Keluh-kesah berpantang

Love & Kisses ✿ sha 12 comments
Tajuk cam tak hingat plak kan padahal bukan berpantang sangat pun aku nih.
Time kat spital diorang bagi makan lauk ikan sweet sour pun aku mkn jek.
Perut aku kan pantang kalau nampak makanan sedap gini =p
Hari ke-6 pun dah selamat makan nasik minyak kat kenduri adik laki aku sebab my mum cakap takat rasa2 boleh je.

Pastu nampak plak air asam boi feveret aku, so aku cakap kat my mum, nak minum jugak.
Mak aku cakap minum je la...
Makcik2 kat situ pun dok cakap, 'kau nak makan jangan tahan2 sangat. Nanti kesian baby tak cukup khasiat. Tapi vitamin, ubat semua jangan lupa makan.

Adik aku yang pompuan tu plak yang dok geleng kepala nengok kakak dia nih =p
Tapi memang heaven okeh minum air tuh.
Gile sedap!!

'oh tapi kau ado gi kenduri kawin time pantang hari ke-6?
ahaks.

Pastu mak bidan yang urut aku cakap bole makan roti canai so of cos aku telah makan jugek. Tapi tak mkn kuah dia la..

Abah aku plak jenis yang asalkan benda tu menyihatkan, mesti kena makan.
Planta, cheese, minyak dan segala mak bapak lemak yang menggemukkan adalah dilarang sama sekali. Aku mana tau dia tak bagi makan roti ngan planta tu so aku makan je la buat brekfes. Sekali dia nampak, mak aih... telah dibebel ngan dasat sekali.

Mak aku plak siang malam suh minum Horlick sebab nak tambah susu badan.
Air pun bergelen2 suh aku minum.
Risau sangat cucu dia tu tak cukup khasiat.
And penyudahnya, segala jenis ikan pun diorang bagi makan.
Ikan bawal hitam, putih, kembung, cencaru, ikan merah, tebal pipi, semualah.
Tapi ayam, telur, seafood or daging adalah NO-NO sebab berkolestrol tinggi.
Bila aku cakap kat my sis, dia plak bising2 cakap jangan makan yang itu ini sebab takut effect masa tua nanti.

Pada aku, berpantang ni patut tapi berpada-padalah.
And kalau orang cakap takut effect time kita dah tua, oo helo? mana ada orang tua yang tak bisa2 badan, sakit pinggang sume tu kan.

Bukan aku nak menolak pantang-larang nih tapi kalau setakat pantang makan 44 hari, then hari ke 45 start minum ais, makan masak lemak tiap ari pun takde guna jugak, kan. And kalau ko tengok orang2 tua sekarang ni pun kebanyakkannya mesti ada sakit darah tinggi, kencing manis sume padahal kononnya lepas bersalin tu berpantang bagai nak rak, itu tak boleh, ini tak boleh. Memanjang ikan kering. Bak kata abah aku, takde khasiat lansung utk perkembangan otak baby.

Bila aku cakap ikan ni bisa, sayur and buah tu sejuk, dia cakap, 'sumber mana yang cakap mcm tu?

ok, ok, nak lawan bapak aku yang dah keja kat bidang kesihatan ni bertahun2 ye.

Mak aku pun bising jek kalau aku cakap takmo makan ikan yang itu ini tu sebab dia cakap dulu time dia lepas bersalin abah aku masakkan apapun dia makan, sihat jek sampai sekarang. Anak-anak dia pun sume pandai2. And mmg aku salute la kat my mom tu kan sebab dia sangat cergas and she's still working until now nak compare dengan makcik2 yang dok cakap ko kena berpantang bagai tapi tak keje and tetiba bila dah tua, ko yang sakit terlebih.

Aku bukannya ban pun upacara berpantang ni cuma nak ingatkan diri sendiri, makan apapun silalah berpada2 ye bukan kena stop on d spot sebab kesian la kat cik baby yg menyusu badan ni kan.

okeh, tamat.

Anyway, time pantang memang lebih horror drp deliver ye.

