and the Date again...

Love & Kisses ✿ sha 12 comments


Dulu-dulu kan, plan kami adalah mau kawin di bulan 12.
12/12/2009 to be exact.

Sadly, my Atuk tak bagi coz he said, tak elok adik-beradik kawin tahun yg sama. My sis's wedding is on 6/6/2009, and I was engaged on the same date.

Sekarang aku fikir, alhamdulillah... memang ada hikmahnya kami tak buat bln 12 tu. Agaknya kalau betul'lah jadi tarikh tu mesti aku dah kelam-kabut yang dasat sekarang ni kan.

Furthermore, my boss akan mengerjakan Haji for nearly 2 mths and continue outstation di Qatar selama 3 bulan. I'm gonna be in-charge for the whole 5 months so tak mungkin la dapat bercuti panjang untuk kawin nanti dengan tons and tons of work menanti di opis.

Then, our 2nd plan is to get married on 1st January 2009.
01/01/2010.
'kan tarikh yang sangat cantik tu... dan tahun yang berlainan juger...

Tapi, my Abah pulak tak bagi.
He said, tak elok kawin bulan Muharram.
so... oke.
Walaupun agak terkilan tapi nak buat macam mana, kan.
I am an obedient child T_T

And then, 14th February 2010.
As per my previous entry, maybe it has to be changed again due to bulan Safar.
Actually aku bukan nak sangat pun tarikh Valentine's Day tu.
'gile mahal oke bunga

Any date, whichever, whatever, is fine with me.
Cuma aku risau my dear hubby tak ingat tarikh anniversary kami nanti.
That's why I have to choose the easiest date to be remembered for the next hundred years.

'betul tak?

Tapi kan selama ni aku dah paksa dia ingat semua tarikh penting kami.
So rasanya tak timbul masalah la kalau aku nak pilih tarikh apa pun kan...

So I think 20/02/2010 pun oke jugek kan?
'kan kan?

But my sis is going to give birth on 14/03/2010.
Memang tengah nunggu hari la time tu so boleh ke dia nak fly jauh-jauh dari Miri ke sini nanti?

haih haih.

Change of date!

Love & Kisses ✿ sha 7 comments
Minggu lepas, kami balik kampung.
Sebab cuti Awal Ramadhan, kan.
Aku di Ptn dan dia di BP.
Dari TR pukul 8 mlm and sampai di JB around 9.30 pm.
Packing2 barang and dekat pukul 12 la baru sampai di Ptn.
My parents dah tertido so dia terus la balik ke BP.
Pukul 4 pg my mum kejut sahur.
Dia cakap, "laa mak ingatkan ZZ tidur sini sebab tu mak masak banyak nih.."

"tak la, dia dah janji dengan his mom nak sahur kat sana."

"mak dia tau ke dia nak balik arini?"

"tau..."

"oh, patutlah."


------

ye, sebabnya ZZ memang selalu tidur rumah tiap kali ngantar aku balik ke sini.
The next day baru dia balik rumah dia.
Tapi kali ini dia terus balik ke BP sebab nak sahur dengan his family.
Agaknya sebab ini kali terakhir bersahur dengan family sebagai orang bujang kot ^-^

haish mak aku nih.
Belum jadi menantu lagi dah berebut nak sahur umah mana.
Anak dia ni balik takde special apa-apa pon.
Kot kalau bakal menantu dia tu balik fuh~ mengalahkan anak sendiri oke.

jeles nih.

My hubby memang dah biasa pun dengan my family.
A few months back, sejak aku kenalkan dia dengan my family, memang apa-apa event dalam family aku pun mesti dia ada sama.
Macam waktu mau ngecat-ngecat rumah baru kami beberapa bulan lalu.
And waktu ngantar my sis untuk Majlis Bertandang di Ipoh 2 months ago.
Dan juga waktu my brother's engagement kat Kuala Selangor last few weeks.
Semuanya dia ikut.
Siap tidur rumah lagi ha beberapa hari.

oh ye.
Maybe, our wedding date has to be changed again.
From 14th February to 20th February.
My dad doesn't really agree with the 14th.
Sebabnya tarikh itu masih di bulan Safar.

'what is wrong with Safar anyway?

haihhh!

but it is still a maybe.
just maybe T_T

------

I was driving back from Johor Specialist when he texted me.

"cyg, hubby cintakan cyg.
hubby syukur dpt isteri mcm cyg...
terlalu byk sebenarnya yg hubby nak ckp tentang untungnya dapat isteri mcm cyg tapi biarlah hubby seorang je yg tau."


Thank you dear.
Walaupun aku tgh sakit-sakit tu tapi rasa sangat gembira bila si dia hargai apa yang kita dah buat.

Luv yuh hubby!

The Sickness

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
hectic Saturday.
I was down with diarrhea and he was warded due to knee problem.
Bole plak tu kena serentak.

The last thing I ate was the KFC Macaroni & Cheese.
'adakah itu penyebab cirit-birit nehh?

Si dia masuk wad 3 hari straight oke.
Sabtu-Ahad-Isnin.
Tak pernah duduk wad jadi dia sangat jakun cam aku.



The day before, dia dah cakap nak pegi specialist tu.
Tapi dia tak cakap pulak nak pegi pukul berapa.
Saturday, consultant clinic opens until 12.
His appointment is at 11 so bajet-bajet pukul 10 la baru dia datang sini kan.
tup tup tengok, pukul 9 dah terpacak depan rumah.
Aku dengan sakit perut yang dasat, dengan tak mandinya lagi, kelam-kabut la bersiap.

