the company account.

Love & Kisses ✿ sha 3 comments
Sangat leceh okeh nak bukak company account kat CIMB P. Gudang.

Last 2 weeks, I went there to open mine.
Sebab requirement from Lazada kan.
Kalau tak mmg aku just guna my current account je.
Then, pegi sana, bgtau motif aku datang kat sorang officer pompuan india tu pastu dia suruh tunggu kejap sementara dia borak2.

ye borak2 hokeh.
panas mak.

tunggu dekat setengah jam baru dia dtg kat aku tanya dah isi form ke belum.
tang bila masa ntah dia bg aku form, sibuk tanya aku dah isi form ke belum.
pastu dia gi balik kat tempat dia.
pastu tunggu lagi setengah jam baru la sorang officer malay tu datang bagi aku form utk isi sambil bgtau yg officer tadi bizi, tak dpt nak layan.

okkk fine.
this is sooo CIMB Pasir Gudang.

lepas isi form, dah stamp semua bagai, sibuk la suruh aku apply loan ASB sebab dia cakap aku takde introducer padahalnya aku dah memang ada current account kat sini okeh.
fineee!!!

aku gi CIMB Pontian dulu takyah la nak introducer bagai. RHB pun takyah introducer.
Maybank je yg suka introducer sume nih.
so bila aku ckp tanak apply loan, dia cakap nanti apa2 dia call balik.

after a few days, manager dia call.
he said, aku kena amik apa2 loan dari CIMB baru dia approvekan my application sbb aku takde introducer.
so aku ckp la kat dia, aku ada current account kat situ, aku mmg tanak buat loan apa2 pun.
tapi dia nak company current account as introducer.
so ok, aku bwk je la hubby punya company account tunjuk kat dia.
so, he told me to come over on Friday.

on Friday, aku datang, dia cuti pulakkk.
hangin tak?
pastu tak tinggal pesan kat officer dia pun.

pastu aku cakap kat officer tu, actually application sy ni boleh approve ke tak? kalau tak boleh, sy tak payah nak datang sini lagi sampai 5, 6x. buang masa. baik saya carik bank lain.
aku takat nak bukak current account je okeh! bukan nak apply loan ke mintak duit ke apa. ni siap nak bg duit lagi okeh!

then, a week after that, the malay lady called me. she asked me to fwd the emails from Lazada yg request for the openings of company account. so aku pun fwd la. the next day a chinese officer called me, bgtau yg application aku dah approve.
akhirnya okeh!

she told me to come over (again!) to fill up certain documents.
berapa banyak dokumen daaa.

so okeh, akhirnya berjaya jugak bukak akaun kat situ ye.
aku memang dah malas dah. baik gi RHB lagi senang.

for the cheque book, sila la tunggu lagi 3, 4 working days.
and the next Friday, I got my cheque book.

akhirnya, setelah 4 minggu, and 4x dtg ke bank, baru la setel semuanya.
one of the worst experience ever!
ingat senang kot customer nak kuar opis gi bank pastu nak tunggu berjam2 gini layan kerenah yg tak sepatutnya ada pun.
something yg sepatutnya boleh setel in a few days drag until a few weeks.
dari dulu sampai sekarang ni la dia punya servis.
elok la aku pegi CIMB Pontian, tak sampai setengah jam setel semua.

grrr!



sorry but this is my personal blog.
utk sebarang pertanyaan & pembelian produk, (NR/Tanamera/Amway/Shaklee/Ephyra/Anugerah/etc), please go to below address :

FB/Instagram : Charms & Colors
SMS/Whatsapp : 019 6555700

Travelouge : K.Kinabalu/ Kundasang/Ranau (Part 3)

Love & Kisses ✿ sha 0 comments
So this is the final part ye.
Ini cerita Part 1.
Yang ini Part 2.

Lepas turun dari Kinabalu Park, kami terus ke pekan Kundasang.
banyak chalet di kiri & kanan jalan.
tiba2 nampak Mile 36 lodge kat sebelah kiri.

actually aku book Kinabalu Pine Resort thru Booking.com. tatau macam mana, booking tu pegi direct ke Mile 36 lodge.

a few days before bertolak tu bila pihak lodging nak confirmkan booking, baru sedar yg sebenarnya salah tempat. so aku pun kensel la sebab dalam hati mmg nak sangat duduk kat Kinabalu Pine Resort (KPR) yg my officemate dok cerita tu.

pastu kelam kabut la aku call direct ke KPR utk booking sebab takut full sbb last minit.
nasib baik ada kosong jugak.
cuma tak dpt yg betul2 mengadap gunung la.

tapi bila lalu depan Mile 36 lodge, ahhh canteknya tempat tu! mmg betul2 mengadap Gunung Kinabalu tanpa halangan apa pun. tiba2 cam nyesal sbb kensel booking. dah la murah. RM120 je okeh.


then terus ke pekan Kundasang.

sampai di Kundasang around 2.30 pm, lunch dkt restoran Intan.

makanan dia sedap jugak.
Danish & Aaira makan sup ayam.
the others makan nasi goreng kampung, nasi patayya, nasi goreng ayam, semuanya not bad.
if dr arah KK, kedai dia belah kanan, dkt dengan roundabout.

lepas makan around 3.30 terus gerak ke Ranau.
on the way ke sana lalu depan Kinabalu Pine Resort.
belum check-in lagi sebab kitorang rushing nak terus ke Poring Hot Spring, Sabah Tea & Kg Sg Luanti takut tak sempat.
dalam hati, alamak... mcm tak best je resort ni, mcm moden sgt. dah la dkt area town, belah kanan pulak tu, sebelah jalan, confirm asyik dengar bunyi kereta je nanti. 
*down*
padahalnya tak masuk dalam pun lagi.

then sampai kat Poring Hot Spring dah pukul 4 lebih.
tiket yg guna utk ke Kinabalu Park tadi boleh guna utk ke sini. so sila jangan buang ye.

dah la sesat time nak gi Ranau, waze ni gi tunjuk jalan kampung pulak.
melilau la lalu celah sawah padi bukit, kebun sayur semua tu.
cantik memang cantik tapi tak sempat la nak gi tempat lain.
jauh jugak nak masuk ke Poring Hot Spring tu.

hubby layan budak2 mandi kat sana.
aku ngan my PIL tak mandi sebab macam leceh je.
dengan nak kejar masa lagi.
just rendam kaki je kat situ.