Sebabnya, badan akan sgt berpeluh ngan dasat and veri la tak selesa. Kulit aku ni memang jenis sensetip skit dari dulu. Shower foam pun cuma boleh guna Dettol ngan Lifebuoy. Start preknen aritu Shokobutsu pun tak boleh pakai dah. Berpeluh terlebih tak boleh, sejuk terlebih pun tak boleh. Tapi time pantang ni lagi dasat sebab peluh mencurah2. Abih timbul ruam gatal2 satu badan.

haa pastu tak payah nak sibuk2 cakap aku tak jaga mkn sbb tu gatal2. Aku ni memang sejak azali kulit jenis sensetip ye. Dah la berkain batik bertshirt bagai. Kalau ikutkan memang aku nak pakai hot pants ngan spaghetti je tapi sile la bersopan santun kat umah parents ni ye. Nak bukak kipas kuat2 pulak adalah a big NO-NO sebab takut baby selsema or ada paru2 problem plak nanti.

Yang kedua, sebab kena berbengkung yang gile gatal juger.
owhhh... sangat tak best ye sebab tu aku pakai bengkung 6 hari sajer.
Tu pun sebab mak bidan tu yang pakaikan.
Abih kena bising ngan my mum sebab tak pakai bengkung.
Nak suh aku pakai sendiri nan ado okeh.
Tapi takut jugak kalau menggelebeh je perut kang.
so, harus kuatkan semangat juger.
chaiyokkk!!

Yang ketiga adalah sebab aku dok teringat makanan yang sedap2 and aku nak minum ais sgt2 especially time tgh panas berpeluh ni tapi tak boleee T_T

Tapi aritu sebab tak tahan sgt, aku bukak peti ais minum air 100 plus tuh walopon aku sebenarnya mmg tak suka air gas tapi sebab air tu sejuk so minum juger.
maleh nak pikir dah.

And aritu abah potongkan buah mangga aku makan jugak sebab dia suruh.
Kang kalo aku kuarkan statement buah berbisa kang aku yang kena balik. ahaks.

and alhamdulillah setakat ni aku masih sihat walafiat lagi.


Nasib baik la before deliver aritu Hubby sempat bawak aku makan kat Nandos, Johnny's ngan Secret Recipe.

Tapi still teringat jugek nih.
So 1st thing after abis pantang adalah operasi makan2 yang dasat ye.

So, tu je la kot punca aku cakap berpantang tu tak best.
Selebihnya adalah keluh-kesah dari si new mommy yang veri penat sebab cik baby mangun every 2 hrs and slalunya sejam je tido dia dah mangun balik untuk nyusu.

Tapi standard la baby memang gitu kan.
And cik baby adalah sgt2 baik sbb dia jarang menangis.
Merengek pun sgt2 jarang.
Cuma dgr suara time dia nak susu jer.

And awal2 dulu dia tido siang tapi mlm adalah berjaga yang sakan.
At first memang la sakit kepala aku kan tapi dah lama2 ni dah lali. Dia nak bangun pukul berapa pun aku tak kesah dah. dah ok ^_^

And susu adalah melampau banyak yang melimpah ruah.
Hasil usaha makan sayur lobak putih, sawi putih, minum Horlicks and minum air bergelen-gelen.

Patut bersyukur la sbb anak aku dapat menyusu dgn puas tapi ntah la... kalau tak pakai bra, bangun pagi je basah kuyup la baju aku. And kena pakai nursing bra 24hrs + breastpad juger. veri lahai tak selesa. Pastu cik baby suke hisap ngan kuat pastu gigit2 sampai luka nipple aku nih. Takde la berdarah tapi saket woo!! Terasa bisa berdesup kat jantung. Hubby bole gelak sakan plak sambil cakap, 'anak papa memang ganas nih. haha.

oke, oke, tapi memang patut sangat2 bersyukur ye.

Anyway, sayur lobak putih tu sedap hape.
Aku punye la ingatkan rasa dia maung, pelik, mcm yang orang slalu cakap tapi pada aku sedap je mcm sayur lain. Rasa dia mcm keledek. 'ke sebab mak aku yang masak sedap? hehe.

dan di hari ke 25, Emir Danish is 4.2 kg now and mommy pulak telah turun sebanyak 14 kg.
alhamdulillah...

Terima kasih cinta.