Sampai sana dalam pukul 10 dah ramai pun patient yang tengah nunggu.
Belek-belek sana-sini, nampak plak nama Dr Diong.
Sebab aku dah memang sakit perut so cadangnya mau jumpa dokter tu sekali.
Try call opis kot Liza ada so bole prepare GL tapi dah memang hari cuti so mana ada signatory pun. Takkan aku nak sign my own GL pulak, kan.

Maleh nak guna duit sendiri so tak jadik pun jumpa dokter.
Duduk-duduk je la nunggu En Hubby to finish his checkup.

Pastu pegi ke Admission to register for ward.
Then wait for his MRI scan.
Gile lama.
Aku dah macam nak pitam pun ader.
Sampai kat wad, aku baring atas katil siap bungkus ngan selimut, dia plak dok kat kerusi. Pastu nurse yang datang jadi konpius sape sebenarnya yang sakit nih.

Nak buat cemana kan. Aku memang dah tak larat lansung.
Aku duduk kejap atas kerusi tu pun rase dah nak tergolek.
Kerusi yang tak best.
Kesiannye kat orang yang kena jaga husben dia kat hospital lama-lama ni kan.

Memang gile bocan oke duduk spital nih.
Lenguh badan.
Nak buat apa pun tatau.
Nak borak pun takleh kuat-kuat sangat.
Penyudahnya, dia baca paper, aku baring diam-diam.
He told me to go back first, tapi sebab kesian kat Encik Hubby so neman dia sampai petang.

Actually takyah neman pun takpe sebab kan diorang bagi tv sorang satu.
Sampai besok pagi ko takmo tido pun takde orang nak marah.

Pukul 6 ptg tu nak balik umah kena drive sendiri sebab Hubby kan kena dok wad.

Gile menggigil tangan aku.
Sendi semua sakit.
Nasib baik selamat dah sampai umah.
Dari pukul 9 pagi sampai 9 malam baru aku balik umah.
Serupa macam orang tak sakit ha.
Tapi sempat jugak la singgah Tesco Seri Alam beli makanan.

Pastu, the next day, pagi-pagi buta Encik Hubby dah call nanye bila nak datang.

hiks.
tu la dia.
Dah sibuk-sibuk kaki selalu kena tendang, terseliuh, lutut beralih sana-sini pun tetap nak main bola juger.
Ngan futsal semua tu.
Then, bila dah sakit-sakit begini kan diri sendiri jugak yang susah.
Tambahan pulak kan lebih pening dengar aku membebel nanti.
haih.

Then, kami mintak kebenaran keluar hospital for the whole day and the doctor told us to come back the next day for final checkup.

Sakit-sakit begitupun sempat lagi pegi PC Fair kat Persada Johor sebab nunang dia ni dah merengek-rengek dari semalam nak pegi sana.
At first memang dia tak bagi sebab tengah musim H1N1 ni kan. Tapi sebab aku dah pujuk-pujuk cakap nak singgah kejap jek so nak tanak terpaksa la dia ngikutkan, kan.

Last-last nengok ha sape yang shopping sakan.
3 hours duduk situ oke.
He even bought a new external hardisk tau!
And a new card reader.
Pastu siap nak beli MP3 player lagi haa.
And he bought me a cute notebook desk.

yippie!

I'm sooo hepi!
Luv yuh hubby ^-^

-----

No update on our wedding preparation this time.
Sangat bizilah dengan benda lain di kiri dan kanan.
So, next time maybe?

of Bunga Telur and Theme Color

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
5 months and less than 4 weeks to go...

whoaaa! HOW TIME FLIES!
sangat cepat oke.
and I've done almost nothing!
nada.
zero.


uh~ not really zero tapi macam takde apa yang nampak pun.

Surah Yassin tu pun tak survey lagi.
Actually I've already got the printing company's details back at my hometown.
Tapi tiap kali balik pun lupa nak amik.
Next week mau balik kampung mesti ingat nih.
haish haish.

And oh ya. I've got my bunga telur!

'haa warna tema pun tak tetap lagi tapi dah beli bunga telur sesedap rase aku ye.

Sebab kan dari dulu kat kepala otak aku memang ada warna ni jek so nampaknya telah kompem warna tema adalah combination of this...



and this.



Dusty-pinky-maroony.
yep. FINALLY.
plus the silvery-grey dress for outdoor shoot.

'apsal tema macam time adik aku aritu je nih?
*sigh*


-----

Last few weeks waktu nak ke Majlis Pertunangan adik lelaki aku, kami telah singgah di Nilai 3.
Stayed there for 4 hours.
Macam agak mahal and tak banyak warna ala-ala merah-maroon-samar yang menepati citarasa.
So ingatkan lain kali nak carik kat Ayer Hitam sajer sebab dulu my sis beli kat situ lagi banyak yang best.

Tiba-tiba time nak balik tu nampak satu kedai ni.
Aku sajer ajak my mum jenguk kejap sebab dah alang-alang kan.
tup tup, fuhh~ banyak pulak la kaler merah samar yang best.
And there're a few that I like most.
The first one is around RM5.00 per piece.
And another two is RM12.00 per piece.
Tapi macam over budget la pulak.
Then pusing-pusing satu kedai tu nampak satu design yang mata aku tengok sangat vouge. Akhirnya telah terkedek-kedek membeli.

I asked my mum how many do we need.
Pada pendapat aku, 100 pieces cukup la kan.
Untuk letak kat bunga pahar je pun.
Satu kiri satu kanan.
But she said, baik beli 200.
Mana tau kot dibuatnya tak cukup kan susah.
Dah la design bunga telur aku tu lain macam sikit.
Takde jual kat Johor ni kot.
Kang kalau tak cukup, tak pasal-pasal jadi warna-warni pulak bunga pahar aku kang.
So, takpelah.
Kalau lebih pun boleh bagi orang, kan.

yey! finally one thing accomplished.
gue suker!
*wink wink*

Hantaran and Tema Nikah

Love & Kisses ✿ sha 10 comments
Dulu-dulu, jenguk-jenguk blog orang, ada la cita-cita mau buat hantaran sendiri.
ye, sangat mudah terpengaruh ni.
Bunga kaler kuning-gold pun suda beli untuk hantaran kami.