Ingatkan dapat naik ke Canopy Walk yg famous tu, tapi dia bukak pagi je. petang tutup.
*down lagik*

around pukul 5 ptg gerak dari situ.
tanya kat akak yg jaga kaunter tiket, mana jln nak pergi Sg Luanti, dia cakap dkt dengan Sabah Tea. tapi dua2 tempat dah tutup time ni.
*down banyak-banyak okeh T_T

lain kali kena budget masa betul2.
sebab Sabah ni siang dia awal, and cepat je malam.
tensennya tak dpt pegi Sg Luanti tmpt ikan tu.
Sabah Tea aku tak kesah sangat sebab ada Cameron Highland kat sini.
patutnya takyah gi Poring pun takpe ha.
huhu.

then terus la bertolak balik ke Kundasang.
dekat pukul 6 sampai kat Kinabalu Pine Resort.
dah gelap macam nak maghrib.
aku check-in and hubby bwk diorang pegi amik gambar kat dataran depan Gunung Kinabalu tu.

angin bertiup sejuk gila!
siang kat sini panas.
if kat Cameron aku rasa siang mlm sama je sejuk yg biasa2.
tapi kat sini, start pukul 6 tu mmg sejuk yg gila2!

and subhanallah... the place is sooo cantek okeh!
sangat berbeza dengan apa yg aku sangkakan tadi.
walaupun Mile 36 Lodge cantek juga tapi nasib baik la pilih resort ni.
everything is so beautiful here.
the flowers, all the pine trees, the sweet smell...
rasa macam taknak keluar pegi tempat lain dah.


our rooms was G3 and G4, betul2 kat hujung sana.
next time kalau pegi sini memang nak duduk bilik tu jugak walaupun tak berapa nampak gunung and mlm2 ada bunyi kereta.
lebih privacy sbb dekat hujung, ada taman, and bawah bilik tu ada mata air mengalir.

and the price is quite cheap.
time aku book tu tgh promo so harganya cuma RM172.50 per room inclusive breakfast & dinner ye!


above our chalet ada bilik yg sangat best lokasi dia. mengadap gunung and a bit isolated from others. 
I think that room must cost around RM300++

mannn how I love this place!


dinner was ala carte.
kari daging, sup cendawan, sayur chap cai, ikan masak sweet sour, nasi putih & chinese tea for 4 pax and add on nasi utk budak2 ni. sedap.

lepas dinner, keluar pergi pekan, beli stok makanan ringan. my FIL nak carik ubat batuk sebab dia demam + batuk dari aritu.
Kundasang is a very small town. and mlm mmg takde apa pun.
better it stays this way kot.
tenang, sejuk & aman.


the next day semua org tanak bangun sebab sejuk and best kat situ kan.
tapi takat nak tido, kat rumah pun boleh ha.
so pukul 7 pg aku bawak Danish jalan2 ke dataran tmpt tgk gunung.
bwk dia main kat playground, pegi kolam ikan kat situ.


tiba2 baca msg my sis, mlm tadi pukul 9 lebih ada gempa kat Ranau ye.
and Ranau is like few kilometres from our place okeh!

pukul 8 balik bilik, ajak semua org brekfes.
and brekfes was the usual buffet; nasi goreng cina, roti, butter & jam, etc.

after brekfes terus check-out and pergi ke Desa Dairy Farm kat Mesilau.
tiket adalah RM5 per pax. tapi jalan masuk memang teruk ye.
mmg sesuai guna 4WD.



sebenarnya takde apa pun kat situ.
souvenir keychain, fridge magnet. ada yogurt ice cream, food, and if nak bagi anak kambing/lembu minum susu, RM2 ke RM2.50 ntah. if nak bg mkn rumput RM1.50.


tapi pemandangan adalah super cantik.
dengan gunung Kinabalu yg berkabus. fuh2.
dalam gambar mmg mcm kat NZ ye.



tak lama sangat kat situ. then kami terus bertolak balik sebab nak pergi tempat lain.


tiba2 ternampak signboard Kiram's Village yg famous itu dkt2 area Desa Dairy Farm so aku ajak hubby singgah kejap.

that place is so beautiful okeh.
sgt penuh dgn bunga.
i'm not sure how to describe it but it feels so different here.
i'm not really exagerating but some places in Kundasang does feels a bit different from others.
macam satu dunia yg lain.



on the way tu singgah kat gerai sayur tepi jln, beli stoberi & cendawan.
sayur tak beli la sebab kang penyek je dlm flight.
then carik stesen myk tak jumpa.
sampai kat pekan Nabalu, tanya org yg jual kat gerai2 tu mana ada jual myk kete.
nasib baik la ada org jual kat rumah.
rumah ye rumah.
so singgah la beli myk kat rumah org tu.
dia simpan dalam stor je ha.
kot kalau meletup kang tak pasal2.

then singgah kat Tamparuli.
ada jambatan gantung merentasi sungai Tamparuli.


jambatan kat bwh tu utk 1 kereta je lalu at one time.jambatan gantung ni yg org kg guna, budak2 guna utk pergi sekolah.
pasar dia banyak jual cendawan yg best.
malas nak lama2 sbb dah panas terik tengahari.