Love & Kisses ✿ sha 4 comments
Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku
Semoga kita bersama dan setia
Aku bersyukur pada Tuhan Yang Esa
Kerana dia yang menemukan kita
Semoga kita mendapat rahmat darinya
Hidup bahagia

Oh kasih indahnya kurasakan
Sewaktu engkau ada bersama di sisiku
Indahnya cintamu
Biarpun apa yang terjadi rela ku tempuh
Asal kau tahu hargai pengorbananku ini
Terhadap dirimu

Sewaktu kau berduka aku ada di sisimu menemani
Sewaktu kau gembira jangan pula kau lupa diri ini
Andainya aku tiada
Abadikan cinta kita sepanjang hayatmu

Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku
Semoga kita bersama dan setia
Hidup bahagia...

-- Terima Kasih Segalanya by Lestari



and suddenly, another year passes by.
31st January 2010 yang lalu, kami selamat diijabkabulkan dan 31st January hari ini, setahun suda usianya.

ooo, si anak pun dah lahir ye.
hadiah yang paling istimewa sempena ulangtahun perkahwinan kami...


omg, I'm a MOMMY!!!
cakap ulang2 pun hati macam masih tak percaya.
ahaks.

Tapi memang sekejap gilelah masa berlalu!
macam baru semalam yang kami berjumpa di tempat parking SDE tu...
macam baru semalam kami 1st dating kat stadium yg sangat tak romantik tu...
*haha tiap taun pun akan tetap ulang ayat yang sama*

Tapi benda tu la yang akan jadi memori yang sangat indah dan akan ingat sampai bila2.
^_^


And sebab aku nak masuk wad 29hb tu and aku teringin sangat nak makan Johnny's, so telah celebrate our anniversary kat situ la.

Kat Johnny's Bukit Indah.

Steamboat tomyam dia adalah gile sedap kat tekak aku.
And that Jelly Mushroom adalah my fav ever.

'ke tekak orang preknen memang sumenye rase sedap eh?

Anyway, telah singgah Secret Recipe juger untuk makan 2 ketul cheese cake.
Aku rasa operasi makan2 yang dasat ni la yang buat berat aku naik from 51 kg jadi 74.1 kg time nak deliver encik Emir Danish aritu.

'hooo memang melampau sangat la kanss?


Tatau kenapa tapi tiap kali dengar lagu ineh ngingatkan aku pada encik Hubby.
So of cos, sempena ulangtahun pertama perkahwinan kami, this song is dedicated to him, my dearest, beloved Hubby.
...

have I told you yet
how much you mean to me...
have I told you yet
about all the happiness you bring...
have I told you yet
that you mean the world to me...

just in case I haven't
i want you to know that
you're the best thing that ever happened to me!
I love you and I'll always will ^_^

Tarikh yang itu

Love & Kisses ✿ sha 12 comments
First of all adalah mau ngucapkan terima kasih pada semua aunties yang memberi wishes yang sangat banyak di entry Emir Danish ye. Tak sempat pun mau mereply all the comments tapi agak excited sebab tak sangka blog ineh banyak jugak pembaca ^_^

And secondly, mau ngucapkan congrates pada Diah (11/2/11), k|ree (7/2/11), Marina (2/2/11), Eeza (4/2/11) and Siti (26/1/11) atas kelahiran putera puteri tercinta.
'wuhuhu ramai plak geng Emir Danish yang lahir bln ni ye.

So, it's been 16 days since Emir Danish delivery day.
Sangat banyaklah cerita yang mau dishare di sini tapi mommy bermata panda ni sangat la tak sempat mau menulis.

Time cik baby tido, si mommy mau mandi.
takpun berurut sana sini.
takpun, gi makan.
dan tiba2 cik baby dah mangun balik.

tak la meragam pun.
nak dengar cik baby menangis melalak2 adalah lansung takde.
cik baby adalah sangat baik sejak dari dalam perut mommy lagi ^_^

ohh tapi macam mana mau cakap ye.
24 jam rasa macam sangat tak cukuplah buat masa sekarang.
macam lebih penat daripada waktu bekerja.
tapi adalah sangat suka sebab diri berada di rumah.
'kan impian sejak dulu adalah mau jadi housewife sepenuh masa gitu =p

Anyway, hari ini bukan mau bercerita tentang kesah delivery.
Sebab mood bercerita macam tak berapa nak ada.
Cuma nak share tentang semua yang jadi pada 30th January 2011.

Perkara pertama of cos the delivery of our beloved son, Emir Danish bin Muhammad Zainol Abdin.