Tiba-tiba, tup-tup tengok, huihhh suda nak masuk bulan 8 pun nih!
Tinggal 6 bulan sajer.
Hatta seketul barang pun kami tak beli lagi.

aih~ sebenarnya bukan sebab tak sempat.
Tapi sebab makcik yang buatkan hantaran kami time nunang aritu beria-ia la mau membuatkan lagi untuk majlis kawin kami nanti.
Macam takut dia kecik ati so takpelah, sila la buat ye makcik ^-^

Tapi memang aku suka pun sebab malas nak pening-pening kepala mikir barang-barang yang tak siap. Lagipun, hantaran yang dia buat tu menepati citarasa, jadinya, tempah adalah lebih baik, kan?

aa tapi nape bunga yang berkaler kuning itu?

Sebabnya, aritu waktu milih-milih warna tema untuk Hubby's hantaran for our majlis nunang, aku tersuka dengan satu warna merah ineh.
Dah pilih 5 kuntum, tiba-tiba, stok bunga tak cukup plak.
Sebab aku dah sangat suka dengan bunga tu, and nampak plak kaler kuning yang walopun gile tak suka tapi sama pattern, jadi telah berjoget-joget membeli.

haihhhh!

aku pompuan memang macam tu.
sangat mudah terpengaruh macam mak shin chan.
dan sebab majlis kawin kami nanti adalah berwarna dusty pink/merah samar, jadi sile la lari dari tema.

Sekian, harap maklum.



oh lupa plak.
Tema waktu nikah nanti adalah dark-golden-brownish-bronze.
'gile panjang nama warna tema nih.

So, kalau hantaran aku nanti warna yellow-gold, kira matching la dengan our solemnization theme. Jadi, untuk mengelakkan majlis kawin kami bertukar jadi warna pelangi, maka, marilah kita tukar-tukar hantaran time majlis nikah je ye encik hubby ^-^

An Apartment or A House?

Love & Kisses ✿ sha 8 comments


I prefer to live in an apartment.
Sebab lebih kemas dan teratur.
And I can put Ciki (my pet iguana) outdoor.
Tak payah nak pikir pasal rumput panjang depan rumah.
And takde jiran yang bizi bodi di kanan dan kiri.
Bukan sebab tak suka bergaul tapi untuk yang newly wed kan lebih selesa dan privacy untuk diri sendiri. Kalau dah beranak-pinak nanti boleh la pindah rumah bawah pulak, kan.

But Hubby doesn't really like the idea of living in an apartment.
Dia cakap, nanti kalau dia pegi kerja, aku kena dok sesorang kat situ berani ke?

'ooo itu adalah soalan mencarik gaduh oke.

Actually the question applicable only if he still have to work in TR la.
Sebab kalau dia dok sana, memang 2, 3 hari sekali la baru balik umah kan. Tapi ikutkan plan, he'll return back to JB around Nov.
So by the time majlis kami berlansung nanti, dia dah kerja sini balik.
Tu pun kalau dia tak jadi pegi offshore la.
Kot kalo dia jadi pegi offshore, memang 2 minggu sekali la baru dapat jumpa.

'whoaaa is this the type of life that I have to go through for the rest of my life?
aa macam tadek perasaan jek.
maleh nak pikir dah.
...

So, sekarang ni bila soalan tu berbangkit lagi (whether to live in an apartment or a house), his question is, larat ke nak bawak perut time aku pregnent nanti?

haih.

So, oke.
whatever.
As long as we have a place called home, duduk la kat memana pun.
I don't mind.
I can even quit my job and follow him wherever he goes.
Rumah teres 2 bilik pun aku tak kesah.
Bukan selama-lamanya nak duduk situ pun kan.
Lagipun ko berdua je dengan dia.
Kalau besar-besar sangat takut pulak aku nak pegi dapur sesorang.
Camne nak sediakan lauk sahur untuk my hubby kang.
Terpaksa la kejut dia sekali ngajak neman gi dapur.
Punah la harapan aku nak jadi isteri mithali tu.
hiks.



Kalau duduk rumah bawah pun we'll still have to put Ciki's cage outdoor.
'coz Hubby doesn't approve of indoor pet.
And aku pun memang tak berapa suka letak Ciki dalam rumah.
It's not good for his health.

Tapi takut banyak plak kucing nanti.
That's why I prefer the apartment.
Sebab kat apartment kan kucing kena tahanan rumah.

Nanti aku buat tembok besar je la.
Kot tak pun buat pagar letrik.
Sape dekat-dekat Ciki kang bagi je diorang kejutan letrik sedas dua.
Sekian.

DIY : TQ Tag

Love & Kisses ✿ sha 9 comments


Yer, cadangnya mau membuat sendiri my TQ tag.
Sebab time my sis's wedding aritu, she made beautiful tags for the VIP guest.

And, it's pink color.
dusty pink.
My color.

Jenuh la kami menggunting kertas tu sumer.
'but it does looks better than the ordinary printed tag.

So, mana mau cari paper yang murahan tapi best di JB ni yeh?
'anyone?
...

And we're going to Nilai at the end of this month.
Sebab 1/8/2009 is my brother's Engagement Day kat Klang.
So, on the way ke sana, cadangnya mau singgah di Nilai.
or maybe on the way balik baru singgah.
either one.
or both.
hihi.