terus ke KK, and as expected, hubby suggest lunch kat Nando's Oceanus Waterfront lagi. tempat feveret dia tu kan ^_^

then singgah kat pasar Filipina sebab my PIL nak beli ikan kering, etc.
kitorang tunggu kat kete sebab malas nak shopping lagi.
lagipun dah penat jln dari pagi.
tapi aku kuar jap beli ikan kering dgn rumpai laut kering.

terus ke airport, flight balik pukul 5.30 ptg, pukul 3.45 Kris dah tunggu kat situ utk ambil kereta.
tak sempat ke Tg Aru pun ha.
airport KK adalah quite small compared to Senai.
and sangat crowded.
nak park kete pun berlapis-lapis ha.

check-in pukul 4.30 ptg, pukul 4.45 masuk flight, tak tunggu 5.20, flight dah jalan.
awal la pulak.
maybe sebab semua dah ada kot.
tak sempat nak meronda-ronda sekitar airport pun.

kami dpt seats straight in a row mcm time pergi aritu.
Aaira pegang tangan dengan kuat and sgt behave mcm time pergi aritu jugak.
saspen kot.
pastu dia pindah duduk kat sebelah hubby and Danish pindah duduk sebelah aku.
time makanan lalu, Danish ckp dia lapar.
so order nasi ayam tapi abis la pulak.
nasib baik nasi lemak ada lagi.
and he finished it all!


i love to travel during kind of time.
it feels like chasing the sunset.
and reminds me of that 50 shades story.



my, my... tetiba terasa nak baca buku tu for the 3rd time okeh! sila bertahan. haha

landed at 7.30 pm, itu ini, akhirnya sampai ke PG pukul 9.30 mlm.

and the next day saye adalah kerja ye T_T T_T

Below adalah kos perjalanan kami 6 beranak (4 dewasa & 2 kanak-kanak).

Flight = RM1,721.84
Makan = Hj Manja (RM112+RM122), Nando's (RM98+RM109), Kedai Mamak (RM25+RM40), Restoran Intan (RM50+-) = RM556
Kinabalu Pine Resort = RM172.50x2 = RM345 (1 night)
Marina Court Apartment = RM490 (2 nights)
Car Rental = RM300 (3 days)
Fuel = RM150
Entrance Ticket = Kinabalu Park (4xRM4) + Desa Dairy Farm (4xRM5) = RM36

Total = RM3,598.84 (around RM600 per pax)

ni yg surface je ye.
yg utk shopping, beli itu ini tu tak termasuk ye.

actually u can save more on makan and hotel. hotel Mile 36 tu RM120 je per night. and apartment Promenade tu pun around RM120 juga. depends masing2.

yey akhirnya berjaya tulis sampai abis!
sebab kisah kawin pd 2010 pun cerita sekerat jalan and kisah bersalinkan Aaira 2012 dulu pun separuh jugak.
ai tak percaya!!!
hahaha



sorry but this is my personal blog.
utk sebarang pertanyaan & pembelian produk, (NR/Tanamera/Amway/Shaklee/Ephyra/Anugerah/etc) and all, please go to below address :

FB/Instagram : Charms & Colors
SMS/Whatsapp : 019 6555700

Travelouge : K.Kinabalu/ Kundasang/Ranau (Part 2)

Love & Kisses ✿ sha 0 comments
Ini adalah sambungan dari Part 1 ye.
yang pegi Batam aritu pun tak abis cerita lagi dah sambung yang ni.
tu la bahana bercerita secara detail camni. akhirnya tak abis pun.
but hopefully yang cerita KK ni aku boleh cerita abis sebab I want to remember all the details. kisah ke KK/Kundasang/Ranau yang sangat best.

So, lepas ke Suria Sabah, kami singgah kat Jesselton Point.
takde orang pun kat situ sebab from 16-21st Oct dilarang melakukan aktiviti laut sbb tgh bergelora. kesian kan. sedang elok la time kitorang ada kat situ pulak ha. kalau tak memang nak pegi Pulau Manukan, Sapi semua tu. tapi aku tak ralat sangat sebab dah pernah pegi sana dulu. my PIL awal2 cakap taknak mandi laut.

hubby pulak memang tak suka laut sbb dia keje kat offshore, dah muak everyday tengok laut. everytime aku ajak pegi pulau mesti kena reject. lagipun dia cakap budak2 kecik lagi, nak naik bot laju semua tu, bahaya.
ok fine.

then, jalan menyusur pantai ke arah UMS, Teluk Sepangar.

Google

ada masjid terapung yg cantik, bangau sangat banyak kat teluk kat situ.

KK is a very beautiful and clean town.
susah nak jumpa sampah bersepah2 kat sini okeh.
jalan raya cantik, ada jalan utk basikal lagi.

then kami naik bukit Bendera dekat area istana.
cantik pemandangan dkt situ.
it reminds me of Bkt Melawati kat Kuala Selangor.

Google

pastu kami ke pasar Filipina balik.
jalan2 kejap, beli kuih cincin and amplang. barang souvenir kat sini agak mahal if compare dengan pasar Ahad or pasar mlm. then nampak pasar mlm kat dpn pasar Filipina tu dah start bukak.

Hubby ajak singgah sana terus sebab dah alang2 kan.
tapi diorang tgh susun2 brg lagi. so hubby cakap, lepas makan nanti la baru pegi sana.

pastu terus ke dataran todak.
actually nama tempat tu bukan dataran todak pun tapi sebab ada ikan todak kat tgh2 roundabout kat situ, so itu je la trademark yg senang. location sebenar adalah tepi laut bersebelahan pasar besar, sederet dengan pasar Filipina.

ingat nak try makan gerai lain tapi aku ajak pegi Hj Manja je sebab dah kompem sedap and muslim yang masak.
if tempat lain belum tentu sedap, kan.

kali ni kami order Ketam Masak Telur Masin, Butter Prawn, Ikan Siakap Masak Taucu, Sotong Goreng Tepung, Sayur Kailan Ikan Masin & Pucuk Paku Goreng. For both days, udang aku amik 200g je. Tapi agak ralat sebab diorg takde seaweed yang fresh tu buat kerabu. aku jalan2 pegi kedai lain ada jual la pulak. tapi takpela, janji sedap.

