat buat lebih sikit lapisan.
5) Letak dalam fridge beberapa jam before makan.

ohhhh heaven! aku makan berdua je dengan adik aku. habis dalam masa beberapa jam ye.
so sila la try.

tadi aku dah order mixer Electrolux kat Lazada sbb murahan. esok sampai la kot. so boleh buat berkali-kali-kali lagi sampai muak.

sekian.

0 comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review