I'm thinking of buying the bunga pahar.
Pink again.
My sis aritu walaupun theme dia merah, tapi most of her things are pink in color.

And aku ni pun nak guna pink jugak.
Cam tadek kaler lain dah.
haih haih.

Oh ye.
About the DIY TQ tag, tadi suda nyuruh pun my sis mendesignkan beberapa tag for me. Paksa rela la kan sebab time wedding dia aritupun aku dah nolong banyak benda ^-^

She's very good at these thing and taste kitorang memang sama, that's why la walaupun aku ni cerewet, tapi yang ini aku tak kisah sangat sebab apapun yang dia suka, mesti aku suka jugak.

So, I think my part for the do-it-yourself thing is the choosing and the gunting-gunting sajelah.
hiks.

Happy Anniversary, dear...

Love & Kisses ✿ sha 8 comments
1st July 2008 - 1st July 2009.
oh man... one year old!
suda setahun ineh.
pejam-celik-pejam-celik sajer oke.

--------------------------------------------------------------------

Tuesday, June 17, 2008

There's this guy I saw almost everyday for the past few months.
Kerana dia park berhampiran kereta aku.
And datang lebih kurang waktu aku.
Tapi tatau nama pun.
Selalu bertembung di opis, di mana-mana pun hanya mandang sesama sendiri.
Tanpa senyum, tanpa sapa.

Kadang-kadang harap dia akan menyapa aku sekali-sekala.
or at least senyum...
Sebab rasa macam ada connection between us.
Bukan connection tapi macam ada something in the air.
Tatau macam mana mau explain tapi selama ni memang aku jarang notice orang.

Why on earth that I noticed him, I don't know.

Kadang-kadang rasa, shud I say hello first?
or shud I pretend that I thought he's my ex-classmate or anything?
...

ahaks. cam buduh sajek.

But I think he noticed me.
Sebab selalu kalo terserempak kat opis, dia akan mandang balik 2, 3 kali.

wahaha. this is sooo not me!

--------------------------------------------------------------------



Kisah kami, adalah pendek.
Tapi penuh dengan kenangan di kiri dan kanan.
We used to work in the same place, different department, tiap pagi terserempak di tempat parking yang sama, tanpa sapa, tanpa tahu nama, hanya mandang sesama sendiri sahaja.

setiap hari.

dan setahun selepas itu baru dia tahu siapa aku sebenarnya.

dan beberapa minggu selepas kami kenal, dia bertukar kerja di TR.
120 miles from here.
from me.

tapi agaknya memang dah jodoh kami, kan.
it's like there's a fire between us.
macam cerita Turn Left Turn Right tu.

Actually ceritanya adalah lebih panjang dari yang ini.
And that was written in my other blog.

Tapi dipendekkan cerita, yep, I had never noticed him... until June.
Macam yang aku tulis kat blog kat atas tu.

But he said, he has been watching and admiring me for almost a year before that...

Tapi dia takut nak tegur sebab dia ingatkan aku dah kawin.
Sebab aku bawak kete besar.
Sebab aku nampak macam the high-class type.
And sebab aku jarang beramah-mesra dengan staff-staff lain kat situ.
And sebab kawan-kawan dia tegur pun aku buat tatau.

haha.
very the funny.

Life has been so sad empty and depressing back then, before him.
and that was another story.

whateverpun, haih ruginyeh! kan sudah waste setahun di situ.
He said, agaknya kalau dari dulu dia tegur aku, mesti kami dah kawin dah ada baby sekarang ni kan ^-^

1st July 2008.
Pertama kali dia call my hp.
Before that memang setiap hari dia call office tapi aku tak ingat tarikh.
So, let it be 1st July 2008.
Our official anniversary day.
hiks.

semoga dipanjangkan umur, dikekalkan jodoh kami hingga ke akhir hayat ye.
amin...



my dear, dear hubby.
he is everything that I had wished for...
and more.

and me, I am what he has been looking for.
all this while.

we're not perfect.

no, we're not.

we're just perfect for each other.
...


Happy Anniversary dear love.
My romantic, caring, sweet sweet love.

He told me that he has hundreds of reason to love me.
And he asked me why do I love him.
I told him that I don't know.
I've been thinking and I don't know when or how or why.
I have no reason.

I love him because I knew that he's the man. the right man.
I just knew.

Maybe I just love him for no reason at all.
'tapi dia agak kecik ati oke bila aku cakap tatau tu. hiks.
...

*oh my, i miss u so.

1 or 2 Days?

Love & Kisses ✿ sha 8 comments
Sangat appreciate oke pada kamu2 yang mengkomen itu.
Yani, PrincessHani, MyRule, Cik Lady Angel, Fara, UpcomingBigDay, MsHai, Cikin, Intanz, Dayu and SabSabby.

Ulang-ulang tau aku baca sebab nak tau mana yang terbaik untuk majlis kami nanti. Thanks yer everyone ^-^

-----

On first thought, I prefer to have reception and solemnization dalam dua hari yang berlainan.

Kerana, berkahwin adalah sekali seumur hidup.
And u live only once.
Takpelah berbelanja lebih untuk hari bersejarah tu kan.

But on 2nd thought, 1 day seems to be the best choice after all.

My sis spent around 40K for her wedding last month.
Itupun time bunga murah.
14 February is Valentine's Day oke.
Tak mungkin la jumpa bunga yang murahan neh!
And kalau betul mau buat majlis dalam 2 hari, of course la perbelanjaan akan lebih kurang amount tu jugak, kan.

I used to work in Finance.
And I think, to spend 40K for my wedding is ridiculous!
I could buy lots of thing with 40 grand oke.
Tons of handbag.
Travel around the world.
*piff*

So, one day it is.
Save money.
Save lotsss of money.
and penat pun sehari jek.
I'm gonna miss some of those precious moments though, sebab tergesa-gesa and mesti tak sempat mau nikmati semua, kan.

but, what the heck!
I'm gonna have a good photographer.
And a good videographer.
That's mandatory.
So I can enjoy the moments later.