Makan macam nak termuntah and tak habis pun so tapau bawak balik. Aku agak muak, maybe sebab ketam masak telur masin tu kot. Kicap yg buat cicah tu tak sedap sangat mcm yg kat Semenanjung, kicap tuang sendiri, cili dia kita kena potong2 sendiri, limau perah sendiri, takde bawang pun, tapi memang heaven seafood kat sini.

Total = Rm122 sahaja ye.


Lepas makan, hubby drop kami kat pasar malam which is a few meters from gerai makan tadi. actually tempat kat sini memang dekat2 semuanya. nak jalan kaki dari hotel ke mana-mana pun boleh. tapi sebab ada PIL, kesian pulak kalau diorang nak jalan kaki kan.

Lepas turunkan kami kat situ, hubby bawak Danish & Aaira balik mandi, rest kat hotel. takut diorang penat sgt. aku dgn PIL jalan2 shopping kat pasar malam. heaven okeh utk those yg sukakan kerongsang, mutiara semua tu. memang murah sgt2! 4 set kerongsang RM10, mutiara asli lagi ha! kena pandai bargain okeh. t-shirt, gelang, keychain, semuanya murah. of course daku memborong sampai ke helaian duit terakhir. hehe.


lepas beli rantai mutiara tu, terus tepon hubby suruh amik. my PIL macam nak jalan lagi tapi aku dah tak larat dah sbb jalan sehari suntuk.

Hubby tunggu dpn Le Meridien.
budak2 dah siap mandi okeh. dah minum susu. macam tak caya hubby pandai jaga diorang. haha

the next morning, cuaca sangat baik.
pukul 5.45 pg dah terang macam pukul 7 lebih.
siap2, pukul 9.30 kitorang check-out, terus breakfast kat kedai mamak kat Api-api Centre bawah tu. tak ingat nama kedai dia. beli stok makanan kat kedai runcit sebelah and everyone thought Danish is my little brother. glemer mak, kan.

lepas makan terus ke Kundasang.
jalan adalah berliku-liku as expected.
macam jalan ke Cameron Highland.
tapi much better la if nak compare both.
dengan pemandangan yang super cantek!
kanan kiri adalah jurang ye.
and banyak lori besar.

ada a few places tu jual babi hutan salai ye.
terkejut ai.

and sangat banyak church di kiri dan kanan.

area sini memang tak ramai muslim.
and masjid pun memang susah nak jumpa.

sampai kat pekan Nabalu, semua dok shopping souvenir lagi.
t-shirt, craft, keychain, etc.
sebab aritu hubby tak follow kitorang ke pasar mlm, so bila sampai sini dia la yg memborong paling byk.

then jalan terus, nampak signboard Kinabalu Park so hubby ajak singgah sini dulu. aku ingatkan nak pegi besok je on the way balik tapi dah alang2 kan. tiket masuk RM4 seorang utk dewasa. kami naik Saga FLX, berjaya jugak naik atas walaupun bukit dia tinggi gila!


park kereta kat hentian yg ada toilet tu and kami jalan kaki naik atas sebab jalan tgh repair, maybe sebab gempa dulu tu.

air dia sejuk gila! tukar diapers Aaira, and Danish nak gi toilet, dua2 bising sbb kena air sejuk mcm dlm fridge. haha   


Naik ke Timpohon Gate, ada banyak squirrel kecik2 comel.

Angin gunung adalah super sejuk and nyaman... dalam hati teringinnya nak panjat gunung Kinabalu ni one fine day. tapi tatau do I have the gut to do it? do I have the stamina? hum hum


dekat sejam jugak kat sana, sangat best, macam nak duduk lama2 but we have other places to go.


and... to be continued as usual ^_^



sorry but this is my personal blog.
utk sebarang pertanyaan & pembelian produk, (NR/Tanamera/Amway/Shaklee/Ephyra/Anugerah/etc) and all, please go to below address :

FB/Instagram : CHARMS & COLORS
SMS/Whatsapp : 019 6555700

turning 33.

Love & Kisses ✿ sha 0 comments
and, it's my birthday today!
29th Oct to be exact.

nothing much though.
it's just me, little Aaira and cik Danish as usual.
hubby said he's coming home today.
he has been home for every weekend now but I don't encourage him to be back that much.
all those fatigue, the distance...
that will definitely worn him out someday.
so, takpe la kot.
it's just a birthday anyway.
no big deal.
lagipun dah dapat hadiah besday yg sangat bes kan :p

but to think that we'll get used with this LDR arrangement... nope.
it will never gets easier.
but it will get better in time.
insya allah.
hum hum.


So... 33 ye.
ehem.
It’s not that I care about age, really.
I mean, everyone is shocked when I tell them how old I am anyways, them thinking I’m about ten years younger :p And I don’t feel thirty-three either.

Yes, I do feel like the best time of my life is still to come.
And yes, I do feel as if I'm less naive about how the world works now than when I was younger.
And yes, there are many things that I've done and accomplished that I'm proud of by this age.
But on the other hand,  no - I don't feel as content as I should've been, and I thought about resigning all the time. kesian kesian.