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Cerita tentang the whole process tu nanti-nantilah aku tulis di sini ye.

ok jek.
takde la sakit melampau macam yang orang selalu cakap tu kan.
Maybe sebab aku guna epidural.
haha nak ngutuk aku la tu kan ckp guna epi so memang la tak sakit.
so, sape suh ko tak guna epi kansss?
...

and to tell u d truth, pada aku, aktiviti berpantang ni adalah lebih horror daripada sakit bersalin oke.
betul!!
nape aku cakap macam tu ye?
hooo nanti-nantilah aku cerita.

Semalam, mak bidan yang urut aku tu cakap, 'kakak kalau tak jaga2 nanti Danish cepat dapat adik ni tau kak. kakak subur nih..

Aku automatik cakap, 'oh bagus la..

haha terkejut makcik tu, 'ehh budak nih. bersalin aritu tak sakit ke?

Terover excited plak aku ni kan bila makcik tu ckp aku subur.
tapi tu la aku cakap. sakit bersalin tu takde la melampau sangat.
bila baby dah kuar, entah nape, automatik rasa sakit tu hilang.
bukan la hilang pun tapi macam tak ingat lak apa benda yang aku sibuk2 nak sakitkan sangat tu kan.

so kalau Emir Danish cepat dapat adik pun apa salahnya kan.
hee~

Anyway, 30th January 2011 juger tarikh adik lelaki aku selamat bernikah.
Aku tak dapat datang sebab tengah deliverykan cik Emir Danish ye.

Gambar dan video adalah seperti di bawah.
Cerita lanjut tentang majlis mereka tu pun nanti-nantilah aku tulis di sini.
sangat pelik and agak sedeh sebab wedding adik sendiri plak aku tak dapat pegi, kan.
Tapi of cos tak mungkin akan tukar dengan apa-apapun sebab itu adalah antara hari paling bermakna dalam hidup kami dengan kelahiran putera tercinta, Emir Danish ^_^



ai agak jeles sebab video ni sgt sweeeettt hoke.
my wedding vid by PMline adalah sgt horror T_T T_T

tapi takpe la... mana ada wedding yg perfect sangat pun kan.
*mood pasrah*
Pengikat cinta kami, si Emir Danish pun dah selamat lahir ke dunia ha ^_^

ohhh ahhh

Love & Kisses ✿ sha 9 comments
papa dah balik PG...
uwaaaa cedehnye saye!!!
melampau sampai tgh mengulit anak kat tepi ni pun bole menitik2 air mata aku turun weh.

haha T_T

padahal baru 2 jam encik Hubby balik umah ni T_T T_T

kadang2 aku terfikir, kenapa ada orang bila dah dapat anak, ada yang kata, takde husband pon takpe, asalkan anak ada.

pada aku, adalah sangat tidak boleh.
si dia adalah separuh dari diri saye.
dan Emir Danish, buah cinta kami, adalah separuh lagi.
tak mungkin la dapat hidup tanpa dua orang budak comel berpipi bam2 nih.



fuh, kalau Hubby keluar lama2 or keje sampai lewat malam pun aku ialah menghitung jam dengan kusyuk.

so, bagaimanakah mau mengharung seminggu tanpa Hubby di sisi neh...

Tadi time Hubby nak balik, perasaan adalah biasa2 sajer.
salam, cium tangan, kiss2, and bye2.
macam selalu.

sejam lepas tu, perasaan adalah sangat sedeh ye.
call Hubby sambil berlinangan air mate you!
tapi dia tatau la aku nangih cuma suara tersekat2 sambil cakap, 'cyg rindu kat hubby nih...

tak mungkin la akan tunjuk air mata meleleh dpn cik Hubby.
depan sape2 pun tak mungkin la akan tunjuk air mate.
haha T_T

pastu aku rase dia cenyum2 sambil ckp, 'takkan la Hubby nak biar cyg sorang2 seminggu. Rabu nanti Hubby balik ye.

so, oke.

ohhh... adakah sebab tengah berpantang maka emosi jadi tak berapa nak stabil nih?

Emir Danish : The Little Prince

Love & Kisses ✿ sha 32 comments


Emir Danish bin Muhammad Zainol Abdin
*Putera/Ketua yang cerdik*

Sunday, 30th January 2011
10.46 pm
3.26 kg / 48 cm
Normal delivery by Dr Suhaimi Hassan
(O & G and Fertility Specialist @ Penawar Hospital)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review