My friend, who is a doctor, spent 40 cents for her wedding card.
Another friend, who is an assistant manager, spent less than 1 ringgit for her doorgift including the souvenir bag. And she got a great honeymoon at the Alps. Heidi. oh my~

So, pedulik la apa orang nak cakap pun kan.
It is your wedding anyway.

*tapi, bole ke Hubby nak datang rumah aku pukul 9 pagi tuh? haih.


-----



yey! suda ketemu photographer idaman ^-^

Adzrin from TRZphoto.

weeee~

p/s : thanks to Dayu ;p

The Date

Love & Kisses ✿ sha 16 comments
12/12/2009 is out.
coz family and friends objected on having 2 weddings in the same year.
*my sis got married on 6/6/2009 aritu... remember?

1/1/2010 is also out.
coz family and friends again objected on having solemnization dalam bulan Muharam. *hape ntah faedah ngikut-ngikut adat neh T_T

So... 14/2/2010 it is.
or maybe 13/2/2009 (Solemnization) & 14/2/2010 (Reception).
either one.
.
.
.

so, what are the pros and cons of having my solemnization and reception on the same day eh?

THE BAD :
1) Sangat menat oke!
--> very tergesa-gesa sebab pagi nikah, tengahari sanding.

3) Tak sempat nak posing-posing sakan time nikah tu...
--> baju nikah aku dapat pakai kejap je... pastu dah nak kena tukar baju sanding. kalo nikah hari lain-lain, aku bole pakai baju tu sehari suntuk ^-^

4) Tak sempat nak buat Keluarga Sakinah and takleh nak nikah kat masjid
--> sebab pukul 10.30 pg orang dah start datang untuk kenduri. so my parents kompem takleh lama-lama kat masjid sebab diorang nak sambut tetamu.

5) Aku tak cukup tido
--> sebab kena mangun awal sebab nak mekap untuk nikah awal pagi!

6) Photographer tetap dtg utk 2 ari
--> sbb satu ari lagi untuk outdoor shoot so takleh save pon kat situ T_T


THE GOOD :
1) Save cost
--> takyah la nak buat kenduri 2 kali. takyah nak sediakan souvenir utk 2 hari. so we can spend more on our honeymoon shopping and household things.
*wink wink*

2) Dapat tarikh yg best utk nikah
--> 14/2 - Valentine's Day. walopun aku tak celebrate benda tu tapi kan sume orang ingat. yippie!

-----

uwaaa kepala aku takleh pikir dah nih.
'comments anyone?

Kad Kahwin

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
Aku mau yang ini!



dan yang ini!



dan yang ini!



dan yang ini juger!



huwaaa very the rambang mata okeh!

*bole tak kalo kat tempat hubby design lain, tempat aku design lain eh. melampau sangat tak?

hem hem.
Nasib baik la aku kawin sekali jek.

Photographer

Love & Kisses ✿ sha 9 comments
Suda beberapa hari ineh dok mensurvey photographer yang best.
Sampai pening-pening kepala aku tengok banyak-banyak gambar nih.

Tapi sangat hepi sebab akhirnya telah berjaya menshortlistkan beberapa photographer yang menepati citarasa and dalam lingkungan bajet aku.
*wink wink*

Oh ye. Sebab aku duduk di Jhr, maka semua photographer yang aku listkan di bawah adalah dari Jhr sajer.

Yang pertama : FotoKahwin
Yang kedua : ArtismeRepublic
Yang ketiga : WafinStudio
Yang keempat : CapturePixs
Yang kelima : NahamPhoto

Antara kelima-lima tu, yang paling aku suka adalah dari FotoKahwin and ArtismeRepublic.

Sebab aku lebih mengutamakan editing and cara penyampaian dalam custom album mereka. Aku suka cara mereka membuatkan gambar jadi soft and menggunakan extreme editing untuk mengolah gambar.

Photographer yang lain pun best juger cuma kadang2 benda yang kecil-kecil mcm bekas jerawat pun takkan la nak tepek dalam album, kan?

And kadang-kadang, walau dah diedit, gambar tu still nampak macam kaku and keras.

Tak best la macam tu kan sebab kita nak tengok gambar tu sampai bila-bila.
Kalau tersalah pilih photographer kan nyesal seumur hidup.

WafinStudio aku suka sebab photographer dia sangat pandai mengambil gambar. Maksud aku, dia pandai memilih sudut-sudut menarik and gambar yang dia ambil nampak sangat natural dan live compared to the others.

Memang bestlah.

Cuma, aku tak berapa suka dengan kualiti editing utk custom albumnya.
No offence, tapi pada aku la, walaupun gambar memang dah sangat menarik tapi kalau albumnya serabut sangat dengan hiasan2 tak berkaitan, kan sudah jadi tak berapa best gitu.

CapturePixs dan NahamPhoto pula, gambarnya menarik, dengan harga yang berpatutan. *oh CapturePixs belum memberi aku quotation harga lagi nih.

Editing yang sederhana and nampak keoriginalan gambar yang diambil.
Tapi... ntahlah. Kadang-kadang aku rasa ada event yang gambarnya sangat cantik. Kadang-kadang ada pulak time kenduri sape ntah gambar dia nampak macam biasa2.

Takmo la nanti kot time kat website semuanya nampak cantik tapi bila time kenduri kita, ada je cacat-celanya.