It's not that I don't like my job. Segalanya adalah baik di sini. kot. It's just that I don't like to do the routine, waking up every morning, sending my kids to kindy, working and dreading everything. u know, the stuff.

kan best kalau dpt golek2 atas katil lama sikit, preparing brekfes for everyone, then working leisurely in the comfort of my own home.
...

impian yang kecil, yang jauh di sudut hati ialah resign dan duduk berumah di sebuah kampung di tepi pantai di negeri Terengganu sambil menjalankan bisnes Charms & Colors.
'bole tak?

sekian.




sorry but this is my personal blog.
utk sebarang pertanyaan & pembelian produk, (NR/Tanamera/Amway/Shaklee/Ephyra/Anugerah/etc) and all, please go to below address :

FB/Instagram : Charms & Colors
SMS/Whatsapp : 019 6555700

Travelouge : K.Kinabalu/ Kundasang/Ranau (Part 1)

Love & Kisses ✿ sha 0 comments
We just got back from our KK/Kundasang/Ranau trip yesterday.
and thankfully, it is as good as I remember ^_____^

Our trip started on Saturday, 17/10/2015.
me, hubby, Aaira, Danish and my parents-in-law.
4 adult, 2 children, with total airfare of RM1750 termasuk luggage cost.

My parents-in-law dtg ke sini on Friday evening, the next day around 11.30 am, bertolak ke Senai airport.
Self check-in kat sana and terus lunch.
this is the first time of us using that self check-in machine tu ye.
senang je sebenarnya and terus print the luggage tag on the spot.


Around 1 pm, boarding, 2.30 flight take-off, 4.35 sampai kat airport KK.
awal 15 minit.

this is Danish & Aaira's first trip naik flight ye.
alhamdulillah kedua-duanya adalah bersopan santun yg amats.
maybe sebab saspen kot.
hehe.

before pegi, dua2 sangat excited tapi time nak naik tu, tiba2 Aaira sibuk cakap, mama, aaira taknak naik kapai tebang la. aaira nak naik kereta je.

aa napa tanak?

aaira takut. nanti kapai jatuh.
'bole takkk? tiba2 mak berasa saspen T_T

dah la the day sebelum pegi tu mcm2 peristiwa jadik.
pagi Jumaat, jari kaki aku kena sengat lebah.
sakit okeh.
so tunggu sakit kurang baru pegi keje.

then, kat news kuar plak berita angin ribut & ombak setinggi 3.5m melanda sabah. dilarang keluar ke kawasan perairan sampai 21hb ye. sedeh okeh sedeh. gudbye pulau manukan, sapi, etc T_T

days before that, bos aku sibuk la nak report audit, dgn one-to-one session for the KPI, dgn quarter report, dgn board report, arrangement for the CA signing lagi, pastu nak kena join DI. gila ah ding dong! diorang ni mcm tak bagi aku cuti je kan padahal 2 ari je pun aku takde kat opis.

ok, berbalik kepada cerita tadi,

dalam flight, Aaira dok pegang je tangan aku sebab plane asyik bergegar kan.
pastu tiba2 dia tertido sendiri.

4.35 landed tapi kami tak boleh kuar lagi. hujan plak tu kan.
our rented car dah tunggu dr pukul 4.30.
dalam 4.50 keluar, hubby terus gi tempat collect luggage, aku kelam kabut la setelkan kereta sewa tu.
booking Saga FLX dgn Brandon/Kris RM300 for 3 dys.
ni contact no. dia if anyone interested - 0138999242
theirs adalah yg paling murah yg aku survey.
bersih, cuma condition kereta tak berapa baik. brek bunyi2. tapi dah namanya kereta sewa yg selalu dibawa naik gunung, mmg macam tu la kan.

dalam hujan yg tak berenti, kami pun terus ke KK Marina Apartment, depan Oceanus tu.
booking online using Booking.com.
3 bilik RM245 per night and RM490 for 2 nights.


but unfortunately it was not well maintained. bath tub takleh guna, tombol pintu main bedroom rosak, dlm lif ada org muntah, building yg tak dibersihkan, etc.

mmg ada apartment yg lagi murah, yg lagi cantik, tapi aku ok je dgn apartment ni. luas, brg2 semua ada. it still worth the money.

if kami just pergi berempat mmg better amik TH hotel tapi sbb pergi ramai2, better duduk apmnt so boleh berborak, main ramai2, kan.

lepas check-in, letak brg, dlm 6.30 kami terus keluar makan.
my sis suggest makan kat gerai Hj Manja kat dataran todak.
sebenarnya senang je nak cari sebab sederet dgn pasar Filipina tu tapi pompuan memang selalu sesat dan selalu bg direction salah walopon guna encik waze, kan. hehe.


kami order ikan kerapu masak 3 rasa, butter prawn, sotong goreng tepung and sayur kailan ikan masin.
banyak, sedap and murahan!
total = RM112 sahaja ye.
siap tapau bawak balik sbb tak habis makan.
and bila dah bawak balik pun still tak abis jugak sbb semua dah kenyang gila.
kesimpulannya sila jangan order yg over sangat ye.

kat sini, pukul 6 dah magrib, so time kami makan tu mmg dah gelap macam mlm.
walopun still hujan tapi kami redah je.
nasib baik Danish & Aaira bwk cap.
esoknya my FIL demam.
tatau la demam kena hujan ke demam terkejut sbb dia tak pernah naik flight, tak pernah jalan jauh2 macam ni.

malam dok umah je sebab semua nak tengok bola JDT. hubby kan big fan of JDT so mana bleh miss. aku plak tido awal sbb super penat. lagipun tak bawak payung so takleh jalan2 kat luar.

