Emir Danish @ 3 months

Love & Kisses ✿ sha
As at today suda 3 bulan 3 minggu 4 hari pun usianya.
Emir Danish, si putera yang cerdik.

And the video below was taken on 12/5/2011 when he was 3 mths and 1 week++ old.


Baru nak belajar meniarap dengan betul.
And tup2 besoknya @ 3 mths 1 week and 5 dys old, dah selamat meniarap pun.

sangat comel hokey.
ai sebagai omak mestila cakap anak sendiri comel kan.
tapi memang kelakarlah tengok dia berusaha gigih nak meniarap tu ^_^

And tadi petang pergi ke Hospital Penawar for his 3 mths jab.
Actually dah nak masuk 4 bln pun ni.
Lewat sikit sebab aritu ingatkan Hubby balik minggu ni so bole pegi dengan dia skali.
tup2 kepulangan terpaksa dipostpone pulak...
So omaknya terpaksa angkut Danish secara solo gi hospital.

Time nurse bagi Rotavirus tu dia bole terover suka pulak.
Budak lain punyala susah nak makan ubat dia bole nyonyot syringe tu sampai bunyi cup cup cup ha.

gila kelakar.

Pastu bila dah abih terus menjerit marah.
Nurse ngan dokter siap gelak tengok.
terlebih suka ye.
Tapi time nak jab tu of cos la melalak kan dak kecit nih.
Tapi kejap je la.
Bila mommy dukung dia diam la balik.
Dokter bagi bekal ubat demam tapi aku tak bagi Danish makan pun.
Macam takut je nak bagi benda2 aneh kat budak tecik nih.
Nantila if demam betul2 baru bagi dia makan ubat tu kot.

After the checkup we went to McD.
Tapau mekciken yang promo buy 1 free 1 tu.
Takdela sedap mana pun tapi sebab benda free so belila jugak.

Pastu singgah kedai dobi amik comforter baru la balik rumah.
Tak pegi manapun.
Emir dah ngamuk2 nak tido so jangan harapla aku nak berwindow shopping bagai.
Kalau dulu jangan harapla aku nak balik awal gini.
telah berubah menjadik emak2 nampaknya nih T_T
Takpela nanti Hubby balik kehidupan akan menjadi normal balik ye.

Sebenarnya banyak yang mau dicerita di sini tapi seperti biasa alasan adalah bizi.
Cuma nak komen sikit pasal sterilizer.


I bought this Tommee Tippie sterilizer during sale last year.
jangan harapla aku nak beli barang mahal time tak sale.
haha.

Time tu Emir belum lahir lagi pun.
And I'm glad that I've bought this.
Walaupun agak besar tapi memang sangat bestlah.
Sebabnya, senang gila nak guna and boleh muat 4 storage bottle + 2 corong breastpump dalam satu masa.
Dahla dia bagi free 1 botol ngemuk kecik + 2 botol ngemuk besar + 1 thong + 1 brush.
Jimat duit aku kan.


And aku ni dah la bergerak secara solo so byk benda kena buat sendiri so pagi2 tu of cos la kekurangan masa nak sterilize banyak2 kali.
Kalau nak pegi opis tu selalunya memang aku bawak 4 or 5 storage bottle je so memang cukup2 la muat untuk sterilize 1 round.
Dah siap sterilize tu letak dalam air mesh bag, terus angkut gi opis.
Kompem kering and jimat masa.

And aku tatau brand lain macam mana tapi yg aku guna ni dia ada indicator C, E, S, H, 3, 2, 1 & 0. If 0 tu maksudnya ko dah kena sterilize balik la.

Ada sekali tu aku bukak time dia tgh kat C.
C tu kan maksudnya cooling so aku ingatkan dah agak2 sejuk la.
sekali, gile panas nak melecur kulit hokey.
patutnya kena tunggu sampai kuar no. 3 tapi dah tak menyabar camtu la.

oklah, nyambung lain kali sebab nak tido.
bye!

4 comments:

ederq said...

cute! congrats emir da berjaya. eisya asik ngiring2 cuba nak tiarap belum berjaya lagi. pastu nangis sebab tak berjaya. emir lek jeeee! hahaha

harzharun said...

eyaahhh eyyahhh eyyaaahhh...aku plak yg bsungguh nak sokong emir supaya bjaya meniarap bl tgk video tu...bsemangat betul mcuba!..

hurmmm....kat onebabyworld.com skang ni pun tgh jual sterilizer tu dgn almost half prize...tp aku x tpegi lagi KL yg nun jauh di sana...every wiken ada je halangan nya...huhhu..karang kalo beli on9, xke punah ranah bila nak sampai sini?...seksa i mikir tau...kat manjaku kat KB harga x kurang lgsung!..pakai member kad pun xle kurang...huuuu

Fieda_shairazi said...

i pon beli steriliZer.. & warmer brand ni.. tp belom guna kan lagi.. cuz baby belom kluar.. hihi.. sedap hati dengr komen tentang sterilizer ni ok.

sha said...

EDERQ :
emir skarang ni dah jumpa suara, bukan setakat telentang tergolek, siap jerit2 lagi ha. kecoh dah rumah ni. jap lagi eisya pun camtu la ni =p


HARZHARUN :
haha. best jek aku tengok dia usaha gigih nak tiarap tu. skrg ni jgn harap la nak baring2 bersenang lenang mcm dulu. ada je kang mulut dia kecoh nak bergolek sana sini tu. ahaks. tunggu la time ko nanti.

pehh jauh gile ko nak gi kl tu semata nak carik brg baby. aku nak gi tganu 3, 4 tahun skali pun berkira nih =p


PUAN DOT :
pd i mmg senang gile guna sterilizer nih dot. tapi tatau la sbb x penah guna brand lain kan. yang penting, nak letak botol gemuk2 tu takde masalah la.. ^_^

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review