Itu la yang susahnya sebab aku sangat suka dengan editing yg extreme macam kat FotoKahwin tu. Sangat tasty okeh!
Cuma kosnya lebih dari bajet aku la.
Outdoor session pun kena tambah ongkos?
haish.
Kebanyakkan photographer yang aku survey, ada menyelitkan sekali dengan pre-wedding/outdoor session tu. So, aku rasa macam tak berbaloi if I have to pay the additional cost untuk yang itu.

Ya, lebih-lebih lagi untuk aku yang mementingkan kualiti dan kuantiti dengan kos yang tak berapa tinggi ^-^

hem hem.
rasa-rasa kalau aku suruh photographer lain buat sebijik macam tu diorang nak tak eh?

hiks.

*oh anyway, ini adalah pandangan peribadi aku yang sangat suka bermain-main dengan Photoshop. Jangan ada yang tersinggung ya ^-^

Pelamin/Kad Kahwin/Bunting

Love & Kisses ✿ sha 5 comments
Ahad yang penat.
Dari pukul 7 pg tadi sampai pukul 8 mlm ni aku dok mengonlinekan diri.
Banyak sungguhlah yang aku googlekan arini.
Antara artikel bermanfaat yang aku baca, datangnya dari blog ineh MajlisImpian.

Tiba-tiba rasa mcm banyak sangat yang aku ketinggalan.
Macam banyak sangat yang berselirat kat kepala otak.

Ok. Benda pertama yang aku googlekan tadi adalah rupa bentuk Pelamin.

Aku mau pelamin putih gading.
Kerana sesuai dengan apapun warna tema.
Kalau nanti tiba-tiba aku 'tertukar' tema kepada warna hitam, hijau atau biru sekalipun ia tetap takkan mencacatkan suasana.
'kan?



Aku sangat-sangat-sangat sukakan pelamin yang ineh!
Dengan bunga-bungaan berwarna pinky violet.
'wahh! very the tasty okeh.

Yang di bawah ini pun oke juger cuma ntahlah. Aku lebih berminat dengan yang di atas ^-^



And aku tamau pelamin bertiang 4 yang besar-besar tu.
Memang lawa, tapi dari pemarhatian aku, pelamin yang banyak-banyak tiang ni akan mengganggu orang yang mau mengambil gambar.
Lagipun tak ramai sangat yang boleh menyelit time sesi penggambaran nanti.

And then aku google tentang Bunting/Banner.
Yey! Akhirnya dah jumpa tempat yang buat Bunting yang murah dan cantik.
Ada yang berharga RM45.00 sajer tapi artwork dia mcm tak berapa menepati citarasa aku.

Aku mau yang di sini (Kadkahwin Pino). Walaupun harganya RM60.00 tapi mmg sangat tastylah. Kad kahwin yang ada di situ pun sangat menarik and murah walaupun tak disertakan sampul bercetak. Di JentayuDesign pun ada bunting yang menarik cuma harganya agak mahal. RM110.00 untuk 2 bunting and extra RM50.00 kalau mau diletakkan gambar.

Rasanya untuk kad kahwin nanti aku mau ngambil yang di sini kerana designnya menarik dengan harga yg berpatutan and sampul bercetak pun diberi sekali ^-^

Tapi tatau lagi la sebab cousin hubby pun ada kedai kad kahwin sendiri so mungkin boleh dapat yang lebih baik dgn discounted price, kan.

Arini banyak benda yang aku dah survey and dah terpikat.
Masalahnya sekarang, tarikh nikah ngan sanding tak tetap lagiii!
uwaaa~

Parents aku nak kami nikah pada 1/1/2010 or 2/1/2010 and Majlis Bersanding pada 13/2/2010. Majlis Bertandang pula pada 14/2/2010.

Encik hubby mau kami bernikah dan sanding pada hari yang sama, 14/2/2010 and kenduri belah lelaki pada 20/2/2010.

Sebabnya, mudah, lagipun satu kenduri je kat belah aku so aku boleh save budget ^-^ and family dia pun tak payah nak datang 2, 3 kali.

Actually aku cuma pentingkan tarikh nikah sajer.
Nak bersanding bila-bila pun boleh. Aku tak kisah.
Sebabnya tarikh nikah tu yang kita kena ingat sampai bila-bila, that's why kena pilih tarikh yang cantik sikit ^-^

Untuk bersanding pulak aku lebih suka pilih tarikh yang biasa-biasa.
Sebabnya, satu, itu takkan jadi tarikh anniversary kami.
Yang kedua, pakej perkahwinan/photographer/apa-apa pun akan jadi lebih mahal jika kami memilih tarikh favourite.

Oklah, esok aku nyambung menulis lagi ye.
Sekian.

Theme Color and Souvenir Bag

Love & Kisses ✿ sha 5 comments
Warna tema.
Yep.
Ini adalah satu perkara yang leceh dan menyusahkan otak aku.
Dari dulu memang suda set dalam kepala, mau dusty pink sebagai warna tema.

Dusty pink is not really pink.
It's more to merah samar.
Dear hubby tak berapa suka dengan kaler pinky2 begini, but he said kalau merah samar ok la.

Then, time my sis's outdoor shoot aritu, she wore this greyish-black wedding dress yang tersangat la lawa. Maka, on the spot aku telah jatuh hati dengan warna kelabu-hitam ineh.





Rasa macam nak pakai baju yang sama jek.
Tapi kang ramai pulak yang bising-bising kat belakang.

Last Sunday waktu balik dari my sister's Majlis Bertandang kat Ipoh, kami telah singgah di Nilai. Dan telah membeli pun souvenir bag.

Nak tau warna apa?

Ye, merah-maroon.

haish.

Aku memang tak boleh lari dari warna merah la.
Time tunang aritu dah pakai baju merah menyala.
My sis bersanding tu pun warna merah cili.