the next morning still hujan lebat seperti ramalan cuaca sebelum ni.
saye berasa down.
semuanya sambung tido lagi.
Danish je bangun awal.
pukul 10.30 siap2 nak keluar walopon hujan.
lepas brunch kat Nando's Oceanus, terus pegi ke pasar Filipina.
'ye, pegi mana2 pun hubby mesti carik Nando's feveret dia tu kan

then, hubby turunkan kitorang kan Le Meridien sementara dia carik parking. tgh tunggu tu nampak kedai sebelah ada jual payung so aku beli la 2. mahal okeh. RM19.50 seketul. kalau beli kat sini baru RM12 ha.

angin kuat gila so takde point pun nak pakai payung bagai.

tiba2 hubby call, cakap takde pun jual souvenir kat pasar ni. dia nampak kerepek2 je.

aku : what the...? adekah kami salah tempat?

tapi seingat aku, 7 tahun lepas time pegi sini memang situ la pasar Filipina.
7 tahun ye.
ok, so maybe telah bertukar.
so aku pun tepon my sis tanya dia katne pasar Filipina tu and she said memang kat situ la, depan Le Meridien.
tapi sebab aku dah decide nak gi pasar Ahad kat Jalan Gaya tu, maka tak jadi gi pasar Filipina.
parking kete kat Suria Sabah sebab hubby takmo ikut kitorang. dia bwk budak2 ke Kidzoona kat sana. RM17 per person, sila la bergolek guling sehari suntuk ye. dia suruh bwk my PIL sekali ke pasar Ahad tu. so kami pun menapak beberapa meter, lintas jalan je dah sampai.

sampai sana je semua tgh dok ngemas sbb dah pukul 1.
pasar ni bukak pagi je tau.
as expected, kalau pegi tghari memang dah tutup la.
lagipun hujan, orang tak ramai.
takpe la... next time kot.
tapi memang murah gila barang kat sini.
keychain yang sama, 10pcs RM10, kat pasar mlm 7pcs RM10, kat pekan Nabalu 6pcs RM10. so kalau nak memborong souvenir sila pegi ke pasar Ahad dr pukul 5 pg - 12.30 tghari.

then kitorang pun patah balik la ke Suria Sabah sbb semua dah tutup kan.
terus menuju ke Thomas Sabo and memborong my bracelet and a few charms for me and Aaira.

TS takde kat JB so terpaksa la membeli belah di situ.
my PIL dok tanya apekebenda ni. dari smlm dia nak tanya aku pakai apa yg lilit2 kaler coklat kat tangan.
when I said leather and silver, he was like, kenapa mahal sangat???

I'm not so into gold but I'm a big fan of Pandora & Thomas Sabo.
berapa ribu lemon ntah dah perabihkan utk benda alah ni but I don't care.
kehendak orang kan lain2.
lagipun this is a part of hubby's gift for my birthday! yey!
another part is of course this marvelous trip.
tq hubs! ^_^


okeh to be continued...


sorry but this is my personal blog.
utk sebarang pertanyaan & pembelian produk, (NR/Tanamera/Amway/Shaklee/Ephyra/Anugerah/etc) and all, please go to below address :

FB/Instagram : CHARMS & COLORS
SMS/Whatsapp : 019 6555700.

the longest distance

Love & Kisses ✿ sha 2 comments
it has been weeks since I last wrote anything here.
super bizi okeh.
with all the works and play.
*yezzaa kerja adalah kerja, berhibur pun wajib jugak okeh.

and since 1st Sept, we've officially changed the location of our business to our home.
lokasi tmpt lama agak jauh dari rumah, dengan jalan yang jem setiap hari, and my long working hours. fuh fuh

so ok.
better for me, for us and better for the business.

customer dtg to self pickup almost everyday.
sampai si kecik Aaira pun dah tau, mama, customer mama nak dtg ke ni?

and Danish yg 4 thn 9 bln ini pun sangat suka tolong mama cop pd flyers and consignment note.

Me of course sangat hepi with this new arrangement tapi mestila hidup menjadi lebih bizi dari biasa. the tremendous trips to Poslaju, Skynet, Amway, Shaklee... everything.

baru je cerita kat last entry rasa mcm tak berapa nak bizi dah. tiba2 skrg adalah menjadi super bizi mom balik.
and hubby is on offshore again...
sob sob *drama jap*

tapi itulah.
we're both in oil & gas industry.
sejak sebelum kawin pun he has been going to offshore on/off.
so that has been expected much earlier la kan.

my advice to u kids, kalau tak tahan duduk berjauhan, please la jangan pilih orang dari O&G industries.
not only O&G, some of my frens who are married to pilots, sailor, marine, beginilah hidupnya.
so tak payah nak komplen2 sgt kat FB.
*kat blog je bole sbb nobody really knows you here. hehe

dia lelaki yang kamu pilih, bukan orang lain yang pilihkan, bukan mak bapak kamu yang pilihkan.
he's the choice that u made, so please bear with it.

sometimes I read about complaints from wives of these offshore guys in FB and it made me wince.

time pergi bercuti oversea, beli kereta Alphard, henbeg Chanel, LV bagai, tak kesah pulak hubby bagi duit beribu2 lemon.
time anak sakit, diri sendiri penat nguruskan semuanya, komplen2 pulak kat public, bagitau kat sume orang hidup macam takde orang peduli.

when u wrote all this kinda thing in FB, kan mak bapak kita baca, adik-beradik baca. veri kecik ati kot when u said, hidup sorang-sorang mcm takde sedara mara, takde org pedulik.

paling2 pun yang aku tulis adalah,
aa menatnya drive sendiri balik kampung.
and sapekah yg akan menukarkan lampu rumahku yg dok meletup je nihhh.
menatnya menatnya.

yep, unfortunately, being a single mom memang penat gila kot.
especially when u're working full time and don't have a maid and the family is not around to help things out.

well, i'm in her shoes kan.

tapi takyah la nak komplen2 sangat kat FB kot? nak meroyan meh tulis kat blog mcm aku nih. u can write all sort of things here okeh.

and well, reminder for me jugak la kan sbb aku pun sbenarnya tak boleh nak komplen sgt coz I still have time for my novels.
people who are truly busy won't have time for books and I still read at least 2 books a week.
aa apakah maknanya?

sekian.



sorry but this is my personal blog.
utk sebarang pertanyaan & pembelian produk, (NR/Tanamera/Amway/Shaklee/Ephyra/Anugerah/etc) and all, please go to below address :

FB/Instagram : CHARMSandCOLORS
SMS/Whatsapp : 019 6555700

next trip!

