you definitely have to choose your friends wisely.
sepanjang kehidupan yang hampir tigapuluhdua ini, benda yg paling banyak saya belajar ialah :
The one who is talking to you about me today is likely to talk to others about you tomorrow. So, choose your friends wisely.
seriously okeh.
I don't have many friends. Especially ketika zaman bekerja ini, sangat-sangat susah untuk mendapat kawan yang ada ketika susah dan senang. But I have some good colleagues around me. Not many though. Yang sibuk bercerita-mengutuk-mengata-bermulut-manis di belakang memang sangat ramai la kan. That's why, again, you have to choose your friends wisely.
I read lots of great articles lately and I couldn't resist not to share it with you here. sila la baca ya.
Pilih Kawan Anda dan Berkawan Dengan Orang Yang Betul
Sewaktu kita di sekolah, cikgu sering mengingatkan kita mengenai “pengaruh rakan sebaya”. Kata cikgu, inilah penyebab seseorang pelajar itu berjaya atau tidak. Kerana kawan adalah pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang individu.
Apa saja penyebab seseorang pelajar itu berjaya – “pengaruh rakan sebaya”. Apa saja penyebab seseorang pelajar itu gagal – “pengaruh rakan sebaya”
Namun apabila umur kita semakin meningkat naik, kita tidak lagi memikirkan hal ini. Kita hanya berkawan dengan sesiapa yang kita rasa selesa dan seronok berkawan. Jadi cara kita menerima seseorang itu masuk dalam hidup kita adalah bergantung kepada apa perasaan kita terhadap orang itu.
Nasihat di Dinding sebuah sekolah di Adjumani, Uganda |
Namun, perasaan seperti ini kekadang boleh memesongkan kita. Kita mungkin lebih suka berkawan dengan orang yang lebih miskin dari kita, lebih bodoh dari kita, lebih lembab dari kita. Dengan rakan-rakan seperti ini, anda akan merasa diri anda lebih baik dan dengan itu anda akan merasa selesa. Adakah anda akan berkembang maju dengan berkawan dengan rakan-rakan sebegini ?
Seperti yang saya tulis semalam mengenai awasi apa yang masuk dalam otak anda, begitu jugalah dengan ini. Anda seharusnya mengawasi dengan siapa anda berkawan. Ini adalah kerana, apabila 2 orang bertemu, mereka akan saling mempengaruhi sesama sendiri secara sedar atau tidak sedar. Walaupun mereka berdua ini tidak bercakap atau bertegur sapa, mereka tetap akan mempengaruhi sesama sendiri walaupun sedikit.
Jadi awasi dengan siapa anda bertemu, dan awasi sesiapa yang anda pilih menjadi rakan anda.
Sebagai usahawan, perkara paling penting adalah anda perlu berkawan dengan usahawan. Elakkan berkawan dengan orang makan gaji yang tidak mempunyai cita-cita menjadi usahawan. Orang seperti ini akan menjatuhkan anda sedikit demi sedikit. Setelah terperangkap dengan mereka anda tidak boleh keluar dari perangkap ini. Mereka sangat berpengalaman dengan ini.
Cuba anda kaji apa yang dibincangkan oleh usahawan sewaktu bertemu sesama sendiri dan apa pula yang dibincangkan oleh orang makan gaji sewaktu bertemu sesama sendiri.
Melalui kajian saya, orang makan gaji akan bercakap mengenai keburukan bos mereka, masalah rakan kerja di pejabat, masalah politik pejabat mereka. Mereka akan ceritakan kepada anda secara panjang lebar masalah ini. Dan mereka akan mengakhiri perbincangan ini tanpa sebagai penyelesaian.
Saya secara peribadi kurang selesa, apabila sesuatu masalah yang diceritakan diakhirkan tanpa sebarang penyelesaian. Sepatutnya, semua masalah yang dicakapkan perlu ada penyelesaian, paling tidak penyelesaian untuk mengurangkan masalah tersebut.
Manakala, apabila bertemu usahawan samada yang kecil atau besar, perbincangan mereka lebih terarah kerana menyelesaiakan sesuatu masalah. Mereka akan ceritakan sesuatu masalah dan sama-sama cari jalan selesai. Jika tidak dijumpai, itu lain cerita. Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.
Jadi, dengan siapa kita berkawan akan menentukan dengan siapa kita berdiskusi. Dengan siapa kita berdiskusi akan menentukan ke arah mana otak kita berfikir, pemikiran kita pula akan menentukan tindakan kita sehari-hari, dan tidakan ini akan menentukan realiti kita.
Saya secara peribadi suka berkawan dengan orang-orang yang berjaya dalam bidang lain. Dengan ini saya akan menerima aura positif dari mereka. Selain itu, saya juga akan belajar perkara-perkara baru dalam bidang lain daripada orang yang berjaya.
Sebagai kesimpulan, untuk berjaya, pilih rakan-rakan yang positif, untuk berniaga, letakkan diri anda dikalangan peniaga. Anda tidak perlu rasa bersalah untuk tidak berkawan dengan seseorang yang negatif, suka merungut dan gagal.
terima kasih
Shahabudeen Jalil
0 comments:
Post a Comment