Dan ini, beg berwarna maroon.
hem hem.
Sebab, takkan nak souvenir bag warna hitam, kan.
Very the gothic oke.
And warna putih sangatlah dull.
Cream color pun tak berapa best.
So let it be maroon.

Takpe la... takkan nak ikut warna tema 100% kan.
Lagipun maroon is a very nice color and I love it very-very much.
Kalau aku nak bersanding pakai baju hitam-putih pun, maroon tetap warna yang cantik and menarik utk souvenir bag.

'kan, kan?

Oh anyway, we had a good bargain for the souvenir bag.
The non-woven is only RM4.72 for 10 pieces.
Very-very cheap oke!
The cheapest that I saw in Johor is RM5.50 tapi selalunya the price is around RM7.00 per pax.

lalala~ sangat hepi.

We're Engaged!

Love & Kisses ✿ sha 10 comments
hai, suda selamat bertunang rupanya ^-^



serius je bang?



bersama parents kedua belah pihak.



semuanya gambar fresh dari kamera.
tak sempat pun mau diedit-edit.
lain kalilah aku upload lagi.
sangat menat ineh.
tulang-temulang pun rasa cam mau patah.
besok-besoklah baru bercerita panjang lebar ya.
sekian.

-----

oh my god, WE'RE TRULY ENGAGED ^-^

Alas Dulang - Sampin - Butang

Love & Kisses ✿ sha 5 comments
We went to KL last Wednesday.
My family and I.
For my brother's convocation.
Hubby tak ikut sebab dia sibuk time tu.

Konvo hari Khamis pagi so petang Rabu tu lepas habis course, aku terus memecut kete balik kg. Then, lepas abis konvo dalam pukul 2, kami terus ke Shah Alam sebab my mum ada appointment dengan penyewa baru dia.

Lepas setel semua, kami terus ke PKNS sebab nak carik butang baju nikah for hubby's hantaran. Actually, aku dah beli butang mutiara time pegi KK aritu tapi macam tak matching dengan baju dia so takpe la carik yang baru ni. My mum said, nak nikah kan sekali je so beli la yang mahal terus. So, aku pun telah bersukaria la bersoping-sopingan sebab ada sokongan padu =p

Pastu ingatkan nak letak sulaman jugak kat leher and tangan dia tapi majlis tinggal seminggu je lagi, kalau hantar kat tailor macam tak sempat plak so maybe the sulaman buat lepas majlis nunang nanti kot.

Tak lama pun kami kat PKNS tu.
Maklum la kalau jalan dengan my abah memang semuanya kena cepat.
Dia paling tak suka shopping lama-lama ni.
So dalam pukul 6 tu kitorang dah kena balik Sunway sebab malam tu ada Majlis Merisik for my brother kat Klang.

haish. haish.
pagi baru konvo, malam dah pegi merisik nih.


Apepun, aku sangat satisfied sebab dalam masa 2 jam tu dapat la memborong butang baju melayu yang sangat vouge and also a sampin songket for him.

Macam mana ntah time jalan-jalan tu bole plak terserempak ngan songket yang sangat tasty itu. Maka harus la membeli 'kan walopun aritu dah siap beli pun a sampin for him kat Angsana.

Takpe, sampin yang aku beli dulu tu tak berapa best sangat lagipun dia bole pakai time majlis nunang nanti.

Ye perempuan memang mudah terpengaruh nih ^-^

Then, ingatkan nak singgah IKEA sebab aku nak beli lampu bilik and also Jalan TAR untuk mengoyak-rabakkan lagi wallet tapi tak sempat lak.

Penat memang takleh nak cakap la.
Menunggu konvo di tengah panas tu memang dah macam nak pitam. Aku dah la tengok matahari seminggu sekali je nih. Pastu pegi round satu PKNS lagi. Then sempat pulak pegi merisik.

Mana ntah dapat energy banyak-banyak nih.

Pastu semalam, pukul 9 pagi kitorang pun bertolak balik ke JB.
On the way tu singgah Nilai 3 sebab aku nak cari alas dulang and my mum nak carik bekas telur for my sis's wedding.

Sangat hepilah sebab jumpa yang sangat menepati citarasa.
Gold color for me and sparkling crimson for him.
lalala~

ye.
Our hantaran telah bertukar tema.
Gold color for my side and crimson red for his side.
Si dia sangat geram coz I love to change things last minute =p

Tapi nak wat camne kan.
Suprises do make your life more colorful.
'btul tak?

-----

tick tok tick tok...
7 days to go oke.
wahhh.

Majlis Merisik

Love & Kisses ✿ sha 0 comments
once upon a time, in a bright sunny Sunday,
on the 5th of April 2009,
it is our Merisik Day.
...


Actually kalau ikutkan, kami nak terus bertunang je, tak payah nak merisik-risik ni.
Tapi nenek dan mak si dia beria-ia la mau mengikut adat, mau merisik semuanya, jadi ikutkan je la.

Pagi-pagi pukul 7 kami dah start masak.
We cooked rendang daging, kacang panjang goreng pedas, ayam goreng rempah, sambal belacan, daging masak gulai, udang sambal, ikan goreng, etc etc.

Memang sangat penatlah.
Dah la semalamnya sehari suntuk mengemas rumah.
hem hem.
but I'm hepi... I truly am ^-^


Angah and Boy couldn't make it since both of them are working in KL and Bintulu.
Tak sempat pun mau balik minggu tu.
Jadinya, cuma aku, Mak, Abah and Faiz je la kat umah.

Ikut perancangan, his family from BP akan sampai ke rumah kami pada pukul 11 pagi. Tapi, bila dah kumpul ramai-ramai kan banyak ragamnya, jadi last-last, lepas Zohor la baru sampai ke sini.