Love & Kisses ✿ sha 1 comments
yey we're going to KK in the next few weeks.
can't wait okeh!
coz it is one of my favourite place ever!

hadiah besday katanya.
and lebih best sbb selalunya daku yg arrange nak gi memana.
he will always folo.
this time around he's the one who initiate.
so perasaan adalah sgt best okeh.
tengkiu hubby!

been there almost 6 years ago with my family.
time tu tak kawin lagi.
and baru je kenal dgn cik hubby.
this time around we're going with my in-laws and little Danish & Aaira.
hopefully it'll still be as good as I remember it.
hum hum.
seriously I can't wait!



sorry but this is my personal blog.
utk sebarang pertanyaan & pembelian produk, (NR/Tanamera/Amway/Shaklee/Ephyra/Anugerah/etc) and all, please go to below address :

FB/Instagram : CHARMSandCOLORS
SMS/Whatsapp : 019 6555700

my not-so-new obsession

Love & Kisses ✿ sha 0 comments
tiba-tiba saya telah menjadi obsessed dgn cik novel okeh.
I'm not being the normal me anymore. 
seriously!

semenjak mengenali itu 50 shades trilogy.


that's the first book that I really read after almost 3 years.
gila lama tak baca buku okeh.
padahal dulu2 waktu single, sehari tak baca buku memang tak lengkap hidup ye.
good books are my daily supplements.

got married with this wonderful hubby, and with little Danish and Aaira tagging along, there were hardly time for me and anything else. let alone this old hobby.

out of sudden, we had to be in this long distance relationship...
I've got a part time maid who cleans up the house regularly.
Danish sleeping in his own bedroom.
and Aaira no longer the baby she was.

balik rumah, charge henpon, layan the kids, borak2, makan, temankan diorang tido, pukul 9.30 I finally got my me time - to read the damn novels of course!

During lunch hour I can't wait to finish my meal, baring2 sambil baca novel di surau. but weekends when hubby is around, of course la no-book-day for me kan.


It all started few months back.
I read this good review for the 50 shades trilogy by an old fren back in MMU time. ok, tiba2 teringat my English lecturer and my old nickname, Datin Zaharah as in Datin Zaharah Sulaiman. 
hahaha T_T

so when she offered me the e-book, of course I hepi menari-nari kan.
when u started the book, no way u'll ever stop.

itulah buku pertama yg buat aku berjaga sampai pukul 4.30 pg on weekdays beberapa hari berturut-turut okeh! walaupun cerita dia sebenarnya tak berapa nak best, it's the adrenalin that push me to keep going. to know what will happen to them makes the waiting unbearable. so, dahla mlm tido pukul 4.30, tghari time lunch hour kelam kabut sambung baca buku tu balik. then bila dah abis baca, I'm dreading to start it all over again. gila ah ding dong!


setelah menahan diri utk membaca buku itu for the 3rd round, I search ups and down for another good books. akhirnya berjaya donlod beberapa puluh novel bestseller ye.

I've just finished the Beautiful Disaster by Jamie McGuire last night. 
love love love it!
and also a few novels by Colleen Hoover.
at first I thought she's just a plain novelist until u read till the end. then only u'll know why she is in the bestseller board!

and that started me to purchase books from Amazon and reading all the reviews in Goodreads.com.

I've stop all my tv activities and replying my friends' whatsapp only when I feel like it. 
gila ahhh!

but then, this is way better for me... for us. 
it stops me from doing things that I might regret later.
seperti yang pernah aku tuliskan sebelum ini.

 'kan sangat banyak dugaan when hubby is not around?


and this is the worst ending ever! 
it's like, what???
ok, I just can't wait for her 4th book walopun novel dia sebenarnya tak berapa nak best pun tapi aku suka jalan cerita dia.

Slyvia Day, please be kind to me T_T


sorry but this is my personal blog.
utk sebarang pertanyaan & pembelian produk, (NR/Tanamera/Amway/Shaklee/Ephyra/etc) and all, please go to below address :

FB/Instagram : CHARMSandCOLORS
SMS/Whatsapp : 019 6555700

tiba-tiba dah raya

Love & Kisses ✿ sha 0 comments
So, dah hari raya pun kan tapi apa2 cerita raya pun takde.
By the way, I took 5.5 days of annual leave for last raya.
total of 12 days berjalan2 tak balik rumah.
hari ke 12 baru jejak kaki kat rumah sendiri okeh.

