tentang Minyak Kelapa Dara (VCO)

Love & Kisses ✿ sha
yang ini satu lagi soalan yang selalu saya terima.

Tanamera or Qelapa VCO?

seriously dua-dua bagus ok.
kedua-duanya merupakan produk keluaran Tropical Herbs Sdn Bhd.
Tanamera suda berada di pasaran dari tahun 1993 manakala Qelapa baru berada di pasaran tahun 2013. and yang membezakan mereka adalah dari segi rupa bentuk dan harga.

RM60 untuk Qelapa VCO & RM34 untuk Tanamera VCO.

Tanamera VCO dalam bentuk cecair 100ml manakala Qelapa VCO dalam bentuk softgels (60 biji). Ada orang lebih suka dalam bentuk cecair sebab boleh digunakan sebagai losyen badan, pelembab muka, sapu pd perut untuk menghilangkan stretchmark, urut pd bahagian perineum dan diminum setiap hari.

Kebanyakan orang menggunakan Tanamera VCO ketika mengandung dan sewaktu berpantang. Selepas habis pantang, tak ramai yang sanggup makan cecair VCO begitu sahaja walaupun minyak kelapa dara sebenarnya mempunyai sangat banyakkk khasiat untuk tubuh kita. Dan disebabkan itu, ramai memilih Qelapa VCO kerana ia dlm bentuk softgels, lebih mudah dimakan, tanpa rasa dan bau, dan boleh digunakan untuk perkara-perkara yang saya sebutkan tadi; cucuk dgn jarum dan sapu sahaja.

Kebaikan dan fungsi Tanamera VCO adalah sama macam yang pernah saya tuliskan dalam entry sebelum ini. Dan di bawah saya telah listkan beberapa kebaikan Qelapa VCO untuk kegunaan semua.






Qelapa VCO :

1. Lauric Acid Tinggi - Lauric acid adalah kandungan utama yang memberikan faedah-feadah yang kami sebutkan di atas untuk badan. Jika Lauric Acid rendah maka minyak kelapa itu tidak akan memberikan kesan yang diingini. Qelapa hanya memilih minyak kelapa yang kandungan Lauric Acidnya berada pada tahap optimum iaitu antara 45-50%.

2. Kapsul Vegetarian - Qelapa menggunakan kapsul yang diperbuat daripada sayuran. Kami amat menitikberatkan sumber bahan kami dan kami ingin memastikan ianya 100% organic.

3. Minyak dalam Kapsul – Ramai pelanggan kami menyatakan mereka tak boleh makan minyak secara terus. Sebab itu kami letakkan minyak kelapa dara ini dalam bentuk kapsul. Anda tidak akan merasai rasa minyak. Sebaliknya ianya terus masuk ke dalam badan anda untuk diserap segala faedahnya.

4. 1300mg untuk satu kapsul - Untuk memastikan anda mendapat faedah kesihatan yang optimum, minyak kelapa dara perlu dimakan pada jumlah yang betul. 1300mg adalah jumlah yang tepat. Jangan tertipu dengan produk lain yang mungkin menawarkan harga yang murah tetapi kandungan minyak per kapsul adalah rendah.

5. 100% Halal & 100% Organik - Qelapa telah disahkan oleh JAKIM 100% halal. Dan bukan itu sahaja, kilang tempat Qelapa diproses juga halal. Ini bermaksud tempat pemprosesan dan produk itu sendiri menepati segala keperluan yang terbaik. Sebab itulah kami juga diiktiraf oleh GMP-Good Manufacturing Process

6. Pengiktirafan FDA - Qelapa telah membuktikan kepada semua yang produk ini adalah cukup istimewa dan selamat. Tahukah anda, untuk mendapat pengiktirafan FDA, kita perlu menghantar sampel kepada labaratori mereka untuk diuji. Dan hasil ujian mereka mengesahkan yang Qelapa memang satu produk yang berkualiti dan terbaik!

0 comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review