Total of 12 person from his side.
Semuanya berbaju kuning sebab baju yang aku pilih untuk jadi hantaran merisik tu warna kuning.

I wore a brown-colored kurung Kedah with a tube matching with a dark brown long skirt.

Aku memang terlupa abis nak amik gambar.
Sekeping pun takde nih.
Geram betul.
But he said I look totally beautiful on that day.
*wink wink*

Gambar cincin pun tak sempatlah mau diletak di sini.
nanti-nantilah ya.
...

Lepas salam-salam, aku terus ke dapur buat air.
Maklum la takde orang lain kat umah kan.
Time aku sibuk kat dapur, diorang dok citer pasal benda lain.
Bila aku tengah tuang air, boleh plak la abang ipar dia tu start citer pasal hajat datang plak.

haish.

kot ye pun tunggu la aku masuk bilik dulu, kan.
malu btul 'lah.
sampai merah-merah dah muka nih.

Then, dah siap hidang air, aku terus masuk bilik.
Dalam 10 minit camtu mak panggil suruh keluar sebab mak dia mau sarung cincin.
Dia menitiskan air mata waktu menyarungkan cincin kat jari aku.
Aku lihat dia mengesat air mata sambil berpesan untuk jaga hubungan kami baik-baik dan semoga kami kekal bahagia...
.
.
.

this time, it came with the feeling of content, and joyful.
and this time, it is you.


gosh... it is truly YOU!

thank you dear.
for the beautiful ring.
and the beautiful love that you gave me...

11 days to go, and I'm gonna be your fiancee... officially!

whoaa!

Tempah hantaran

Love & Kisses ✿ sha 0 comments
Last-last, hantaran kami terpaksa ditempah sajer.
Mine and hubby's.
Dark purple vs gold.
*or red?
ntah.


Harapan la nak buat sendiri.
Konon-konon masa mula-mula dulu tengok macam banyak masa lagi.
6 bulan, 5, 4, 3.
Tup tup ni tengok, tinggal 14 hari sajer.
Macam tak sempat nak buat apapun.
So I'm going to send out the hantaran tomorrow.
Tempat yang aku nak tempah ni memang sangat lawalah.
She's very creative in doing hantaran.
My mum dah pergi tengok hasil kerja dia aritu.
Memang sangat tastylah.
Hopefully she'll do the same for ours ^ ^

gosh... 2 weeks to go.
wah wah wahhh!

Kasut Nikah

Love & Kisses ✿ sha 0 comments
Last 2 weeks we went to Holiday Plaza.
My brother and me.
'maklum la Parkson tgh sale time tu kan.

Kul 3 tu amik dia kat Larkin sebab dia malas nak drive jauh-jauh dari KL, then suh dia neman beli hadiah besday for our mum sambil berwindow soping.
Hubby tak dapat ikut sebab dia kerja petang tu.

Tatau nak beli apa so I just bought her that lovely handbag sajer.
Then dapat voucher Parkson tapi due date dia 1hb ni plak.
Sangat risau takut tak dapat guna, last week balik je dari kg, telah berjaya mengangkut my dear hubby ke sana.
hiks.

Ingatkan mau membeli lipstick sajer.
Tapi jalan-jalan-jalan, pufff~ bole plak la terserempak dengan kasut Carlo Rino yang sangat eye-catching ittew.
wahhh~ sangat terujalah lalu telah mentesting-testing.
It's like a peep toe but it's not.
There're lots of strings, gold in color and very the tasty okeh!

Hubby tanya, cyg nak ke?
Of course la aku nak, kan =p

Since it's very the vouge and cam tak sesuai plak nak bawak gi opis, aku cakap kat dia, kasut ni buat hantaran je la.
But he said, takyah la sebab kasut yang kami beli aritu dah matching2 dengan handbag.
'coz my handbag is blue in color.
and ummm ya, this heels is in gold color.

I said, biar la pun campur-campur biru ngan gold.
Pastu he said, haish dah la hantaran pepel, beg biru, kasut gold. kan sangat tak matching tuh.

So I said, camtu buat kasut nikah je la coz my baju nikah is gold in color.

puff pufff.
Akhirnya satu lagi barang telah complete.
My gorgeous 3.5 inch kasut nikah.
'or is it four?

wahhhh~
tapi nak nikah kat umah je pun nanti. hem hem.

The Furniture

Love & Kisses ✿ sha 0 comments
I want that beautiful red sofa.
Fabric. Not leather or jati, but real fabric.
I hate jati.

But I don't think it will be quite suitable for us since fabric sofa prone to be dirtied quite easily, right?

'what if someday, my kids termuntah atas sofa tu.
mesti akan mengamuk sakan la mak dia ni, kan?
...


Whatever it is, I've told my dear hubby that our sofa must be in red color.
And guess what? He totally agreed with me.
*wink wink*

And striking green curtains to match with it.

And that gorgeous Japanese-style bedroom set from Cavenzi.



or this lovely Balinese-style bed.



And that crooked-shaped display cabinet.

And the stunning room divider.



and, and...
'wahhh sangat tak sabarlah mau membeli-belah nih!



and, oh... look at that!
This contemporary living room set is made of belle suede and wood.

Very nice, kan.
I'm sooo into this type of modern design.
Home-studio.

'maybe cream-colored sofa is not so bad after all.
I can always use red curtain to match with it.
hem hem.


Tadi time video conference kat opis, kepala otak aku bole dok terpikir pasal that red sofa and the green curtain.

very the ding-dong.

Another 8 months until our wedding and I haven't prepared a thing!
Hantaran untuk majlis tunang ni pun lansung tak disentuh lagi.

haish haish.
Terover excited la pulak dengan furniture untuk rumah baru.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review