The day before raya dah dikira PH, so the day before that I took half day leave to fetched my new car dkt centre. then fetched the kids and drove all the way to Ptn dgn kete baru gitu. tak ditinted lagi so agak hazab drive tgh2 hari buta ye.

next morning hubby arrived from Tganu and dia terus balik to our house, amik kete and balik Ptn.
my mum dah siap masak semua so kami bersukaria sahajalah kat rumah kan. main mercun, bunga api semua sambil tgk tv.

mlm tu tgh main mercun, bole plak kan mercun roket yg hubby bakar gi direct kat rumah selang sebelah. tiba2 nampak api menyala kat beranda dia. rumah chinese. and there's nobody home. so hubby gi panjat pagar and use the water hose to stop the fire. my brother, Boy, dah gi balik rumah amik tangga nak panjat sana. nasib baik api tu terpadam jugak. gila saspen okeh. tiba2 terus stop main mercun kan.

and tiba2 dah hari raya.
this year, only 3 of us were here. both of my brothers, and us.
3 budak kecik.
Aaira, Danish & Aryssa (Boy's daughter).
angah balik kg mertuanya di Rembau.


this is the closest that we had for a family hari raya photo. tak pegi studio pun sbb sgt bizi. maklumla kg dekat2 so sebelum raya & pagi raya di kg daku, pukul 1 lebih balik kg hubby, as usual, every year. this has never been an issue for us. fair and square. hehe.

and tiba2 tema raya kami taun ni adalah hijau.
sebab time pegi carik baju raya hubby & Danish kat Danga City Mall, warna tu nampak mcm cantek pulak kan. so ok, tema = hijau.

we always go there for for baju melayu.
sebab kain & jahitan dia serasi dgn hubby.
he's a bit fussy about this kinda things. sebenarnya lebih suka tempah je tapi sebab dah jumpa kedai yg menepati citarasa and harga pun not bad, so takyah tempah dah. beli siap lagi senang. tak payah risau baju tak siap ke hapa. dah la beliau nun jauh di sana kan.

my clothes pulak mmg biasanya beli last minute.
I always love shopping at expo Parit Sulong, B. Pahat.
walaupun panas tapi baju kat situ byk yg best okeh.
wayyy cheaper and better than JB.
I spent almost 3 hours there.
mula2 malas nak ikut hubby sbb balik kerja tu terus balik BP, pastu dia ajak pegi carik durian.
tiba2 dia offer, nak pegi Parit Sulong tak?
I of cos nak ikut la kan.
Ingatkan nak tgk2 dalam sejam je. hubby cakap, diorg tunggu kat kedai mamak sana. pastu dah sejam, aku tak setel2, hubby bwk diorg pegi rumah my sis-in-law dekat2 situ.

so bila dah sendirian berhad lagi hepi la daku berjalan2 kan.
tup2 tengok dekat 3 jam rupanya bergolek guling di sana hokey!
gila penat.
tengah malam baru balik rumah my in-laws.

JB ada la jugak tempat best mcm kat Angsana & Pandan tapi mahal la kan.
Jangan harap aku nak perabihkan 3, 4 ratus utk sepasang baju kurung okeh. tak pernah berminat pun dgn baju kurung designer. baik la aku beli henbeg mahal2 drp baju yg mahal ha.

but for tudung, I always opt for Bokitta, Fareeda & Ariani. mestila beli time sale kan. I won't spend money on expensive things which are not on sale. hehe.

kehendak orang kan lain2 so tepuk dada tanya selera, ikut apa yg ada dalam poket ko ye.

okeh, sambung cerita lain kali.

sekian.


sorry but this is my personal blog.
utk sebarang pertanyaan & pembelian produk, (NR/Tanamera/Amway/Shaklee/Ephyra/etc) and all, please go to below address :

charmsandcolors.blogspot.com
FB/Instagram : CHARMSandCOLORS
SMS/Whatsapp : 019 6555700

a gift.

Love & Kisses ✿ sha 0 comments
and so, I got this gift from dearest hubby.
a car.
a small car.
an Axia.
hadiah sempena kena tinggal kat sini, nguruskan semuanya sendiri.


pertama kali okeh he really bought me a gift.
selalunya adalah, hubby, cyg takde jam.
*padahalnya ada je jam lama2 kat laci tu*

aa cyg nak hadiah jam ke besday?

bole jugak.

ok, nanti kita beli.

or, hubby, cyg nak gi beli kasut jap kat Hush Puppies.

berapa ringgit?

RMxxx

ok nanti cyg amik kat akaun.

tapi itu la.
he never really bought me a gift as in something that he bought bukan sbb aku yg transfer duit dia dlm akaun aku.

until last few weeks, after my numerous complaints about how I wish I had a small car like Kancil.
bukan la aku mintak kereta baru pun.
tapi kan setiap kali pergi kerja, gila susah nak park kete besar cam our Ford ni kan.
so terpaksa park kat belakang2.
and everytime balik keje, melilau la carik kete tak jumpa antara yg beribu itu.
so automatik dalam kepala asyik nak komplen, besnya kalau kete aku kecik, boleh selit kat mana2.

and no, bukan kehendak pun.
dan tak rasa ia satu keperluan since hubby is not around, so nak buat apa ada kereta lain. mcm menyemak je kat garaj. macam motor hubby tu. yg akhirnya tersadai kat rumah tak digunakan. sebab tuannya takde kat sini kan. and aku jangan harap la nak bawak. start enjin motor pun tatau okeh.

and suddenly, last few weeks he said he wants to buy me an Almera.
I was like, nak buat apaaa?? mana nak letak??? kan sama je dgn kete Ford nih.
takmo okeh takmo.

and he said, abistu cyg nak Axia ke?

aa nak buat apa beli kete baru, kete yg skrg kan bes.


so he said, hadiah kat cyg sbb kena tinggal kat sini, bg hubby keje jauh2.

okkk.

but I'm not that excited sbb it's not really my kehendak.
to me, a car is just a car.
my kehendak is like henbeg baru ke, Pandora baru ke, or trips to anywhere ke kan.

but then, dah dia nak bagi, terima je la.
and, it's not like I don't appreciate it.
I do.

tq hubby.
for this.
and for everything ^_^

no he won't be reading this but still, I have to write it out, as a memory to me.


sorry but this is my personal blog.
utk sebarang pertanyaan & pembelian produk, (NR/Tanamera/Amway/Shaklee/Ephyra/etc) and all, please go to below address :

charmsandcolors.blogspot.com
FB/Instagram : CHARMSandCOLORS
SMS/Whatsapp : 019 6555700

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review